Batu Pahat 2018 Skema

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SULIT PERCUBAAN STPM 2018

946/2 STPM 2018

PENGAJIAN PERNIAGAAN
UJIAN PRA-PENTAKSIRAN
PENGGAL 2 TAHUN 2018
( Satu jam empat puluh lima minit )

SKEMA JAWAPAN

___________________________________________________________________________

Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak

1
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

Bahagian A [50 markah]


Jawab semua soalan

1. Huraikan dua peranan pengurus sebagai pembuat keputusan (decision maker).


[4 markah]

Peranan pengurus sebagai pembuat keputusan ialah


i. Sebagai usahawan
- bertanggungjawab mengurus dan menggendalikan pengurusan, berusaha
meningkatkan perniagaan dengan melaksanakan idea-idea baharu, berfikir kreatif,
kritis dan inovatif.
ii. Sebagai pengagih sumber
- Bertanggungjawab mengagihkan sumber organisasi atau faktor pengeluaran
seperti bahan mentah, kewangan, modal, dan sumber manusia kepada jabatan
tertentu mengikut keperluan organisasi.
iii. Sebagai penyelesai masalah
- Berperanan menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi dan menangani
masalah yang timbul di dalam dan luar organisasi.

1. Terangkan konsep keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan sesebuah


pasaraya. [4 markah]

Konsep keberkesanan dalam pengurusan sesebuah pasaraya.


- Kemampuan pengurus atau pekerja pasaraya untuk melaksanakan segala aktiviti
atau kerja yang mempunyai sistem susun atur barangan di rak-rak dan pelabelan
mampu meningkatkan keuntungan syarikat yang telah di rancang agar matlamat
organisasi dapat dicapai.

Konsep kecekapan dalam pengurusan sesebuah pasaraya.


- Kemampuan pengurus atau pekerja pasaraya untuk melaksanakan segala aktiviti
atau kerja dalam organisasi dengan cara terbaik melebihi matlamat yang dirancang
iaitu memastikan pelanggan atau pekerja dengan mudah dan cepat mencari
barangan di rak-rak kerana adanya sistem susun atur dan pelabelan barangan yang
sistematik.

2. Huraikan konsep perorganisasian yang berikut dalam syarikat pengangkutan awam:


(i) Rantaian arahan [2 markah]

- Merupakan rantaian perintah yang jelas, tiada sekatan, dan tidak putus-
putus dalam menghubungkan antara setiap pekerja iaitu pemandu dalam
organisasi dengan pekerja di peringkat lebih tinggi daripada penyelia dan
seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu pengurus operasi yang wujud
dalam carta organisasi.

2
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

(ii) Pemusatan autoriti [2 markah]


- Merupakan konsep yang berkaitan dengan segala pembuatan keputusan
mengenai sesuatu aktiviti atau kaedah penyelesaian masalah.
- Contohnya, tugas mengenai jadual pemandu dan haluan perkhidmatan
hanya dibuat oleh pengurus atasan sahaja.

(iii) Pemencaran autoriti [2 markah]

- merupakan konsep yang berkaitan tentang segala pembuatan keputusan


mengenai sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah.
- contohnya, tugas menyediakan jadual pemandu dan laluan perkhidmatan
didelegasikan oleh pengurusan peringkat atasan kepada peringkat penyelia.

3. Nyatakan proses kawalan dalam perniagaan. [4 markah]

Proses kawalan dalam perniagaan:


i. Menetapkan standard
ii. Mengukur pencapaian atau prestasi semasa
iii. Mengukur pencapaian dengan standard
iv. Membuat langkah pembetulan

4. Seseorang yang berkontrak mesti merupakan seorang dewasa. Di Malaysia,


seseorang yang berusia 18 tahun dan ke atas di anggap dewasa. Oleh itu, mana-mana
kontrak yang dibuat oleh mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah
batal. Namun, wujud pengecualian terhadap syarat ini.
Huraikan tiga pengecualian terhadap syarat umur dewasa dalam unsur keupayaan
berkontrak menurut Akta Kontrak 1950. [6 markah]

Pengecualian terhadap syarat umur dewasa dalam unsur keupayaan berkontrak


menurut Akta Kontrak 1950.
1. Kontrak untuk keperluan hidup
 Kontrak yang membolehkan seorang kanak-kanak bawah 18 tahun membeli
barang keperluan hidup seperti makanan, pakaian dan pendidikan (tidak
termasuk barang mewah seperti telefon bimbit).

