Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGA 1013

ASAS PENTADBIRAN AWAM

“PIHAK BERKUASA TEMPATAN’’

DISEDIAKAN UNTUK

DR. RAHIDA AINI MOHD ISMAIL

DISEDIAKAN OLEH:

1. 283779 Mohamad Hanif Bin Azmi

2. 283785 Mohamad Zulhamizan Bin Mohd Ghazali

3. 283864 Norhaslinda Binti Tajor Saaran

4. 284034 Mohammad Syahrul Irwan Bin Md Zain

5. 284047 Mohd Nazri Bin Ishak

TARIKH SERAHAN:

16 OKTOBER 2021
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3-4

2. STRUKTUR KERAJAAN TEMPATAN 4-5

3. KATEGORI KERAJAAN TEMPATAN 5-8

4. JENIS KERAJAAN TEMPATAN 8

5. BIDANG KUASA KERAJAAN TEMPATAN 9-11

6. SUMBER KEWANGAN KERAJAAN TEMPATAN 11-12

7. PERTIMBANGAN 12

8. KESIMPULAN 12-13

9. RUJUKAN 14

2|Page
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
PENGENALAN

Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah mengalami


perubahan baik dari segi sosial ekonomi mahupun pembangunan. Pembangunan ini
selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengubah kehidupan rakyat Malaysia kearah
yang lebih baik dengan pendapatan tinggi dan setaraf dengan rakyat di negara maju.
Hal ini dapat dilihat semasa awal kemerdekaan, pemimpin-pemimpin ketika itu telah
mengeluarkan dasar-dasar yang berbentuk menaik taraf sosio budaya dan ekonomi
di Malaysia. Pelbagai rancangan yang telah dijalankan antaranya seperti Gerak Maju,
Gerakan Jaya Diri dan Gerakan Pembaharuan dan semua ini terkandung dalam Buku
Merah Negara (Haris & Siti Hajar, 2017).

Bagi melancarkan pengursan masyarakat dan pembangunan di Malaysia,


kerajaan telah menubuhkan kerajaan tempatan yang berfungsi menjadi badan
bertindak bagi pihak kerajaan. Kerajaan pada awalnya telah bermula pada era
sebelum kemerdekaan lagi yang ketika itu mempunyai kecirian barat yang ketara.
Namun ianya berubah dan mengikut sosial budaya di Tanah Malayu. Di awal 70an,
terdapat banyak majlis tempatan yang wujud di Malaysia dan ini telah merumitkan
kerajaan ketika itu kerana setiap majlis tersebut mempunyai undang-undang yang
tersendri. Bagi menyelaras kerajaan tempatan, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja
telah ditubuhkan bagi mengkaji majlis-majlis yang terdapat di Malaysia.

Suruhanjaya itu telah di anggotai oleh Senator Athi Nahappan bersama, D. S.


Ramanathan, Awang Hassan, Chan Keong Hon, Tan Peng Khoon dan Haji Ismail
Panjang Aris. Penemuan yang telah diperolehi oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja itu
telah dijadikan asas kepada pembentukan Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan
Sementara) 1973. Akta ini telah memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan bagi
membolehkan kerajaan persekutuan membuat kajian lanjut mengenai undang-
undang kerajaan tempatan yang sedia ada. Lanjutan itu, maka wujudnya 3 akta yang
berada di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan
1974 (Akta 133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Bandar dan Desa
1976 (Akta 172).

Dengan wujudnya akta-akta ini segala urusan pentadbiran dapat diselaraskan


bagi seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu, kerajaan pusat dapat
menggunakan kuasa yang telah diperuntukan di dalam akta tersebut dalam

3|Page
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
mewujudkan seseuatu peraturan tertentu mengikut kepada kesesuaian masyarakat
setempat. Oleh itu, bagi mengupas lebih lanjut mengenai kerajaan tempatan,
kumpulan 2 cuba menekankan beberapa perkara mengenai kerajaan tempatan.
Antara perkara-perkara yang akan dikupaskan adalah:

A. Struktur Kerajaan Tempatan


B. Kategori Kerajaan Tempatan
C. Jenis-Jenis Kerajaan Tempatan
D. Bidang Kuasa Kerajaan Tempatan
E. Sumber Kewangan Kerajaan Tempatan
F. Pertimbangan

