Skema Jawapan BM Kertas 2 Ting 6.2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1

SULIT*

JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANP
ELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANNEGERISAB
AHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABAT
910/2
ANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEG STPM 2011
ERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATAN
PELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGER
BAHASA MALAYSIA
ISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERIJABATAN
PELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARA
NNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJA
BATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARAN
KERTAS 2
NEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJAB
ATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANN
(Tiga jam)
EGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABA
TANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJ
ARANNEGERISABAHJABATANNEGERISABAHJABATANNEGERISABAHJABATANNEG

SMK ELOPURA SANDAKAN


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

SKEMA JAWAPAN DAN PEMARKAHAN

Arahan kepada calon:

Jawab satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan Bahagian B, satu soalan
Bahagian C, dan satu soalan dalam Bahagian D.

Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan.

Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak.

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
2

Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu
daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50m]

1. Kebelakangan ini, negara kita begitu ghairah menganjurkan pelbagai sukan bertaraf antarabangsa.
Penganjuran sukan seumpama ini dikatakan menguntungkan negara. Kemukakan hujah anda untuk
menyokong pandangan tersebut. (Lima isi tentang faktor/sebab yang membuktikan penganjuran sukan
bertaraf antarabangsa menguntungkan negara).

JAWAPAN CADANGAN
Pendahuluan : - Peringkat awal penganjuran sukan antarabangsa kurang disenangi rakyat.
- Kosnya tinggi dalam penyediaan prasarana yang lengkap dan canggih.
- Contohnya, Sukan Komanwel dan lumba kereta Formula Satu.
- Namun, penganjuran sukan ini menguntungkan negara.

Isi-isi Penting :

1. Saluran yang mudah dan murah untuk mempromosikan Malaysia ke seluruh dunia.
- Media massa membuat promosi sebelum, semasa, dan selepas sukan ke seluruh dunia.
- Hal ehwal negara akan disiarkan oleh media di negara yang turut serta.
- Menarik orang asing melancong, melabur, dan melanjutkan pelajaran di sini.

2. Dapat memajukan sukan tanah air.


- Prasarana lengkap dan canggih dimanfaatkan oleh atlet negara.
- Atlet dan rakyat mula meminati sukan seperti lumba lumba kereta Formula Satu.
- Jaguh sukan berwibawa akan dilahirkan.

3. Negara dapat memperkenalkan sukan-sukan tempatan dan atlet dapat menyertai semua acara sukan.
- Seperti sukan silat dan sepak takraw yang asalnya sukan rakyat.
- Atlet dapat menimba pengalaman dalam semua acara sukan.
- Menaikkan semangat untuk berjaya.

4. Industri pelancongan dan industri lain turut berkembang.


- Peminat sukan datang melancong dan membeli-belah.
- Industri perhotelan, pengangkutan, kraf tangan, dan sebagainya berkembang.
- Ekonomi negara kian maju.

5. Nilai murni dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.


- Penganjuran sukan mendidik rakyat membuat persiapan rapi sebelum sukan.
- Memberikan pengalaman agar lebih matang dalam hal pengurusan.
- Menjaga kebersihan dan bersopan santun.
- Kita akan dihormati dan dikenang oleh masyarakat luar.

Penutup : - Penganjuran sukan antarabangsa tinggi kosnya, tetapi manfaatnya banyak.


- Ekonomi berkembang, politik stabil, dan rakyat hidup aman.
- Pemimpin dapat menumpukan usaha mencapai Wawasan 2020.

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3

2. Kad kredit pada masa ini bukanlah merupakan sesuatu yang asing bagi kebanyakan pengguna di negara ini.
Kad ini kerap digunakan oleh orang ramai dalam urusan jual beli. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat
menafikan bahawa penggunaan kad ini dengan meluas ada kebaikan dan keburukannya. Jelaskan
pernyataan ini. (Lima isi, iaitu dua/tiga isi tentang kebaikan kad kredit DAN tiga/dua isi tentang
keburukan kad kredit).

