Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Nama ahli kumpulan:

Mike Vianni Jang anak Mulen


Felicia Sherrina Ambak anak Thomas
Branda binti Athansius

Soalan e-Pembelajaran (Minggu 4)


Buat nota secara individu tetapi boleh berkolaborasi dengan rakan (satu
kumpulan tutorial) dan turn-in secara individu.
Huraikan nota berkaitan huruf Jawi pinjaman dan huruf baharu.

1. Perkembangan Huruf Jawi.


Sebagaimana yang dimaklumkan huruf Jawi berasal daripada tulisan Arab. Kesemua
huruf-huruf Klasik Arab telah diserap masuk ke dalam huruf-huruf Jawi iaitu huruf-
huruf ini diterima masuk bukan sahaja untuk menampung ejaan kata-kata Melayu
tetapi juga kata-kata bahasa Arab yang dipinjam terutama sekali kata-kata istilah
agama Islam. Namun huruf-huruf ini tidak dapat memenuhi semua keperluan bahasa
Melayu. Terdapat fonem-fonem dalam bahasa Melayu yang tidak ada lambangnya
dalam huruf Arab. Oleh itu orang Melayu telah meminjam huruf-huruf Farsi-Hindi
yang asalnya dipinjam daripada bahasa Arab tetapi telah dilakukan pengubahsuaian
seperti (ga). Pada huruf Farsi-Hindi, ga diletakkan garis di atas sedangkan pada
huruf Jawi Melayu (ga) dibubuh titik.

Namun didapati masih tidak mantap, huruf-huruf baru terus dibentuk. Huruf-huruf
baru dalam tulisan Jawi klasik ini terdiri daripada (c), (ng), (g), (p) dan (ny).
Sungguhpun huruf-huruf ini adalah huruf baru yang tidak ada dalam tulisan Arab
tetapi “rumah’nya dipinjam daripada tulisan Arab

Huruf-huruf Jawi di atas masih bertahan hingga sekarang kecuali huruf yang hilang
begitu sahaja. Huruf ini masih wujud dalam buku William Marsden, A Dictionary and
Grammar of the Malayan Language, yang bertarikh pada tahun 1812. Dalam tulisan
pegon iaitu Jawi Jawa masih terus dikekalkan penggunaan huruf ini hingga sekarang
tetapi titiknya diletakkan dibawah.
2. Huruf Jawi pinjaman

Tulisan Jawi mempunyai aksara yang berasal daripada 29 huruf al-Hijaiyyah Arab
dan huruf-huruf pinjaman daripada Parsi dan Hindi (Urdu) serta yang cipta bagi
mewakili bunyi sebutan khusus bangsa Melayu. Tulisan Jawi yang digunapakai kini
telah mengalami penyesuaian dengan penuturan bangsa Melayu. Oleh yang
demikian, terdapat pertambahan 6 huruf bagi memenuhi keperluan sebutan bahasa
Melayu iaitu huruf cha (‫)ﭺ‬, nga(‫)ﻍ‬, pa(‫)ﭪ‬, ga(‫)ﯕ‬, va(‫ )ﯣ‬dan nya(‫)ﮞ‬. Sekiranya dihalusi,
pertambahan 6 huruf tersebut dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu,
penambahan huruf konsonan bersesuaian dengan penuturan bangsa Melayu dan
mewakili huruf Rumi dan penambahan huruf bagi mewakili bunyi penuturan bangsa
Melayu. Huruf cha (‫)ﭺ‬, nga(‫)ﻍ‬, pa(‫)ﭪ‬, ga(‫ )ﯕ‬dan nya(‫ )ﮞ‬dicipta untuk melambangkan

bunyi-bunyi yang lazim pada lidah orang Melayu. Kesemua huruf-huruf ini dikatakan

dipinjam dari huruf Arab atau diambil secara terus dari huruf Parsi dan Hindi (Al-Attas,

1972, Omar Awang, 1978 dan Amat Juhari, 1991). Penambahan-penambahan huruf
vokal bersesuaian dengan penuturan bangsa Melayu dan mewakili konsonan Rumi
bagi 4 huruf iaitu cha (‫ )ﭺ‬bagi huruf C, pa(‫ )ﭪ‬bagi huruf P, ga(‫ )ﯕ‬bagi huruf G, dan
terakhir sekali pada 1984 ialah va(‫ )ﯣ‬bagi huruf V. Manakala penambahan huruf bagi
mewakili bunyi penuturan bangsa Melayu ada 2 iaitu nga(‫)ﻍ‬, bagi bunyi “ng‟ dan nya
(‫ )ﮞ‬bagi bunyi “ny‟.

 Perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris

 ekspres, eksport, eksplorasi, eksperimen, ekspo, kompleks

 4 huruf Jawi iaitu huruf alif, ya, kaf dan sin, jika bunyi eks berada di awal) atau 3
iaitu ya, kaf dan sin (jika bunyi eks berada di tengah atau di akhir perkataan)
bagi membunyikan sebutan “eks‟ sewaktu mengeja perkataan-perkataan
bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Inggeris dan dalam masa yang
sama tiada ketepatan sebutan menerusi huruf-huruf yang digunakan tersebut.

 Perkataan “eksais” kemungkinan akan dibaca “iksais atau ikesais” kerana


pertemuan huruf “alif” dan “ya” memungkinkan wujud bunyi vokal “mad” atau
panjang. Begitu juga dengan perkataan “eksklusif” mungkin dibaca “iksklusif
atau ikesklusif” . Bunyi “eks” juga mungkin akan disebut “iks” apabila huruf “ya”
sebelum “kaf” digunakan seperti dalam perkataan “heksahedron” (kiub yang
mempunyai enam permukaan) yang mungkin dibaca “hikshidron atau
hikeshidron”.

 “eks‟ dalam Kamus Dewan Edisi Keempat adalah tidak kurang daripada 122
perkataan termasuk perkataan yang bermula dengan huruf “X” iaitu X-ray.
Manakala perkataan yang mempunyai bunyi “nya” adalah sebanyak 84
perkataan, bunyi “v” sebanyak 233 perkataan dan bunyi “nga” sebanyak 118
perkataan. Perkataan yang mempunyai bunyi “eks” adalah agak banyak serta
melebihi perkataan yang yang mempunyai bunyi “nya‟ iaitu hanyalah sebanyak
84 perkataan dan bunyi “nga” sebanyak 118 perkataan sahaja. Sedangkan huruf
“nya” telah lama dicipta dalam sistem tulisan Jawi.

3. Huruf baharu

Inovasi dalam melahirkan huruf baharu Jawi telah dibuat beberapa kali sejak dahulu
termasuklah sehingga terciptanya huruf-huruf cha (‫)ﭺ‬, nga (‫)ﻍ‬, pa (‫)ﭪ‬, ga (‫ )ﯕ‬dan nya
(‫)ﮞ‬. Penciptaan huruf va (‫ )ﯣ‬adalah merupakan satu usaha inovasi yang terkini iaitu
dicipta dan diterima pakai melalui Konvensyen Tulisan Jawi Terengganu yang
diadakan pada tahun 1984. Bagaimanapun terdapat juga huruf-huruf Jawi yang telah
dicipta dan kemudiannya hilang begitu sahaja. Kamus A Dictionary and Grammar of
the Malayan Language karangan William Marsden yang diterbitkan pada tahun 1812
telah menyenaraikan huruf Jawi “dal” bertitik tiga yang sudah tidak digunakan lagi.
Pada tahun 1936, seorang penulis Melayu bernama Ibrahim Haji Abdul Salam telah
memperkenalkan beberapa huruf baharu Jawi bagi menyelesaikan masalah mengeja
beberapa perkataan seperti “dover”, “vision”, “sia” = mangkuk tingkat, “kuetiau” dan
water (Amat Juhari, 1991).

