Akktiviti Ranang & Boling

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

KELAS PENDIDIKAN KHAS


PEMBELAJARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN UJONG PASIR
JALAN UJONG PASIR
75050 MELAKA

KERTAS KERJA
AKTIVITI BERENANG
DAN
BERMAIN BOLING
DI KOLAM MBMB, MELAKA DAN
MAHKOTA PARADE
TARIKH
22 FEBRUARI 2018

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM PPKI
DAN
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA DAN GURU
PENDIDIKAN KHAS
-1-
AKTIVITI BERENANG DAN BERMAIN BOLING

1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran merupakan suatu proses yang diperolehi secara sistematik bermula dari penerimaan
rangsangan melalui pelbagai deria, pembentukan konsep dalam minda dan diikuti dengan perubahan
tingkah laku. Hasil pembelajaran ialah pembentukan perubahan tingkah laku dari satu tahap yang
rendah kepada tahap yang lebih tinggi. Perubahan ini dihasilkan daripada pengalaman atau latihan
dan bukan oleh proses pertumbuhan. Perubahan boleh berlaku secara formal (dalam ‘setting’ bilik
darjah) dan secara tidak formal melalui pendedahan persekitaran atau melalui aktiviti-aktiviti yang
dilakukan di luar pendidikan formal. Kepelbagaian proses pembelajaran inilah yang mendorong
PPKI(P) Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir merancang AKTIVITI BERENANG DAN BOLING DI
KOLAM MBMB MELAKA DAN MAHKOTA PARADE. Konsep pendidikan yang menyeluruh kepada
semua golongan kanak-kanak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan titik tolak kepada
penglibatan anak-anak istimewa dalam semua bidang pembelajaran. Aktiviti Terapi Boling
merupakan salah satu pengisian kurikulum anak-anak istimewa bagi membolehkan mereka turut
menikmati alam kehidupan/sosialisasi sepertimana kanak-kanak normal yang lain.

Aktiviti berenang dan aktiviti bermain boling ini merupakan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran berbentuk pengalamian yang memberi peluang kepada individu untuk memahami
kebolehan diri semasa berenang dan bermain selain mencabar diri menguasai pelbagai kemahiran
terutamanya kemahiran untuk memberi tumpuan atau fokus terhadap sesuatu aktiviti di mana
kemahiran ini nyata banyak mendatangkan manfaatnya kepada anggota badan dan kehidupan
seharian murid-murid pendidikan khas. Impaknya, aktiviti ini juga adalah penyumban g kepada pembinaan
keyakinan diri murid-murid berkeperluan khas dan juga perkembangan psikomotor halus mereka berdasarkan
kemahiran-kemahiran yang dipelajari secara terancang melalui aktiviti yang dijalankan. Oleh hal demikian, aktiviti ini
dirancang khusus untuk anak-anak istimewa yang diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan
konsep kendiri yang lebih mantap selain untuk meningkatkan kebolehan dan kecekapan
berkomunikasi dan bersosialisasi dengan masyarakat atau komuniti. Hal ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, rohani,
intelek dan emosi.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan keyakinan diri anak-anak istimewa di samping memberi peluang kepada mereka untuk
menikmati kehidupan bersosialisasi bersama ahli masyarakat.

3.0 OBJEKTIF
1. Meningkatkan kemahiran berada di dalam air dalam kalangan murid pendidikan khas selaras
dengan kemahiran-kemahiran psikomotor kasar yang perlu dicapai dalam subjek
Penddidikan Jasmani.
2. Meningkatkan kemahiran mata moto-tangan semasa fokus kepada aktiviti renang selaras
dengan kemahiran-kemahiran psikomotor halus yang perlu dicapai dalam subjek Kemahiran
Manipulatif.
3. Berani dan berkeyakinan melakukan aktiviti berenang dengan menggerakkan semua anggota
badan dan fokus kepada kaki dan kekuatan tangan.
4. Meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan masyarakat luar.
5. Menyedarkan murid-murid Pendidikan Khas akan potensi diri masing-masing.
6. Mendedahkan murid-murid Pendidikan Khas dengan situasi sebenar kehidupan dalam
sesebuah masyarakat.

-2-
4.0 SASARAN
Semua Murid Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir.

