Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 21
Pensejarahan Melayu — Johor', Sehingga Awal Abad Ke-20, Tinjauan Sepintas Lalu oleh Mardiana Nordin PENGENALAN: Kajian dari sudut historiografi menunjukkkan sebahagian besar manuskrip- ‘manuskrip Melayu boleh dianggap sebagai bukti tamadun yang mempunyai latar dan sejarah yang Iuas. Fenomena ini didokong oleh tradisi keintelektualan rmasyarakat Melayu yang telah bermula sejak berkurun amanya biarpun sebelum mereka mengenal bentuk tulisan apatah lag selepas penggunaannya. J.C. Bot- toms misalnya mengakui teks-teks Melayu ini mengandungi berbagai-bagai peristiwa seperti pemberontakan, peperangan, dasar-dasar Iuar Kerajaan, cara hidup masyarakat tempatan, perdagangan, pengembaraan dan juga perhubungan dengan negara-negara jiran. Namun, menurut beliau lagi, untuk memastikan intepretasi yang tepat berhubung fakta sejarah berkenaan, sejarawan perlulah mempuryai pengetahuan asas yang Iuas mengenai tempat dan zaman yang diperihalkan oleh teks berkenaan melalui sumber-sumber dan dokumen- dokumen lain? 14 JURNAL SEAR Justeru ituadalah jlas sini, manuskrip-manuskrip Melayu ini merupakay dokumensejarah yang tidak harus dipinggitkan, Masyarakat Melayu tradi ang Tnempunyai sudut pindangan mereka yang fersendini di dalam dunia sx politik mereka. Pastilah, manuskrip-manuskrip ini yang menjadi media uni melahirkan idea dan persepsi budaya mereka diwaktu itu Pada amnya minal masyarakat dunia terhadap manuskrip Melay ini tdsh tama lahir. Mereka mengumpul manuskrip ini dan menjadikannya sebagai kolekst ‘mereka, Misalnya Isaac de Saint Martin disebut memiliki 70 buah manuskrip Melayu sementara Francois Vanlentiin memiliki 25 buah, G.H. Werndly (1694- 1744) pula pernah menulis buku berjudul Maleische Sprakbkunst (1736) yang rmenyenaraikan 77 buah manuskrip Melayu. Thomas Stamford Raflles pula semast ‘mendiuduki Melaka dikatakan banyak sckali mengumpul dan mengupah orang- ‘orang tertentu untuk menyalin semula manuskrip-manuskrip ini selain dara ‘memperolehiaya melalui hadiah.* Selain itu, tinjauan mendapati perpustakaan-perpustakaan negara lain menyimpan banyak manuskrip-manuskrip Melayu ini malahan ada yang lebih banyak daripada negara ini sendiri Antara perpustakaan Barat yang memputyal koleksi manuskrip Melayu adalah seperti di Perpustakaan Leiden, Belands, Perpustakaan Muzium British, London, Perpustakaan $.0.A., London, Perpustakaan Royal Asiatic Society, London, Perpustakaan Cambridg® Perpustakaan Bodleian Oxford, Perpustakaan Nasional, Paris, Perpustaksat Nasional Vienna, Perpustakaan Nasional Br and, Hesrl Yes vussels dan Perpustakaan John Ryi PENSEJARAHAN MELAYU ~ JOHOR se + vena sacle Deed penser penisan sejarah tentang, atau menyert# : in di antara negeri-negeri Melayu di sebelah batt Johor Semenjak dari cjarahnya sedemikian lengkap dan banyak sere ddisenaraikan antar abad ke-17 hinggalah awal abad ke-20, jk bo! Tub a Nae tah seperti Sejara Melayu (Sulaatus Sai aja Meta that Sia Perngatan jaa Neer for, Sirah ay i h Menambun, ket aes Melayu dan Bugis, Hikayat Up¢ Pada Menyataan Kotucas gets Mthran Sativa Bugis dan Mola pol nan Raja Raja Temenggung di dalam NegeriN PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 75 a Hikayat Johor Serta Pahang, Hikayat Raja Johor, Hikayat Riau, Hikayal Negeri Jobor, Undang-Undang Lima Fasal dari Riau, Sejarab Raja-Raja Riau, Hikayat Johor dan Tawarikh Al-Marbum Sultan Abu Bakar, Hikayat Johor (Penggal 2) dan Tawarik YMM Ibrabim Sultan Jobor, Syair Perang Jobor dan Syair Engku Puteri. Manuskrip terawal’ yang menyentuh sejarah Johor adalah Sejarab Melayu (Sulalatus Salatin) yang dikarang oleh Tun Sti Lanang, bendahara Johor? Biarpun teks ini memberi pemerihalan yang tertumpu kepada Kesultanan Melaka, namun diceritakan juga sosio-budaya Johor yang muncul selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511 tersebut, Bermula dari tempoh ini, sejarah Johor diperihalkan sehinggalah melewati tempoh awal abad ke-17 bersesuaian dengan tempoh hayat pengarang itu sendiri. Memandangkan kemunculan kerajaan Johor berkait rapat dengan pengunduran Sultan Melaka selepas