2. Kontrak Biasiswa
 Perjanjian biasiswa yang dibuat antara seorang pelajar berumur 17 tahun
dengan mana-mana badan kerajaan atau swasta dianggap mengikat.

3. Kontrak Insurans
 Seorang kanak-kanak di bawah 16 tahun boleh memasuki perjanjian insurans
dengan mana-mana syarikat insurans dengan mendapat kebenaran daripada ibu
bapa atau penjaga.

3
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

4. Kontrak Perkahwinan
 Merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum bahawa kanak-kanak
tidak boleh membuat kontrak. Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur dewasa
boleh membuat kontrak untuk berkahwin, dan kontrak itu sah dan dapat
dikuatkuasakan di mahkamah.
[Fakta=1m, Huraian=1m]
5. Nyatakan lima elemen penting penerimaan. [5 markah]

Lima elemen penting penerimaan ialah,


1. Jelas, pasti dan tidak bersyarat. (1m)
2. Dibuat secara biasa dan munasabah. (1m)
3. Penerimaan mestilah dikomunikasikan. (1m)
4. Penerimaan dalam jangkamasa yang munasabah(1m)
5. Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.
(1m)

6. Berikan empat tujuan komunikasi dari atas ke bawah. [4 markah]

a. Pihak atasan menerangkan berkaitan polisi seperti kenaikan pangkat, kenaikan gaji
dan skim pencen.
b. Pihak atasan menerangkan tentang maklumat terkini operasi syarikat.
c. Pihak atasan menerangkan kaedah penilaian prestasi.
d. Pihak atasan menerangkan tentang latar belakang organisasi.

7. Nyatakan enam jenis perniagaan e-dagang yang wujud sekarang. [6 markah]

a. Pengiklanan
b. Pendidikan
c. Kewangan
d. Bidang profesional
e. Peruncitan
f. Pelancongan.

8. Berikut adalah maklumat tentang bilangan penumpang bagi Syarikat Bas Ekspres
KKBP bagi minggu pertama operasinya.

Hari Bilangan penumpang


Isnin 31
Selasa 38
Rabu 42
Khamis 38
Jumaat 42
Sabtu 40
Ahad 42

4
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

i) Jelaskan maksud min, median dan mod. [3 markah]


 Maksud min: purata semua nombor dalam sampel ATAU, diperolehi dengan
menjumlahkan semua nilai data dan kemudian membahaginya dengan
bilangan data. [1]
 Maksud median : merupaka nilai yang terletak di tengah-tengah bagi set data
yang disusun secara menaik.[1]
 Maksud mod: nombor yang berulang paling kerap dalam set data atau
sampel. [1]
ii) Hitung min, median dan mod penumpang bas ekspres itu bagi minggu tersebut.
[3 markah]

Min = Jumlah Penumpang


Bil. Hari

= 31+38+42+38+42+40+42
7
= 39 [ jalan kerja yang lengkap, 1M]

Median = 40 [1]
31,38,38,40,42,42,42,
Nilai cerapan yang terletak di tengah data setelah disusun dengan tertib
menaik adalah 40.

Mod = 42 [1]
Nilai cerapan yang paling kerap berulang adalah 42, sebanyak tiga kali

9. Jelaskan tiga maklumat yang relevan untuk membuat keputusan dalam pembelian
sebuah rumah untuk kegunaan keluarga. [5 markah]

i) Harga - Rumah yang dibeli perlu selaras dengan kemampuan keluarga


tersebut.
ii) Kualiti - Rumah yang dibeli mempunyai kualiti yang seperti kandungan
bahan binaan yang sepatutnya, rumah disiapkan dalam tempoh
yang dijanjikan dan lain-lain.
iii) Saiz - Saiz rumah seperti rumah teres, berkembar dan banglo yang cukup
besar untuk keperluan keluarga.
iv) Keselamatan - Mempunyai ciri-ciri keselamatan asas seperti mempunyai pagar,
kawalan keselamatn dll.

