Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Sosiologi

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Jump to: navigation, search

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan
dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai
ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat).

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara
ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada
suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

Jadual isi kandungan


[sorok]
 1 Pengenalan
 2 Sejarah
 3 Cabang utama
 4 Bidang khusus
 5 Topik sosiologi utama
 6 Lihat juga

 7 Pautan luar

[Sunting] Pengenalan
Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas akademik tentang
gaya kemodenan; apabila dunia semakin kecil dan lebih bersepadu, pandangan hidup
manusia tentang dunia semakin mengecil dan tersebar. Ahli sosiologi berharap, melalui
ilmu ini dapatlah kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan (mencari
persamaan) antara kita, dan juga untuk membentuk "penawar" (antidote) kepada
perpecahan atau krisis moral masyarakat.

Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya
meladeni masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan
institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan daripada, atau
kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan perceraian; dan proses mikro seperti
interaksi interpersonal

Ahli sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kuantitatif untuk menghurai corak
hubungan sosial, dan untuk membina model model yang boleh membantu dalam meramal
perubahan sosial dan kesannya kepada manusia. Sesetengah ahli sosiologi pula
berpendapat kaedah kuantitatif (seperti wawancara terarah, diskusi berkumpulan, dan
kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap proses
sosial. Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua dua kaedah secara serentak.
Keputusan daripada kedua dua kaedah ini boleh digunakan untuk menguatkan hujah
antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am sosial,
manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami bagaimana seseorang
individu bergerak balas terhadap perubahan sosial.

[Sunting] Sejarah
Sosiologi merupakan bidang kajian yang agak baru berbanding bidang sains social lain
termasuk ekonomi, sains politik, antropologi dan psikologi.

Istilah ini dicipta oleh Auguste Comte, yang berharap untuk menyatukan semua kajian
mengenai manusia -- termasuk sejarah , psychologi dan ekonomi. Skema sosiologinya
merupakan yang biasa untuk abad ke-18; dia percaya semua kehidupan manusia melalui
tahap sejarah yang jelas berbeza dan bahawa, sekiranya seseorang dapat memahami
proses ini, seseorang itu dapat menghasilkan penawar bagi kesemua masalah penyakit
sosial.

Akhirnya, sosiologi tidak menggantikan sains sosial yang lain, tetapi salah satu dari
mereka, dengan penekanan tersendiri pada segi subject matter dan kaedah. Hari ini,
kajian sosiologi mengkaji organisasi manusia dan institusi sosial, kebanyakannya melalui
kaedah bandingan. Ia memusat terutamanya pada organisasi kompleks masyarakat
pengilangan (industrial society).

[Sunting] Cabang utama


 Fungsionalisme
 Teori konflik
 Interaksionisme atau Teori Tindakan Sosial, dan Interaksionisme bersimbol

[Sunting] Bidang khusus


Ahli sosiologi mengkaji pelbagai topik yang luas. Untuk mendapatkan gambaran
mengenai bidang yang dirangkumi, lawati Persatuan Sosiologi Antarabangsa -
International Sociological Association's Research Committee's page yang menyenaraikan
topik seperti Penuaan, Seni, Pertelingkahan Bersenjata, Bencana, Penyelidikan Masa
Depan, Kesihatan, Undang-undang, Rehlah, Migrasi, Penduduk, Agama, Pelancungan,
Wanita dalam Masyarakat, Kerja, dan banyak lagi. Persatuan Sosiologi Amerika -
American Sociological Association's sections page menyenaraikan seksion merangkumi
kebanyakan topik yang sama, termasuk yang lain.

Pendidikan
Dari Wikipedia bahasa Melayu

Jump to: navigation, search

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan


juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan,
pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk
mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

[Sunting] Secara kasar


Pendidikan bermula sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan dan berlaku sepanjang
hayat.

Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap oleh sesetengah penjaga yang
memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam kandungan dengan harapan ia akan
berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum kelahiran.

Sesetengah yang lain, pergelutan dan kejayaan kehidupan seharian adalah lebih bererti
daripada persekolahan rasmi. Seperti kata Mark Twain: "Saya tidak pernah mengizinkan
persekolahan menjejaskan pendidikan saya."

Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang amat mendalam -- sering kali lebih
mendalam dari yang disedari mereka -- walaupun pengajaran ahli keluarga berlaku secara
tidak rasmi.

Kini, komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, sama ada sebagai
alat bantu mengajar (Internet dan CD-ROM) atau pun melalui pendidikan atas talian
(pendidikan jarak jauh).
Pengenalan
Masyarakat yang maju dan saintifik adalah hasrat Wawasan 2020 . Masyarakat yang
maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik.

Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih
baik. Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang
dikehendaki amat penting.

Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana
terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat
pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class? akan menentukan
kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 )

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai faktor lain
menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud
dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk
melakukan perubahan.

Perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah perubahan. Carnall
( 1991 ) . Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan
menghadapinya, mahu atau tidak mahu. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan
di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa
sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan
antara kelompok atau negara semakin meningkat.

Pihak yang ingin membuat perubahan secara langsung akan berhadapan dengan pelbagai
rintangan . Perubahan yang ingin dilakukan melibatkan pelbagai implikasi positif,
implikasi negatif yang dijangka dan tidak dapat diramalkan. Sekiranya perubahan yang
ingin dilakukan tidak telus, penolakan dan sabotaj akan terjadi.

Oleh itu pengurus yang berjaya perlu memahami setiap fungsi organisasi dan melihat
bagaimana ianya akan berubah dan kesan sampingan daripada perubahan tersebut.
Perancangan perubahan pula melibatkan rekabentuk, operasi, penggunaan teknologi dan
pengurusan organisasi.

[Sunting] Definasi
1. Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada
satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat
dielakkan apabila sudah tiba masanya (Carzo dan Yanouzas)
2. Tekanan ialah satu keadaan atau situasi dalaman atau persekitaran yang
memerlukan penyesuaian ke atas organisasi. Sebarang bentuk tekanan cenderung
untuk membangkitkan usaha berlebihan dan penerimaan aktiviti yang baru.
( Goldenson, 1970 ).
3. Tekanan ialah suatu yang mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkah laku
terhadap ransangan yang tidak disukai. (Appley dan Trumbull)

[Sunting] Tekanan kerja


Setiap organisasi tidak boleh lari daripada tekanan kerja. Tekanan kerja terbahagi kepada
dua iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Kesan tekanan kerja akan bertindak sebagai
satu dorongan untuk meransang pekerja supaya berprestasi baik ( Jaafar Muhamad,
1997 ).

Sesuatu tekanan itu sekiranya dianggap positif maka ia akan menjadi positif kerana
tekanan adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dihalang atau dielakkan.

Hanya kematian sahaja membolehkan seseorang bebas daripada tekanan ( Sayle ( 1974).