kotanya ditawan Portugis, teks ini memulakan penceritaan Johor berhubung peristiwa pengunduran Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud juga perjuangan mereka untuk kembali merampas takhta dari penjajah tersebut. Di dalam proses inilah unsur kegagahan, kesetizan dan pengorbancan raja bersama pembesar-pembesarnya diterapkan ke dalam teks disamping menceritakan juga perpindahan-perpindahan pusat pentadbiran di sepanjang sungai Johor. Catalan pengarang Sejarab Melayu ini sebenamya penting dalam memperlihatkan peristiwa-peristiwaantara tahun 1511 hhingga 1528 tersebut kerana, “Johor telah menjadi wadah penempatan pusat- pusat pentadbiran raja-raja yang berasal dari Melaka." Secara keseluruhan negeri Johor mengalami beberapa peringkat pemerintahan dan kesulianannya. Selepas pusat pentadbiran kerajaan didirikan i Hujung Tanah pada tahun 1528 oleh Sultan Alauddin Riayat Shah (1528- 1564), kerajaan ini dipegang terus oleh keturunan baginda yang juga merupakan wwarisan daripada kesultanan Melaka hingga tahun 1699."' Peringkat kedua pemerintahan Johor memperlihatkan peralihan kekuasaan negeri dari jurai keturunan kesultanan Melaka kepada keluarga Bendahara. Apabila Sultan Mahmud Syah II mangkat dibunuh tanpa meninggalkan zuriat institusi kesultanan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718)" Dinasti Bendahara memegang tampuk pemerintahan Johor selama beberapa generasi memenuhi peringkat kedva in.” Dalam pada itu, penguasaan keluarga ini terganggu seketika di antara tahun 1718 hingga 1721 apabila Raja Kecil, seorang putera raja dari Siak berjaya ‘merampas takhta. Raja Kecil mendakwa bahawa beliau adalah putera kepada Sultan Mahmud Syah IT (1695-1699) dan datang ke Johor untuk mengambi kembali takhta yang berhak ke atasnya." Biarpun begitu, takhta Kesultanap Johor beraya dati ernbali le euarga ondahara in Penguasan dg ‘erudafara ke la kesultanan Johor semakin rapuh apabila Sultan Husin (1819. 1835) mangkat pada 5 September 1835. Baginda mempunyai dua orang putera engl Jalil dan Tengku Ali Memandangkan Tengku Ali adalah puteranya yang aahara secara ada beliaulah yang menggantkan Kedudalanayahandaaya.” Namun, olch kerana walcu ita beliau hanya berumur 11 tahun, British tidak pernah mengiktirafnya sebagai sultan.’ Walaupun Tengku Ali akhirnya diikiiraf sebagai sultan Johor pada Mac 1855 namun selepas kemangkatan baginda pada Jun 1877, dua orang putera baginda dari isteri yang berlainan iaitu Tengku Mahmud dan Tengku Alam gagal mewarisi gelaran sultan." Fenomena ii ‘mengundang peringkat ketiga di dalam pemerintahan dan kesultanan Johor apabila institusi Kesultanan ini diambil alih pula oleh keluarga Temenggung bermula dari Tun Abu Bakar yang memperolehi gelaran Sultan pada 13 Februari 18862" Bermula dari Sultan Abu Bakar, Johor mengalami situasi politi yang baru. Sultan Abu Bakar sememangnya terkenal sebagai pemerintah yang melaksanakan pentadbiran negeri mengikut lunas-lunas barat.” Usaha-usaha baginda diteruskan oleh puteranya Sultan Ibrahim yang menggantikan takhia pada tahun 1895 dan keluarga Temenggung ini kekal menduduki kesultanan Johor hing har ini 2? Perubahan suasana politik Johor memberi imy jelas kepada Pensejarahannya, Beberapa buzh manuskrip lahir Sal cee aa: polidk dalam tempoh peringkat kedua selepas takhita ke cdiambil alt dle evar Bendahara Tanta a tena oh vasa Bugis ke dalam senario ink ‘tempoh ini memperlihatkan kemasuka Bersaudara yang membanty Mins Rc Johor dimulai oleh Opu Bugis Lier on Rj ec peda 17219 iman™* merampas Kembali tka Johot amskr . Johor dalam oth ee banyak memerihalkan sitasi poi Kesultanan Minangkabau namun pun dituis untuk merujuk kepada sears Poli Johor lntazanpengibatan ey Oatyak skal menyebu tens Aiercaya dikarang oleh anak Raja hae i datamnya, Hikeayas Siak yoS Point of view”, condong ke pak: iaitu Tengha Said? bercirikan ‘Si## berupa sebuah katalog ean ‘Siak Menurut Andaya, manuskri ini eb ‘ersebut Biarpun begit, erate dan catatan ringkas berkenaan raia-T# anny pemerihalan manuskrip ini meuP™™ PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 7 OO satu jangkamasa yang sangat panjang iaitu dari pra 1400 (asal-usul raja-raja Melaka) dan berakhir hingga tahun-tahun 1850-an apabila Tengku Anum ibni Raja Akil dilantik sebagai Panembahan Sikudana.