Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN DIRI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi


dengan izinnya kami berempat telah berjaya sampai ke semester 2 ini dengan
jayanya. Kami berempat merupakan kumpulan pelajar dari Melaka yang sama
mengambil subjek Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 1 ini. Pemilihan ahli kumpulan
ini adalah berdasarkan kesemua kami adalah pelajar dan bekerja di negeri Melaka.
Ini memudahkan kami untuk membuat perbincangan antara ahli kumpulan. Disini kami
dinyatakan serba sedikit pengenalan berkenaan setiap individu dalam kumpulan ini.

1.1 Pelajar Pertama :


1.1.1 Nama : Mohd Nor Adeley Bin Rosley
1.1.2 No Matriks : 260682
1.1.3 No Kad Pengenalan : 840630-04-5169
1.1.4 Umur : 35 tahun
1.1.5 Jawatan dalam pekerjaan : Pembantu Khidmat Pelanggan
1.1.6 Nama Majikan : Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
1.1.7 Pengalaman kerja : 13 tahun
1.1.8 Status Perkahwinan : Berkahwin
1.1.9 Bilangan Anak : 2 orang

1.2 Pelajar Kedua :


1.2.1 Nama : Suryati Binti Zanibar
1.2.2 No Matriks : 260876
1.2.3 No Kad Pengenalan : 800617-04-5184
1.2.4 Umur : 39 tahun
1.2.5 Jawatan dalam pekerjaan : Pembantu Tadbir
1.2.6 Nama Majikan : SMJK Notre Dame Convent, Melaka
1.2.7 Pengalaman kerja : 16 tahun
1.2.8 Status Perkahwinan : Berkahwin
1.2.9 Bilangan Anak : Tiada
1.3 Pelajar Ketiga :
1.3.1 Nama : Siti Rohanis Binti Ismail
1.3.2 No Matriks : 260866
1.3.3 No Kad Pengenalan : 820120-04-5208
1.3.4 Umur : 37 tahun
1.3.5 Jawatan dalam pekerjaan : Pembantu Tadbir
1.3.6 Nama Majikan : SMJK Notre Dame Convent, Melaka
1.3.7 Pengalaman kerja : 15 tahun
1.3.8 Status Perkahwinan : Berkahwin
1.3.9 Bilangan Anak : 2 orang

1.4 Pelajar Keempat :


1.4.1 Nama :
1.4.2 No Matriks :
1.4.3 No Kad Pengenalan :
1.4.4 Umur :
1.4.5 Jawatan dalam pekerjaan :
1.4.6 Nama Majikan :
1.4.7 Pengalaman kerja :
1.4.8 Status Perkahwinan :
1.4.9 Bilangan Anak :
BAHAGIAN 2

2.0 PENGENALAN TAJUK PILIHAN

Terdapat 14 tajuk yang diberikan kepada semua pelajar sebagai tugasan


secara berkumpulan. Tajuk yang di pilih oleh kami adalah tajuk no 2 iaitu Sistem
Ekonomi. Tajuk Sistem Ekonomi ini adalah secara umumnya tetapi kami lebih spesifik
kepada Sistem Ekonomi Islam Di Malaysia.
Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh. Kesempurnaan
agama Islam bukan sekadar pada nama malah turut meliputi semua aspek kehidupan
umatnya termasuklah ekonomi. Melalui tugasan ini akan membincangkan tentang
konsep ekonomi dalam Islam dengan lebih lanjut dan mendalam.

Ekonomi dalam Islam mementingkan konsep muamalat iaitu satu sistem yang
mengatur perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan hidup masing-
masing dan berlandaskan syariat Islam. Muamalat dalam Islam lebih menekankan
perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan terutama ekonomi
dan sosial .

Syariat Islam juga mementingkan cara sesuatu kekayaan itu diuruskan. Harta
kekayaan merupakan amanah Allah kepada manusia, oleh yang demikian wajar bagi
manusia untuk menggunakan harta berkenaan ke jalan yang diredai Allah iaitu
berlandaskan hukum syarak. Halal dan haram perlulah diberikan perhatian yang
sewajarnya kerana ianya penting untuk mendapatkan keredaan Allah di dunia dan
akhirat kelak.

2.1 DEFINISI EKONOMI ISLAM

Islam meletakkan ekonomi sebagai suatu aspek penting dalam kehidupan


manusia kerana ekonomi bukan sahaja menyentuh urusan bagaimana manusia
mengatur keperluan jasmaniah mereka bahkan urusan rohaniah mereka. Oleh itu,
aktiviti ekonomi mestilah berdasarkan nilai-nilai dan akhlak yang digariskan oleh
agama untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. Berikut antara definisi ekonomi Islam
oleh tokoh-tokoh Islam:-
2.1.1) Menurut As Syahid Syed Mohamad Bagir As Sadr
“Ekonomi Islam merupakan mazhab (pemikiran dan ajaran) yang merujuk
kepada Islam secara sepadu berhubung dengan pemikiran dan ajaran juga
analisis dan tafsiran yang berpandukan kepada pemikiran dan ajaran tersebut bagi
menyelesaikan masalah-masalah perekonomian.”