A. STRUKTUR KERAJAAN TEMPATAN

Bagi melancarkan urusan sesuatu pentadbiran, pengagihan kerja perlu


dilaksanakan supaya setiap inci masalah yang timbul dapat diselasaikan dengan licin
dan berkesan. Pengangihan kerja ini perlu dibuat dari semua peringkat iaitu dari
pengurusan sehinggalah ke peringkat bawahan. Kewujudan struktur organisasi
adalah penting tidak kiralah dari perniagaan kecil sehinggalah ke perniagaan besar,
dari sebuah kerajaan tempatan sehinggalah kerajaan pusat. Menurut Adam Smith,
dengan pembahagian kerja boleh menjadikan seseorang manusia itu menjadi lebih
produktif dan lebih cepat unggul. Turut mengeluarkan teori sarjana dari Perancis
Emile Durkheim menyatakan pembahagian kerja dapat bersaing dengan masyarakat
yang lebih besar. Hal ini menunjukan kepentingan membentuk struktur organisasi
dalam sesuatu pentadbiran tanpa mengira sektor perniagaan mahupun sektor
kerajaan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat bertoleransi dalam menjaga


hubungan antara kerajaan dan masyarkat, kerajaan dan pegawai awam serta
kerajaan dengan negara luar. Hal ini dilihat apabila kerajaan Malaysia yang ketika itu
dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia dalam
menjadi orang tengah bagi proses rundingan damaia antara kerajaan Thailand dan
pemimpin rakyat di selatan Thailand (MStar, 2013). Oleh itu tidak hairanlah struktur
pentadbiran dari kerajaan pusat sehinggalah ke tempatan di Malaysia merupakan

4|Page
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
struktur pentadbiran yang rapat dengan masyarakat. Dalam ucapan Aldefor (1964)
menyatakan “a political subdivision of a nation or a state (i1 federal system) which is
constituted by law and has substantial control of Ia affairs, including the power to
impose taxes or exact labour for prescribed purpos The governing body of such an
entity is elected or other wise locally selected”.

Keunikan kerajaan tempatan di Malaysia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu


kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan
merupakan kerajaan yang berada dikedudukan terbawah namun iainya merupakan
kerajaan yang terpenting kerana kerajaan tempatan paling rapat dan dekat dengan
masyarakat. Oleh itu, suatu kuasa telah diberikan kepada kerajaan tempatan dibawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menjadi garis sempadan diantara kerajaan
tempatan dan kerajaan negeri.

Dibawah Akta ini, kerajaan tempatan diberi kuasa untuk merancang, menyelaras, dan
mengawal penggunaan serta aktiviti memajukan tanah dan bangunan dalam kawasan
pihak berkuasa tempatan. Kesemua kerajaan tempatan yang berada diluar dari
wilayah persekutuan akan berada di bawah kerajaan negeri dan setiap peraturan-
peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan boleh ditolak oleh kerajaan
negeri.

B. KATEGORI KERAJAAN TEMPATAN

1. Majlis / Dewan Bandaraya

i. Kawasan pentadbiran wajib mencakupi pusat pentadbiran sesebuah


negeri.

ii. Populasi penghuni sekurang-kurangnya 500,000 individu.

iii. Memiliki hasil dari sumber kewangan yang mantap dengan


pendapatan tahunan melebihi RM 100 juta dan mampu mengimbang
perbelanjaan.

5|Page
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
iv. Berkebolehan sediakan pelbagai perkhidmatan pada peringkat yang
tinggi merangkumi kegiatan pungutan pendapatan, pengesahan
kemajuan pembangunan, penguatkuasaan dan fungsi-fungsi PBT yang
lain serta memiliki hierarki mapan serta pekerja yang mahir dalam
melaksanakan tanggungjawab dengan kompeten dan
memberangsangkan.

v. Perkembangan bandar yang mementingkan terhadap pembangunan


teguh dan fokus diberikan kepada usaha untuk mengatasi hal-hal
perbandaran seperti kilang pemprosesan yang tidak sah, keselamatan,
setinggan, perumahan untuk kumpulan gaji rendah dan perlindungan
ekologi. Ini termasuklah penanda bandar mantap sebagaimana
dititikberatkan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator
Network (MURNInet).

vi. Membentuk imej atau ciri-ciri bandar yang sesuai dengan fungsinya
dan adat masyarakat yang mengidentifikasikan warisan dan sejarah.
Memelihara kawasan serta struktur yang memiliki nilai sejarah, sosial
dan keunikan senibina.