*' Apa yang menjadi tumpuan di sini adalah, Hikayat Siak memerihal sejarah Johor sejak dari tahun 1699 apabila Sultan Mahmud Syah II mangkat dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama dan manuskrip menyebut pembunuhan ini melibatkan Orang-Orang Kaya Johor termasuk bendahara Abdul Jalil sendiri. Seterusnya Hibayat Siak banyak ‘menyentuh tentang peristiwa penaklukan Johor oleh Raja Kecil pada tahun 1718 juga peperangan dengan Bugis-Bugis Johor selama beberapa tahun kemudiannya.” Secara keseluruhan antara tema utama yang ingin ditonjolkan olch pengarang Hikayat Stak adalah memberikan satu keabsahan kepada Raja Kecil sebagai keturunan warisan Kesultanan Melaka, Justeru, apabila keabsahan ini dapat dibuktikan, penaklukan Raja Kecil ke atas Johor dan perjuangannya ‘menentang Bugis boleh dianggap jihad dan menegakkan kebenaran Dengan kata lain, manuskcrip ini bertujuan memberikan satu piagam politik dan ‘devine right’ dari segi perwarisan temurun kepada Raja Kecil, agar menghalalkan tuntutannya keatas kerajaan Johor. Manuskrip lain yang memenuhi aspek pensejarahan Johor adalah Tubfat al-Nafis juga sebuah teks yang boleh dikatakan sarat dengan fakta sejarah Johor terutama di antara abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19. Winstedt menganggap Tuhfat al-Na/is sebuah magnum-opus yang terbesar selepas Sejarah Melayu bagi mengkaji sejarah negeri Johor.» Sehingga hari ini, beberapa kajian menunjukkan terdapat 6 buah manuskrip Tubfat al-Nafis meliputi versi panjang dan pendek. Manuskrip yang periama terdapat di KITLV di Leiden, Belanda dihadiahkan oleh ALL. van Hasselt pada 13 September 1903. Penceritaan versi pendek ini menggunakan ayat-ayat yang ringkas, istlah-istlah sastera yang sedikit dan tanpa petikan-petikan bahasa Arab.” Manuskrip kedua kini di dalam simpanan Royal Asiatic Society di London yang asalnya diperolehi oleh Maxwell paca Mac 1890.” Manuskrip Tubjat al- Nafis yang ketiga pula merupakan versi panjang yang dikemukakan oleh RO. Winstedt di dalam Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society pada tahun 1936, menggunakan judul “A Malay History of Riau and Johore”, Manuskrip yang keempat pula ditemui tersimpan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Manuskip ini pertama kali diperlihatkan oleh Encik Mohd Khalid Saidin pada tahun 1971 apabila beliau mengeluarkan sebuah JURNAL SEyARAy 78 ing menggunakan judul rencara di dalam Dewar? Ph ela aaah manuskrip i Baaencencl i 4h Universiti Letden, Belanda, Universiti Leiden Oe ae eepabr. Rinks edatahun 1954. Manatala marshy rea th manok Tul o-ajis,vestTerengeann yang mula yg ri 36. Naskhah ini asalnya dimiliki oleh Duli Yang tikenal pasti pada tahun 1986. NasI Maha Mulia Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah II] (1881-1918) yang disain semula pada tahun 1986 tersebut® Manuskrip yang diberi judul Tibfat al ‘Nafis Naskbab Terengganu ini merupakan manuskrip yang terpanjang berbancing versi-versi lain. Pemeritalan Tubfat al-Nafis Keseluruhannya mencakupi tempoh yang sangat panjang dan as. Bermula dari zaman turunnya Seri Teri Buana di Bukit Seguntang yang membuka Temasik schinggalah berakhir dengan Tun Abu Bakar cilantik sebagai temenggung Johor menggantikan bapanya, menjadikan tempo ‘keseluruhan menjangkau seribu tahun, Namun begitu, pengisahan sejarah yang lebih menjurusbermula pada tahun 1699 apabila Sultan Mahmud Syah Uf mangkat dibunuh. Bahagian-bahagian awal lebih berupa ringkasan bagi tempoh yang Panjang dari zaman pra-Melaka hingga Sultan Mahmud Syah Il. Salasilah ria raja Melaka, 1400 — 1528 dan raja-raja Johor 1528 — 1699. hanya dicatat dalam benuuk ringkasan yang dipercayai sebenarnya ringkasan daripada manushcip ae *Salatin le Tn Si anang Raja Al Haji ella pengaang Tub an tins en yang hanya bermula pada abad ke-18 dengaa hater Bagi "rl eranan Bugis di Johor. Sememangnya penglibatan anya bermula abad ke-18," Perkara yang ketara di dalam mani Melayu terutam: digambarkan