2.1.2) Menurut Muhamad Al-Mubarak


“Ekonomi Islam ialah sekumpulan kaedah yang berhubung dengan milik, amal,
pengeluaran dalam bentuk material dan spiritual, penggunaan dan pengedaran
yang berkaitan hak-hak kehartaan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.”

2.1.3) Menurut Muhammad Abdullah Ar-Arabi


“Ekonomi Islam merupakan dasar-dasar umum ekonomi yang disimpulkan
daripada Al-Quran dan As-Sunnah, dan pembangunan perekonomiannya
diasaskan kepada dasar-dasar tersebut sesuai dengan keadaan dan masa.”

Secara umumnya, Ekonomi Islam juga boleh didefinisikan sebagai :-


“sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi satu golongan
masyarakat yang berpegang kepada nilai-nilai Islam.”

“kajian tentang manusia-bukan sebagai individu yang hidup terasing tetapi


sebagai individu sosial yang beriman dengan nilai-nilai kehidupan Islam.”

Ekonomi Islam turut memberi ruang kepada perkara-perkara yang tidak melalui
sistem pertukaran (iaitu bayaran pindahan) yang kerapkali wujud apabila
perasaan bertimbang rasa kepada masyarakat dan tanggungjawab moral
mengatasi sikap tamak dan tidak mempedulikan orang lain. Definisi ekonomi Islam
ini adalah berlawanan sekali dengan definisi ekonomi moden yang ditakrifkan
sebagai “satu kajian tentang manusia dalam kehidupan hariannya”.
Lebih jelas lagi, menurut Profesor Robbins :-
“Ekonomi adalah sains yang mengkaji gelagat manusia sebagai satu
perhubungan antara matlamat-matlamat dan sumber-sumber yang terhad
tetapi mempunya pelbagai kegunaan”.
BAHAGIAN 3

3.1 PERBANDINGAN SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL DENGAN


SISTEM EKONOMI ISLAM

Perkara Ekonomi Islam Ekonomi Sosialis Ekonomi Kapitalis


Matlamat Matlamat keselamatan dan Kebebasan individu dan Kebebasan matlamat
kebahagiaan di dunia dan kepuasan maksimum individu dan kepuasan
akhirat dinafikan maksimum
Keseimbangan Kegiatan ekonomi manusia Matlamat berekonomi hanya Matlamat berekonomi
antara untuk mendapatkan untuk kepentingan hanya untuk
kebendaan kebendaan tidak boleh masyarakat dan kerajaan kepentingan
dengan dipisahkan daripada semata-mata tanpa kebendaan semata-mata
kerohanian kerohanian. mengaitkan dengan tujuan tanpa mengaitkan
Manusia berekonomi ibadat dengan tujuan ibadat
sebagai ibadat kepada Allah.
Segala kegiatan ekonomi yang
berjalan adalah atas dasar
kepatuhan kepada segala
perintah dan arahan Allah.
Tidak wujud kegiatan
ekonomi yang bertentangan
dengan Islam.
Kebajikan Kebajikan adalah asas utama Menafikan kepentingan Mementingkan individu
dalam penggunaan individu. Fokus utama secara mutalak tanpa
dan pengeluaran. adalah masyarakat. menilai kepentingan
Kesimbangan antara Kesaksamaan agihan orang lain atau
kepentingan individu kepada individu yang masyarakat. Ini boleh
dengan masyarakat. Islam rajin berusaha mahupun menyebabkan
tidak mengabaikan yang malas berlaku penindasan
kepentingan individu tetapi dan penganiayaan
apabila
berlaku pertembungan
antara kepentingan
individu dengan masyarakat,
maka kepentingan masyarakat
diutamakan
Cara Hidup Cara hidup manusia Cara hidup ditentukan Cara hidup bersosial
berpandukan kepada iman oleh kerajaan atau yang berasakan
dan sosial pemerintah kepada rasional dan
logik
Harta Adalah milik Allah Sistem ekonomi sosialis Adalah milik mutlak
dan pemberian harta menyifatkan harta adalah individu dan boleh
kepada manusia hanya milik negara sepenuhnya dibelanjakan sesuka
sebagai amanah dan ujian dan membataskan hak milik hatinya tanpa
yang individu serta mereka ada peraturan atau
dipertanggungjawabkan tidak berpeluang untuk campur tangan sesiapa.
dan bukan di akhirat nanti. mengumpul dan Harta yang dimiliki juga
Oleh itu, manusia hanya menggunakan harta pada adalah hak individu
sebagai pemegang kadar yang telah dan tidak boleh
amanah dan ditetapkan oleh kerajaan. dikongsi dengan
bukan pemilik mutlak Sistem ini telah orang lain
harta tersebut. Penerimanya menghapuskan
mestilah menunaikan gak-hak hak perwarisan ke atas
ke atasnya dan tidak boleh harta-harta yang
diperoleh atau diperoleh individu
dibelanjakan sesuka hati