JAWAPAN CADANGAN

Pendahuluan : - Takrifan bagi kad kredit.


- Kad yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi kewangan, misalnya Maybank, CIMB,
RHB, dan lain-lain.
- Pemilik kad kredit membuat bayaran bagi sesuatu pembelian di tempat-tempat tertentu
dan kemuadian membayar semula kepada institusi kewangan berkenaan pada akhir
bulan.
- Terdapat kebaikan dan keburukan kad kredit.

Isi-isi Penting :
Kebaikan 1. Memudahkan pengguna
- Tidak perlu membawa wang tunai untuk berbelanja – risiko untuk dirompak dapat
dikurangkan.
- Apabila melancong ke luar negara, tidak perlu menukarkan wang tunai kepada mata
wang asing jika menggunakan kad kredit.
- Boleh membeli-belah melalui Internet dan menempah hotel dengan menggunakan kad
kredit.

2. Membantu pertumbuhan ekonomi secara umum.


- Pengguna boleh membeli barang walaupun ketika mereka tidak mempunyai wang.
- Apabila permintaan bertambah, bekalan juga akan ditingkatkan, dan ini membantu
pertumbuhan ekonomi.

3. Menyediakan kemudahan semasa kecemasan


- Pemilik dapat menyediakan kemudahan sumber kewangan pada masa kecemasan.

4. Pemegang kad kredit menikmati pelbagai kemudahan istimewa.


- Pengguna dapat menikmati pelbagai ganjaran yang ditawarkan oleh institusi kewangan
yang mengeluarkan kad kredit seperti ganjaran mata (points) dan potongan harga apabila
berbelanja dengan kad kredit.
- Pemegang kad mendapat perlindungan insurans kemalangan diri sekiranya membeli
tambang perjalanan dalam kenderaan awam menggunakan kad kredit.

Keburukan 1. Pengguna kad kredit terdorong untuk berbelanja lebih dan gemar berhutang / sukar mengawal
nafsu berbelanja.
- Menjadi boros dengan membeli barangan yang tidak perlu. Hal ini disebabkan mereka
tidak berasa bahawa wang keluar daripada saku mereka.
- Faedah akan dikenakan ke atas baki hutang yang tidak berbayar pada setiap bulan.
- Hutang akan bertambah dan tindakan mahkamah akan diambil terhadap pemilik yang
tidak berupaya menjelaskannya.

2. Memberikan ruang kepada jenayah siber.


- Pihak yang berkepentingan boleh mengklon kad kredit dan menggunakan kad orang lain
secara haram.

3. Institusi kewangan mengalami kerugian.


910/2 [Lihat Sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4

- Institusi kewangan yang mengeluarkan kad tersebut mungkin akan mengalami kerugian
sekiranya pengguna kad gagal membayar pinjaman mereka.
- Pengguna pula akan diisytiharkan muflis.
- Pada tahun 2005 sahaja, sejumlah RM3.7 bilion pinjaman melalui kad kredit tidak
dilunaskan oleh pengguna.

4. Pengeluaran kad kredit yang tidak terkawal mengakibatkan inflasi


- Pengguna cenderung berbelanja dengan kad kredit, beli dahulu bayar kemudian.
- Menggalakkan sikap boros dan tidak cermat dalam perbelanjaan.
- Menyemarakkan api inflasi dan menjejaskan ekonomi negara.

Penutup : - Kad kredit sebenarnya berfungsi sebagai media atau alat perantaraan bagi membuat sesuatu
pembayaran, bukan merupakan suatu kuasa beli. Sebagai pengguna, kita perlu bijak
memanfaatkannya.

3. Negara Dunia Ketiga ghairah menarik pelabur asing melabur ke negara masing-masing. Malaysia juga
tidak berkecuali dalam hal ini kerana pelaburan asing amat mustahak untuk mempercepat pembangunan di
Malaysia. Berikan hujah-hujah anda tentang kepentingan pelaburan asing dan langkah-langkah untuk
menarik pelabur asing ke Malaysia. ( Lima isi; dua/tiga isi tentang kepentingan pelaburan asing DAN
tiga/dua isi tentang langkah-langkah menarik pelabur asing).