sebagai pelinduy Melayu Menurut Mubd Y anya Johor. Justeru itu, tokoh-tokoh Bugis ng kepada kese: 7 so him, na Pemerinah pee “Tubfat al 5 mata, Vaan oe mencaiatkan senario polidk dan silsilah semala- tahun ini allah selvas ne '8 HUE fangkawale hiraica seb “%S Sulalatus Salatin, namun Raja Ali Haji telah PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 79 oe ‘cuba menggabungkan keseluruhan entiti alam Melayu ke dalam satu enti yang berpusatkan Empayar Johor-Riau-Lingga dengan berteraskan keunggulan suka Bugis khasnya dan Melayu amnya. Oleh sebab it beliau telah memberikan judul yang sangat sesuai bagi karya pensejarahannya, jaitu Tubjat al-Nafis, bermaksud “Hadiah yang Bernilai"""? Seterusnya pensejarahan Melayu ~ Johor boleh dilihat melalui manuskrip- ‘manuskrip lain yang turut menyentuh sejarah Johor sezaman Tubjat al-Nafis namun lebih mengkhusus pada bahagian tertentu ataupun lebih ringkas. ‘Manuskrip Peringatan Sejarah Negeri Jobor® misainya mempunyaiciri huraian yang lebih sederhana dan berterus terang dalam gaya penulisannya. Manuskrip ini dihasilkan bersempena perisiwa pertabalan bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor pada Mei 1699. Penulisan Peringatan Sejarab Negeri Jobor ini mempunyai kelebihan tersendiri yang pengarang turut menyisipkan beberapa dolsumen penting di dalamnya. Menurut Kraztselaku penyalin sermula dan pernah menyelenggara manuskrip ini, pemerihalan Peringatan Sejarab Negeri Johor, lebih kepada biografi politik Sultan Sulaiman (1721-1760) ** Pengisahan manuskrip ini bermula dengan kekalahan Johor kepada Jambi pada tahun 1673 diikuti peristiwa kelahiran Sultan Sulaiman pada tahun 1699, kemunculan Raja Kecil pada tahun 1718, pertabalan Sultan Sulaiman pada tahun 1724 dan berakhir pada tahun 1750. Peristiwa-peristiwa yang digarap pengarang keseluruhan adalah kegiatan orang Melayu-Johor, Bugis dan orang Belanda yang berhubungan dengan Sultan Sulaiman sahaja.* Sebuah lagi manuskrip berjudul Sgiarab Raja-Raja Melayu dan Bugis yang tempoh penceritaannya hampir sama dengan Tubftal-Nafis. Naskhah ini ini tersimpan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, tercatat di dalamnya disalin pada 3 Syaaban 1282. Ada pendapat menyebut berkemungkinan manuskrip ini dikarang oleh Raja Ali Haji’' Penceritaan Sejarab Raja-Raja Melayu dan Bugis ini bermula dari pembukaan Temasik sehinggalah Tun Abu Bakar menjadi Sultan Johor. Walaupun meliputi tempoh yang panjang menjangkau seribu tahun namun sejarah awalnya ditulis dengan ringkas dan penceritaan yang lebih panjang hanya selepas perisiiwa Melaka ditawan Portugis pada 1511 Sebuah lagi manuskrip Melayu yang menyebut tentang kerajaan Johor terutama perihal penglibatan Bugis di dalam kerajaan ini adalah Seyarah Bugis. Sejarah Bugis ini didapati hampir menyamai dengan teks Silsilab Melayu dan JURNAL SEAR AR 80 ini asalnya disimpan dj Muzium Perak dan pada tahun 196) ae en Negara, Kuala Lumpur. Selain itu salinan mibcoflenm tersimpan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lompur » Penyaln Sejarab Bugis ini dan rmukadimahnya dipercayai Raja Ali Haji yang mendapat ashhah asal daripada Syed al-Sharif Abdul Rahman. Manuskrip in uga ada menyebut tentang hubungan persaudaraan antara Raja Ali Haji dengan Syed a- sharif Abdul Rahman di mukadimahnya, iat, Adalah ia (Syed al-Sharif Abdul Rahman) masuk-masukan dengan Bugis Ua yang berlima beradik itu adalah pangkat chichit kepada Upu Daeng Menambun. jadi kerabat kepada hamba jatuh saudara tiga pupu ia kepada hamba dan kepada saudara-saudara hamba dan kepada anak- anak haba yitu Marhum Yang Di pertuan Raja Jaafar dan mamak hamba Raja Idris dan lain-lain putera marhum Raja Haji yang mangkat di Teluk Ketapang.'> Manusktip Hikayat Raja-Raja Riau adalah sebuah lagi naskhah yang memeritalkan politik di dalam Kerajaan Johor pada abad ke-18, Mikrofilem Hikayat Raja Raja Riau terdapat di perpustakaan Universiti Malaya dalam dua salnanyangberbera yang diperolchi dari Universi Leiden, Belanda.