Jika dilihat daripada sejarah huruf-huruf Jawi tambahan yang baru dicipta, bentuk
asal huruf-huruf ini telah dipinjam daripada huruf bahasa-bahasa lain seperti Parsi.
Contoh huruf tambahan Jawi yang dipinjam daripada bahasa Parsi ialah huruf (‫)ﭺ‬
yang mewakili vokal “C‟. Berdasarkan hujah ini, huruf-huruf baharu yang ingin dicipta
boleh diambil daripada huruf-huruf bahasa lain yang menggunakan asas huruf-huruf
Arab seperti bahasa Parsi, Urdu, Pashto dan sebagainya untuk dijadikan sebagai
asas kepada mana-mana huruf baharu yang ingin dicipta. Setelah meneliti secara
mendalam, para penyelidik telah membuat beberapa cadangan awal berkaitan
penciptaan huruf baharu bagi mewakili bunyi “eks” dalam tulisan Jawi berasaskan
tiga pendekatan utama.

i) Pendekatan pertama

Berasaskan prinsip tanda bacaan huruf dalam al-Qur‟an dengan meletakkan tanda
“sin” ke atas huruf “sad” bagi menandakan bahawa bunyi “sad” boleh juga dibacakan
dengan bunyi “sin” di dalam ayat Al-Qur‟an. Kaedah ini akan melahirkan huruf
berlapis yang berkemungkinan menjadi kesukaran kerana penulis, pembaca dan
pengguna tulisan Jawi. Kaedah ini juga akan menyebabkan kesukaran dalam
menyeragamkan dan mengaplikasikan huruf ini dengan sistem unicode komputer.
Antara cadangan yang boleh dikemukakan berdasarkan kaedah ini ialah pertama,
membina huruf berlapis iaitu meletakkan huruf “sin” ke atas huruf “kaf”. Huruf “kaf”
dipilih kerana bunyinya mendekati bunyi pertengahan “eks”. Kedua, membina huruf
berlapis dengan meletakkan huruf “sin” di atas huruf “qaf”. Huruf “qaf” juga dipilih
kerana bunyinya mendekati bunyi pertengahan “eks”.

ii) Pendekatan kedua

Berasaskan kaedah gabungan dua huruf menjadi satu iaitu menggabungkan huruf
“kaf” dan “sin” menjadi satu huruf baharu mewakili “eks” ataupun menggabungkan
huruf “ya” dengan “kaf” menjadi satu. Kaedah ini agak kurang popular dan tidak
mempunyai asas yang kukuh serta berkemungkinan akan mengelirukan pengguna
tulisan Jawi.

iii) Pendekatan ketiga

Jika dilihat daripada sejarah pembinaan huruf-huruf Arab, dapat diketahui bahawa
huruf-huruf tersebut dicipta berdasarkan satu kaedah yang terkenal dalam ilmu
Dhabtil Qur‟an iaitu kaedah Nuqtah al-I‟jam. Kaedah yang digunakan ini adalah
khusus bagi membezakan huruf-huruf yang telah sedia ada dengan memberikan titik
digunakan untuk mencipta huruf-huruf baharu yang berasaskan tulisan Arab. Kaedah
ini juga digunapakai dalam membezakan huruf-huruf Arab contohnya bagi
membezakan huruf “ba”, “ta” dan “tsa”. Ketiga-tiga huruf huruf ba, ta dan tsa ini
mempunyai asas bentuk yang sama. Oleh yang demikian, bagi ketiga-tiga huruf ini,
amatlah perlu untuk diletakkan titik sebagai pembeza. Khattat Arab telah meletakkan
satu titik pada bahagian bawah huruf ba. Pemilihan kedudukan titik di bawah adalah
kerana ketika menyebut huruf ba, gerak bibir adalah ke bawah dan ba adalah salah

satu huruf jar yang memberi baris bawah bagi perkataan selepasnya dalam bahasa
Arab. Manakala ta pula diberikan dua titik kerana selepas ba dan huruf berikutnya
tiga titik iaitu tsa mengikut susunan huruf-huruf Arab. Oleh itu, terbezalah ketiga-tiga
huruf yang mempunyai asas ciri-ciri bentuk yang sama tersebut.