JAWAPAN CADANGAN

Pendahuluan : - Negara Dunia Ketiga giat menarik pelabur untuk mendapatkan modal dan teknologi.
- Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai pendekatan demi menarik kemasukan
pelaburan asing.
- Pelaburan asing akan mempercepat kemajuan negara.

Isi-isi penting :

Kepentingan 1. Membawa masuk teknologi canggih dan kepakaran


- Pelabur asing akan menjalankan R&D di Malaysia. Kita akan mempelajari teknologi
canggih daripada mereka.
- Lama-kelamaan kita mampu menguasai teknologi moden, rakyat akan menjadi tenaga
profesional, dan kita mampu menghasilkan teknologi sendiri.

2. Meningkatkan peluang pekerjaan


- Kemasukan pelabur asing bermakna lebih banyak kilang perindustrian didirikan.
- Lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.
- Tanpa masalah pengangguran, masalah sosial dapat dikurangkan.

3. Meningkatkan penggunaan bahan mentah tempatan


- Pelaburan asing akan menggunakan bahan mentah tempatan; harga dan penggunaan
bahan mentah lebih terjamin.
- Barangan siap meraih harga tinggi, pelaburan asiing dapat menambah pendapatan
negara.
- Kita juga untung dari segi imbangan pembayaran negara kita.

4. Menggalakkan masuk modal asing


- Modal pelaburan asing tidak perlu dibayar balik. Dengan itu, kerajaan dapat sumber
kewangannya untuk pembangunan negara.
- Kita tidak perlu membuat pinjaman asing.

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5

5. Menggalakkan pembangunan infrastruktur


- Kawasan perindustrian lengkap dengan kemudahan infrastruktur.
- Pelabuhan dan lapangan terbang yang canggih juga disediakan.
- Kemudahan asas yang lebih sempurna; taraf hidup sosial rakyat negara ini dapat
dipertingkatkan.

Langkah-langkah menggalakkan pelaburan asing :

1. Menawarkan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk pelabur


- KLIA dapat menampung keluar masuk pelabur asing di Malaysia.
- System pengangkutan jalan yang canggih seperti LRT juga dibina.
- Kawasan pejabat yang termoden juga disediakan di Cyberjaya dan KLCC.
- Kawasan kediaman yang berkualiti juga ditawarkan.
- Sistem komunikasi yang canggih juga dibekalkan melalui MEASAT I dan MEASAT II.

2. Kestabilan politik
- Pelaburan asing merupakan pelaburan jangka panjang.
- Politik yang stabil bererti dasar kerajaan tidak berubah.
- Keselamatan sosial juga terjamin.
- Operasi kilang pelabur berjalan lancar.

3. Kemudahan dan insentif yang pelbagai ditawarkan


- Kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada pelabur asing; menguntungkan
syarikat pelabur asing.
- Pakar asing juga akan diberikan kebebasan keluar masuk.
- Ahli keluarga mereka boleh tinggal lebih lama di sini tanpa banyak sekatan.
- Peratusan saham yang harus dimiliki oleh rakyat kita dilonggarkan.
- Semua insentif ini akan memudahkan pelabur asing melabur di Malaysia.

4. Perlindungan undang-undang untuk para pelabur giat dijalankan.


- Kini Akta Cyber telah berkuat kuasa. Hukuman yang ketat akan dikenakan terhadap
penjenayah computer.
- Jenayah pemalsuan tandatangan multimedia, menceroboh, mencuri dan memusnahkan
data syarikat, menyairkan bahan lucah dan sebagainya dapat disekat.
- Dengan ini, penggunaan teknologi multimedia akan lebih selamat.
- Akta Hak Intelek juga digubal. Akta ini boleh mencegah kegiatan cetak rompak
teknologi maklumat.

Penutup : - Pelaburan asing memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.
Memandangkan hakikat inilah pelbagai insentif serta kemudahan pelaburan telah disediakan untuk
menggalakkan pelaburan asing di negara ini.