3.2 CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM


3.2.1 Ciri-Ciri Umum
a) Rabbani
b) Berakhlak
c) Insaniah
d) Seimbang
3.2.2 Ciri-Ciri Khusus
a) Berasaskan Al Quran & Sunah
b) Sebahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan Islam yang
lengkap
c) Kepentingan individu dan masyarakat dalam ekonomi sentiasa
diseimbangkan
d) Kegiatan ekonomi bersifat kebendaan, tetapi bercorak
kerohanian
e) Ekonomi Islam sentiasa sesuai sepanjang zaman

3.3 SYARAT-SYARAT MENJALANKAN KEGIATAN EKONOMI ISLAM


3.3.1 Aqidah mestilah betul
3.3.2 Niat mestilah betul
3.3.3 Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam
3.3.4 Cara melakukan kerja mestilah sesuai dengan ajaran Islam
3.3.5 Natijah betul dan bermanfaat kepada semua
3.3.6 Tidak mengabaikan ibadat khusus

3.4 SUMBER-SUMBER HUKUM EKONOMI ISLAM


3.4.1 Al-Quran
3.4.2 Sunah dan Hadis
3.4.3 Ijmak
3.4.4 Qiyas dan Ijtihad
3.4.5 Prinsip-prinsip hukum yang lain

3.5 PRINSIP KEPENGGUNAAN DALAM ISLAM


3.5.1 Berdasarkan keizinan syariat
3.5.2 Bersih dan suci
3.5.3 Bersederhana
3.5.4 Benmanfaat dan memberi kemaslahatan kepada semua
3.5.5 Bersesuaian dengan nilai akhlak yang mulia
3.6 PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM
3.6.1) Hak Milik

Prinsip ini meletakkan Allah s.w.t sebagai pemilik mutlak ke atas sesuatu
kerana Allah s.w.t ialah Pencipta dan Penguasa ke atas segala makhluk
ciptaan-Nya. Seperti firman Allah :
“Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit
sebagai atap, dan Dia munurunkan air (hujan) dari langit,lalu Dia menghasilakn
dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu
janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, pada hal kamu
mengetahui.”
(Al-Baqarah:22)

Oleh itu, manusia hanya sebagai pemilik sementara atau pemegang amanah
terhadap harta kekayaan yang dimiliki dibenarkan untuk menikmati dan
membangunkannya untuk tujuan kebaikan seperti untuk memenuhi
keperluan peribadi dan keperluan.

3.6.2) Keadilan Sosial


Ekonomi merangkumi semua aspek seperti dalam bidang pengeluaran yang
mestilah berasaskan pengeluaran yang halal dan menjauhi jalan-jalan yang
haram. Contohnya, ketidakadilan dalam ekonomi berlaku apabila golongan
kaya menggunakan cara-cara yang tidak adil untuk memperoleh kekayaan dan
menindas golongan orang yang miskin dan lemah. Begitu juga dalam aspek
penggunaan umat Islam diingatkan menjauhi daripada sifat bakhil atau
membazir yang dianggap seperti suatu penderhakaan terhadap Allah. Seperti
firman Allah;
“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara
syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya,”
( A l - Isra’:27)
3.6.3) Integrasi Nilai-Nilai Akhlak
Manusia tidak dibenarkan untuk mengasingkan akhlak Islamiah daripada
aktiviti-aktiviti ekonomi, kewangan, dan perbankan sama ada dalam bentuk
pelaburan dan lain-lain. Seperti firman Allah :
“Sekiranya, penduduk negeri-negeri itu beriman serta bertaqwa,
tentulah Kami benar-benar akan membuka kepada mereka (semua jenis)
pemberian yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi; tetapi
mereka menolak (kebenaran), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan”
( S u r a h A l - A’raaf:96)

Oleh itu, pencapaian pertumbuhan ekonomi sesebuah negara,


walaupun setinggi manapun, tidak akan diiktiraf sebagai satu kejayaan oleh
Islam sekiranya tidak berlandaskan kepada akhlak Islamiah.