Setiap orang harus menghadapi tekanan perubahan dengan berlapang dada. Anggaplah
sesuatu tugas yang diberi itu bukan satu tekanan, sebaliknya sebagai satu tanggungjawab
dan amanah kepada anda yang memang hebat. Perasaan diri yang hebat akan
membolehkan melaksanakan tugas dengan yakin dan seterusnya meminta keredhaan
daripada Allah Taala.

[Sunting] Jenis dan Faktor Tekanan


Sergiovanni menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan tekanan untuk perubahan
individu dalam sesebuah organisasi ialah faktor personal force, birokrasi, market frame,
tahap profesyen , budaya kerja , budaya masyarakat dan unsur-unsur demokrasi.

Hersey dan Blanchard ( 1983 ) menyatakan 7 jenis tekanan yang mendesak kepada
perubahan iaitu paksaan, ganjaran, kepakaran, kuasa sah, personel atau rujukan, kuasa
maklumat dan kuasa perhubungan.

Michael Fullan ( 1998 ) sendiri menegaskan tekanan yang membawa kepada perubahan
pendidikan ialah :

1. Tekanan daripada persekitaran ang kompleks


2. Sekolah tidak boleh dipisahkan daripada dunia luar. Sekolah tidak boleh
memutuskan komunikasi dengan masyarakat sekelilingnya.
3. Adanya kepelbagaian yang memerlukan lebih banyak flekxibiliti. Dunia ini
semakin rencam sifatnya.
4. Kejuruteraan dan teknologi komputer serta teknologi komunikasi telah
merobohkan dinding sekolah.
5. Sekolah merupakan harapan terakhir untuk menyelamatkan dan mencipta semula
masyarakat.
6. Guru-guru boleh buat daripada membantu ke arah generasi cemerlang di masa
hadapan.
7. Pendidikan adalah penting untuk demokrasi. Warganegara yang berpendidikan
sebenarya lebih mudah untuk diuruskan.
8. Pertandingan pasaran, pilihan keluarga dan pengurusan individu sendiri.
9. Pekerjaan menanti pelajar. Pendidikan sebagai persiapan atau ilang?
mengeluarkan tenaga kerja mahir dan berhemah tinggi. Sungguhpun robot boleh
menggantikan tenaga kerja manusia, tetapi manusia lebih kreatif dan mudah
diubahsuai.
10. Struktur yang sedia amat bercelaru.

[Sunting] Objektif Perubahan Pendidikan


Masyarakat adalah manifestasi pendidikan yang diterima. Lantaran itu masyarakat
pendidikan mahukan perubahan dalam pendidikan dilakukan dengan segera. Pelbagai
faktor dilihat bagi menentukan keputusan perubahan yang terbaik dan sesuai dengan
kehendak serta norma masyarakat. Persoalan berkaitan dengan perubahan ini ialah :

 Siapa yang akan mendapat keuntungan dan faedah daripada perubahan yang
dilakukan.
 Bagaimana idea tentang perubahan itu disebarkan dan diterima oleh masyarakat
umum.

Biasanya perubahan pendidikan mempunyai objektif perubahan yang jelas. Namun begitu
maksud dan matlamat perubahan itu tidak begitu disenangi atas beberapa alasan tertentu.

Berikut ialah beberapa objektif perubahan pendidikan

1. Mengurangkan konflik -Persekitaran masyarakat dalam sesebuah negara semakin


kompleks. Pelbagai faktor yang ada akan menimbulkan persaingan sengit untuk
merebut peluang-peluang dan sumber yang terhad. Faktor-faktor seperti ekonomi,
teknologi, politik dan sosio budaya akan meningkatkan konflik di dalam
masyarakat. Kecekapan menguruskan masyarakat majmuk dan kompleks seperti
di Malaysia memerlukan perubahan pendidikan kerana pendidikan merupakan
agen perubahan masyarakat yang penting.
2. Meningkatkan Daya Pengeluaran - Pengetahuan dan kemahiran rakyat sesebuah
negara perlu ditingkatkan mengikut peredaran masa. Apabila ilmu setiap warga
negara meningkat , produktiviti akan meningkat. Dalam sesebuah organisasi ,
kecekapan dan prestasi pekerja akan meningkat . Hasilnya ialah proktiviti
meningkat dan pendapatan negara akan bertambah.James Worthy menyatakan
kerjasama di kalangan pekerja akan bertambah sekiranya perubahan struktur
dilakukan. Perlu ada tindakan pengurangan pengkhususan individu .
3. Meningkatkan motivasi - Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada
peningkatan penerimaan perubahan. Semakin besar motivasi dalaman semakin
tinggi percubaan untuk menerima perubahan.
Peranan pentadbir adalah memberikan motivasi yang tinggi dan sentiasa memastikan
setiap pekerjanya bermotivasi tinggi. Perubahan sukar dilakukan jika pekerja mempunyai
motivasi yang rendah.

[Sunting] Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan


Dasar Pendidikan
Dua tokoh utama yang membicarakan topik perubahan pendidikan ini ialah Micheal
Fullan dan Harold Koontz serta Heinz Weihrich .

[Sunting] Pendapat Michael Fullan

Michael Fullan (1998 ) menyatakan secara ringkas faktor yang menekan kepada
perubahan dasar pendidikan iaitu :

1. Perubahan semerta dan mendadak yang melibatkan bencana alam semula jadi
seperti gempa bumi, banjir, kebuluran dan sebagainya. Faktor kecemasan ini
memerlukan perubahan serta merta.
2. Pendidikan dilihat mampu menyelesaikan apa sahaja masalah. Masyarakat
mahukan setiap anggotanya bijak menghadapi sebarang risiko dan tidak mahu
ketinggalan. Pendidikan menjadi sasaran perubahan terpenting.
3. Tekanan luar yang dibawa masuk seperti pengimportan teknologi baru dan nilai
serta penghijrahan penduduk

Contohnya penghijrahan penduduk Eropah ke benua Amerika memerlukan inovasi dalam


pendidikan. Nilai pendidikan di Eropah tidak lagi sesuai dengan neraca benua Amerika.
Tambahan pula rasa ego menyebabkan norma pendidikan itu perlu berubah.

1. Pertentangan dalaman yang melibatkan kepimpinan teknologi membentuk


rangkaian sosial yang baru dan keperluan yang terkini. Perselisihan terjadi antara
nilai pendidikan dengan hasil yang diharapkan. Ia melibatkan pertembungan
antara pelbagai pihak berkepentingan dan kumpulan.

