Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

MENAIK TARAF LAMAN BESTARI DARVIH


DAN LORONG PPDa
2022

ANJURAN
UNIT HEM (PPDA)
&
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN WARISAN PUTERI

TARIKH
MAC 2022

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN WARISAN PUTERI
1.0 PENGENALAN

Laman Bestari Darvih dan Lorong PPDa merupakan medium perantaraan yang
berkesan untuk dipamerkan pelbagai maklumat.  SK Taman Warisan Puteri juga terpilih
untuk bertanding dalam pertandingan PPDa. Oleh sebab itu, amatlah laman dan Lorong
PPda dinaik tarafkan memandangkan banyak maklumat mengenai DARVIH (Dadah,
Arak, Rokok, Inhalan dan HIV yang dapat disampaikan dalam bentuk yang lebih menarik
dan kreatif.  Laman Darvih juga perlu sentiasa kelihatan menarik agar murid rasa
terpanggil untuk mendapatkan maklumat penting yang terdapat disitu.

2.0 Cadangan Projek


Beberapa cadangan untuk mempercantik laluan PPDA dan Laman Bestari DARVIH
i. Menambah baik laluan ilmu dengan menggantung bahayanya dadah dan
maklumat berkaitan dadah.
ii. Membuat mural mengenai bahaya DADAH
iii. Menambah pagar kayu disekeliling laman bestari DARVIH
iv. Menambah bumbung di sekeliling laman bagi memastikan ketahanan laman dan
terlindung dari panas dan hujan.

3. 0 MATLAMAT
3.1. Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan
kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.
3.2. Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;

4. 0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut:
1. Menyampaikan maklumat semasa tentang program PPDa kepada murid.
2. Memberi pendedahan utama kepada murid-murid tentang maklumat PPDa dan
DARVIH.
3. Murid-murid mengetahui tentang bahaya DARVIH kepada diri mereka,
masyarakat dan juga negara
5. 0 TEMPAT
Lorong PPDA dan juga Laman Bestari DARVIH.

6. 0 KUMPULAN SASAR
Semua warga SK Taman Warisan Puteri

7. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa Pelaksana Ppda Dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling

8.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang:-


8.1. Mesyuarat Jawatankuasa
8.2. Persiapan untuk menaik taraf keceriaan sudut PPDa dan Laman Bestari DARVIH-
Mac- April

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


8.1 Bahan
- Mural Darvih/ Wording RM 500.00

- Pagar Kayu Laman Bestari DARVIH RM 500.00

- Bumbung Laman Bestari DARVIH RM 2000.00

JUMLAH RM 3000.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. Sumbangan PIBG RM 3000.00

JUMLAH RM 3000.00

10. PENUTUP
Diharapkan penaiktarafan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai
objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus
berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran
untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat
sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid
khususnya.

Disediakan oleh,

……………………………..........…
(Puan Ainee Adina Bt Mohamed)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Taman Warisan Puteri

Disemak oleh,

…………………………………........
(Puan Jaharah Bt Mustafa)
Guru Penolong Kanan HEM
SK Taman Warisan Puteri,
Batu Caves, Selangor

Disahkan oleh,

………………………………………...
(Pn Anis Bt Md Nasir)
Guru Besar
SK Taman Warisan Puteri

You might also like