3.6.4) Penghapusan Riba’


Penghapusan riba adalah satu prinsip penting dalam sistem kewangan Islam
dan dijelaskan di dalam beberapa surah dalam al-Quran. Seperti firman Allah:
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba
dengan berlipat-lipat ganda; tetapi hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah
supaya kamu benar-benar dapat kejayaan.”
(Surah Ali: 130)

Pinjaman wang, ialah pemindahan hak-hak ini daripada pemiutang kepada


si penghutang dan sepatutnya inilah sahaja yang harus dituntut. Dari perspektif
Islam, faedah yang dikenakan ke atas wang yang dipinjamkan tidak boleh
dijustifikasikan kerana faedah ialah hak harta yang dituntut di luar kerangka
hak-hak harta individu yang diiktiraf oleh Islam.

3.6.5) Al-Adl Wal Ihsan


Dalam konteks kewangan Islam, al-adl menghendaki sistem kewangan
tersebut memberi sumbangan positif kepada kebajikan ekonomi seluruh rakyat
melalui memenuhi keperluan asasi manusia , membasmi punca-punca
kesulitan dan meningkatkan kualiti hidup dalam bidang moral, akhlak dan
material. Al- ihsan menghendaki tumpuan khas diberikan kepada golongan
miskin. Kedua-dua unsur ini adalah asas ke arah pencapaian perjalanan sistem
sosio-ekonomi yang teratur, cekap dan progresif.

3.7 INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)

Baitul Mal merupakan satu institusi kewangan yang terulung dalam


pemerintahan sejarah Islam di zaman dahulu. Ia juga bertindak sebagai
perbendaharaan negara ang mengumpul pelbagai sumber pendapatan negara
seperti zakat, cukai, harta wakaf dan sebagainya. Baitulmal juga adalah
lembaga atau institusi yang berfungsi sebagai pengamanah perbendaharaan
awam bagi orang Islam. Ia mengendalikan aset yang bertujuan untuk maslahat
umum.

3.7.1 Sumber Baitul Mal

1) Zakat Fitrah
Dikenali sebagai sadaqah al-fitr, diwajibkan setahun sekali ke atas orang
Islam yang hidup sepanjang bulan Ramadhan sehingga hari pertama
Syawal. Ia bertujuan untuk menyucikan diri dan hati, dan
menggembirakan hati fakir miskin pada Hari Raya. Zakat ini dikeluarkan
sebanyak segantang daripada barang-barang yang mengenyangkan
seperti gandum dan beras.

2) Zakat Harta
Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang penting dalam
berbagai-bagai sektor ekonomi seperti tanaman , emas dan perak,
perniagaan, pendapatan, simpanan dan saham.

3) Fai’ dan Ghanimah


Fai’ adalah harta yang diperoleh kerajaan Islam daripada orang bukan
Islam dengan jalan damai. Manakala ghanimah pula merujuk harta yang
diperoleh daripada orang bukan Islam daripada hasil rampasan perang.
Harta benda yang diperoleh dari orang-orang kafir semasa zaman
kebangkitan Islam pada suatu masa dahulu. Islam telah mengehadkan
hak 4/5 dari keseluruhan harta rampasan untuk tentera yang menang
dan 1/5 untuk faedah masyarakat

4) Ma’adin
Merujuk kepada harta yang bernilai yang terpendam dalam perut bumi
seperti emas, perak, tembaga, dan besi. Harta ini pada dasarnya
terletak di bawah kuasa pemerintah dan menjadi hak milik negara untuk
dimanfaatkan bagi menampung keperluan masyarakat dan negara.

5) Rikaz dan Luqatah


Rikaz merujuk kepada tinggalan orang-orang jahiliah yang terpendam
dalam perut bumi. Harta rikaz yang dijumpai di tanah yang dimiliki akan
menjadi milik tuan tanah dan akan dikenakan cukai ke atasnya. Luqatah
pula ialah harta bernilai yang dijumpai dan dipercayai menjadi milik
orang Islam. Harta tersebut hendaklah dipulangkan kepada tuannya.
Jika selama setahun tiada siapa yang menuntutnya, maka harta tersebut
menjadi milik tanggungannya.