vii. Memiliki kemudahan lain seperti pusat perindustrian, pertubuhan


kewangan dan kemudahan melaksanakan urusan perdagangan untuk
menggalakkan kemasukan pelabur. Ini merangkumi kemudahan-
kemudahan penginapan untuk merangsangkan aktiviti pelancongan
dan urusan perdagangan. Memberi fokus terhadap kemajuan bidang
perkhidmatan dan perkembangan kegiatan ekonomi bandar yang
berkualiti tinggi serta berorientasikan pengetahuan.

viii. Memiliki tumpuan asas pengajaran yang sempurna dengan sekolah,


kolej, universiti, muzium dan perpustakaan awam.

ix. Komuniti untuk latihan sosial, akitiviti-aktiviti sukan dan rekreasi serta
pertunjukan di peringkat nasional mahupun global.

x. Memiliki fasiliti infrastruktur yang memuaskan, kemudahan awam yang


memuaskan termasuk taman rekreasi yang mesra pengguna terutama

6|Page
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan merangkumi fasiliti kenderaan
awam, sistem penyelenggaraan lalu lintas serta hubungan jalan raya
yang kompeten dan pengurusan ICT.

xi. Memperoleh penghargaan khusus di peringkat kebangsaan ataupun


global dalam sektor tertentu seiring sebagai status sebuah bandaraya.

2. Majlis Perbandaran

i. Adalah pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah atau wilayah.

ii. Kapasiti sekurang-kurangnya 150,000 penduduk

iii. Memiliki hasil dari sumber pendapatan yang mantap dengan


pendapatan tahunan melebihi RM20 juta dan berkemampuan sediakan
kemudahan-kemudahan pada peringkat yang sepatutnya serta sesuai
dengan fasa taraf kehidupan sesebuah bandar.

iv. Memiliki aktiviti perindustrian, perdagangan, industri pelancongan dan


sedia ada penginapan istimewa atau dalam perancanaan yang dikenal
pasti berkemampuan untuk menambah kenaikan harta benda yang
boleh dikenakan bayaran dan penghasilan peluang kerjaya dalam
pelbagai bidang.

v. Berkebolehan untuk memberi peluang dan kebebasan kepada para


peniaga sekali gus memperkasakan perkembangan kegiatan
pelaburan, komersial dan perdagangan.

vi. Memiliki fasiliti infrastruktur yang lengkap dan dikaitkan dengan sistem
lebuhraya yang berkesan. Memiliki idea untuk mengatur kepada
sebuah bandar yang mantap (sustainable) berkebolehan memberikan
persekitaran yang aman dan tenang untuk diduduki. Penanda bandar
mantap sebagaimana yang dititikberatkan dalam Sistem Malaysia
Urban Indicator Network (MURNInet) juga akan dipertimbangkan.

vii. Memiliki rancangan yang dapat merangsang masyarakat sekitar untuk


membina jaringan masyarakat melalui pentadbiran bandar yang

7|Page
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
berkesan sebagaimana perwujudan Program Local Agenda 21 (LA 21)
atau penyertaan jawatankuasa penduduk.

3. Majlis Daerah
i. Wilayah selain daripada kawasan bandar utama.
ii. Kapasiti tidak melebihi 150,000 penduduk
iii. Pendapatan tahunan tidak melebihi RM20 juta
iv. Kepentingan penduduk lebih fokus terhadap fasiliti infrastruktur dan
kemudahan awam yang berbeza dengan pelbagai perkhidmatan
perbandaran.

C. JENIS-JENIS KERAJAAN TEMPATAN

Sebelum kerja penyusunan semula penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan


1976, telah wujud 6 jenis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berjumlah 418 buah.
Antara jenis-jenis itu ialah:

a. Dewan Bandaraya
b. Majlis Perbandaran
c. Majlis Bandaran
d. Lembaga Bandaran
e. Majlis Daerah Luar Bandar
f. Majlis Tempatan

Menurut Akta 171, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan
iaitu untuk kawasan bandar (majlis perbandaran) dan desa (majlis daerah). Akta 171
hanya membenarkan pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bandar raya. Yang di-
Pertuan Agong telah menganugerahkan status ini dengan mendapat perkenan Majlis
Raja-Raja. Terdapat empat jenis kerajaan tempatan di negara ini yang disusun
mengikut hierarki seperti berikut:

 Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya


 Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran
 Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah
 Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan.