[Sunting] Pendapat Harold Koontz dan Heinz Weihrich

Harold Koontz dan Heinz Weihrich berpendapat , faktor perubahan pendidikan


bertitiktolak dari :

1. Peningkatan penggunaan komputer khususnya komputer mikro menghendaki


guru dan pelajar mempelajari ilmu komputer. Rempuhan dan ledakan maklumat
tidak dapat dinafikan. Maklumat berada di hujung jari . Sesiapa yang
ketinggalkan menggunakan teknologi maklumat, dia akan ketinggalan jauh di
belakang. Negara atau individu yang menguasai teknologi maklumat akan
menguasai dunia.

Contohnya ialah Bill Gates yang menjadi jutawan nombor satu dunia lantaran syarikat
Microsoft menguasai bidang perisian komputer. Ini diikuti dengan negara India yang
semakin menguasai bidang ini. Selain itu industri dan teknologi maklumat dapat
mengurangkan kadar kemiskinan, pengangguran dan kelaparan di negara India.

1. Pendidikan berterusan sehingga ke alam dewasa. Penbelajaran sepanjang hidup


menjadi satu kemestian. Institusi pendidikan dan perusahaan harus mengakui
keperluan pendidikan bagi orang dewasa.

Inovasi pendidikan amat perlu bagi menghadapi dunia tanpa sempadan. Kerja-kerja yang
menggunakan tenaga empat kerat semakin kurang kerana kerja-kerja telah diambil alih
oleh komputer dan robot. Persediaan untuk dibuang kerja memang ada apabila teknologi
semakin meningkat.

1. Nisbah pekerja yang berpengetahuan akan meningkat. Keperluan kepada pekerja


mahir akan berkurangan . Masa depan menghendaki lebih banyak latihan dalam
pengetahuan, konsep dan kemahiran merancang.
2. Pertukaran dari industri perkilangan kepada industri perkhidmatan menghendaki
latihan semula dalam persediaan untuk menghadapi jawatan baru.
3. Pilihan terhadap peluang pendidikan akan bertambah. Contohnya ,banyak syarikat
telahpun menjalan program latihan mereka sendiri.
4. Mungkin akan terdapat kerjasama dan saling bergantung yang lebih besar antara
sektor awam dan sektor swasta.
5. Globalisasi akan berterusan . Pengurus dalam berbagai-bagai syarikat mesti
belajar untuk berkomunikasi dan menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Syarikat perlu membuat latihan berpandukan perspektif global.

[Sunting] Faktor Teknologi

Bidang teknologi ini terlalu luas untuk diperkatakan. Semua aspek kehidupan melibatkan
teknologi.

Teknologi ini bermula dari manusia dilahirkan hinggalah manusia dikebumikan. Sejak
dalam kandungan ibu, manusia terdedah kepada teknologi perubatan dan teknologi
pemakanan. esihatan anak amat diambil kira. Lantaran itu kelahiran bayi dilakukan di
hospital yang mempunyai kepakaran teknologi perubatan .

Manusia yang hidup tentulah mahukan kualiti kehidupan yang lebih daripada biasa. Oleh
itu manusia membina rumah dengan teknologi perumahan terkini ?lengkap dengan
penggunaan reka bentuk rumah 3D dan lanskap yang cantik.
Ini tidak termasuk kenderaan yang digunakan dan penggunaan satelit, telefon, intenet dan
pelbagai teknologi komunikasi yang lain.

Bidang pengiklanan turut berubah. Media pengiklanan tidak lagi bergantung kepada
media cetak seperti surat khabar. Tetapi kini pengiklanan melibatkan mel terus, email,
laman web, tele-marketing, smart-shop dan katalog. Sasaran pengiklanan lebih luas
kerana seluruh dunia dapat dipengaruhi.

Data menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga hampir 75 % penduduk dunia.


Malangnya mereka hanya mempunyai 20-25 % daripada eksport import dan keluran
dunia.

[Sunting] Gaya Hidup

Setiap organisasi perlu mengambil kira faktor gaya gidup. Masa kian berubah dan
manusia tidak suka kepada sesuatu yang sama. Antara perubahan dalam gaya hidup ialah
corak pekerjaaan, status perkahwinan, keselamatan , umur dana lain-lain.

Peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor kesihatan adalah disebabkan perubahan
gaya hidup. Manusia semakin mementingkan kesihatan. Tambahan pula semakin banyak
penyakit baru yang munvul dan gagal dicari ubat penyelesaiannya. Hospital dan klinik
swasta tumbuh bagai cendawan.

Oleh itu, perubahan pendidikan amat perlu bagi memenuhi tuntutan perubahan dalam
pendidikan.

Trend syarikat yarikat jualan lansung untuk produk wanita berubah kepada sistem
agihan. Pusat-pusat jualan kecil ditubuhkan di bandar-bandar bagim memenuhi keperluan
wanita yang semakin canggih. ( Jaafar , 2000)

[Sunting] Persaingan

Persaingan wujud di mana-mana dan tidak dapat dielakkan. Setiap organisasi dan
individu akan bersaing untuk mendapatkan pelbagai kelebihan. Sekiranya organisasi
dapat menewaskan pesaing, bermakna organisasi itu akan dapat keuntungan.

Oleh itu setiap organisasi akan cuba mengekalkan daya saing yang ada. Pelbagai kaedah
dan perubahan dilaksanakan. Pesaing-pesaing organisasi yang melakukan perubahan
dalam teknologi , gaya pengurusan dan struktur organisasi akan mampu mendorong
organisasi lain untuk turut berubah dan cuba mengikut strategi pesaing.

[Sunting] Perubahan dasar politik


Dunia sentiasa bergolak dan bersaing di antara satu negara dengan negara yang lain.
Negara-negara maju sering mengenakan nilai mereka kepada negara-negara sedang
membangun. Justeru itu perubahan perlu dilakukan bagi mempersiapkan warganegara
menghadapi perubahan global ini. Mahu atau tidak mahu, perubahan pendidikan perlu
dilakukan agar tidak ketinggalan.

Contohnya perubahan dalam dasar bahasa . Seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa komunikasi. Hampir seluruh warga dunia menggunakannya. Lantaran itu
perubahan dalam dasar bahasa amat perlu.

Bidang pertahanan negara juga mengalami perubahan. Negara-negara jiran


mempersiapkan diri dengan teknologi senjata yang canggih. Di samping itu negara-
negara jiran menjalinkan hubungan erat dengan kuasa-kuasa besar. Oleh itu perubahan
pendidikan perlu agar setiap warga siapsiaga dengan keselamatan negara.

[Sunting] Perubahan dalam struktur ekonomi

Tekanan ekonomi dari negara lain akhirnya akan sampai ke negara kita. Serangan mata
wang secara global pada tahun 1997 menyebabkan seluruh negara dilanda krisis
ekonomi.

Penstrukturan semula syarikat, penggabungan syarikat dan pemberhentian pekerja akan


berlaku. Perubahan pendidikan perlu menangani semua perkara ini. Sekiranya seluruh
rakyat terdidik menghadapi tekanan ekonomi, masalah kegawatan ekonomi negara
kurang dirasakan.