6) Wasiat dan Warisan


Wasiat merupakan salah satu cara pemindahan pemilikan dalam Islam
yang memberi peluang kepada pemilik harta memindahkan sebahagian
daripada hartanya ke tangan orang lain yang bukan waris. Di mana,
Islam telah mengehadkan wasiat sebanyak 1/3 bahagian sahaja
daripada harta pemiliknya, kerana 2/3 bahagian lagi merupakan hak
waris yang ditinggalkan

7) Wakaf
Merujuk kepada penyerahan mutlak penggunaan manfaat harta bagi
kepentingan orang ramai selain untuk dirinya. Wakaf terbahagi kepada
dua iaitu wakaf khusus dan wakaf am. Wakaf khusus ialah penyerahan
harta wakaf yang telah dikhususkan penggunaannya oleh pemiliknya
dan harta ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain daripada apa
yang telah ditentukan. Wakaf am pula, wakaf dalam bentuk penggunaan
umum untuk kepentingan dan kebajikan umat Islam seperti
membina pusat kesihatan.

8) Sadaqah
Bermaksud apa jua harta yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan. Ia
meliputi segala pemberian, derma atau sumbangan yang memberi
manfaat kepada penerima itu sendiri.

9) Nazar dan Kaffarah


Nazar merupakan satu pengakuan untuk mendampingkan diri kepada
Allah dengan berbuat kebajikan yang mana pengakuan itu mesti
ditunakan. Kaffarah pula merujuk kepada balasan atau denda yang
ditentukan oleh syarak apabila seseorang menyalahi perintah atau
ketentuan hukum Allah yang bersifat khusus.

10) Jizyah
Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas golongan bukan Islam
sebagai balasan kepada jaminan perlindungan oleh negara Islam ke
atas nyawanya, harta benda, amalan agama dan pengecualian mereka
dari perkhidmatan negara. Golongan bukan Islam yang dijamin nyawa
dan harta benda digelar “Dhimmi”.

11) Kharaj dan Ushr


Sejenis cukai yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimiliki. Kaedah
pembayaran kharaj yang pernah diamalkan dalam sejarah Islam
antaranya dibayar mengikut keluasan tanah yang dimiliki, berdasarkan
hasil pertanian yang diperolehi, bergantung pada keadaan dan kawasan,
ada juga bayaran yang dikenakan setahun sekali dan ada yang wajib
setiap kali hasil pertanian di tuai.

12) Cukai Ushur


Ushur ialah cukai yang dikenakan ke atas komoditi perdagangan yang
di eksport ke luar negara atau diimport ke dalam negara Islam.
Rasulullah S.A.W bersabda yang beerti :-
“Tidak akan masuk Syurga orang yang melarikan cukai”.
(Riwayat Abu Ubaid dalam kitabnya Al-Amwal)

3.8 CIRI-CIRI PERNIAGAAN (JUAL BELI) DALAM ISLAM

3.8.1) Bebas dan Persetujuan Bersama (Akad)


Perniagaan yang dilakukan antara kedua-dua belah pihak mestilah mendapat
kata sepakat, reda-meredai serta tiada sebarang paksaan antara mereka
(penjual dan pembeli). Akad tersebut mestilah melibatkan pada harta yang
sudah dimiliki secara sah dan tidak akan berlaku pada harta yang dimiliki
secara tidak sah di sisi syarak, seperti melakukan akad pada burung yang
berterbangan di udara atau ikan yang masih berada di dalam laut. Seperti
firman Allah;
“…Sesungguhnya jual beli itu adalah lahir dari reda-meredainyai”
( A n - Nisa’:29)

3.8.2) Segala Bentuk Perjudian Dilarang


Segala bentuk perniagaan haruslah bebas daripada unsur perjanjian. Seperti
firman Allah:
“Hai orang -orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi
berhala dan bertenung, adalah pekerjaan keji dari perbuatan syaitan”
(Al-Maidah: 90)

3.8.3) Keadilan
Keadilan merupakan prinsip perniagaan yang diperjuangkan Islam iaitu untuk
menjamin tercapainya kedua-dua belah pihak, mengekalkan perdamaian dan
menjaga hubungan baik antara pembeli dengan penjual. Seperti firman Allah:
“Sesungguhnya Allah memerintahkan (supaya manusia) selalu
bersikap adil dan belas kasihan”
(Al-Nahl:16:90)

Islam menjelaskan bahawa keadilan dalam perniagaan akan tercapai jika


terlaksana tiga perkara berikut iaitu keikhlasan, kejujuran dan amanah. Setelah
wujud keikhlasan antara penjual dan pembeli dalam perniagaan barulah wujud
kejujuran. Niat yang ikhlas menjadikan penjual dan pembeli itu sentiasa jujur
dalam perkataan, perbuatan dan segala yang berkaitan jual beli. Maka
terselamatlah jual beli itu dari penipuan, pendustaan, pemungkiran janji dan
sebagainya yang menjamin terlaksananya keadilan dalam perniagaan.

.
3.8.4) Kesopanan
Penjual dan pembeli mempunyai tanggungjawab dan berhak untuk
mendapatkan layanan yang baik antara satu sama lain. Seperti firman Allah;

“Dan ucapkanlah kata -kata yang menarik kepada manusia”


“Dan berbuat baiklah, kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik.”