5
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

Jawab semua soalan


Bahagian B
[50 markah]

V’ Asia Cosmetic & Healthcare

11. Aura One Resources ( M) Sdn. Bhd., syarikat pengeluar produk kosmetik dan
kesihatan berasaskan herba asli jenama V’Asia Cosmetic & Healthcare (V’Asia)
menyasarkan jualan sebanyak RM 70 juta tahun ini berbanding RM 48 juta tahun lalu melalui
penubuhan dua anak syarikat baru iaitu Herba Timur (M) Sdn. Bhd. dan Awet Muda Beauty
& Health Sdn Bhd. Pengasasnya, Datuk Dr. Azril Mohd Radzi berkata, syarikat optimis
mampu mencapai sasaran tersebut kerana penubuhan dua syarikat baru itu memberi ruang
untuk lebih fokus kepada setiap bidang perniagaan termasuk pemakanan kesihatan moden
dan tradisional. Langkah ini dilihat melengkapkan variasi produk yang ditawarkan, sekali gus
memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai dan menjana pendapatan yang lebih tinggi
kepada syarikat.

Menurut pengasasnya Datuk Dr Azril, kelebihan produk V’Asia adalah terletak pada
ciri-cirinya yang memenuhi keperluan orang ramai dengan tawaran produk berkualiti pada
harga mampu milik. Produk V’Asia menerima maklum balas baik daripada pengguna sejak
empat tahun lalu sehingga syarikat meningkatkan kapasiti operasi pejabat melalui pembelian
tiga unit rumah kedai dan menyewa tiga unit lagi di Shah Alam serta merancang untuk
membeli tiga unit rumah kedai di kawasan yang sama dalam masa terdekat. Selain faktor
produk, ia juga dibantu oleh 120 stokis dan 10,000 agen jualan seluruh negara selain jualan
di toko-toko jamu. Untuk tahun ini syarikat akan mempelbagaikan lagi saluran pemasaran
kepada Pasaraya Besar Mydin dan beberapa farmasi terkemuka.

Pada saat beberapa pengasas produk berlumba-lumba untuk dikenali, dengan menaja
program televisyen popular, pengasas V’Asia tampil menggunakan pendekatan berbeza.
Baginya populariti tidak menjamin peningkatan penjualan produk kerana apa yang penting
adalah mengekalkan kualiti agar produk lebih dikenali berbanding dirinya sendiri. Ada orang
berasa menonjolkan diri dapat meningkatkan penjualan produk. Ada pula yang berpendapat,
penajaan program popular sebagai langkah mengingati jenama dan nama tuan empunya
produk. Tetapi sejauh mana ia mampu meningkatkan penjualan?. Bergantung kepada
pandangan masing-masing. Sebab itu beliau lebih suka bersikap “kurang dikenali” dan berada
di belakang tabir, asalkan jenama V’Asia diketahui umum dan terbukti berkesan. Baginya
populariti tidak menjanjikan apa-apa pulangan kerana kuasa beli masih di tangan pengguna.
Sebab itu beliau fokus kepada penghasilan produk berkualiti bagi memenuhi permintaan
pelanggan seterusnya menjadi pelanggan tetap dan percaya kepada produk V’Asia. Semua
produk V’Asia mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak
menggunakan bahan berbahaya serta diformula khusus melalui kepakaran teknologi
makanan.

Terdapat juga publisiti melalui televisyen telah dibuat melalui rancangan bual bicara
Jom Singgah (TV3), Wanita Hari Ini (WHITV3), Nasi Lemak Kopi O (TV9),
Assalamualaikum ( TV Al HIJRAH). Ada juga penajaan dibuat melalui drama Mak Cun 2
dan Marhaban Kome Oi di TV3 dan penajaan solo rancangan bual bicara Teh Tarik Che Ta
musim 1 dan 2 di TV 2. Seiring perkembangan syarikat Datuk Dr. Azril, fokus meluaskan

6
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

produknya di peringkat antarabangsa menjelang akhir tahun ini serta menyasarkan untuk
mengeluarkan lebih 10 produk dengan jumlah pelaburan melebihi RM 1 juta.