Dasar-dasar ekonomi ideal seperti Dasar Ekonomi Baru ternyata masih belum
membuahkan hasil yang dikehendaki. Apakah punca kesilapan dan kelemahan dan tahap
mana yang belum diperbetulkan. Antara agenda yang perlu dirubah ialah pendidikan.
Hanya perubahan pendidikan sahaja yang akan menentukan kejayaan sesebuah dasar
ekonomi.

[Sunting] Perubahan Pasaran buruh

Pekerja adalah nadi kejayaan sesebuah syarikat dan negara secara keseluruhannya.
Negara maju seperti Jepun amat menekankan faktor kemanusiaan ini. Pekerja adalah aset
sebenar sesebuah negara dan bukannya hasil galian atau hasil pertanian.

Guna tenaga mahir dan cekap mendapat permintaan yang tinggi. Nisbah guna tenaga
mahir dengan sebuah negara perlu seimbang. Semakin ramai tenaga kerja mahir, negara
tersebut akan lebih mudah lentur dan mudah melompat untuk maju.

Contohnya negara India yang ramai penduduk yang dikatakan ramai lulusan universiti
tidak mendapat peluang pekerjaan. Namun pasa masa kini negara india berada di hadapan
dalam eran revolusi teknologi maklumat . Ini adalah kerana lulusan universiti yang ramai
dimanfaatkan dalam bidang ICT.

Kesetiaan pekerja kepada sebuah organisasi juga perlu ditekankan. Jangan mudah
lupakan kulit, jangan mudah lupa daratan. Tahap kesetiaan pekerja Jepun menjadi ole
model?negara lain.

Keyakinan kepada pekerja akan membolehkan pemindahan teknologi. Faktor utama


pemindahan teknologi kurang berkesan di Malaysia adalah kerana faktor pekerja yang
selalu berubah tempat kerja.

Nilai-nilai baru seperti ini perlu diterapkan dalam pendidikan. Bukan semua nilai-nilai
baik di luar itu baik kepada negara kita. Perancangan dan kajian mendalam mestilah
dilakukan agar perubahan pendidikan berubah kepada positif dan tidak sebaliknya.

[Sunting] Cara Menguruskan Perubahan


Kegagalan perubahan mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu kesesuaian inovasi
pendidikan yang hendak diterapkan dan kecuaian semasa melaksanakan inovasi
pendidikan.

Perubahan perlu ditangani dengan cara berikut iaitu :

 Perancang dan penggubal dasar pendidikan mestilah menyokong inovasi dan juga
mestilah berfikir secara intergratif.
 Struktur organisasi pendidikan mestilah dijadikan leper. Komunikasi di antara
kakitangan menjadi lebih mudah. Tahap atau lapisan struktur yang tidak perlu
hendaklah dikeluarkan.
 Komunikasi mestilah di pertingkatkan terutamanya merentas organisasi dan
mobiliti staf perlu digalakkan
 Pihak pengurusan pendidikan perlu menonjolkan pencapaian dan kejayaan .
Budaya kebanggaan perlu disemai.
 Rancangan perubahan pendidikan perlu dihebahkan lebih awal dan luas untuk
membolehkan masyarakat dapat membuat cadangan dan menyumbang sebelum
keputusan dibuat.

[Sunting] Peringkat Perubahan


Kurt Lewin menjelaskan wujud keadaan keseimbangan apabila adanya desakan
perubahan di satu pihak dan kuasa yang menolak perubahan di pihak yang satu lagi.
Keseimbangan akan terpelihara dengan menggerakkan kuasa dan menghalang kuasa ...
Perubahan - perubahan akan melibatkan 3 proses iaitu pencairan, pergerakan atau
perubahan dan pembekuan semula.

[Sunting] Peringkat pencairan

Peringkat ini adalah mencipta sebanyak mungkin motivasi untuk perubahan. Jika wujud
perasaan tidak selesa dengan situasi sekarang, kita mungkin merasakan keperluan
terhadap perubahan.

[Sunting] Peringkat Perubahan

Peringkat ini adalah peringkat perubahan itu sendiri. Perubahan yang berlaku melibatkan
penerimaan maklumat baru, semua pihak didedahkan kepada konsep baru dan lebih telus
atau melihat pada situasi dari sudut pandangan yang berlainan.

[Sunting] Peringkat Pembekuan semula

Peringkat ini akan menstabilkan perubahan itu . Sebelum ini berlaku pergolakan dan
pergolakan itu perlu dibekukan atau dihapuskan. Perubahan banyak melibatkan kelakuan
manusia. Jika perubahan tidak sejajar dengan sikap dan kelakuan orang lain,
kemungkinan perubahan yang dibuat tidak menjadi atau tidak berkesan. Oleh itu
pengukuhan kelakuan baru amatlah penting.

[Sunting] Prosedur Memulakan Perubahan


1. mengenapasti tujuan atau tujuan-tujuan perubahan yang dicadangkan oleh orang
lain.
2. menjangkakan dan mengenalpasti masalah atau peluang yang mungkin
memerlujkan perubahan
3. meninjau keputusan-keputusan lain ?keputusan untuk membuat perubahan utama
membawa kepada hasil dan hasil sampingan.

Perubahan pada peringkat sekolah harus mengambilkira :

1. Cara-cara baru menubuhkan saluran komunikasi dula hala di antara sekolah-


sekolah .
2. Menyedarkan Lembaga Sekolah yang mungkin menyedari keperluan melakukan
perubahan.
3. Penilaian yang bertambah untk menguji sama ada pengkaewdahan kurikulum
yang sedia wujud masih relevan atau tidak.

3 Analisis peluang-peluang pekerjaan dan gol-gol para pelajar untuk menjamin


kandungan kurikulum masih sesuai dengan keperluan komuniti.
1. Perhatian baru terhadap kawasan kehadiran. Adakah pola perumahan dalam
komuniti menghasilkan masalah dan pengasingan.

[Sunting] Punca Penolakan Perubahan


Zaman sentiasa berubah dan beredar dengannya. Mareka yang gagal untuk berubah akan
ketinggalan zaman. Tidak ada bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada
melakukan perubahan, menerima perubahan, baik perubahan dari luar, mahupun
perubahan dari dalam.

Amaran bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad ?Kejayaan atau


kegagalan seseorang banyak bergantung kepada dirinya sendiri. Bangsa yang dikelilingi
oleh keadaan yang menekan ( force) boleh berjaya sedangkan bangsa yang mempunyai
negara yang serba mewah mungkin lebih miskin dan lemah. ?

Terdapat banyak sebab mengapa manusia menolak perubahan pendidikan. Penolakan


perubahan pendidikan ini dapat dikategorikan kepada faktor masyarakat , kepentingan
politik dan agama.

1. Apa yang tidak diketahui akan menyebabkan ketakutan dan mendorong


penolakan. Penstrukturan semula organisasi, perubahan dasar pendidikan dan
lain-lain akan menyebabkan seseorang tidak pasti akan kesannya kepada
pekerjaan mereka. Manusia mahu rasa terjamin dan boleh mengendalikan
perubahan itu.,
2. Tidak mengetahui sebab perubahan itu juga akan menyebabkan perubahan tidak
dapat diterima. Malahan , seringkali tidak jelas kepada mereka yang terbabit
mengapa perubahan itu perlu.
3. Perubahan mungkin juga menghasilkan pengurangan faedah atau kehilangan
kuasa.
4. Zon Selesa. Seringkali ahli organisasi berada dalam zon selesa. Zon selesa ialah
suatu keadaan di mana individu berada dalam keadaan tenang, terjamin dan
selamat. Rasa selamat dan perasaaan serba cukup itu menyebabkan seseoarang itu
tidak mahu melakukan perubahan. Hanya tekanan yang jitu sahaja dapat
meransang motivasinya untuk berubah.

Sesetengah organisasi terpaksa menerima perubahan. Faktor kecemasan fizikal yang


berkaitan ialah :

1. seorang guru meninggal dunia ?memerlukan perubahan di sekolah.


2. bangunan sekolah terbakar ?perubahan terpaksa dilakukan.
3. Satu kilang yang besar secara tiba-tiba menutup operasi ?perubahan pendidikan
terpaksa dilakukan.

Berfikirlah secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah setiap situasi yang muncul
dengan tiba-tiba dan memerlukan perubahan sebagai satu peluang.
Sebarang perubahan memerlukan keseimbangan baru di dalam sistem itu , ia akan
ditentang tetapi secara relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan
perubahan itu akan ditentang dengan kuat.

[Sunting] Pendapat Griffiths


Griffiths menyatakan :

1. Dorongan utama bagi perubahan adalah daripada luar.


2. Kadar dan haluan perubahan berkadar secara lansung dengan kehebatan
ransangan luaran.
3. Perubahan hasil daripada penukaran ketua pegawai pentadbiran lebuih
berkemungkinan berlaku jika pegawai baru datang dari luar organisasi.
4. Jikalau ketegangan luaran terhadap organisasi meningkat berterusan , mula-mula
gerak balas organisasi itu lambat, kemudian secara berlebih-lebihan , dan
kemudian runtuh.
5. Bilangan pembaharuan yang diperkenalkan berkadar songsang dengan tempoh
perkhidmatan ketua pentadbir.
6. Lebih berhierarki sesebuah organisasi itu, bertambah kurang kemungkinan
perubahan.
7. Perubahan dalam organisasi cenderung berlaku dari atas ke bawah.
8. Lebih berfungsi saling tindakan di antara sistem-sistem kecil dalaman bertambah
kuranglah kemungkinan berlakunya perubahan.

[Sunting] Perubahan Pengurusan Pendidikan


Dunia pendidikan mestilah peka dengan dunia luaran. Michael Fullan menjelaskan
bahawa perubahan yang berlaku di sekeliling dunia pendidikan menjadi tekanan lansung
kepada pengurusan sekolah.

Goodland mendapati sekolah selalu menjadi sasaran perubahan. Guru dilihat sebagai
agen perubahan minda. Fakta ini sukar untuk dinafikan.

Institusi pendidikan bukan sesuatu yang jumud dan tidak boleh berubah. Pendidikan
bukanlah katak di bawah tempurung. Sebaliknya pendiidikanlah yang berperanan
membawa manusia keluar daripada tempurung.

Pengurusan institusi pendidikan mestilah berganjak kepada perspektif baru supaya dapat
berperanan secara signifikan dan berkesan dengan perubahan-perubahan yang berlaku di
sekelilingnya.

[Sunting] Sekolah dan Persekitaran


Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi
pendidikan merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektif
pendidikan secara berterusan.

Faktor-faktor pesekitaran akan mempengaruhi input organisasi pendidikan dan output


organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.

Penubuhan sekolah wawasan, sekolah bestari , penggunaan komputer dalam pengajaran


dan pembelajaran dan agenda nisbah sains ?sastera merupakan perubahan pendidikan
yang perlu dilaksanakan segea.

Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi
masyarakat dan perubahan dasar kerajaan. Sesuatu perubahan tidak sahaja berasaskan
suatu himpunan keadaan : perubahan di dalam dan di luar sistem sekolah atau sebuah
sekolah juga perlu difikirkan.

[Sunting] Kepelbagaian Kehendak


Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza. Manusia memberikan nilai-nilai tertentu
kepada sesuatu perkara.

Contohnya kini perbinaan sekolah telah berubah dan menampakkan perbezaan antara satu
sekolah dengan sekolah yang lain. Pembinaan bangunan berasaskan esign on site?
dilakukan supaya sesuai dengan mukabumi , cita rasa masyarakat sekitarnya dan warga
sekolah lebuh sayang kepada sekolah kerana ada ciri iri yang membezakannya.

Kegiatan ko kurikulum pula berubah daripada permainan bola sepak dan sepak takraw
kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang. Semua ini menjadi agenda utama
dalam perubahan pendidikan kerana mutu sukan negara dalam sukan-sukan ini semakin
meningkat.

Secara umum beberapa persoalan tentang perubahan harus dijawab , iaitu :

1. Apakah kehendak sebenar masyarakat  ?


2. Apakah perubahan akan menambahkan masalah komunikasi
3. Adakah tanggungjawab serta autoriti diamanahkan dengan jelas.
4. Adakah pelbagai kehendak itu dapat diselaraskan.
5. Apakah kaitan kehendak ?kehendak dengan mutu pendidikan dan dengan
sokongan komuniti terhadap sekolah.
6. Apakah cadangan yang diberikan itu cara tunggal untuk menghadapi masalah
yang sepatutnya di selesaikan.

Pentadbir seharusnya bertindak bijaksana sebagai agen jalan tengah iaitu :

1. Pentadbir sepatutnya bertindak untuk menyederhanakan


2. Menentang perubahan yang tidak perlu
3. Menentang perubahan yang kerap berlaku.

Tetapi kadangkala pentadbir menjadi penghalang perubahan yang perlu. Sebagai contoh
ramai pengetua tidak mengikuti perubahan dunia IT. Mereka masih fobia dengan
komputer.

Pengalaman pentadbir adalah harta yang bernilai. Tetapi ada perbezaan antara ua puluh
tahun pengalaman?dengan etahun pengalaman 20 kali?

[Sunting] Teknologi Maklumat


Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin penting.
Semakin banyak syarikat swasta dan institusi pendidikan menyediakan teknologi
bercorak pendidikan. Sistem pendidikan harus bersedia menghadapi era baru ini.

