Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ROKAN,

73200 GEMENCHEH NEGERI SEMBILAN


DARUL KHUSUS

HARI : ISNIN
TARIKH : 10 JANUARI 2022
TEMPAT : MAKMAL SAINS
MASA : 8:10 PAGI

MINIT TAKLIMAT PAGI 5 MINIT

Agenda :
1. Ucapan Guru Besar
2. Laporan /pembentangan /Isu
3. Hal-hal Lain
4. Penangguhan

1.1 Ucapan Guru Besar


1.1.1 Beliau mengucapkan selamat datang ke sekolah bagi sesi 2022 dan beliau berharap semua guru
mempunyai azam baru meningkatkan usaha untuk terus menjadi guru yang berdedikasi. Beliau juga
mengalu-alukan kehadiran guru ganti yang menggantikan Ustazah Nurul Iffah yang sedang cuti
bersalin.
1.1.2 Beliau memaklumkan bahawa seorang guru telah berpindah ke SK Syed Syaaban dan diminta Kelab
Guru merancang mengadakan majlis untuk guru tersebut.
Makluman
1.2 Laporan / Pembentangan / Isu
1.2.1 Guru Besar – Tn. Hj. Azmin bin Yahya
1.2.1.1 Beliau memaklumkan bahawa pengurusan pentadbiran bagi Cikgu Aziah binti Othman untuk mata
pelajaran Sains akan dipikul oleh semua guru SK Rokan.
Makluman

1.2.1.2 Penyelaras Tahun 6 Arif akan diambil alih oleh Cikgu Fatin Aisha. Manakala Penyelaras Tahun 5 akan
diberi kepada Cikgu Priya dan Pengurusan PBD akan diberikan kepada guru lain.
Makluman
Tindakan : Penyelaras tahun 5 dan Tahun 6
1.2.1.3 Beliau memaklumkan tugasan yang belum selesai dilaksanakan oleh Cikgu Aziah adalah berkaitan
dengan sijil
1.2.1.4 Beliau mengingatkan semua guru agar dapat menyemak semula SKPMg2 dan pastikan lengkap. Beliau
memaklumkan sekiranya berada di sekolah besar ada guru khas dilantik untuk melaksanakan tugasan
tetapi apabila berada di sekolah kecil, semua guru dipertanggungjawabkan melaksanakan tugasan.
1.2.1.5 Beliau memaklumkan berkaitan dengan permarkahan guru-guru, jika ada keperluan guru diminta
berjumpa dengan guru besar untuk perbincangan secara profesional.
1.2.1.6 Beliau juga mengingatkan apabila berlaku kekurangan guru, guru lain perlu menggantikan kelas, pada
masa yang sama, beliau dan pegawai PPD berusaha untuk mendapatkan guru baru.
1.2.1.7 Beliau berharap agar guru-guru dapat merancang aktiviti dan program yang terbaik untuk murid-murid
SK Rokan. Cadangan Pegawai angkat sekolah untuk 3 bulan Pertama ini untuk menyediakan bilik
sains.
Makluman
Tindakan : semua guru
1.2.2 GPK Pentadbiran – Cikgu Noorhayati
1.2.2.1 Beliau berharap agar setiap guru dapat menyediakan Perancangan “Catch Up” untuk setiap mata
pelajaran yang diajar. Sekiranya ada masalah, guru boleh berjumpa dan berbincang bersama.
1.2.2.2 Beliau memaklumkan jadual guru bertugas akan diubah semula dan ucapan terima kasih kepada cikgu
Siti Nurul Ain membantu pagi tadi.
Makluman
Tindakan : semua guru

1.2.3 GPK HEM – Ustaz Norazminordin


1.2.3.1 Beliau mengingatkan semua guru agar sentiasa perhatikan dan tegur terutama melibatkan
keselamatan.
1.2.3.2 Beliau memaklumkan berkaitan dengan kehadiran murid akan direset untuk guru kelas. Beliau
memaklumkan kehadiran pada bulan Jun 2021 adalah sifar dan ketika itu murid mengikuti PdPr di
rumah. Beliau mengingatkan guru kelas agar mengisi sebelum pukul 9:00 pagi
Makluman
Tindakan : Guru kelas
1.2.3.3 Beliau memaklumkan jumlah murid Rancangan Makanan Tambahan ialah 26 orang dan 2 orang murid
telah berpindah. Pemberian minuman susu bermula 10 Januari 2022 pada waktu pagi dan minta guru
memaklumkan cara minum susu kepada murid. Susu akan diuruskan oleh pihak kantin dan akan
dibayar menggunakan peruntukan RMT sedia ada.
Makluman
Tindakan : Guru RMT

2
1.2.3.4 Beliau mengingatkan semua guru supaya melihat persediaan makanan oleh pihak kantin dan membuat
laporan tentang kantin.
Makluman
Tindakan : semua guru
1.2.3.5 Beliau memaklumkan berkaitan borang PB1 dan PB2 murid Tahun 6, pastikan semua borang lengkap
dan akan diserahkan bersama fail PBD dan akan dibawa ke sekolah menengah.
Makluman
Tindakan : Penyelaras Tahun 6

1.3 GPK Ko kurikulum – Cikgu Faezah


1.3.1 Beliau memaklumkan pengurusan ko kurikulum bagi Tahun 2021 telah selesai.
1.3.2 Beliau memaklumkan GPS terkini ialah 1.44 dan sebelum ini ialah 1.46.
1.3.3 Beliau memaklumkan bagi guru yang melaksanakan aktiviti diminta membuat tuntutan untuk program.
1.3.4 Maklum balas GPK Pentadbiran , Pendidikan Jasmani boleh dilaksanakan di padang dan pastikan
mengikut SOP yang ditetapkan. Peralatan perlu disanitasi sendiri oleh guru.
Makluman
Tindakan : semua guru

1.4 Hal-hal lain


1.4.1 Cikgu Siti Nurul Ain bertanya tentang penyediaan surat penghargaan kepada penyumbang televisyen
untuk Prasekolah.
1.4.2 Beliau dimaklumkan bahawa taman permainan prasekolah perlu diselenggarakan dan memerlukan
peruntukan untuk membeli cat minyak. Taman permainan masih belum boleh digunakan tetapi perlu
diselenggara.
1.4.3 Beliau bertanya tentang peruntukan ko kurikukulum untuk pembelian uniform murid yang tidak muat.
Maklum balas cikgu Noor Fadhilah, sumbangan akan diberikan.
Makluman
Tindakan : semua guru

1.5 Penangguhan
1.5.1 Taklimat pagi 5 minit ditangguhkan pada jam 8:50 pagi dan akan di sambung pada masa dan hari yang
akan dimaklumkan.
Makluman
Tindakan : semua guru

3
Disediakan Oleh : Disemak oleh :

------------------------------------ ______________________
(PN. IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS) (PN. NOORHAYATI BINTI ABDULLAH)
Urusetia Taklimat Pagi GPK Pentadbiran
SK Rokan SK Rokan
73200 Gemencheh Negeri Sembilan 73200 Gemencheh Negeri Sembilan

Disahkan oleh :

____________________________
(TN. HJ AZMIN BIN YAHYA)
Guru Besar
SK Rokan
73200 Gemencheh Negeri Sembilan

You might also like