(Al-Baqarah:2:83 dan 195)

Di dalam perniagaan, bukan sahaja pertukaran barang dengan barang, barang


dengan wang, perkhidmatan dengan wang dan sebagainya, tetapi
perlaksanaan proses perniagaan itu juga penting. Dengan menggunakan budi
bahasa yang lembut, manis muka, layanan yang baik, tidak kira dari pihak
penjual atau pembeli dan sebagainya menjadi perniagaan itu lebih
menggembirakan dan menyeronokkan. Ini kerana penjual dan pembeli saling
memerlukan.

3.8.5) Kualiti
Islam sangat menekankan kualiti di mana, tidak dibolehkan mengeluarkan
produk atau menyediakan perkhidmatan haram, rendah kualiti atau
bertentangan dengan tujuan syariat. Produk yang tidak berkualiti boleh
menjejaskan usaha membangunkan masyarakat dari mental, moral dan
kesihatan.

3.8.6) Pengukuran dan Timbangan Mestilah Tepat


Penggunaan alat pengukuran mestilah dengan jujur dan setiap timbangan
haruslah dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan. Kita haruslah memberikan
pengguna hak mereka sejajar dengan harga yang mereka bayar. Seperti firman
Allah;
“Dan sempurnakanlah pengeluaran apabila kamu mengukur dan
timbangkanlah dengan neraca yang benar.”
( A l - Isra’: 35)

Barang-barang yang digunakan mestilah dalam nilai pengukuran yang berada


dalam keadaan yang baik dan sempurna, dan penjual juga mestilah jujur dalam
mengukur nilai timbangan.

3.9 INSTRUMEN PERNIAGAAN DALAM ISLAM

Bagi mengelakkan aktiviti perniagaan yang dilarang menurut Islam, Islam telah
memberi alternatif lain dalam urusan perniagaan. Antaranya :-

3.9.1) Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)


Mudharabah adalah akad ke atas satu jenis perkongsian yang mana satu pihak
memberikan modal kepada satu pihak yang lain untuk diperniagakan modal itu
dan keuntungan yang didapati daripada projek itu dibahagikan kepada kedua-
dua belah pihak mengikut peratusan yang telah dipersetujui bersama yang
dinyatakan dalam borang perjanjian.

3.9.2) Al-Musyarakah (Perkongsian Modal)


Musyarakah adalah akad di mana dua orang atau lebih berjanji bekerjasama
dalam perniagaan dengan memberikan modal masing-masing dan
keuntungan dibahagikan sesama mereka. Keuntungan dibahagi mengikut
nisbah yang telah ditentukan terlebih dahulu dan tidak semestinya
mencerminkan modal yang disumbangkan.

3.9.3) Al-Murabahah (Jualan Tertanggung)


Murabahah adalah salah satu kaedah urus niaga yang boleh dilakukan dalam
urusan muamalat terutamanya dalam skim pembiayaan modal dan jual beli.
Konsep ini merujuk kepada penjualan sesuatu barang pada harga modal
dengan tambahan sejumlah untung yang dipersetujui bersama.

3.9.4) Al-Bai’ Bithaman Ajil (Jualan Harga Tertangguh)

Jualan harga tertangguh ialah perjanjian jual beli barang tertentu antara
pemilik barang dan pembeli yang mana pemilik barang menyerahkan barang
tersebut dengan serta-merta kepada pembeli dan pembeli menangguhkan
bayaran harga barang tersebut sehingga satu tempoh tertentu. Pembayaran
boleh dijelaskan secara tunai atau ansuran. Jualan jenis ini bertentangan
dengan jualan saham.

3.9.5) Al-Bai’ul Salam (Jualan Salam)


Bai’ul Salam ialah jual beli yang dilakukan dengan bayaran harga secara tunai
(terdahulu) manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa akan
datang.

3.9.6) Al-Wadi’ah
Al-Wadiah ialah satu perjanjian antara pemilik barang (termasuk wang untuk
menyimpan barangannya dengan pihak yang lain sebagai pemegang barang
tersebut (termasuk bank) dengan tujuan untuk disimpan dan dijaga
keselamatannya.

3.9.7) Al-Qardhu Hasan (Pinjaman Kebajikan)


Al-Qardhu Hassan ialah pinjaman tanpa faedah atau pinjaman kebajikan yang
diberikan oleh pemiutang tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan.
Walau bagaimanapun, tempoh dan syarat-syarat hutang ditentukan terlebih
dahulu.