4. Anda merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk di kawasan tempat tinggal anda, justeru anda diminta agar
menghantar memorandum kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi menyatakan bantahan
terhadap pendatang asing di kawasan anda dan mengemukakan langkah-langkah untuk menanganinya.
Sediakan memorandum itu selengkapnya. (Format Khusus Memorandum. Lima isi; dua/tiga isi tentang
bantahan DAN tiga/dua isi tentang langkah-langkah menangani).

JAWAPAN CADANGAN

Format memorandum

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
6

Pendahuluan : - Penerima memorandum


- Pengirim memorandum
- Tajuk : Bantahan terhadap Kehadiran Pendatang Asing dan Langkah-langkah
menanganinya.

Bantahan : 1. Peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial.


- Kehadiran pendatang asing meningkatkan kadar jenayah.
- Mengancam keselamatan penduduk, terutamanya wanita dan kanak-kanak.
- Pendatang asing yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh kasar terlibat dalam jenayah
seperti mencuri, memecah rumah, dan pergaduhan.
- Pergaduhan yang menyebabkan kematian seing berlaku dalam kalangan mereka kerana
berebutkan gadis atau kalah dalam perjudian.
- Terdapat pergaduhan yang berlaku antara pendatang asing dengan penduduk tempatan
kerana sikap biadap mereka yang mengganggu gadis tempatan.
- Mereka juga bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.
- Wujud koloni dan sering berkumpul di kedai-kedai kopi pada waktu malam.

2. Mewujudkan petempatan haram


- kawasan bukit di kampong dijadikan sebagai petempatan sementara.
- Mereka tidak memiliki dokumen yang sah, memudahkan mereka melarikan diri apabila
operasi diadakan oleh pihak berkuasa.
- Terdapat juga pendatang asing yang menyewa rumah penduduk tempatan.
- Sesetengahnya menduduki rumah yang tidak berpenghuni tanpa pengetahuan pemiliknya.
- Kawasan hutan turut dijadikan petempatan mereka.
- Wujud setinggan, mencuri bekalan elektrik dan air daripada penduduk tempatan.

3. Menjejaskan peluang ekonomi penduduk kampung


- Kebanyakan majikan dalam sektor perladangan dan pembinaan lebih suka mengupah
warga asing kerana murah.
- Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja kerja malah ada yang sanggup menorah
getah.
- Mereka menjual barangan seperti mainan, buah-buahan di pasar malam atau gerai kecil.
- Penduduk tempatan tidak berpuas hati kerana merampas peluang mereka.
- Berlaku pergaduhan berebutkan tapak perniagaan.

Cadangan :
4. Mengawal kemasukan warga asing
- Perketatkan kemasukan warga asing.
- Mengehadkan jumlah kemasukan mereka.
- Memastikan pendatang yang benar-benar layak sahaja yang memasuki Malaysia.
- Pihak Imigresen, kastam, polis marin menghalang kemasukan pendatang asing secara
haram.

5. Menjalankan operasi secara berterusan


- Langkah pengawalan yang ketat.
- Operasi terhadap pendatang asing haram secara berterusan.
- Terdapat penduduk tempatan melindungi mereka setelah menerima suapan wang ringgit.
- Langkah proaktif uuntuk menangkap warga asing atau mereka yang terlibat dalam
komplot ini.

Penutup : - Kebanjiran warga asing secara haram.


- Langkah untuk membendung demi kesejahteraan masyarakat setempat dan keamanan
negara.
910/2 [Lihat Sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
7

- Ucapan terima kasih, pengakuan, tarikh, tandatangan, nama, dan jawatan.


Bahagian B

5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa
menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara
170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.