Berdasarkan huruf-huruf Jawi, pemberian titik bagi huruf-huruf tertentu


sememangnya telah dilakukan. Contohnya pemberian titik ke atas huruf “pa‟ (‫)ﭪ‬.
Jika dilihat pada huruf ini, bentuknya adalah agak sama dengan huruf “fa‟ (‫)ف‬.
Pemberian dua titik tambahan ke atas huruf ini adalah untuk membezakan antara
huruf “pa‟ (‫ )ﭪ‬dan huruf “fa‟ (‫ )ف‬dan dalam masa yang sama juga, terhasillah satu
bentuk huruf baharu iaitu huruf “pa‟ (‫)ﭪ‬. Begitu juga yang berlaku pada huruf wau (‫)و‬
yang mewakili konsonan „W‟ dan huruf va (‫ )ﯣ‬yang mewakili konsonan “V‟. Kaedah
Nuqtah al-I‟jam telah digunapakai iaitu dengan melakukan proses pemberian titik
pembeza ke atas huruf wau (‫ )و‬sehingga terhasillah satu bentuk huruf baharu iaitu
huruf va (‫ )ﯣ‬yang mewakili “V‟. Maka dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah
Nuqtah al-I‟jam mempunyai dua peranan yang besar, pertamanya ialah
membezakan huruf sedia ada dalam bahasa Arab.
Kedua ialah dengan melakukan proses pemberian titik ke atas huruf yang terpilih
(sebagai pembeza), maka secara tidak langsung akan terhasillah huruf baharu
dalam sistem tulisan Jawi. Berdasarkan kaedah ini beberapa cadangan boleh
dikemukakan untuk mencipta satu huruf baharu bagi mewakili bunyi “eks” iaitu
antaranya adalah seperti:

1. Meletakkan titik (satu, dua atau tiga) di atas huruf naqis iaitu “alif” kerana bunyi

bukaan bagi huruf alif mempunyai kesesuaian dengan bunyi bukaan “eks” iaitu a – e.

Namun begitu kedudukan huruf alif yang dianggap lemah memungkinkan bunyi “eks”

tidak dapat diwakili dengan sempurna dalam sebutan. Huruf ini mungkin hanya dapat

mewakil bunyi “e” sahaja.

2. Meletakkan tiga titik di atas huruf “kaf” bagi mewakili bunyi “ya” dan “kaf”
sekaligus iaitu “ek”. Namun begitu memilih huruf kaf sebagai rumah untuk bunyi “eks”
boleh dipertikaikan kerana bunyi “kaf” itu sendiri tidak dapat mewakili bunyi bukaan
bagi “eks”. Ia hanya mewakili bunyi tengah yang dilambangkan dengan huruf “K”.

3. Meletakkan tiga titik di bawah huruf sin. Namun begitu memilih huruf “sin”
sebagai rumah untuk bunyi “eks” boleh dipertikaikan kerana bunyi “sin” itu sendiri
tidak dapat mewakili bunyi bukaan bagi “eks”. Ia hanya mewakili bunyi hujung yang

dilambangkan dengan huruf “S”.

4. Mengenalpasti sebutan bunyi bangsa Melayu bagi huruf Jawi yang terdekat dan
dibina huruf baharu berdasarkan bunyi tersebut dengan mengambilkira “perumah”
daripada tradisi Arab dan Parsi. Sebagai membezakan huruf baharu dengan “rumah”
huruf sedia ada daripada tradisi Arab dan Parsi maka digunakan kaedah nuqtah al-
i‟jam iaitu meletakkan titik pada tempat yang bersesuaian. Berdasarkan kaedah ini
terdapat dua huruf yang boleh dipertimbangkan iaitu huruf “kha” dan “‟ain”. Dalam
tradisi Parsi, Urdu, Uyghur dan masyarakat Asia Tengah, huruf “kha” dibunyikan bagi
mewakili “eks” atau biasanya di sebut sebagai “khe”. Bunyi “eks” berada di hujung.
Manakala bunyi huruf “„ain” dalam sebutan orang Melayu adalah mirip kepada bunyi
“eks” di awalan.

You might also like