3.9.8) Al-Kafalah
Al-Kafalah bererti jaminan hutang atau jaminan pelaksanaan kerja. Fungsi
kafalah adalah sebagai jaminan. Ia adalah satu perjanjian antara penjamin
dengan pihak yang menerima jaminan yang mana penjamin menerima
tanggungjawab untuk menjelaskan hutang atau membayar ganti rugi sekiranya
pihak yang berhutang atau berjanji melaksanakan kerja itu gagal menunaikan
tanggungjawabnya. Hutang hendaklah sah dan wajib dibayar.

3.9.9) Ar-Rahnu (Gadaian)


Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam) ialah perjanjian antara penggadai barang
dengan pihak yang menerima gadaian yang mana penggadai mengemukakan
sesuatu barang berharga sebagai cagaran atau sandaran untuk pihak yang
menerima gadaian.

3.9.10) Al-Ijarah (Sewa Menyewa)


Al-Ijarah merujuk kepada urus niaga sewaan jangka panjang, yakni pajakan
atas aset tetap seperti bangunan, mesin, jentera berat dan sebagainya. Ijarah
yang tidak berkesudahan dengan pindahan hak milik adalah dikira sebagai
pajakan operasi biasa , iaitu sewaan. Ia bukanlah satu kontrak jual beli.

3.9.11) Al-Wakalah
Al-Wakalah ialah wakil dan orang yang dilantik sebagai wakil yang mana orang
yang melantik memberikan kuasa kepada wakil tersebut untuk melaksanakan
sesuatu kerja atau tugas bagi pihaknya.

3.9.12) Al-Hiwalah
Satu pemindahan tanggungjawab dalam menanggung hutang daripada
seorang individu kepada pihak yang kedua. Pihak yang kedua ini
bertanggungjawab terhadap hutang tersebut.

3.9.13) Al-Sarf
Al-Sarf merujuk kepada urus niaga jual beli mata wang. Hukumnya harus
dengan syarat ia melibatkan urus niaga pertukaran wang yang berbeza seperti
jual beli mata wang Ringgit Malaysia dengan Dollar Amerika Syarikat atau
dengan Rupiah Indonesia. Syarak membenarkannya dengan syarat urus niaga
berlaku serentak dan bukan secara tertangguh
3.9.14) Al-Ujr
Al-Ujr bermaksud upah atau ganjaran. Merujuk kepada amalan kewangan
dan perbankan. Ia merupakan kaedah pembayaran komisen atau bayaran
yuran perkhidmatan yang dikenakan ke atas sesuatu perkhidmatan yang
diberikan.

3.10 KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI YANG TIDAK MENGIKUT ISLAM

Rasulullah S.A.W bersabda , yang bermaksud :


“Apabila telah terang -terangan zina dan riba di satu negeri, maka mereka telah
mengharuskan seksa Allah pada diri mereka”
(Hadis riwayat Imam al-Hakim daripada Ibn Abbas r.a).

Rasulullah bersabda, yang maksudnya :


“Wahai golongan Muhajirin, ada lima hal , bila sudah merata cubaannya di
kalangan kalian, aku memohon perlindungan Allah dari lima perkara yang akan
menimpa kalian:
a) Tidaklah terjadi sama sekali perbuatan keji/penzinaan dalam suatu kaum,
sampai mereka melakukannya secara terang-terangan, kecuali merata ke
atas mereka penyakit (al-ta‟un) dan beberapa penyakit yang tidak pernah
ada pada orang-orang tua mereka yang telah lalu.
b) Tidaklah mereka mengurangi takaran dan timbangan, kecuali mereka
mendapat seksa kemarau panjang, kesulitan dalam memperoleh makanan
dan tekanan penguasa yang zalim.
c) Tidaklah mereka enggan membayar zakat, kecuali mereka yang terhalang
turunnya hujan dari langit. Kalau sekiranya tidak ada haiwan, tentu mereka
tidak akan mendapat hujan setitik pun.
d) Tidaklah mereka merosakkan perjanjian Allah dan perjanjian Rasulnya,
kecuali Allah bakal memberi kekuasaan kepada musuh terhadap mereka,
lalu musuh mengambil sebahagian harta yang ada di tangan mereka.
e) Para pemimpin yang mereka tidak berhukum dengan kitab Allah serta tidak
memilih hukum yang diturunkan oleh Allah, kecuali Allah bakal menimpakan
kesusahan pada mereka.”
(Hadis riwayat Imam Ibn Majah daripada Abd Allah bin Umar r.a.)
Oleh hal yang demikian, apabila pembangunan ekonomi tidak lagi selaras
dengan garis panduan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, antara
akibat yang terjadi ialah :-
1) Pemimpin di kalangan Islam menanggung dosa kerana gagal
menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan
Kegagalan dalam merealisasikan pembangunan insan sebenar boleh
membawa padah kepada masyarakat.