[20m]

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang membangun dari segi ekonomi dan sosial, dan kita
sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai taraf negara maju. Walaupun negara kita bergiat cergas dalam
sektor perindustrian, tetapi kita tidaklah mengabaikan sektor pertanian malah terus membangunkannya dengan
pelbagai ikhtiar yang difikirkan wajar. Hal ini penting dilakukan kerana Malaysia memiliki keistimewaan tertentu yang
dapat dimanfaatkan dalam bidang ini. Amatlah rugi jika kita mengabaikan salah satu daripadanya.
Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan hakikat bahawa sektor perindustrian di negara kita harus dimajukan
dan perlu lebih diutamakan daripada sektor pertanian. Hal ini demikian kerana pendapatan yang diperoleh daripada
sektor perindustrian adalah jauh melebihi perolehan daripada sektor pertanian. Pendapatan sektor perindustrian
yang stabil dan lumayan dapat memantapkan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana hasil daripada sektor
perindustrian tidak terdedah kepada faktor luaran seperti cuaca yang boleh menjejaskan jumlah pengeluaran dan
harga jualan, iaitu sebagaimana yang sering mempengaruhi hasil kegiatan sektor pertanian.
Selain itu, jika sektor perindustrian berkembang pesat di negara kita, hal ini mampu mendorong pembukaan
kilang-kilang pembuatan dan seterusnya membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak dan pelbagai. Penubuhan
kilang-kilang perindustrian yang beroperasi untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk, bukan sahaja di
bandar malah juga di luar bandar. Penawaran pekerjaan yang pelbagai jenis dan pelbagai peringkat dalam berbagai-
bagai kegiatan sektor perindustrian mampu menarik minat penduduk setempat untuk bekerja berbanding dengan dalam
sektor pertanian.
Walaupun negara kita giat memajukan sektor perindustrian, sektor pertanian juga harus diberikan perhatian
untuk dimajukan. Hal ini disebabkan sektor pertanian juga dapat menyumbang pertumbuhan kepada ekonomi negara.
Pengeluaran sektor pertanian bukan sahaja dapat membekalkan makanan kepada pengusahanya malah kepada seluruh
penduduk Malaysia juga. Jika kita mengeluarkan hasil tanaman dengan banyak, negara kita tidak perlu bergantung
kepada negara lain untuk sumber makanan, seterusnya ini dapat mengurangkan import sumber makanan. Di sebalik
itu, hasil yang banyak memberikan peluang kepada kita untuk mengeksportnya pula. Maka dengan demikian,
pengaliran keluar mata wang negara kita dapat dihentikan, manakala pengaliran masuk mata wang asing dapat
ditambah.
Di samping itu, sektor pertanian memang amat perlu dimajukan untuk mengatasi masalah tanah terbiar
yang menjadi semakin serius pada masa ini. Tanah terbiar harus dimajukan dan diusahakan untuk mengelakkan
pembaziran sumber pengeluaran itu. Masalah tanah terbiar mungkin akan menyebabkan tanah tersebut gersang dan
kehilangan sumber mineral yang penting bagi pertumbuhan tanaman. Secara tidak langsung, kita mungkin akan
kehilangan nilai daripada khazanah alam yang amat berharga itu.
Hasil daripada sektor pertanian juga dapat dijadikan input untuk kegiatan sektor perindustrian. Sektor
pertanian menyediakan bahan-bahan mentah untuk diproses oleh pengusaha sektor perindustrian. Contohnya, hasil
tanaman getah menyediakan susu getah yang dapat diproses menjadi tayar kereta dan pelbagai barangan berasaskan getah.
Hasil tanaman kelapa sawit pula dapat menyediakan buah kelapa sawit yang boleh diproses untuk dijadikan minyak,
sabun, lilin, dan lain-lain. Semua keluaran ini dapat dijual pada harga yang berpatutan dan mampu menjana
pendapatan kepada negara.
Sebagaimana kata Perdana Menteri kita, negara kita harus bijak memanfaatkan sesuatu yang kita miliki di
bumi yang dianugerahkan Allah kepada kita, maka amat wajar bagi memajukan kedua-dua sektor pertanian dan sektor
perindustrian secara saling melengkapi. Kita harus bersyukur atas anugerah itu dan kita juga harus sedar bahawa tidak
banyak negara di dunia ini yang dapat menikmati kelebihan seperti yang ada di negara kita ini.