® Manvskrip it ee Re Ri bermola dengan peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud ya. Di antaraperistva lan yang dcertakan di dalam manuskrip ini adalah peristiwa peperangan antara Raja Kecil dengan Opu-Opu Bugis Lima Bersaudart nen vera versa perselisihan antara suku Melayu dengan Bugis. Hieayat ea Raji bi. dengan kemangkatan Sultan Sulaiman dan perlantikas ee cue) lahmud Syah Il, 1761-1812) yang masih bayi sebage 'aja-Raja Riau ditulis pada tahun 1282 Hijrah iaitu hampit 40 ah Al ta eencpocien loos bfatal-Nafis. Dengan ini berkemungkinan RP terra petal peerage eh a untuk mei Tubft oa peselsan ates da ee Minaglaba gt Pr Sekiranya kita engan sul Metayu meni (FMR)? pala rae Ta Kia Tamera atu idea A> PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 81 ee turut memuatkan sejarah dan salasilah Opu-Opu Bugis Lima Bersaudara. Di dalam buku 2 KTMAK, selain salasilah Opu-Opu Bugis tersebut, ia turut memuatkan aturan-aturan di dalam kerajaan seperti cukai, adat-istiadat dan undang-undang.®' Justeru itu kewibawaan manuskrip ini sebagai sebuah hasil historiografi Johor tidak boleh disangkal. Kelainan bentuk penggarapan manuskrip K7MAK disusuli pula dengan manuskrip Surat Peringatan Tentang Politile Belanda di Johor, Riau Dan Lain- Jain (SPPRJR). Manuskrip ini ditulis oleh Syed Muhamad Zain bin Almarhum Sayid al-Sharif Abdul Rahman al-Kadir. SPPB)R mula ditulis pada 17 Syaaban 1239 dan selesai pada 12 Ramadan 1239 Selain memerihalkan beberapa peristiwa sejarah secara ringkas alau di dalam bentuk catatan, SPPBJR ‘memuatkan juga fasal-fasal di dalam perjanjian secara umum, Naskhah ini juga memwatkan senarai nama barang-harang yang keluar masuk dari negeri Riau Secara umumnya boleh dikatakan manuskcip ini lebih merupakan sebuah dairi atau catatan hearian. Manuskrip Aituran Sativa Bugis dengan Melayu (ASBM) tersimpan dalam bentuk mikrofilem di Perpustakaan Universiti Malaya yang diperolehi dari Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda. Tercatat di dalam manuskrip ini yang menyebut ia disalin oleh Ismail bin Datuk Keratun pada tahun 1244 Hijrah. ‘ASBM ada menyebut setiap perjanjian yang termaktub antara suku Bugis dengan suku Melayu pada abad ke-18. Selain itu terkandung di dalam ASBM undang- ‘undang dan adat resam Kerajaan Johor. Undang-undang tersebut terdiri daripada Uundang-ndang perniagaan, harta benda, agama, hukuman dan denda. Disebut juga hubungan pemerintah dengan rakyat berhubung tanggung jawab raja, menteri, ‘temenggung, laksamana dan pegawai-pegawai lain. Manuskrip Perjanjian dan Sejarab Raja-Raja Riau (PSRR) pula terdiri aripada jilid 1 hingga 5. Penyalin manuskrip ini sebagaimana yang tercatat di alamnya adalah Haji Muhammad Said Muwallad Riouw ibn Daeng Mempawah Bugis. Di dalam jilid-jlid PSSR antaranya berisi sarah hubungan orang-orang Bugis dan Melayu terutama di Johor yang dimulai dari tahun 1103 Hijrah, iaitu semasa pemerintalan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.* ‘Memasuki abad ke-20, aktiviti penulisan sejarah Johor sebenarnya semakin ‘iat, Namun apa yang disebut sebagai pensejarahan negeri oleh Khoo Kay Kim masih diteruskan lantaran Kkarya-karya ini masih berpaksikan politik, silsilah, raja dan pembesar negeri tersebut” JURNAL SEJARAy Penulisan sejarah Johor yang| cilahikan aval aba ke-20 ini adalah sep Hikayat Johor dan TawarikvAl-Marbum Sultan Abt Bakar CHTSA yng ctl pada tahun 1911 oleh Muamad Said Hal Sulaiman. HJTSA mengandungi 25 fas yang bermula dengan pengsshan pengasisan kerajaan Johor sebagai warisan daripada kerajaan Metaka. Karya ini turut memuatkan susur-galur atau salasiah Sultan Alauddin Riayat Syah IT (1528-1564) sehingga Sultan Mahmud yeh (1677-1699) dan susur galur Keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Maj Catatan-catatan ringkas diteruskan sehinggalah Sultan Abu Bakar menaiki takhta. Boleh dikatakan tumpuan utama penggarapan AJTSA ini adalah kelokohan Sultan Abu Bakar semasa meneraju pemerintahan negeri Johor dan sebagai bapa pemodenan Johor sehinggalah kemangkatan baginda pada 4 Ju 1895 di London. Pengisahan diakkhiri dengan perlantikan ‘Tengku Mahkota Raja brahim sebagai Sultan menggantikan ayahandanya. Sebuah lagi hasil penulisan sejarah Johor awal abad ke-20 yang boleh