Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DOKTOR ISMAIL,


TEBUK PULAI, 45200 SABAK BERNAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
MALAYSIA Kod Sekolah : BBA 6016
Tel/Fax : 03-32162379
Laman web : sktundoktorismail.blogspot.com
Email : bba6016@moe.edu.my

Rujukan Tuan :
Rujukan kami : BBA6016.100-7/1/4 ( )
Tarikh : 22 OKTOBER 2019
Kepada :
Tuan Jurutera,
Tenaga Nasional Berhad Daerah Sabak Bernam
45200 Sabak Bernam

Melalui dan salinan kepada :


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail,
45200 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MOHON PENGALIHAN TIANG ELEKTRIK DI HADAPAN SEKOLAH

Saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

2. Pihak sekolah ingin memohon pengalihan tiang elektrik di bahagian hadapan sekolah dari pihak
TNB. Permohonan pengalihan ini adalah berkenaan ruang penurunan penumpang baharu yang akan
dilakukan oleh pihak JKR hi hadapan sekolah. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak ibu bapa
menurunkan anak pada sebelah pagi.

3. Permohonan pengalihan tiang ini merupakan permintaan dari pihak PIBG untuk memberikan
ruang pada kawasan penurunan penumpang baharu bagi mengatasi masalah lalu lintas semasa
menghantar pelajar ke sekolah pada waktu pagi dan juga waktu pulang. Kesesakan yang berlaku
menyebabkan ibu bapa tidak dapat keluar dan para guru tidak dapat masuk ke kawasan letak kereta.

Pihak sekolah berharap pihak tuan dapat membantu kami di dalam hal ini. Kerjasama pihak tuan amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima Kasih.

SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH

……………………………………..

(MUHAMAD IQBAL BIN MAHPOD)

Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail
Sabak Bernam.

s.k : Fail PIBG

You might also like