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
8

Soalan 5 : JAWAPAN CADANGAN

Isi Utama - Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun (1) dan sedang berusaha untuk mencapai
status negara maju. Walaupun Malaysia cergas dalam sektor perindustrian (2), sektor pertaniannya
tidaklah diabaikan (3). Langkah ini penting kerana Malaysia mempunyai keistimewaan (4) tertentu.
3/4 = IUT
Isi Sokongan -

1. Sektor perindustrian memang diberikan keutamaan (1) kerana pendapatan yang diperoleh (2) daripadanya lebih tinggi
dan stabil (3) disebabkan hasilnya tidak dipengaruhi oleh faktor luaran (4). Hal ini penting untuk memantapkan ekonomi
negara (5). 3/5 = IS 1

2. Sektor perindustrian (1) yang melibatkan pengeluaran pelbagai produk dapat menawarkan peluang pekerjaan yang
banyak (2), baik di bandar mahupun di luar bandar (3). 2/3 = IS 2

3. Dalam pada itu, sektor pertanian juga perlu diberikan perhatian (1) disebabkan sektor ini juga memberikan sumbangan
kepada pertumbuhan ekonomi negara (2). Sektor pertanian membekalkan makanan kepada penduduk (3).
2/3 = IS 3

4. Pengusahaannya membolehkan kita mengurangkan import makanan (1). Kita juga boleh mengeksportnya (2) dan dengan
ini pengaliran wang ke luar dapat dikurangkan (3). 2/3 = IS 4

5. Sektor pertanian juga perlu dimajukan (1) untuk mengatasi masalah tanah terbiar (2) dan mengelakkan
pembazirannya (3), dan mengelakkan kita kehilangan nilai khazanah (4) tersebut.
3/4 = IS 5

6. Hasil pertanian (1) juga dapat dijadikan input atau bahan mentah untuk sektor perindustrian (2). Semua hasil keluaran
(3) sektor pertanian dapat menyumbang pendapatan (4) kepada negara jika dijual dengan harga yang berpatutan (5).
3/5 = IS 6

Kesimpulan - Kita harus bijak memanfaatkan sesuatu yang kita miliki (1) dan amat wajar (2) bagi kita untuk
memajukan kedua-dua sektor (3). Kita harus bersyukur (4) atas anugerah Tuhan ini kerana tidak banyak
negara memiliki kelebihan (5) seperti ini. 3/5 = KT

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
9

Bahagian C

Jawab satu soalan sahaja.

6 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke
dalam cakap pindah. [15m]

“Kaunampak Pawang Kri?” tanya Alwi dengan kuat.


“Mungkin bergelut dengan buaya itu. Tapi aku tak nampak jelas!” jawab Muslim dengan kuat juga.
Tali alai naik lagi. Tidak lama kemudian permukaan air terbelah lagi. Buaya itu muncul semula,
menghempaskan badannya.
“Tembak!” jerit Alwi.
“Ada Pawang Kri!”
“Apa?”
“Ada Pawang Kri!’
“Aku tak fikir Pawang Kri boleh menyelam begini lama,” kata Muslim menurunkan senapang dari
bahunya.
“Siapa tahu? Mungkin dia boleh menyelam sampai tiga puluh minit,” jawab Alwi.
“Kita nanti lagi?”
“Ya, apa yang kita boleh buat?” ujar Alwi sambil ketawa. “Kau mahu terjun dan mencarinya dalam Sungai
Usar ini?”
“Apa? Kaujangan perli aku! Kauingat aku ni apa?” balas Muslim.
“Aku sebenarnya risau, kenapa Pawang Kri tak timbul-timbul lagi.” Alwi merungut.
“Aku pun macam kau juga. Kenapa lama sangat ni!”
Mereka menanti lagi. Tetapi penantian kali ini menyebabkan mereka berpeluh.