diketengahkan, juga hasil tulisan pengarang yang sama berjudul Hikayat jobor (Penggal 2) dan Tawarikh YMM Ibrabim Sultan Jobor yang ditulis pada tahun 1947.” Karya ini boleh dikatakan sebagai sambungan kepada karya Muhammad Said yang pertama tadi dan karya ini menumpukan kepada era pemerintahan Sultan Ibrahim. ___ Pemulisan sejarah Johor tidak hanya ditals di dalam bentuk prosa. Terdapa juga penulisan dalam bentuk puisi seperti Syair Perang Jobor dan Syair Engh Puteri. Salinan Syair Perang Johor naskhah Cod. Or 1761 ini tersimpan & Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur yang diperolehi daipalt Perpustakaan Leiden, Benda,” SalinanSyair Penang fohor ini ada mer Se Haji Ibrahim namun pengarangaya yang sebenar tidakah Sean” Nansitip Sy erang Jobo dsalin ch aj Ibrahim dar ini ia nage pertama menjadi bahagian pertama manuskrip. Bahagi®? pendahulan aoe obits Sumber kedua lebih lengkap mempuny® Seorang puangga Riau ogy Bt 38 Berandaian sya ini diarans oleh pertama disalin pada 7 Re ee Bugis, Raja Haji Ahmad.” Bahasi*® Beja thn yang sua ett 1260 Hah dan bahagian ke alt hs m dan bahagian hliga pentar metPeH bantvan kepada angkaiat hhubungan Johor dengan Patan.” PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 ‘Semeniara itu, salinan manuskrip Syair Engkw Puteri dalam bentuk mikrofilem tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya. Salinan ini juga diperolehi dari naskhah di Perpustakaan Leiden, Belanda yang terangkum dalam pengkatalogan yang sama dengan Syair Perang Jobor, Cod. Or 1761." Pada ‘unnya syai ini tidak mempunyai pendahuluan dan penutup dan isinya berkisar kepada kisah Tengku Puteri yang melawat ke Betawi.”” Pengarang syair ini dicatatkan dengan jelas di dalam karya ini sendiriiaitu Raja Haji Ahmad, Teks ‘meayebut; Engku Haji Alumad mengarangnya itu, ‘Akalnya sempurna arifnya tentu; Puteranya marhum ‘Teluk Ketapang itu, Seburang pekerjaannya adil terient.”” Penulisan sejarah Johor dalam bentuk syair ini terus diusahakan pada abad ke- 20, Misalnya sebuah syair yang berjudul Syair Tanah Melayu iaitu Cerita Pahang dan Johor Babaru, Syair ini ditlis oleh Muhammad Hassan bin Haji Jan dan dicetak di Singapura pada tahun 1900. Pada tahun 1982 pula, usaha ‘mentraniterasikan syair ini ke tulisan rumi dilaksanakan oleh Haji Yaakub Isa.” Syair ini sebenarnya lebih dikenali juga dengan judul Syair Sultan Abu Bakar.” Biarpun begitu, syair ini tidak semata-mata memerihalkan sejarah Johor (sejarah Johor sendiri lebih memusatkan kepada ketokohan Sultan Abu Bakar dan pembesarnya) tetapi juga sejarah Pahang, Keseluruhan Syair yang ‘meliputi 1036 rangkap, rangkap-rargkap awal menceritakan tentang personaliti Sultan Abu Bakar dan gambaran tentang Johor Bahru, Dimuatkan juga kisah pembesar.pembesar Johor, pegawai-pegawai Muar, bendahara, putera-putera ‘Sultan juga peristiwa lawatan ‘Duke’ putera Queen dan Raja Itali ke Johor Baharu. ‘Selain itu, diperihalkan senario politik di negeri Pahang seperti perang saudara antara Tun Ali Engku Ahmad dengan abangnya Tun Tahir, peperangan Pahang — ‘Terengganu, juga peristiwa-peristiwa di zaman pemerintahan Sultan Ahmad. Seterusnya syairdisambung kepada kisah pelayaran Sultan Abu Bakar mengeliling| dunia schingga menemui ajalnya di England. Takia diambil aih oleh Tengku Mahkoca Tengku Ibrahim dan sedikit perthal pemerintahan baginda. Di alkhir- akhir syair diceritakan perkahwinan Tengku Meriam (puter Sultan Johor) dengan ‘Tengku Besar Pahang" JURNAL SE} 84 BARA KESIMPULAN ii inja i rip yang tel Keseluruhannya, jika ditinjau kepada manuskrip-manuskrip yang telah eseluruhannya, ji kepada manuskrip yang tidak disebutkan, dibincangkan, atau juga mungkin i pensejarahan Melayu — Johor ini lebih cenderung dan dipengaruhi oleh perkembangan politiknya sendiri. Sama ada menjurus kepada Kesultanan Melayunya ataupun perkembangan suku Bugis, yang pasti sudut pengarangan turut dipengaruhi leh motf pengarang karya tersebut. Di dalam meredlisasian motif ini, pengarang menggunakan unsur-unsur seperti semangat kebangsaan, kewilayahan, ketokohan atau juga keturunan. Unsur-unsur negatif seperti perebutan takhta, perlantikan