Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Program Jom Ke Sekolah 2022
Kertas Kerja Program Jom Ke Sekolah 2022
KERTAS KERJA
MAJLIS PELANCARAN:
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
SESI 2022/2023
TARIKH:
31 MAC 2022
HARI:
KHAMIS
MASA:
7.30 PAGI
TEMPAT:
TAPAK PERHIMPUNAN
ANJURAN BERSAMA:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING &
UNIT DISIPLIN
PENGENALAN
Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Polid Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah
laku murid. Penglibatan pihak polis dalam Kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan
Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
RASIONAL
Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM
membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan
mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat
memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep
sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH
pada awal tahun persekolahan ini diharapkan akan dapat menjadi medan ke arah membentuk
sahsiah diri murid yang lebih positif.
OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak
sekolah dan pihak PPS.
3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam
kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak
bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
ANJURAN
4.1 Program Jom Ke Sekolah merupakan program kerjasama di antara KPM (Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti) Bukit Aman.
4.2 Peringkat sekolah dianjurkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Murid iaitu Unit
Bimbingan Kaunseling dan Unit Disiplin.
SASARAN
1. Semua murid Sekolah Kebangsaan Jeram daripada Pra Sekolah, PPKI, Tahun 1 hinggalah
Tahun 6.
2. Jumlah murid 292.
ANGGARAN PERBELANJAAN
PENGERUSI
GURU BESAR
TIMBALAN PENGERUSI
GPK HEM
NAIB PENGERUSI 1
GPK PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 2
GPK KOKURIKULUM
PENYELARAS PROGRAM
PENGACARA GIMIK
FOTOGRAFI
KAWALAN MURID
BANTING
Besar SK Jeram
………………………………… …………………………………………….
SK JERAM
2022 Tarikh: