Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN, SEKTOR PEMBELAJARAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Sabah Hebat, Katakan Tidak Pada Nombor 16, PPD Tuaran Sederap Menerajui
Perubahan.

Terlebih dahulu syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Majlis Guru Pemulihan Khas
Daerah Tuaran kerana berjaya menghasilkan Modul Menggilap Permata khusus untuk murid
pemulihan khas.Penghargaan juga saya tujukan kepada Tuan Adzrul Puddin, Pegawai Meja
Pemulihan Khas JPN Sabah serta Puan Hani Heleritha Usop dan Encik Jepulson Julian selaku
Penolong Pegawai Unit Pemulihan Khas PPD Tuaran atas bimbingan dan sokongan yang
diberikan kepada guru-guru pemulihan khas daerah sehingga terhasilnya modul PdPR ini.

Kejayaan penghasilan modul ini merupakan kejayaan semua pihak yang telah bekerjasama
menyumbang tenaga.Maka di sini pihak PPD Tuaran mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam
pelaksanaan modul ini.Semoga Yang Maha Kuasa memberkati usaha anda sekalian.

Akhir kata,mudah-mudahan usaha penghasilan modul ini menjadi pemangkin kea rah
kecemerlangan Pendidikan Daerah Tuaran sesuai dengan slogan kita, PPD Tuaran, Sederap
Menjuarai Perubahan.

You might also like