JAWAPAN CADANGAN

Dengan suara yang kuat, Alwi ingin tahu, sama ada Muslim melihat Pawang Kri atau tidak. Dengan suara
yang kuat juga, Muslim mengatakan bahawa berkemungkinan Pawang Kri bergelut dengan buaya itu, tetapi
menurutnya, dia tidak nampak dengan jelas. Tali alai naik lagi dan tidak lama selepas itu permukaan air terbelah
lagi. Buaya itu muncul semula dan menghempaskan badannya. Alwi menjerit dan meminta Muslim menembaknya.
Muslim menjerit dan memberitahu Alwi bahawa (di situ) ada Pawang Kri. Alwi ingin tahu untuk mendapatkan
kepastian, dan Muslim mengatakan bahawa (di situ) ada Pawang Kri. Sambil menurunkan senapang dari bahunya,
Muslim mengatakan bahawa dia berpendapat bahawa Pawang Kri tidak mungkin boleh menyelam sedemikian lama.
Alwi mengatakan bahawa tidak ada sesiapa tahu bahawa berkemungkinan Pawang Kri boleh menyelam selama tiga
puluh minit. Muslim meminta kepastian sama ada mereka perlu terus menanti atau tidak. Sambil ketawa, Alwi
mengeyakan kata-kata Muslim dan mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh mereka.
Menurutnya Alwi lagi, dia juga ingin tahu sama ada Muslim mahu terjun atau tidak ke dalam Sungai Usar itu untuk
mencari Pawang Kri. Muslim membalas dengan meminta supaya Alwi tidak memerlinya dan memintanya agar tidak
membuat sebarang tanggapan tentang dirinya. Sambil merungut, Alwi mengatakan bahawa dia sebenarnya risau
sebab Pawang Kri belum timbul-timbul lagi. Muslim memberitahu Alwi bahawa dia juga seperti Alwi dan ingin
tahu sebab Pawang Kri terlalu lama (di dalam air). Mereka menanti lagi, tetapi penantian mereka pada kali ini
menyebabkan mereka berpeluh.

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
10

7 Alih bentuk bahasa prosa klasik di bawah ini kepada bentuk prosa Melayu moden. [15m]

Maka oleh Tun Indera Segara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkan kepada Sultan Ahmad.
Maka baginda pun tersenyum. Maka titah Sultan Ahmad, “Benar katanya itu.” Maka dianugerahi baginda Tun
Indera Segara.
Setelah hari siang, maka Peringgi pun naiklah ke darat. Maka Sultan Ahmad pun naik gajah. Juru Demang
namanya, Seri Udani di kepala gajah. Tun Ali Hati di belakang. Maka baginda keluarlah dengan segala hulubalang,
maka peranglah dengan Peringgi beramuk-amukan.
Seketika perang itu, maka rakyat Peringgi pun undur daripada sangat tempuh orang Melaka. Maka tampil
Alfonso de Albuquerque dengan seribu soldadu berpelurunya istinggar, seperti kacang jatuh ke bidai bunyinya,
demikianlah daripada sangat tempuh anak Portugal.
Maka pecahlah perang orang Melaka, lalu undur. Maka tinggal Sultan Ahmad seorang diri di atas gajah.
Maka oleh Peringgi, gajah Sultan Ahmad dikepungnya banyak-banyak. Maka Sultan Ahmad pun beradukan tombak
dengan Peringgi, kena tapak tangan baginda, luka sedikit. Maka oleh Sultan Ahmad dikendongkannya tangannya,
sambil memberitahu anak Melaka.