2) Berlakunya keruntuhan moral dalam kalangan remaja Islam kerana


tidak menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
Pencapaian akademik sahaja tidak dapat mengukur kejayaan yang
sebenar. Pembangunan sebenar terdiri daripada lima nilai utama
pembangunan yang penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan
spiritual. Kelima-lima aspek tersebut perlu diberi penekanan untuk
menangani masalah keruntuhan moral ini.

3) Turunnya bala daripada Allah S.W.T.


Sejarah silam telah banyak membuktikan bahawa bala daripada Allah
S.W.T menimpa ke atas mereka yang sengaja menderharkainya. Peristiwa
tsunami yang berlaku pada zaman ini patut dijadikan pengajaran bagi
mereka yang berakal.

4) Negara Islam akan ditindas atau ditakluki oleh orang bukan Islam.
Negara Islam walaupun kaya dengan pelbagai sumber alam telah, sedang
dan akan sentiasa ditindas oleh negara bukan Islam malah orang bukan
Islam di negara Islam di negara sendiri sekiranya mereka gagal mengatasi
kelemahan dalam menguruskan sumber manusia yang berpunca dari
pertelingkahan dari segi sosiologi sesama mereka.

5) Pembangunan Dualisme yang tidak menguntungkan orang Islam.


Dualisme dalam pembangunan bermaksud kegiatan ekonomi yang
dijalankan oleh pihak pemerintah yang mana ia menekankan ke kawasan
yang telah diberikan oleh pemerintah berbanding kawasan luar bandar dan
bandar.
6) Kemajuan yang tidak setanding dengan negara barat atau terlalu
bergantung pada ekonomi barat.
Islam adalah satu kehidupan yang komprehensif, sesuai untuk semua
golongan, zaman dan masa. Namun, sekiranya umat Islam gagal
menguasai pelbagai kemajuan yang dimiliki Barat, adalah tidak mustahil
untuk kita terpaksa bergantung harap bantuan dari negara maju. Hal ini
satu petanda mencemaskan kerana terpaksa memenuhi syarat dan
kehendak ideologi mereka yang tidak bertunjangkan hukum Allah S.W.T.

4.0 KESIMPULAN

Ekonomi Islam ialah sains sosial yang mengkaji keinginan yang tidak
terhad untuk menggunakan sumber-sumber yang ada dengan menggunakan
akal fikiran dan daya usaha yang terhad di dalam mencapai kebahagian di
dunia dan di akhirat.

Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, kami dapat lebih memahami


mengenai Sistem Ekonomi Islam seperti latar belakang perkembangan sistem
perekonomian Islam, perbandingan antara sistem ekonomi konvensional
dengan sistem ekonomi Islam, definisi ekonomi Islam, institusi kewangan Islam
dan banyak lagi.

Walaupun tidak dapat memuatkan semua isu yang telah kami temui
semasa menyelesaikan tugasan ini, namun kami tetap berusaha memuatkan
beberapa perkara penting dalam tugasan ini seperti Ciri-Ciri Ekonomi Islam
dan Kesan Pembangunan Ekonomi Yang Tidak Berlandaskan Islam.

Hasil daripada tugasan ini, kami menyedari bahawa Islam meletakkan


ekonomi sebagai suatu aspek yang penting dalam kehidupan manusia kerana
ekonomi menyentuh urusan rohaniah dan jasmaniah manusia malah
menggariskan panduan berdasarkan nilai-nilai dan akhlak baik agar membawa
kesejahteraan di dunia dan akhirat. Namun, sekiranya pembangunan ekonomi
tidak berlandaskan Islam, pelbagai kesan negatif akan tercalit terhadap semua
pihak termasuk individu, keluarga, masyarakat mahupun negara.
BIBLIOGRAFI

Buku

1) Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia. 1996. Nor
Mohamed Yakcop. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
2) Petunjuk Amalan Ekonomi Islam. 1998. Abd Al-Rahman Zaki Ibrahim. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3) Pemikiran dan Tamadun Islam. 2015. Mohd Zainodin Bin Mustaffa, Md Saufi
Bin Abdul Hamid, Mohd Ali Bin Muhammad Don, Emi Sylviana Bt Mohd Zahid.
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara, Johor.
4) Perniagaan Menurut Islam. 1994. Mustaffa Haji Daud. Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
5) Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
6) Ekonomi Islam : Teori dan Praktis (Asas-Asas Ekonomi) Jilid Pertama
(Bahagian 1 dan 2). 1992.A.S.Noordeen.

Internet

1) http://www.academia.edu
2) http://www.ikim.gov.my/index,php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-
memahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasa

You might also like