(Disesuaikan daripada www.vasia.my/about-us dan Kualiti Bukan Populariti, dicapai


www.hmetro.com.my 10 Mac 2017)

Berdasarkan kes di atas,

a) Jelaskan dua jenis keputusan yang dibuat oleh Datuk Dr. Azril Mohd Radzi sebagai
pengasas V’ Asia Cosmetic & Healthcare . [10 markah]

b) Jelaskan strategi perniagaan yang telah dibuat oleh Datuk Dr. Azril Mohd Radzi bagi
mengukuhkan lagi jenama V’ Asia Cosmetic & Healthcare dipasaran. [20 markah]

Dua jenis keputusan yang dibuat oleh Datuk Dr. Azril Mohd Radzi sebagai pengasas V’ Asia
Cosmetic & Healthcare.

11 a) i. Keputusan Rutin
-Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah yang sering
berlaku dan boleh dijangka dalam operasi harian organisasi.

Kaitan kes:
-Mewujudkan banyak variasi produk yang berkualiti kepada pengguna
pada harga mampu milik.
-Mempelbagaikan saluran pemasaran kepada pasaraya besar Mydin
dan beberpa farmasi terpilih.
-Membuat publisiti melalui program televisyen seperti rancangan Bual
Bicara JOM SINGGAH (TV3), Wanita Hari Ini (TV3), Nasi Lemak
Kopi O (TV9), Assalamualaikum (TV AlHijrah).
-Menyasarkan untuk mengeluarkan lebih sepuluh produk dengan
jumlah pelaburan melebihi RM 1 juta.
-Meningkatkan kerjasama dengan 120 stokis dan 10 ribu ejen jualan
seluruh negara selain jualan di toko-toko jamu.
ii. Keputusan Tidak Rutin
-Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah yang baru dan
jarang berlaku.

Kaitan kes:
-Pengasas V Asia, mengambil pendekatan bersikap tidak di kenali dan
berada di belakang tabir.
-Populariti tidak menjamin penigkatan penjualan produk kerana apa
yang penting adalah mengekalkan kualiti agar produk lebih dikenali
berbanding dirinya sendiri.
-Semua produk V Asia mengikut piawaian Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan tidak menggunakan bahan berbahaya.

7
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

-Diformulasi khusus melalui kepakaran teknologi makanan


-Meningkatkan kapasiti operasi pengeluaran melalui pembelian 3 unit
rumah kedai dan menyewa 3 unit lagi di Shah Alam serta merancang
untuk membeli 3 unit rumah kedai di kawasan yang sama dalam masa
terdekat.
(1F=1m, 1H=1m, 1KK=1m)
Terhad 4 kaitan kes setiap fakta
b) i. Merangka sasaran yang jelas
-Fokus perniagaan lebih realistik.

Kaitan Kes:
-Menyasarkan jualan sebanyak RM70 juta tahun ini berbanding RM48
juta tahun lalu.
-Penubuhan dua syarikat baru itu memberi ruang untuk lebih fokus
kepada setiap bidang perniagaan termasuk pemakanan kesihatan
moden dan tradisional.
-Meluaskan produknya keperingkat antarabangsa menjelang akhir
tahun.
-Menyasarkan untuk mengeluarkan lebih 10 produk dengan jumlah
pelaburan melebihi RM1 juta.
ii. Menekankan kepada kualiti dan variasi produk di pasaran
-Menghasilkan kepelbagaian dan pilihan produk di pasaran.

Kaitan Kes:
-Kelebihan produk V Asia adalah terletak pada ciri-ciri nya yang
memenuhi keperluan orang ramai dengan tawaran produk berkualiti
pada harga mampu milik.
-Apa yang penting ialah mengekalkan kualiti agar produk lebih
dikenali.
-Penubuhan syarikat baru, memberi lebih fokus kepada setiap
perniagaan termasuk pemakanan kesihatan moden dan tradisional.
Langkah ini dilihat melengkapkan variasi produk yang ditawarkan.
-Menyasarkan untuk mengeluarkan lebih 10 produk.
iii. Meningkatkan rangkaian perniagaan.
-Mewujudkan jaringan pernuagaan yang meluas.