8|Page
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
D. BIDANG KUASA KERAJAAN TEMPATAN

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dilaksanakan berdasarkan prinsip ultra-


vires (b. Latin untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b.
Inggeris: general competence). Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 PBT telah
diberikan kuasa yang luas. Peranan dan fungsi yang diamanatkan kepadanya bukan
sahaja meliputi tugas-tugas hakikinya sebaliknya boleh menjalankan tugas mengikut
budi bicara mereka sendiri. Antara tugas-tugas hakikinya termasuk pengumpulan
sampah penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan
kesihatan awam. Manakala bagi fungsi budi bicara termasuklah peranan
pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman
rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171,
PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut:

 Kuasa perancang tempatan


 Kuasa mengeluarkan lesen
 Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
 Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai
dsb.)
 Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan
bandar
 Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan
awam bandaran)
 Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam
 Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam
sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.

Alam Sekitar

Penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran merupakan tugas PBT


mengikut kawasan masing-masing. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang
dimaksudkan adalah seperti pembersihan, pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa
pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna selain program-program
mengindahkan kawasan.

9|Page
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
Orang awam

Perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan, perkhidmatan veterinar,


pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat
adalah di bawah bidang kuasa PBT. Selain itu, tanggungjawab menguruskan sistem
kebersihan dan sisa pejal, membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, serta
menyenggara keseluruhan persekitaran di kawasan yang berada dia bawah
pentadbiran mereka. PBT juga dipertanggungjawabkan berkaitan dengan lesen gerai-
gerai jualan, peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha perniagaan yang boleh
menyebabkan berlakunya ganggu ketenteraman awam kawasan sekitar.

Sosial

Terdapat beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun PBT
turut menyediakan kemudahan-kemudahan sosial seperti pusat penjagaan kanak-
kanak, klinik-klinik di bawah program kesihatan mereka, ambulans dan juga
kenderaan jenazah. Selain itu pihak PBT juga turut menyelenggara air-air pancut di
kawasan perbandaran, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan
kemudahan-kemudahan yang lain. PBT juga turut menyediakan tenaga buruh secara
manual serta membantu kerajaan negeri atau pejabat-pejabat daerah dalam
penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ad hoc di peringkat daerah dan
negeri.

Pembangunan

Dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, PBT memainkan peranan penting yang


dianggap sebagai alat penting kepada pembangunan sesuatu kawasan.
Walaubagaimanapun masalah kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal
merupakan faktor utama penghalang mereka dalam melaksanakan fungsi yang
mereka boleh sediakan. Pembangunan yang rancak dan tekanan dalam memenuhi
pelbagai keperluan penduduk setempat dan sektor pernigaan merupakan masalah
yang sering dihadapi dalam kawasan majlis daerah. Hal ini menyebabkan tugas dan
tanggungjawab PBT semakin meluas setiap hari. Manakala bagi sektor perindustrian,
perdagangan, perniagaan dan pembangunan perkhidmatan moden yang kini
berkembang luas dan mendapat permintaan yang tinggi di ruang-ruang bandar. Hal
ini memerlukan PBT di Malaysia menjalankan pelbagai jenis peranan yang meliputi:
10 | P a g e
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021

 Fungsi menyampaikan kemudahan dengan cekap dan menjana peluang


pekerjaan
 Peranan menyenggara yang biasa seperti tempat-tempat awam, parit dan
pembentung, pasar dan tempat membakar mayat, jalan-jalan dan
pencahayaannya, lanskap dan penyenggaraan taman-taman, kesiahatan
awam dan juga kebersihan
 Tugas merancang, mengawal dan mengurus pembangunan (mengawal selia
bangunan, merancang guna tanah, pembangunan dan pembentukan kawasan
perindustrian, dsb.)
 Mempromosi pelancongan serta program mengindah dan memperbaharui
kawasan bandar
 Pembangunan prasarana dan kemudahan sokongan yang akan membantu
pembangunan perusahaan dan lain-lain inisiatif pembangunan ekonomi
setempat

E. SUMBER KEWANGAN KERAJAAN TEMPATAN

1. Peruntukan daripada Kerajaan Tempatan / Kerajaan Negeri

 Bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan menyusun semula


pentadbiran serta mendapatkan alat dan jentera agar dapat menjalakan
kerja dan perkhidmatan yang berkesan kepada penduduk setempat.

2. Kriteria yang diambil kira oleh Kerajaan Tempatan dalam memberi kewangan
kepada Pihak Berkuasa Tempatan Adalah :-

 Jumlah penduduk

 Keluasan

 Hasil kutipan

3. Sumber kewangan terpenting juga adalah cukai taksiran.

4. Sumber lain adalah :-

5. Bayaran lesen ke atas perniagaan dan perdagagan seperti :-

11 | P a g e
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021

 Lesen penjaja

 Lesen pusat hiburan

 Lesen anjing

 Sewaan tempat berniaga

 Sewaan ruang gerai di pasar awam

 Bayaran perkhidmatan awam

 Denda

F. PERTIMBANGAN

Pertimbangan khas boleh diberi untuk sesuatu faedah, contohnya untuk


menggalakkan industri pelancongan dan pelaburan. Permohonan haruslah
mendapatkan pengesahan daripada agensi berkenaan.

