Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PENUTUP LONGKANG


SEPANJANG LALUAN MURID DAN
LALUAN KONKRIT PEJALAN KAKI.

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 22,


PAHANG DARUL MAKMUR

1
PENDAHULUAN

Pelajar-pelajar sekolah amat memerlukan persekitaran sekolah yang ceria, kondusif


dan selamat bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam
menimba ilmu pengetahuan. Salah satu keselamatan yang diambil berat adalah
penutup longkang. Saliran longkang yang sempurna dan cekap dapat menyalurkan
kuantiti air hujan yang berlebihan supaya tidak berlakunya banjir kilat. Selain itu,
penutup longkang amat diperlukan bagi menjamin keselamatan pelajar agar tidak jatuh
ke dalam longkang tersebut. Oleh itu, pelajar akan berasa selamat untuk datang ke
sekolah.

Nama Projek : Kertas Kerja Cadangan meletakkan penutup longkang di seluruh


kawasan Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 22.

Rasional : Sejajar dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


  (PIPP) Teras Ke-4 iaitu merapatkan jurang pembangunan yang  
memfokuskan kepada membangunkan infrastuktur dan kemudahan
pendidikan luar bandar dan pedalamanan di mana antara strateginya
adalah menambahbaik penyediaan infrastuktur dan kemudahan
pendidikan luar bandar dan pedalaman.

Matlamat : Menyediakan keselamatan yang terbaik untuk pelajar dan guru-guru


bagi menikmati kesamarataan dalam setiap  pembangunan pendidikan.

Objektif : 1. Menyediakan penutup longkang di seluruh kawasan sekolah.


2. Mebina laluan konkrit untuk laluan berjalan kaki bagi kemudahan
murid Pra Sekolah bermula pintu pagar utama menuju ke kelas Pra
Sekolah.

Anggaran :  RM 10,000
Kos

Sumber Kewangan : Sumbangan  Parlimen Kuala Krau

Pelan Cadangan : Sila lihat lampiran A

Strategi : 1. Mengadakan Mesyuarat AJK.


Pelaksanaan   2. Mencadang dan membuat keputusan projek
      mengubahsuai dan menambah kantin Sekolah
      Kebangsaan LKTP Jengka 22.
  3. Menyediakan kertas kerja projek dan pelan projek.
  4. Membuat surat permohonan projek kepada Ahli Parlimen
      Kuala Krau.
  5. Menghantar permohonan projek melalui YDP PIBG. 

2
Perancangan : 1. Menentukan kawasan untuk diubahsuai dan ditambah
Aktiviti       (Berdasarkan Pelan)
  2. Mengubahsuai dan menambah kantin sekolah.

Penyelarasan : 1. YDP PIBG


Dan kawalan   2. Guru Besar SK Jengka 22
  3. AJK PIBG

Penilaian : Hasil pengubahsuaian dan penambahan kantin


  (Kualiti dan Kuantiti)

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi


meletakkan penutup longkang di sepanjang longkang di kawasan
tepi kelas dan kawasan sekolah.

1.2 Memohon membuat laluan konkrit untuk laluan berjalan kaki bagi
kemudahan murid Pra Sekolah bermula pintu pagar utama menuju ke
kelas Pra Sekolah.

3.0 ANGGARAN KOS

3.1 Anggaran terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

Anggaran Kos penutup longkang dan membina laluan pejalan


kaki

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

Penutup longkang ( dijangka sepanjang


1. 300 meter ) RM 3000.00

2. Membina laluan pejalan RM 7000.00


3
ANGGARAN JUMLAH KOS KESELURUHAN RM 10,000.00
3.

Perbelanjaan termasuklah, antaranya:


1. Membeli penutup longkang
2. Membeli bahan simen, pasir dan lain-lain
3. Upah pekerja.

ANGGARAN KESELURUHAN IALAH RM 10,000.00

4.0 SUMBER KEWANGAN

4.1 Peruntukan Yang Berhormat Dato’ Hj. Manaf b. Hashim. ADUN Pengkalan Baharu

5.0 PERTIMBANGAN

5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa PIBG dan Pihak Sekolah memohon
daripada pihak Yang Berhormat Dato’ agar dapat memberi sumbangan ke
atas program ini supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan selamat
dan selesa.

5.2 Dengan kelulusan ini, diharap keselamatan warga Sekolah Kebangsaan


LKTP Jengka 22 lebih terjamin dengan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan dan ceria.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ _____________________________
4
( ALMEZI BIN KHOZALI ) (NOR AHMAD SAH BIN ABDUL JALIL )
Setiausaha PIBG SK LKTP JENGKA 22 YDP PIBG SK LKTP JENGKA 22

5
6

You might also like