5.0 MODULAR AKTIVITI BERENANG DAN BERMAIN BOLING

MATA PELAJARAN/ STANADRD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


KOMPONEN

1.Bahasa Melayu 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
respond dalam pelbagai situasi respons terhadap ayat perintah
1.1.2 Melafazkan ayat perintah
dalam pelbagai situasi

2. Pendidikan Jasmani 5.1 Mematuhi dan mengamalkan 5.1.1 Mengamalkan kaedah


pengurusan dan keselamatan persediaan diri sebelum semasa
dan selepas melakukan aktiviti
5.1.2 Memilih peralatan yang
selamat digunakan
5.1.3 Menyimpan peralatan di
tempat yang selamat selepas
melakukan aktivit

5.4 Membentuk kumpulan dan 5.4.1 Berkebolehan mmebentuk


saling berkerjasama dalam kumpulan secara bebas
kumpulan 5.4.3 Berkerjasama dalam
kumpulan
5.4.4. Memperlihatkan rasa
seronok melakukan aktiviti dalam
kumpulan

1.5 Akuati Asas Renang 1.5.1 Melakukan teknik apungan


Melakukan kemahiran asas dan meniarap
renang 1.5.2 Melakukan teknik meluncur
di permukaan air dengan bantuan
1.5.3 Melakukan teknik tendangan
keribas pada permukaan air
secara duduk diatas tebing kolam
1.5.4 Melakukan teknik kribas
secara meniarap dengan separuh
badan di atas tebinng kolam.
1.5.5 Melakukan teknik tendangan
keribas dengan alatan
/bantuan/sokongan secara bebas
di dalam kolam

3.Pengurusan Diri 1.1 Kenali rakan 1.1.2 Mengenalpasti panggilan


yang sesuai semasa
berkomunikasi dengan rakan

1.5 Cara berpakaian di sekolah 1.5.1 Menegnal jeni pakaian


seragam sekolah
-pakaian sukan

-3-
MATA PELAJARAN/ STANADRD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
KOMPONEN
4.Kemahiran Manipulatif 1.1 Pergerakan asas bahagian 1.1.1 Murid boleh melakukan
tanagan dengan alatan mengikut pergerakan menggunakan objek
arah, aras dan jarak dengan cara melontar

3.3 Pengamatan sensori deria 3.3.1 Mengenalpasti permukaan


sentuh dengan deria sentuh:
-sejuk

5. Pendidikan Moral 5.1 Beradab sopan dalam


komunikasi 5.1.4 Menunjuk cara adab sopan
dalam berkomunikasi

1.5.1 Menyebut nombor di


6.Matematik 1.5 Nombor dalam kehidupan persekitaran
harian 1.5.2 Membilang objek di
persekitaran
1.5.3 Mengaplikasikan nombor
dalam kehidupan seharian.

6.0 BUTIRAN AKTIVITI


Jangka masa Aktiviti : 1 hari
Tarikh : 22 Februari 2018
Hari : Khamis
Bilangan Murid : 25 orang
Bilangan guru dan PPM : 15 orang
Bilangan Ahli Keluarga : 02 orang
Jumlah : 42 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Janna bt. Daud


(Guru Besar)

Penolong Pengerusi : Puan Hajah Siti Hamidah bt. Selamat


(GPK Pendidikan Khas)

Ketua Program : Encik Ahmad Yunus bin Muhamad Selim


Penyelaras PPKI(P)

Pen. Ketua Program : Puan Saniah binti Abdul Rahim


Penolong Penyelaras PPKI(P)

Setiausaha : Puan Amirah Bte Abd Rahman


(Guru Unit Kokurikulum PPKI(P)

Pen. Setiausaha : Encik Mahathir bin Muhammad

Bendahari : Puan Nurul Huda binti Saat

AJK Keselamatan & : Puan Saniah binti Abdul Rahim


Disiplin Murid Ustaz Abdul Malik bin Sapiai
Puan Siti Juwairiah bt Ismail
Cik Nurnatijah Zairiahmah bt. Zainur Rashid

-4-
Puan Haziemah binti Yaakup
Puan Siti Farhana bt. Muhamad Najip

Dokumentasi : Puan Siti Solleha bt. Hussin

AJK Pengangkutan : Encik Rahimin bin Ibrahim

AJK Makanan : Puan Siti Zairin bt. Ismail


Puan Norhaniza bt. Kamarudin

AJK Aktiviti : Encik Ahmad Yunus bin Muhamad Selim


Encik Mahathir bin Muhammad

8.0 TENTATIF PROGRAM

Lihat Borang BP57

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lihat Borang BP57, Lampiran 2

10.0 SENARAI NAMA GURU DAN MURID

Lihat Borang BP57, Lampiran 3

11.0 PENUTUP
Aktiviti berenang dan bermain boling Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran yang dirancang ini
diharap menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan dan pembentukan sahsiah anak-anak
istimewa yang gemilang sebagai generasi pewaris negara pada masa hadapan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

………………………………… ……………………………………. ………………………


(SETIAUSAHA PROGRAM) (GPK PENDIDIKAN KHAS) (GURU BESAR)

-5-

You might also like