Antara kelebihan teknologi terbaru ialah :

[Sunting] CD ROM

Muatan CD ROM lebih banyak . CD ROM akan menggantikan buku pada satu masa
nanti. CD ROM lebih judah dibawa , nipis dan murah. Semua komputer memiliki pemacu
CD ROM. Segala pelajaran, nota pelajaran , soalan dan kuiz-kuiz pendidikan tersedia
dalam CD ROM. Teknologi CD Writer pula menulis segala bahan ke dalam CD ROM.
Disket mungkin tidak akan dipakai lagi. Oleh itu perubahan pendidikan harus
mengambilkira perubahan teknologi dalam jangka masa 10 ?20 tahun akan datang.

[Sunting] Multimedia

Multimedia bermaksud pelbagai unsur dimasukkan dalam pesembahan. Antaranya ialah


gambar, bunyi , animasi , kuiz dan pelbagai aktiviti lain.

[Sunting] Kameran Digital dan Perakan Video Digital

Penggunaan kamera digital dan perakam video digital akan dapat merakam seluruh benda
dan peristiwa di dunia. Setiap perkataan tidak perlu lagi menggunakan deskripsi, cukup
sekadar memberikan gambar tentang sesuatu perkara.

Harganya semakin murah dan dipindah ke dalam komputer dengan lebih cepat tanpa
memerlukan pengimbas ( scanner ).

[Sunting] Animasi

Semua benda dan peristiwa dapat dianimasikan semula. Kita telah melihat filem animasi
sepeti Jurassic Park, Toy Story, Planet Of The Ape , Final Fantasy dan lain-lain. Dinosaur
dapar dihidupkan semula. Pelayaran Ferdinand Magellan dapat dilakukan semula. Sudah
tentu proses pengajaran dan pembelajaran akan hidup dan ceria.

[Sunting] Internet

Internet telah menjadikan negara tidak mempunyai sempadan. Setiap warga dunia dapat
betrkomunikasi setiap masa dan ketika tanpa bersemuka , lebih kerap, lebih mesra dan
lebih murah.

Pengiklanan barangan menjadi semakin mudah , luas , meyakinkan , bertaraf dunia dan
banyak pilihan. Pengguna lebih banyak pilihan dan mempunyai maklumat yang cukup
untuk membeli sesuatu barangan.

Penjualan barangan dan lelongan barang tidak perlu lagi memerlukan kedai runcit
tertentu. Cukup sekadar gudang menyimpan barang. Syarikat hanya perlu menerima
pesanan daripada internet, dibayar melalui kad kredit yang terjamin selamat dan dihantar
melalui syarikat kurier.

Pemindahan surat dan maklumat lebih murah, cepat dan pantas serta mendapat jawapan
atau tindakbalas dalam masa beberapa saat sahaja.

Setiap individu, organisasi malahan apa sahaja boleh memiliki hompej. Hompej
merupakan ensklopedia bertaraf dunia. Perkataan hompej tak dapat didefinasikan kerana
mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya sebagai sumber rujukan, sumber pendiidikan,
kamus malahan sumber hiburan.

Sebarang maklumat bertulis , bersuara , grafik malahan apa sahaja dapat dipindahkan
melalui internet. Email adalah pemindahan surat elektronik secara global, tanpa sekatan
dan sempadan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid tidak perlu lagi datang ke sekolah.
Cukup memadai belajar secara jarak jauh dan berinteraksi dari jauh menggunakan
internet. Bahan dan contoh pengajaran akan lebih luas dan fakta yang digunakan lebih
tepat, bernilai , serta merta dan diketahui daripada tempat sesuatu kejadiaan itu berlaku.

Hubungan antara pihak ibu bapa, pelajar, Pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan
negari malahan kementerian sendiri menjadi lebih mudah. Sebuah kerajaan tanpa kertas
dapat dilaksanakan.

[Sunting] Interaktif

Komputer bukan suatu bahan yang menakutkan . Sebaliknya komputer adalah media
yang menyeronokkan. Melalui komputer , suara kita dapat dirakam , disimpan dan
dipindahkan kepada orang lain. Kira boleh mendengar radio dan menonton filem melalui
komputer dan internet.
Apa yang menarik ialah adanya unsur interaktif dan permainan. Kuiz dapat dilakukan
melalui perisian komputer. Markah akan diberi serta merta. Mereka akan mengetahui
tahap pencapaian mereka dalam sesuatu pelajaran.

Jika pelajar berasa bosan, mereka boleh memilih permainan bercorak pendidikan,
simulasi, permainan bercorak peperangan , penyelesaian masalah dan sebagainya.

[Sunting] Sekolah Sebagai Institusi Sosial

Falsafah Pendidikan Negara berhasrat melahirkan generasi yang berwawasan dan


menjadi generasi yang diperlukan oleh masyarakatnya.

Kementerian Pendidikan mempunyai garis panduan yang melarang pihak luar


campurtangan dalam pentadbiran di sekolah. Namun kita harus ingat sekolah sebenarnya
sebuah institusi sosial  :

1. Sekolah sebagai institusi masyarakat. Masyarakat di sekeliling sekolah boleh


memberikan sumbangan wang ringgit, moral , material dan lain-lain kepada
pembangunan sekolah.
2. Masyarakat dapat membantu membaiki disiplin pelajar. Kiranya ada pelajar yang
ponteng dan menghisap rokok di luar kawasan sekolah, pihak luar tidak harus
berdiam diri. Sebaliknyanya berkerjasama dengan polis , menangkap dan
memulihkan pelajar berkenaan.
3. Masyarakat memerlukan tenaga sukarela dan pemimpin. Tanggungjawab
melahirkan semangat sukarela dan menyemai ciri-ciri kepimpinan adalah tugas
utama pihak sekolah.
4. Masyarakat mahukan anak-anaknya berugama. Oleh itu masyarakat sekitar dapat
membantu sekolah dalam pendidikan Islam dan pendidikan moral.
5. Kemahiran yang dimiliki oleh ahli masyarakat dapat dikongsi bersama dengan
pelajar. Contohnya ahli masyarakat yang bijak dalam permainan bowling, boleh
menjadi jurulatih. Bank-bank yang ada di sekitar sekolah pula boleh memberikan
motivasi kepda pelajar yang kurang minat kepada matematik. Kilang-kilang yang
ada dapat menyumbangkan bahan terpakai dan mesin-mesin lama untuk dibaiki
oleh pelajar sekolah teknik.

