Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Tips Menjaga

Hafalan Al-
Quran
"Mengurus kejayaan jauh lebih sukar daripada mendapatkannya."

Inilah tahap yang sedang dilalui sekarang iaitu bagaimanakah


cara mengekalkan kejayaan menghafal 30 juz supaya ia tetap
diingati hinga akhir hayat.

Adalah diperingatkan akan hadith daripada Abdullah R.A:

‫ِبْئ َس َم ا َألَحِدِه ْم َيُق وُل َنِس يُت آَيَة َكْي َت َو َكْي َت َبْل ُه َو ُنِّس َي اْس َت ْذ ِك ُر وا اْلُق ْر آَن‬
‫َف َلُه َو َأَش ُّد َتَف ِّص ًي ا ِم ْن ُص ُدوِر الِّر َجاِل ِم َن الَّن َع ِم ِبُع ُق ِلَه ا‬

Maksudnya: Celakalah bagi sesiapa yang berkata “aku lupa


ayat al-Qur’an sekian-sekian”, bahkan hendaklah dia berkata
“aku telah dilupakan darinya”. Sentiasalah membaca dan
mengingati al-Qur’an, kerana ia lebih mudah terlepas daripada
dada dan ingatan manusia daripada unta terlepas daripada
talinya.
Sahih Bukhari (5032) dan Sahih Muslim (790)

Menjaga Kesihatan
1.Minum banyak air. Apabila air kurang di dalam badan, ia
akan memberi kesan kepada ingatan.

2.Mengambil makanan yang berzat dan berkhasiat.


3.Amalkan makan buah kurma dan kismis kerana ia begitu baik


untuk ingatan.

4.Tidur secukupnya bagi menjamin kesihatan badan yang


berkualiti.

Murojaah (pengulangan)
Ambil mushaf dan buka muka surat yang sudah dihafal, baca
muka surat tersebut sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf.

Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan di baris


berkenaan. InsyaAllah akan melekat apa yang dihafal di dalam
minda. Kerana apabila membacanya sebanyak 20 kali dengan
melihat mushaf, mata akan merakam muka surat tersebut dalam
bentuk gambaran ke dalam minda.

Membaca sejarah penghafal Al-Quran


Kita dapat mengambil pengajaran dari pengalaman mereka
serta dapat memperbaharui semangat dalam menjaga
hafalan.

Menulis
Sentiasa menulis semula ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafaz.
Kaedah ini sangat membantu dalam proses untuk mengingati
dan murojaah Al-Quran.

Tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang anda mahu


ingat. Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda
hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu
masa.

“Ya Allah! Tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan hinakan kami.
Berilah buat kami, jangan dicegahnya. Pilihlah kami, jangan Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah
pula semua usaha kami."

You might also like