Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,

BERARAK DI CELAH POHON CEMARA;


PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera diucapkan kepada


Rakan2 guru, dan pelajar yang meluangkan masa malam minggu
anda hanya untuk mendapatkan ilmu yang berharga pd mlm ini.
Bersama2 dengan kita di platform Google Meet adalah, Pn. Hjh.
Suhaila binti Kesnan, penyelaras Pasukan Task Force Sejarah
merangkap SISC+ Sains Sosial PPD Bagan Datuk. Terima kasih
Pn. Suhaila kerana bersama2 dengan kami pada mlm ini.
Yang dimuliakan lagi dihormati,
Penceramah Jemputan yang tidak asing lagi dan didatangkan
khas daripada SMK SULTAN AZLAN SHAH, LENGGONG,
PERAK, En. YUSUFF BIN AHMAD @ HARUN, GURU
CEMERLANG SEJARAH DG 44.
Yang dikasihi, Guru-guru Sejarah Seterusnya calon-calon SPM
2021/2022.
Bersiaran langsung dari Youtube live dan google meet,
Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Teluk Intan dengan
kerjasama sektor pembelajaran ppd bagan datuk dan alumni at32
UPSI batch 2006-2010 membawakan Program Titipan Ilmu
Sejarah SPM 2021/2022.
Selamat datang rakan2 guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi
sama ada yang berasa di ruangan Google Meet atau di You Tube
Live. Sudi2 kn lah para guru dan pelajar bersapa di ruangan
chat, sertakan nama dan sekolah anda. Dan jangn lupa untuk
mengisikan borang kehadiran dalam pautan yang disediakan di
ruangan chat di Google Meet dan Youtube.

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah kita


bersama-sama memohon keberkatan dan mengaminkan bacaan
surah Al-Fatihah. Al-Fatihah….
Amin amin amin yarabbal alamin.

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah kerana pada mlm ini kita
dapat berkumpul dalam alam maya dalam satu program
kecemerlangan akademik SPM 2021 iaitu Program Titipan Ilmu
Sejarah SPM 2021/2022.

Untuk pengetahuan rakan2 guru dan pelajar, program kita pada


mlm ini menggabungkan 20 buah sekolah menengah yang
meliputi hampir 1 Malaysia.
Antara sekolah yang terlibat pada malam ini dibawah alumni
at32 UPSI batch 2006-2010 adalah
1. SMK Hutan Melintang - Bagan Datuk, Perak
2. Kolej Vokasional Sungai Petani 2- (Kuala Muda, Kedah)
3. Smk sg limau. -Kuala Muda Yan, KEDAH
4. SMK BANDAR BARU PERDA, Pulau Pinang
5. SAM PARIT BARU Sabak Bernam, Selangor
6. SMJK YOKE KUAN Sabak Bernam, Selangor)
7. SM SAINS SELANGOR - KL
8. SMK PADANG GARUDA , KUANTAN, PAHANG
9. SMK TAMAN DESA TEBRAU -PASIR GUDANG,
JOHOR
10. SMK PASIR GUDANG 3 PASIR GUDANG, JOHOR
11. SMKA Kimanis - PAPAR, SABAH

Selain daripada itu bersama-sama kita adalah pelajar-pelajar


dan guru daripada sekolah-sekolah menengah daerah bagan
datuk iaitu SMK Ulu Bernam, SMK Seri Perkasa, SMK Khir
Johari, SMA Al-Ulum, SMK Tun Abdul Razak, SMK
Rungkup, SMK Seri Muara, SM Sains Teluk Intan dan SM
Sains Bagan Datuk.
Sekali lagi saya ucapkan selamat datang dan terima kasih.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN,


Sebelum tirai titipan ilmu dibuka, suka saya
memperkenalkankan penceramah kita pada hari ini.
En. Yusuff bin ahmad @ harun merupakan guru cemerlang
sejarah dg44 daripada smk sultan azlan shah, lenggong perak.
Beliau berasal daripada langkawi, kedah. Mendapat
KELULUSAN daripada UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS, TG MALIM
JURULATIH UTAMA SEJARAH NEGERI PERAK
PENULIS MODUL INSPIRASI YAPEIM
PENULIS MENTOR BOOK SEJARAH
***
Sebelum kita bersama dengan penceramah kita, sekali lagi saya
ingin memaklumkan berkenaan dengan pendaftaran peserta yang
diletakkan di ruangan chat.
Segala respond an pertanyaan juga boleh la ditulis di ruangan
chat bg platform Youtube dan bg yang berada di google meet
boleh terus bertanya sekiranya ada sebarang persoalan.

TANPA MEMBUANG MASA LAGI, MAJLIS DENGAN


SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN En. YUSUFF
UNTUK MENYAMPAIKAN perkongsian BELIAU.
MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.

You might also like