[Sunting] Pendidikan Adalah Tanggungjawab Bersama

Keutuhan institusi pendidikan adalah tanggungjkawab bersama. Deretan pakar-pakar


pendidikan merumuskan Falsafah Pendidikan Negara. Negara perlu dibangunkan bagi
menghadapi mengahdapi masa depan yang tidak menentu. Ramalan amalan berasaskan
teori dan strategi yang berkesan bagi memastikan rakyat bersedia menghadapi sebarang
rintangan ( John Naisbitt : 1990 )
Abad mendatang semakin banyak tekanan. Antara tekanan itu ialajh arahan-arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan. Ararahn-arahan ini perlu difahami oleh
setiap kakitangan. Dengan adanya arahanlah sesauatu perubahan dapat dilaksanakan.

Setiap pihak yang terlibat harus merasakan adanya rasa kepunyaan. Biasanya arahan
daripada pihak Kementerian Pendidikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Daripada
negeri dipindahkan pula arahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan seterusnya ke
sekolah-sekolah. Sekiranya tidak ada rasa tanggungjawab bersama, arahan-arahan tadi
tidak akan berkesan dan terbantut di tengah jalan.

Dalam melaksanakan sesuatu inovasi di sekolah, pengetua menghadapi masalah guru-


guru yang kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengamalkan pelajaran baru .
Contohnya literasi komputer. Oleh itu pengetaua akan menyuntik sedkit tekanan kepada
guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui perkembangan staf
dan menghantar berkursus.

[Sunting] Pendidikan Perlu untuk Demokrasi

Pendidikan sebagai sebuah organisasi dianggap sebagai cara yang rasional untuk
menyelaras dan mengawal sekumpulan manusia melalui pembinaan dan pembangunan
kementerian, jabatan dan sekolah-sekolah ( Jaafar Muhamad, 1997 ).

Institusi pendidkan dilhat sebagai unit sosial yang dikenalpasti menjayakan dan
mematangkan demokrasi. Setiap warga negara diberi hak menerima pendidikan percuma
sehingga ke tingkatan lima. Sekiranya berjaya, bole melajutkan pelajaran ke peringksat
universiti dan kolej.

Nilai-nilai demokrasi seperti kebebasan bersuara, sistem pilihanraya, sistem perwakilan


dapat disemai ketika di bangku sekolah lagi. Ini adalah kerana institusi pendidkan
merupakan satu kumpulan manusia yang berinteraksi melalui satu proses berstruktur
untuk mencapai matlamat tertentu dan manusia adalah unsur asasnya.

Menurut Michael Fulen ( 1998 ) sekolah adalah harapan terakhir untuk menyelamatkan
dan mencipta semula komuniti. Dalam proses demokrasi atau dalam mana-mana sistem,
tekanan akan wujud daripada pihak pentadbiran, ibu bapa , majikan dan masyarakat
secara keseluruhan/

Dalam proses melaksanakan perubahan ini, mekanisme ekanisme biokrasi digunakan .


Sebagaimana kata Sergiovanni tekanan pasti akan wujud apabila berhadapan dengan
karenah biokrasi. Tetapi guru sebagai kerjaya profesional tetap redha dengan tekanan.
Walaupun tekanan itu mengganggu ketenangan jiwa, para guru terus berjuang untuk
menghasilkan output sebaik mungkin.

[Sunting] Profesionalisme
Tekanan dalaman dan luaran boleh mengerakkan sesuatu perubahan yang positif.
Tekanan untuk mencapai tahap profesionalisme, matlamat `zero ?defect? sekolah bestari,
sekolah bertaraf dunia akan menggerakkan seseorang untuk mengejar kejayaan. Tetapi
jika tekanan yang berlebihan pula akan mengganggu kesihatan mental seseorang.

Matlamat pekerja unggul, matlamat ISO 9000 dan lain-lain akan memotivasikan pekerja
untuk berjaya dan menjadi pekerja cemerlang. Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan
teknologi mestilah menembusi tembok sekolah .

Tekanan daripada persekitaran yang kompleks serta struktur sedia yang amat rencam
amat meletihkan para pekerja, pelajar dan guru-guru. Guru dan pelajar terkejar-kerja
dengan jadual pembelajaran yang tidak pernah berhenti selagi mengikuti sistem
persekolahan. Bagi mengatasinya guru-guru mestlah bersikap profesional.

Tekanan untuk naik pangkat , tekanan untuk menjadi pelajar cemerlang menjadi
pendorong kepada setiap individu untuk bergerak pantas. Pekerja akan bekerja lebih masa
bagi mencapai kehendak atau tekanan organisasi.

Sikap profesionalisme juga dapat ditunjukkan dengan perubahan mengunakan teknologi


lama kepada teknologi baru. Tidak ramai oran gyang suka dengan perubahan begini.
Setiap individu berasa dirinya tidak berupaya untuk berubah kepada teknologi baru.

Ada peringkat awal sistem fail dan sistem manual lebih mudah diurus dan boleh
dipercayai. Mereka berasa susah dengan teknologi komputer. Tetapi dengan adanya
tekanan, maka ia akan erpaksa? mengggunakannya dan akhirnya akan menjadi satu
kebiasaan.

Tekanan yang hebat dirasai oleh pengetua sekolah. Morris Et. Al. 9 1994 ) mendapati
pengetua menerima tekanan kerja daripada ketua-ketua dalam hirarki sistem
persekolahan dalam bentuk arahan dan peraturan. Walaupun namapkak sesuatu
perubahan itu bermula dari atas, namun kejayaan sesuatu perubahan adalah bermula dari
bawah. Lapisan bawah lebih merasa tekanan kerana tekanan datang dari atas dan
persekitarannya.

[Sunting] Penyediaan Pelajar sebagai Pekerja

Penglibatan pemimpin bagi setiap organisasi dalam merekabewntuk, merancang dan


melaksanakan program pengembangan kerjaya akan menentukan kejayaan sesuatu
perubahan ( Zaidatol Akmaliah, 1990 ). Setiap perubahan yang dibuat oleh pihak atasan,
akan memberi tekanan kepada pihak bawahan. Kejayaan hanya akan tercapai jika pihak
bawahan sanggup melaksanakan perubahan.

Penggubalan kurikulum ke arah sektor pekerjaan akan dilakukan setiap 10 tahun sekali.
Namun begitu jangka masa 10 tahun terlalu jauh untuk sesuatu rancangan jangka
panjang. Kerap kali berlaku, kegagalan untuk merancang dan kegagalan itu adalah
kegagalan sepenuhnya.
Sukatan pelajaran dan pekeliling yang diberikan akan mempengaruhi tekanan seseorang.
Dalam hal ini pengetua sekolah atau ketua jabatan harus bijak. Kadang-kala sesorang
pelajar itu tidak tahu apakah kerjaya akan diceburinya nanti . Sementara pelajar lain takut
untuk bercita-cita kerana takut gagal mencapai cita-cita.

Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat
dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru yang tidak peka dengan
peluang yang bakal diceburi oleh pelajar.