Kaitan Kes:
-V Asia dibantu oleh 120 stokis dan 10 ribu ejen jualan seluruh negara.
-Jualan di toko-toko jamu.
-Mempelbagaikan lagi saluaran pemasaran kepada pasaraya besar
MyDin dan beberapa farmasi terkemuka.
-Produk V Asia mengikut piawaian KKM.
-Produk Vasia diformulasi pakar teknologi makanan.

8
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

iv. Mempelbagaikan strategi pemasaran


-Menggunakan pelbagai pendekatan dalam penjulan produk.

Kaitan Kes:
-Fokus kepada penghasilan produk berkualiti bagi memenuhi
permintaan pelanggan seterusnya menjadi pelanggan tetap dan percaya
kepada produk Vasia.
-Publisiti melalui program televisyen telah dibuat melalui rancangan
program television seperti rancangan Bual Bicara JOM SINGGAH
(TV3), Wanita Hari Ini (TV3), Nasi Lemak Kopi O (TV9),
Assalamualaikum (TV AlHijrah)
-Penajaan dibuat melalui drama Mak Cun 2 dan Marhaban Kome Oi di
TV3 dan penajaan solo rancangan Buall Bicara THE TARIK CHE TA
musim 1 dan 2 di TV2
(1F=1m, 1H=1m, 1KK=1m)
Terhad kepada 3 kaitan kes setiap fakta

9
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

Jawab satu soalan sahaja, iaitu sama ada soalan 12 atau soalan 13

12. i) Huraikan dua klassifikasi barang dalam kontrak jualan barang-barang. [4 markah]

Dua klassifikasi barang dalam kontrak jualan barang-barang adalah:

F1: Barang sedia ada(1m)


H1:barang yang telah pun dimiliki @ sedang disimpan oleh penjual.(1m)

F2: Barang masa depan(1m)


H2: Barang yang akan dibuat @ dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan
diwujudkan.(1m)
-made to order(1m)

1F/H =1m; 2F,2H x 1m =4m

ii)Jelaskan empat syarat tersirat mengikut Akta Jualan Barang-Barang 1957.[16 markah]

Empat syarat tersirat mengikut Akta Jualan Barang-Barang 1957 adalah :

F1: Syarat tersirat mengenai hak milik(1m)


H1a: Satu syarat tersirat di pihak penjual bahawa penjual mestilah mempunyai hak
milik yang hendak dijual atau hendak dipindahkankepada pembeli-pembeli.(1m)
H1b: Penjual yang tidak mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan yang
hendak dijual, dianggap melakukan perlanggaran syarat tersirat yang
membolehkan pembeli menamatkan kontrak.(1m)
C : Ali mempunyai hak milik yang sah terhadap kereta yang dijual melalui nama
dalam geran.(dokumen hak milik)

F2: Syarat tersirat mengenai jualan melalui perihalan/deskripsi/keterangan(1m)


H2a:Pembeli membeli berdasarkan penerangan barang oleh penjual.(1m)
H2b:Keterangan dibuat melalui risalah/ katalog/ iklan/ majalah/ suratkhabar/
tertakluk jika pembeli tidak dapat melihat barangan melalui
persampelan.(1m)
atau

H2a: Satu syarat tersirat wujud dalam jualan berasaskan deskripsi bahawa
barang tersebu hendaklah sama berpadanan dan secocok dengan deskripsi
yang diberi oleh penjual.(1 m)
H2b: Syarat tersirat juga wujud di mana jika kontrak dibuat berasaskan sampel dan
deskripsi. Adalah satu perlanggaran syarat tersirat jika barang tersebut hanya
berpadanan dengan sampel tetapi tidak secocok dengan deskripsi.(1m)
C: Membeli barang melalui jualan langsung contoh Avon. Memilih barang melalui
Katalog.

10
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

F3: Syarat tersirat mengenai mutu @ kualiti dan kelayakan(1m)


H3a:Penjual perlu patuhi kualiti dan kelayakan barangan seperti mana yang
disuarakan oleh pembeli.(1m)
H3b:Barangan itu juga perlu mempunyai kualiti dagangan dan terhidar daripada
sebarang kecatatan sebagaimana telah disemak secara munasabah.(1m)
C : Kedai layan diri, pengguna mesti menyemak kualiti produk sebelum membeli.

