Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENGENALAN

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga


sepatu dan kembang sepatu [1] (Hibiscus rosasinensis)
ialah sejenis tumbuhanberbunga sepanjang tahun dalam
genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas
mencapai kemerdekaan, 
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh
kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah,
keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan
warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning
bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan
berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di
sebahagian India.
SEJARAH BUNGA KEBANGSAAN
Pada akhir tahun 1958, Kementerian
Pertanian telah mengemukakan tujuh
jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga
Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan
ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga
melur, bunga cempaka, bunga teratai,
bunga mawar dan bunga tanjung.
Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga
Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan
Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini
dijalankan oleh unit-unit bergerak Jabatan Penerangan di
seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil
kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur
memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat
memilih bunga melur.
Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan
untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya
yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang
menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah
didapati di seluruh negara, dan yang paling penting ia bukan
menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia
ketika itu.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960,
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari
ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan
kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya
melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga
ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.
 
Sumber : Malaysia 2013/2014
KEISTIMEWAAN BUNGA RAYA
MAKNA MERAH PADA BUNGA
KEBANGSAAN
LAMBANG PERPADUAN BUNGA KEBANGSAAN

Kelopok Bunga Raya melambangkan perpaduan rakyat


Malaysia yang berbilang kaum, selaras dengan Prinsip
Rukun Negara.
BUNGA RAYA BUKAN HANYA SEKADAR
BUNGA HIASAN

Bunga ini boleh digunakan untuk medium


perubatan. Boleh melegakan batuk berdarah,
melancarkan peredaran darah, masalah keputihan,
meredakan selsema, merawat beguk, merawat
malaria dan radang usus.

Daun bunga raya yang dilumatkan boleh disapu ke


atas rambut sebagai petua rambut lebih lebat dan
meredakan pening kepala.
Bunga raya juga digunakan untuk dijadikan bahan
pengawet minuman air sirap bunga ros.

You might also like