Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION,

BAGAN DALAM,12100 BUTTERWORTH

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL KALI KEDUA (TAHUN 2021)

Tarikh : 12 Julai 2021

Hari : Isnin

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Google Meet

Kehadiran

1.En Muhamad Faizelie bin Yahya (PK Kurikulum)


2.Pn.Jaya Pritha a/p Rajagopal (Pengerusi)
3.Pn.Haslinah bt Ambo (Ketua panitia Pendidikan Moral)
4.En.Mohd Syaharil bin Mohd Sukor (Ketua panitia Bahasa Arab)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pn Jaya Pritha selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran En Muhamad Faizelie
selaku Penolong Kanan Kurikulum dan ajk panitia yang lain
Panitia Bahasa Tamil untuk mesyuarat kali ketiga 2020
1.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan
yang diberi oleh semua ajk Panitia yang lain dan berharap ia kekal sepanjang
tahun 2021 untuk mencapai kecemerlangan yang ditetapkan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Disahkan oleh : En Mohd Syaharil bin Mohd Sukor dengan diterima sebulat suara.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Merujuk perkara 4.9.2 Pertandingan menulis dan Program sambutan Ponggal tidak
dapat dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan disebabkan pandemik Covid-19.

3.2 Merujuk perkara 4.2.1 Semua perancangan tahunan,pelan taktikal,pelan operasi


panitia Bahasa Tamil telah dihantar kepada barisan pentadbir untuk semakan.
4.0 AGENDA PROFESIONAL

4.1 Pengurusan Kurikulum

4.1.1 Pengerusi telah menyampaikan makluman guru besar tentang isu-isu yang telah
dikemukakan oleh Timbalan Perancangan Akademik (JPN) kepada semua ajk
panitia yang lain

4.1.2 Antara isu utama yang ditekankan oleh beliau ialah peranan ketua panitia dalam
mengendalikan pengoperasian pelaksanaan perancangan panitia dalam era
pandemik covid-19,PdPr Guru,Pembangunan guru dan sebagainya.

4.1.3 En Muhammad Faizelie selaku Penonon Kanan Kurikulum meminta semua guru
mengemaskini profil e-operasi dan membuat pengesahan sebelum 12 Julai.Jika
terdapat makluman yang perlu dikemaskini,diminta semua guru memberitahu
kepada beliau secepat mungkin.

4.1.4 Beliau juga menerangkan cara pengisian e-prema untuk hari cuti dan hari
persekolahan walaupun semua guru menjalankan tugasan dari rumah.Beliau
menyarankan semua guru isi e-prema mengikut jadual sekolah untuk sementara
waktu sehingga ada perubahan pada masa akan datang

4.1.5 Pn Annisliza memaklumkan pemansuhan UPSR dan meminta semua guru menilai
murid mengikut kriteria yang ditetapkan di dalam Pentaksiran Bilik Darjah.

4.2 Pengurusan Panitia

4.2.1 Pengerusi telah menjelaskan status pelaksanaan program panitia kepada semua
ajk yang hadir.Pertandingan secara bersemuka tidak dapat dijalankan disebabkan
pandemik covid-19.Maka ketua panitia merancang untuk membuat
pengubahsuaian terhadap program yang dirancang.Perancangan ini akan
diterangkan pada masa mesyuarat yang akan datang

Tindakan: Ketua Panitia Bahasa Tamil

4.2.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa peruntukan PCG tidak digunakan dan akan
digunakan pada masa akan datang mengikut perancangan baru yang akan dibuat

4.2.3 Ketua panitia memaklumkan bahawa pihak JPN akan menganjurkan pertandingan
bercerita untuk tahap kedua pada bulan Ogos.Pertandingan akan dijalankan
mengikut daerah terlebih dahulu sebelum memilih calon untuk mewakili peringkat
Kebangsaan.

4.2.4 Ketua panitia telah memaklumkan bahawa murid bernama Suthersheen yang
belajar tahun 6 produktif telah dipilih sebagai peserta pertandingan
bercerita.Murid tersebut dipilih berdasarkan kecemerlangan dalam kefasihan
penggunaan Bahasa Tamil.Murid tersebut sedang dilatih untuk pertandingan
bercerita yang dijalankan secara dalam talian.

Tindakan:Guru Subjek Bahasa Tamil

4.2.5 Ketua panitia akan mengambil perhatian terhadap segala makluman yang diberi
oleh pihak pentadbir untuk meningkatkan pelaksanaan pengoperasian panitia
4.3 Pengurusan PDPR Bahasa Tamil

4.3.1 En Faizelie diminta semua ajk panitia elektif menjalankan pdp secara kreatif dan
Inisiatif dan peka terhadap keciciran murid sewaktu pdpr

4.3.2 Ketua Panitia menyatakan senarai nama murid yang tidak terlibat langsung
sepanjang waktu pdpr dan telah mengambil tindakan dengan menghubungi waris
murid tersebut. Antara murid yang tidak terlibat dalam pdpr ialah seperti berikut:
Bil Nama Murid Kelas
1 Jashen Raj 1 positif
2 Yaveen 2 Kreatif
3 Puvanthan 3 Inisiatif
4 Rishendran 5 Proaktif

4.3.3 Ketua panitia telah berkongsi idea aplikasi pdpr yang boleh digunakan untuk
menarik murid dan meningkatkan kualiti pengajaran

4.3.4 Ketua Panitia Bahasa Tamil juga berkongsi kekangan talian internet yang dihadapi
oleh murid dan masalah tersebut diatasi dengan cara alternatif iaitu murid boleh
menggunakan modul yang diberi sebagai tugasan untuk hari tersebut.

4.3.5 Ketua panitia juga akan mengisi segala laporan pdpr dalam sistem Spdpr dan
e-prema setelah tamat pengajaran

4.5 Pengurusan PBS dan PBD

4.5.1 En Faizelie selaku Penolong Kanan Pentadbiran meminta guru subjek peka
terhadap pelaksanaan PBD. Semua bukti lembaran kerja
harus disimpan dalam fail guru.

4.5.2 Guru subjek Bahasa Tamil menyemak setiap tugasan yang telah dihantar
secara talian

4.5.3 Guru perlu memastikan setiap murid menguasai elemen-elemen yang diterapkan
dalam pentaksiran PBD subjek masing-masing.

Tindakan:Guru Bahasa Tamil

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 En Faizelie diminta semua guru meningkatkan kemahiran mengajar secara talian
supaya kecemerlangan murid terjamin

5.2 Beliau juga meminta ketua panitia memaklumkan kepada barisan pentadbir jika
terdapat murid yang terkena jangkitan covid-19

Tindakan:Ketua Panitia Bahasa Tamil


6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang hadir dan diharap
segala perkara yang perlu diambil tindakan akan bertindak segera untuk
meningkatkan kecekapan kerja panitia dan kecemerlangan murid dalam bidang
akademik.

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang.

Disediakan oleh:

SU Panitia Bahasa Tamil (SK)


SK ASSUMPTION
BUTTERWORTH

TEMPOH PKP
PANDEMIK COVID -19
(9 NOVEMBER -18 DISEMBER 2020)

You might also like