Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

ePembelajaran Topik 7 Struktur Penulisan

Akademik
Nama kumpulan: Pepsi Mates
Ahli kumpulan:

1. Iqbal Hakim Bin Mohamad (BM5)


2. Eleanor Anak Ajis (BM5)
3.Justine Empuau Usin (BM5)
4. Mathilda Durie Anak Rowney (BM5)
5. Venessa Sabella Anak Tini (BM5)

Penulisan akademik boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja yang berada di institusi pendidikan
tinggi tidak mengira pelajar, pensyarah mahupun penyelidik. Penghasilan penulisan akademik
memerlukan elemen keilmuan seperti gaya bahasa, ketepatan tatabahasa yang diaplikasikan,
bahan bukti serta sumber rujukan yang sahih dan tepat. Dalam penulisan akademik,
keringkasan, kepadatan, tidak bersifat peribadi atau tidak menyentuh isu sensetif seperti isu
perkauman perlu dititikberatkan. Penulisan ini juga perlu dalam bentuk formal.

Penulisan akademik bermaksud gaya penulisan ilmiah yang diperlukan untuk menerbitkan
penerbitan yang bersifat ilmiah seperti jurnal, kertas penyelidikan, kertas persidangan, thesis
dan sebagainya. Ianya mestilah tidak mendesak atau bersifat memujuk, mesti bersifat neutral,
tidak membahaskan sesuatu dapatan dan manipulasi fakta mesti dielakkan. Ianya dilakukan
untuk merekodkan hasil kajian ilimiah berdasarkan cabang ilmu tertentu menurut prosedur
tertentu secara tepat dan dikukuhkan dengan bukti.

Penulisan akademik mempunyai formatnya yang tersendiri. Satu tugasan penulisan terdiri
daripada tiga bahagian iaitu, awalan, teks dan rujukan. Salah satu formatnya adalah memenuhi
keperluan awalan yang terdiri daripada halaman judul yang mengandungi maklumat lengkap
pelajar yang telah menyiapkan penulisan akademik. Bahagian abstrak pula haruslah ditulis
dengan tepat, lengkap dan terperinci. Penghargaan juga penting bagi memperakui sebarang
sumbangan atau panduan yang diberikan oleh individu tertentu semasa kajian dijalankan.
Dalam pada itu, kandungan penulisan hendaklah memberi gambaran keseluruhan yang
berpandukan kandungan laporan. Bagi senarai jadual haruslah ditulis pada halaman baharu
selepas kandungan. Senarai rajah juga mengikut format senarai jadual. Akhir sekali, senarai
simbol dan singkatan dibuat selepas senarai rajah di halaman baharu dan hendaklah disusun
mengikut susun abjad.

Bagi bahagian teks pada penulisan akademik bermula pada halaman pertama selepas
bahagian awalan. Bahagian ini merupakan bahagian yang terpenting sekali karana bahagian ini
merupakan bahagian hujah yang akan diketengahkan. Antara bahagian yang terkandung pada
bahagian teks ialah pengenalan. Bahagian ini, bertujuan untuk memperkenalkan setiap
permasalahan dalam elemen yang sesuai dan pengenalan juga memainkan peranan penting
bagi merangsang minat pembaca. Bahagian lain yang ada pada bahagian teks ialah latar
belakang kajian. Latar belakang kajian berfungsi untuk memberikan pengenalan untuk isu
utama yang hendak disampaikan dan dimulai dengan mengupas isu-isu yang akan
dibincangkan. Selain itu, permasalahan kajian juga elemen permasalah yang selalunya
menyebut tentang isu yang ada dan yang belum ada dalam penulisan. Disamping itu, objektif
dan hipotesis berfungsi untuk meninjau tujuan tentang sesuatu penulisan atau kajian dan
biasanya ditulis dalam bentuk nombor. Hipotesis pula merujuk kepada cadangan terhadap
penyelesaian masalah. Seterusnya di dalam penulisan , penulis perlu menyatakan kekuatan
dan kelemahan penulisan dalam menjawab segala persoalan dan sumbangannya terhadap
masyarakat dan pembaca.

Kesimpulannya, pada perenggan penutup sesebuah penulisan akademik haruslah


menyatakan semula tajuk umum kepada soalan tugasan serta memberi rumusan hujah-hujah
yang terkandung dalam kandungan esei. Bergantung pada soalan esei, perenggan penutup
juga boleh mengemukakan cadangan, implikasi, atau kesimpulan daripada mesej utama
perbincangan. Namun begitu, elakkan daripada memasukkan idea atau isi baharu dalam
perenggan penutup. Pada bahagian penutup, haruslah dimasukkan rumusan kandungan
dengan huraian sokongan yang ringkas, cadangan atau kesimpulan.

You might also like