F4: Syarat tersirat mengenai jualan melalui contoh dan sampel(1m)


H4a: Syarat tersirat wujud di dalam jualan melalui sampel di mana:
(i) Keseluruhan barang itu hendaklah secocok dengan sampel tentang
mutu.
(1m)
(ii) Pembeli diberi peluang yang berpatutan untuk membandingkan
keseluruhan barang dengan sampel sebelum membuat penerimaan.(1m)
(iii) Dan pemeriksaan munasabah, tiada terdapat kecacatan yang boleh
menjadikannya tidak bermutu dagangan.(lm)
C : Pembeli membeli barang dengan melihat contoh dan sampel seperti tempahan
kuih raya.

(4F+12H+4C)

11
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

13. Terangkan lima kegunaan intranet dalam pengurusan sesebuah organisasi. [20 markah]

i. Komunikasi dalaman yang lebih baik


- Maklumat boleh disimpan dan diakses pada bila-bila masa.
- Mesej cepat sampai dan memudahkan proses komunikasi.
- Contoh: Penyebaran maklumat berkaitan polisi syarikat, pengumuman,
pemberitahuan lebih cepat dan mudah kepada kakitangan.

ii. Mengurangkan penggunaan kertas


- Meminimumkan penggunaan bahan bercetak.
- Sebarang urusan seperti pengisian borang menggunakan kertas boleh
diakses melalui intranet tanpa perlu dicetak.
- Dokumen penting seperti borang, surat dilengkapkan melalui komputer dan
dikemukakan untuk kelulusan secara dalam talian.
- Contoh: Borang permohonan cuti tahunan kakitangan diisi secara online
dan diluluskan dalam talian tanpa pelu dicetak.

iii. Keselamatan data


- Penggunaan kata laluan setiap kali proses capaian hendak dibuat.
- Pihak luar tidak boleh mengakses tanpa kata laluan pengguna.
- Contoh: Maklumat berkaitan profil pekerja, latar belakang hanya boleh
diakses pemilik kata laluan dan username sahaja.

iv. Menjimatkan masa


- Semua maklumat dapat disampaikan secara serentak dalam masa yang sama
kepada semua kakitangan.
- Capaian maklumat lebih cepat.
- Contoh: Panggilan mesyuarat, pengumuman semasa boleh dibuat serentak
sebagai makluman kepada semua kakitangan.

v. Wujud budaya korporat


- Pembangunan laman web dapat memberi penerangan kepada pihak
berkepentingan berkaitan aktiviti yang dijalankan.

12
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

- Melalui intranet, warga korporat dapat menjana idea baru dan bincang isu
korporat.
- Kemudahan ini juga dapat membantu organisasi meningkatkan kecekapan
dalam pengurusan, peningkatan produktiviti dan kualiti.
- Contoh: Pembinaan Room Chat di web memudahkan perbincangan dan
pertukaran pendapat.

vi. Alat penyampaian maklumat dan aplikasi


- Sesebuah organisasi terdapat banyak bahagian dan unit. Dengan adanya
intranet, teknologi ini memudahkan seseorang itu berkomunikasi dengan
seseorang yang lain di bahagian atau unit yang berlainan.
- Contoh: Teknologi ini membolehkan sebarang maklumat diperoleh dengan
tanpa perlu berurusan secara rasmi dengan pihak yang terlibat di dalam
bahagian atau unit tersebut.

vii. Penyelesaian masalah


- Intranet memudahkan proses memperoleh maklumat dengan cepat, dengan itu
sesuatu kerja dapat diselesaikan dengan cepat.
- Setiap maklumat yang ingin diperoleh, seseorang hanya perlu mengakses
maklumat terbabit dan dapat memperoleh maklumat tersebut dengan cepat.

viii. Perkhidmatan pelanggan yang berkualiti


- Hubungan perniagaan dengan pelanggan dapat diwujudkan dengan mesra
apabila sebarang pandangan dan kehendak pelanggan dapat dilayan.
- Contoh: Pihak perniagaan boleh meningkatkan prestasi dari masa ke semasa
berkaitan dengan hubungan perniagaan dengan pelanggan.

(1F=1m, 1H=1m, 1C=1m)

13
SULIT PERCUBAAN STPM 2018

14

You might also like