Walau bagaimanapun, jika sesebuah PBT itu tidak berhasil merekodkan nilai
pendapatan tahunan minimum yang ditentukan, pertimbangan dapat diberikan jika
PBT tersebut memilki kebolehan dan keupayaan untuk membuat tambahan
pembayaran dari lain-lain sumber yang dijamin sehingga mampu mencapai nilai
minima seperti mana ditentukan untuk dikemaskini sebagai Majlis Bandaraya atau
Majlis Perbandaran. Bagi ibu negeri yang tidak memperoleh status bandaraya, maka
wajarlah diberikan pertimbangan khas dan sekiranya perlu, kerajaan negeri boleh
membantu terutama dari sudut pendapatan

KESIMPULAN

Pihak Bekuasa Tempatan adalah organisasi yang bertanggungjawab mengurus dan


mentadbir sesuatu kawasan yang terlibat berasaskan kepentingan
tempatan.Penubuhan Pihak Berkuasa Tempatan adalah untuk mewujudkann
kesedaran dalam menambahbaikkan , mengatur , mentadbir perkhidmatan kerajaan
negeri .Selain itu , ianya untuk mewujudkan pentadbiran awam yang cekap dan
tindakan yang lebih efisen. Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah
menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan peranan yang sangat penting

12 | P a g e
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021
selaku Pihak Berkuasa Tempatan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat
setempat dan dalam masa yang sama untuk pembangunan negara Malaysia.
Walaupun diberi kuasa oleh kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan masih
menjalankan tugas berdasarkan peraturan kursus mengikut perundangan kerajaan
yang telah ditetapkan. Norma baru menjanjikan pelbagai cabaran serta isu dan
masalah kepada pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan
akan berterusan menghadapi kehendak dan aspektasi yang tinggi dan pelbagai dari
pelanggan serta kerajaan, perkara ini memerlukan mereka berfungsi dan bersedia
untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik.Namun kejayaan ini juga bergantung
atas pemantapan struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia yang cekap di
Pihak Berkuasa Tempatan. Seterusnya, amatlah berharap agar Pihak Berkuasa
Tempatan dapat terus melakar kecemerlangan dan meningkatkan produktiviti dalam
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

13 | P a g e
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
2021

RUJUKAN

Apa itu Bahagian Tenaga Kerja?. (2019, 25 November). Greelane Online. Capaian
pada 13 Oktober 2021 pada pautan https://www.greelane.com/ms/sains-
teknikal-matematik/sains-sosial/division-of-labor-definition-3026259/

Arbaeyah Sahrom. (1995, Mac). Kewangan Kerajaan Tempatan: Kajian Kewangan


Dan Kesannya Terhadap Penyediaan Rancangan Struktur di Malaysia. Projek
Ilmiah Sarjana Sains Perancangan yang diterbitkan Universiti Sains Malaysia.
Capaian pada 14 Oktober 2021, pada pautan
http://eprints.usm.my/35345/1/ARBAEYAH_BT_SAHROM_%28KHK%29_%2
8NN24%29.pdf

Haris Abd. Wahab & Siti Hajar Abu Bakar Ah (2017). Perkembengan Pendekatan
Pembangunan Komuniti Luar Bandar Di Malaysia. Jurnal Sejarah, 58

Ensiklopedia, (t.t), Sejarah perkembangan Kerajaan tempatan di Malaysia. Capaian


pada 15 Oktober 2021, pada pautan
https://malay.wiki/content/Kerajaan%20tempatan%20di%20Malaysia/Sejarah
%20perkembangan.html

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (10 Disember, 2018). Konvensyen


Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan. Capaian pada 15 Oktober, pada
pautan
https://jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pusat%20Sumber/ucapan/ucapan_
Menteri _KonvensyenPBT_10122018.pdf

Jabatan Perkhidmatan Awam. (t.t). Perkara 95A. Majlis Negara bagi Kerajaan
Tempatan. Perlembagaan Persekutuan. Capaian pada 12 Oktober 2021, pada
pautan http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara95a-
Ma.Html

14 | P a g e

You might also like