JAWAPAN CADANGAN

Semua maklumat yang diberitahu oleh Tun Isap itu dimaklumkan kepada Sultan Ahmad oleh Tun Indera
Segara. Setelah mendengar kata-kata Tun Indera Segara, Sultan Ahmad berasa gembira. Baginda juga mengaku
akan kebenaran kata-kata Tun Indera Segara, dan sebagai tanda penghargaan, Tun Indera Segara dikurniakan
hadiah.
Pada keesokan hari, Portugis naik ke darat untuk berperang. Dalam pada itu, Sultan Ahmad pula menaiki
gajah yang bernama Juru Demang yang dipandu oleh Seri Udani yang duduk di kepala gajah. Tun Ali pula duduk di
belakang gajah. Setelah itu, Sultan Ahmad bersama-sama semua hulubalang berperang dengan Portugis. Perang itu
berlanjutan beberapa ketika dan orang-orang Portugis mula berundur kerana tidak dapat bertahan dengan keberanian
pahlawan Melaka yang berperang itu. Panglima Portugis, Alfonso de Albuquerque, bersama-sama seribu orang
tenteranya, mula melancarkan serangan dengan menggunakan senapang. Bunyi tembakan senapang itu seperti
kacang jatuh ke atas bidai.
Serangan senapang yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh Portugis menyebabkan orang Melaka
tidak dapat menangkisnya dan mereka mula berundur. Cuma tinggal Sultan Ahmad dan gajahnya sahaja di medan
perang itu. Tentera Portugis mula mengepung Sultan Ahmad dan gajahnya. Sultan Ahmad mula menyerang orang-
orang Portugis yang mengepung baginda dengan menggunakan tombak, tetapi tapak tangan baginda terluka sedikit.
Sultan Ahmad pun membaluti tangannya itu dengan kain sambil memangggil orang-orang Melaka.

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
11

Bahagian D

8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan
kemudian buat pembetulan. [15m]

Malaysia perlu berusaha menjadikan konsep “masyarakat berfikir” sebagai suatu agenda penting dalam
pembangunan bangsa dan pembinaan negara. “Masyarakat berfikir” adalah asas penting bagi mencorakkan
perubahan masyarakat maju di abad ke-21. Kemajuan material dan ekonomi yang negara kita miliki sepatutnya
merintis perubahan yang lebih dinamis ke arah melahirkan “masyarakat berfikir”. “Masyarakat berfikir” ialah
masyarakat yang berwibawa, produktif, berfikiran jauh, optimistik pada perubahan, bersifat demokratik, dan
dapat membina serta mempertahankan nilai-nilai yang menjamin kesejahteraan anggota masyarakatnya. Masyarakat
yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah merupakan masyarakat yang tidak mempunyai daya kekuatan, daya
ketahanan psikologi, dan tidak dapat menentukan haluan perubahan untuk membangun, menghadapi cabaran, dan
merintis kepada perubahan.

JAWAPAN CADANGAN

Bil. Kesalahan Analisis Kesalahan Pembetulan


1.
Malaysia perlu Kesalahan tidak ada kata hubung pancangan komplemen. Malaysia perlu
berusaha Ayat tersebut merupakan ayat majmuk pancangan berusaha untuk
menjadikan komplemen. Oleh itu, kata hubung pancangan komplemen menjadikan
konsep… ‘untuk’ perlu hadir selepas kata kerja ‘berusaha’ konsep…

2.
…adalah asas Kesalahan penggunaan kata pemeri ‘adalah’. Perkataan ‘asas’ …ialah asas
penting… ialah kata nama. Kata pemeri yang sesuai hadir sebelum kata penting…
nama ‘asas’ ialah ‘ialah’.

3.
…di abad ke-21… Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’. Kata sendi nama …pada abad ke-
‘di’ digunakan untuk menunjukkan tempat dan arah 21…
sedangkan perkataan ‘abad’ merujuk pada masa.

4.
…ekonomi yang Kesalahan struktur binaan ayat pasif diri orang ketiga. Ayat …ekonomi yang
negara kita miliki… ini seharusnya mematuhi struktur KN (objek - ekonomi) + dimiliki oleh negara
KK (dimiliki oleh) + KN (subjek – negara kita) kita…

5.
…optimistik pada Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘pada’. Kata sendi …optimistik kepada
perubahan… nama ‘pada’ khusus untuk menunjukkan masa dan tempat. perubahan…
Perkataan ‘perubahan’ tidak merujuk pada masa atau tempat.

6.
…merintis kepada Kesalahan kata kerja aktif transitif. Perkataan ‘merintis’ ialah …merintis
perubahan. kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek. Kata kerja perubahan.
aktif transitif mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada
kata nama, sedangkan ‘kepada’ bukan kata nama, tetapi kata
sendi nama.

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
12

910/2 [Lihat Sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like