raja yang tidak dipertikai dan persaingan kuasa Melayu-Bugis turut dipaparkan bagi mendokong sebarang tema yang ingin diketengahkan. Justeru, kita dapati tulisan-tulisan seumpama ini menjadi dokumen politic ‘yang penting dalam memaparkan pemikiran masyarakat Melayu atau paling tidak mewakili pemikiran kelompok-kelompok masyarakat yang tertentu sezaman dengan kelahiran karya tersebut, PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 85 oo NOTA HUJUNG 1 Isilah ‘Johor’ yang digunakan di sini sebenarnya membawa konteks wilayah yang berbeza daripada Johor sekarang, Pensejarahan Johor yang dimaksudkan 4i dalam perbincangan kertas ini meliputi wilayah Johor itu sendiri termasuk wilayah Iain yang turut dikenali sebagai Johor pada abad ke-16, ke-17, ke-18 dan awal abad ke-19 seperti Kepulauan Riau-Lingga, Pahang, Selangor dan Singapura. Kerana itu jugalah Johor sebelum tahun 1824 turut dikenali sebagai Johor-Riau atau Johor-Riau-Lingga-Pahang. Andaya menyebut, pada tahun 1641, antara wilayah di dalam Kerajaan Johor itu seperti Sungai Kelang, Sungai Penagie (Kuala Linggi), Sungai Siak, Sungai Kampar, Bengkalis, Ungaran, Pulau- pulau Karimun, Bulang, Bentan, Lingga dan pulaw-pulau sekelilingny2, Pulau Singapura, Rio Formosa (Sungai Batu Paha) dan Muar. Lihat, LY. andaya, Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik, ‘Shamsuddin Jaafar (penterjemah) (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987), him. 49, ‘Tahun 1824 dijadikan sebagai garis pemisah antara Johor dengan Johor- iau(-Linggs-Pahang] apabila termerterainya Perjanjan British-Belanda pada 17 Mac 1824. Fasal 12 perjanjian ini telah menggariskan pemisalan sempadan hhak-kuasa British dan Belanda di Kepulauan Melayu yang sekaligus ‘memecahkan Kerajaan Johor. Lihat, Mardiana Nordin, "Perpecahan Kerajaan Johor-Riau, 1819-1824", Majlis Polemik Sejarah Malaysia, Arkib Negara Max laysia, Kuala Lumpur, 10 Ogos 2000. 2 ‘J.C Bottoms, “Malay Historical Works”, Malaysian Historical Sources, K.G. Tregonning, ed. (Singapura: Department of History, University of Singapore, 1962), him. 39. 3 Siti Hawa Salleh, “Strategi Pemerolehan, Pengawetan dan Pendokumentasian Manuskrip Melayu", Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu, Kuala Lumpur, 10 Oktober 1983, him. 45. 4 Ibid, him. 6. 5 Mohd. Khalid Saidin, “Naskhah2 Lama Mengenai Sejarah Negeri Johor”, Dewan ‘Babasa, bilangan 8, Og0s 1971, him. 339. 6 — Hikayat Siak juga dikenali sebagai Aikayat Raja Aleit (R. Roolvink), Sejarab Melayu dan Raja-Raja Melayu, Sementara itu LY. Andaya menyebut teks ini sebagai Babad Stak. Libat LY. Andaya, Kerajaan Jobor 1641-1728: Pombangunan Ekonomi dan Politik, tim. 5-9. 7 Islah ‘terawal’ digunakan disini adalah Kerana merujuk kepada penemuan dan pengkajan kasil-hail penlisan sejarah Melayu yang ada. Kajian sehingga hari ini menunjukkan Hitayat Raja-Raja Pasai adalah basil pensejarahan Mohan Melayu yang Se arab Molayts Nusaritara (Kuala Lumpur: Devan Kajian Tentang Bahasa dan Pustaka, 1992), JURNAL SEJARAH mad Yusoif Hashim, Pensejaraban Meloy him. 96. it ini jtuh langsung tentang Kerajaan Johor, Biarpun begitu, teks ini tidak menyen' ; Teks teh menjurus kepada periwayatan Kerajaan Pasai meliputi geneologi 13) yerimaan [sk raja Pash nr iran kerajaan versebut. Mlihat kepada ii tek ia peristiwa sepanjang pert 1am dan penglstaman Raja Pasai juga perisive- sonditi diketahui bahawa penggarapannya berakhir sehingga abad ke-15 yang mana Ferajaan Johor sendiri belum diasaskan. (Dengan mengambil warisan Melaka sebagai pengasas Kesullanan Johor). Lihat; A. H. Hill, “Hikayat Raja Pasai’, JMBRAS, bilangan 33, bahagian 2, 1960. Teks Sgjarab Melayu (Sulalatus Salatin) pula dianggap: sebagai hasil sastera sejarah bahasa Melayu yang kedua tertua selepas Hikayat Raja-Raja Pasai. Lihat, Muhammad Yusoff Hashim, Pensgjarahan Melayu..., him. 121 Tels ini ada menyebut tentang pengasasan dan sebahagian daripada tempoh Kerajzan Johor it terutama pada abad ke-16 dan ke-17, Justeru itulah teks in boleh dianggap sebagai hasil pensejarahan Melayu yang terawal menyebut perihal Kerajaan Johor. Lihat i