Sepatutnya guru-guru diberi sedikit tekanan untuk meningkatkan pengetahuan tentang


kerjaya. Pengetahuan guru tentang kerjaya pelajar akan bertambah dengan mengadakan
perkembangan staf atau menghadiri mana-mana seminar.

[Sunting] Tekanan Daripada Persekitaran

Suasana kerja juga boleh menjadi tekanan perubahan. Michael Fullan ( 1998)
menyatakan terdapat pertandingan pasaran pekerjaan , pilihan keluarga dan pengurusan
individu yang member tekanan kepada pihak sekolah.

Mata pelajar harus disesuaikan dengan pasaran kerja dan ekonomi. Kini sekolah tidak
lagi dapat mengesan apa jenis kehidupan yang bakal dilalui oleh pelajar. Pekerjaan yang
bakal menanti juga sukar diramalkan.

Semua mempunyai tekanan untuk cemerlang. Kelayakan masuk ke IPTA dan IPTA
menekan setiap pelajar untuk lebih tekun belajar. Tekanan untuk mengggunakan
teknologi komputer akan meningkatkan pencapaiannya dalam sesuatu bidang.

[Sunting] Menangani Perubahan

Pembelajaran merupakan aspek terpenting dalam menentukan kejayaan perubahan.


Maber dan Mayon ( 1993 ) , melalui pembelajaran sesebuah organisasi akan lebih
bersedia dan mampu menghadapi perubahan. Arah pemikiran akan lebih matang dan
mampu membawa organisasi mencapai objektif yang telah dirancangkan.

Hellriegel , Jackson dan Slocum ( 1999 ) menyatakan , pembelajaran akan melibatkan


ahli organisasi dan menyelesaikan masalah. Hasilnya produktiviti bertambah, keuntungan
meningkat dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan semakin baik.

Kesilapan masa lalu dapat dijadikan teladan. Sekiranya jatuh pada kali pertama, kita akan
berhati-hati untuk perjalanan kali kedua. Ini bermakan proses pembelajaran telah berlaku.
Ada juga organisasi yang telah gagal terus putus asa dan berundur daripada persaingan.
Hanya organisasi yang peka kepada perubahan dan menganggapnya sebagai satu
pembelajaran akan dapat membentuk strategi-strategi baru di masa hadapan. ( Tucker,
1983 ).
Stonham (1994) menekankan faktor persekitaran dalam menangani perubahan.
Perkembangan di luar institusi pendidikan akan menentukan nasib perubahan. Jadi
perancangan yang baik masih bergantung kepada faktor- faktor luar dan di luar jangkaan.

Sumber manusia juga menjadi penentu kejayaan perubahan. Kemahiran tinggi beserta
intelektual yang tinggi menjadikan seseorang itu menerima perubahan yang ingin
dilakukan. Pembelajaran dakan perubahan akan mewujudkan sikap positif terhadap
perubahan.

De Celles ( 1995 ) menyatakan, pembelajaran merupakan aspek terpenting di dalam


menjayakan pengurusan perubahan. Masalah penyesuaian terhadap perubahan sering
berlaku kerana organinasi mengabaikan aspek perubahan.

[Sunting] Penutup
Secara asasnya sekolah ialah suatu institusi yang konservatif , tetapi oleh kerana
perubahan di dalam kedua-dua persekitaran dalaman dan luaran , pemimpin-pemimpin
pendidikan kadangkala mesti memulakan perubahan. Pada masa yang lain menentang
perubahan yang tidak perlu.

Seharusnya pentadbir sekolah adalah pemimpin perubahan dan bertindak sebagai


pembuat keputusan. Perubahan secara evolusi, bukan revolusi akan membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.

[Sunting] Bibliografi
1. Ainon Mohd & Abdullah Hassan ( 1994 ) , Teknik Berfikir : Konsep dan Proses ,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
2. Aminuddin Mohd Yusof ( 1990 ) . Kepimpinan. Hulu Kelang : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
3. Edmund Terence Gomez ( 1990 ), Pelaburan korporat UMNO, Forum Enterpise ,
Petaling Jaya.
4. Paul Findley, ( 1990 ) Mereka Berani Bicara, Penerbit Mizan, Bandung.
5. Goldenson , R.M. ( 1970 ) . The Ensyclopedia of Human Behaviour Vol.2 ,
Garden City, New York. Doubleday & Co. Inc.
6. Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1997 ) , Pengurusan, Dewan Bahasa dan
Pustaka , Kuala Lumpur.
7. Hersey,P. and Blanchard,R.K., ( 1973). Grid Principles and Situationalism : Both.
A Response to Blake and Mouton, Group and Organization Studies.
8. Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepimpinan dan Keberkesana Sekolah. DEB Kuala
Lumpur.
9. Jaafar Muhamad ( 1992 ), Asas Pengurusan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
10. Jaafar Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala
Lumpur.
11. John Naisbitte & Opatricia Aburdene , ( 1990 ) Megatrends 2000, Avon Books
international.
12. Juriah Long dan rakan ( 1992 ). Aliran dalam amalam pendidikam menjelang
abad ke 21. Bangi : UKM
13. Kamaruddin Hj Kachar ( 1989 ). Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala
Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd.
14. Lee Iacocca , ( 1990 ), Iacocca ?Sebuah Autobigrafi, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
15. M. Fullan, The New Meaning of Change.
16. M.Fullan and Andy Hargreavers ( 1998 ), What Worth Fighting For Out There
17. Philip K, Liam .F dan S. Jatusripitak ( 1986 ) Kompetisi Baru , Penerbit Pt.
Gramedia, Jakarta.
18. Rahim Abdullah( 1998) , Asas Pengurusan. Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
19. Renato Constantino (1989 ), Pilihan Nasionalis. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
20. Roald F.C ,John e. Corbally dan Raphael O.N (1997 ) , Pengenalan Pentadbiran
Pendidikan, Penerbit Universiti Putra Malaysia : Serdang.
21. Robert Ornsteion and Paul Ehrlich ( 1989 ) New World New Mind, Simon &
Schuster Inc.
22. Sayles, L.R . and Strauss, (1974). Human Behaviour in Organizations, Englewoos
Cliff , New Jersey. PrencticeHall.
23. Sindhunata , ( 1993 ), Dilema Usaha Manusia Rasional : Kritik Masyarakat
moden oleh Max Horkheimer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
24. Tay Swee Noi dan Peter J. Smith ( 1990 ). Managing Stress ?A Guide To Asian
Living , Federal Publication ( S) Pte. Ltd, Singapura.
25. Wan Azmi Ramli ( 1991) , Pengurusan Masa kini, Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
26. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie ( 1990 ). Pentadbiran Pendidikan. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.Shah Alam Selangor
27. Zurina Hassan ( 1994) . Cabaran Wawasan 2020. Malindo Printers Sdn. Bhd.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan"

You might also like