W.G. Shellabear, (pengusaha), Sejarab Melays, (Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1990), cetera ke tiga pulub cempat, him. 202-239, 8 Tun Sri Lanang atau nama si ebenarnya Tun Muhammad adalah piut kepadt ‘Bendahara Seri Maharaja Tun Muthahir, (iaitu bendahara yang dibukum bunuh oleh Sultan Mahmud Melaka sebelum Melaka ditawan Portugis 1511). Belitt Yang Kemudian mendapat gelaran Paduka Raja dilantik sebagai bendahart Johor pada tahun 1580 ketika Abdul Jalil Riayat Syah (1571 Johor di bawah pemerintahan Sultan Ali Jalla I= 597). Te dikarang pada hen 1612 ketal mena ele cerca Riayat Syah IM (1623-1677) : 'u menjadi bendahara kepada Sultan Alauddit Mela Uhat, W.G, Shellabear, (pengusaha), print oa et Be tine a History of fobore, M.BRAS. e Salat, (ia Lanpar Dewan na Cenvengar), ule 9 Lihat, WG, Shellabear, ( 10 Muh. Yusoftbrahim, "Sj Sejarah dan Budaya Johor Dertakhta di Johor adalah s, Riayat Syah 1 (1528-1564), Bahasa dan Pustaka, 1979), him. 292. ‘Dengusaha), Seiarah , arah Joho Melayu, him 222-239. AL Dengan kekecualian acca Dalam Pensejarahan Melayu”, Seminat on 2000, Johor Bahru, 3-6 Mei 2000, him. 3 ae ‘Warisan kesultanan Melaka yang pet oa 9 orang. Mereka adalah; Suan Alaud® Jall Sy (1570-1571, Satan a ha Sa (1564-1570), Satan abd Jalil Sah 117 Raja Omat (157! PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 8: — I E2087 12 B 4 7 1597), Sultan Alauddin Raya Syah I / Raja Mansur (1567-1615), Sultan Abdullah Muayat Syah / Raja abdullah / Raia Seberang (1615-1623), Sullan Abdul Jalil Syah UL / Raja Bujang (1623-1685), Suan Ibrahim Syah / Raja Ubrahim (1677-1685) dan Suan Mahmud Syah IL (1685-1699). Biarpua begitu beberapa kali talchta ini herpindah tangan antara warisan Melaka Johor dengan Melaka Paliang, Raja Omar, Raja Mansur dan Raja Bujang adalah warisan daripada keturunan kesultanan Melaka Pahang, Mardiana Nordin, “Sistem Penggantian Sultan Johor”, Majlis Polemik Sefarah Malas Sesi 13, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpuc, 29 Februari 2000, 9, Keluarga bendahara yang pernah memegang tampuk pemerintahan Johor adalah, Sultan Abdul Jal Syab 1Y (1699-1718), Suan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-1761), Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah / Raja Di Baroh (1760/ 61), Sultan Ahmad Riayat Syah (1761), Sultan Mahmud Syah Il (1761-1812), Sulkan Abdul Rahman Muazzam Syah (1812-1819), Sultan Hluin Syah (1819- 1835) dan Sultan Ali (1835-1877). ‘Terdapat beberapa pandangan yang menyentuh tentang Keturunan Raja Keci Tubjat senditi tidak mengiakan atau menafkan keturunan beliau daipada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang walaupun beberapa ayat di dalam teks ini ‘menunjukkkan pengarang berpandangan sini terhadap dalovaan Raja Keci (Tubfat al-Nofis, Naskbab Terengganu (Kuala Terenggaav: The House of TTengku Ismail Sdn, Bhd., 1991) hm. 11-12). Hiqyat Jobor Serta Pabarg pula tidak menafikan tentang keturanan Raja Keck dara Sultan ‘Mahmud Il (Hikayat Jobor Seria Pabang, him. 5). Fasal Pada Menyatakan Keturunan Raja-Raja Temenggung di dalam Negeri Muar pula menyebut, Sultan im baginda berkhatan lagi. Putera Mahmud ada mempunyai putera sebelur i tersebut dihantar Ae iia Pasti putera ini meryuk kepada a fea (Fasal Pada Menyatakan Keturunan Raja-Raja names 4 ‘Negeri Muar, him.1). Hékayat Siak tarut mengakui, ibu ae el a daripada benih Sultan Mahmud (Mohammad Yusott ta we rien Hikayat Siak, (Kuala Lamput: Dewan Bahasa dan Pust 199) i Nama RO, Winsted secara jel, er=EN eT ae wn ome dan mengupa scar loik nu blinn mempgn Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Libal, Cea ~Sultan Abdul Jalil Rahmat Syalt 1718- a ie Jura sejarab Melaka, biangat 6, 1981+ 15 16 7 18 y 20 JURNAL SEJARay tke iat pris persaingor aka Keralatt Johor 1718-1721, sig r rujuk; Leonard Y. Andaya, “Raia el at ve ie ar s Joho, 1718", JMBRAS cane Pl Jal Raat Sah 171817 “akaria Ghazal, “Raja Kechl ~ sulan re ie yah 1718-17 ‘Tentang,Asal-Usulnya”, tl . ee cawaed digunakan di sini adalah merujuk kepada anak kepada seorang raja yang dilhirkan oleh isterinya yang juga berketuranan ria (permaisuri), Raju, Kanus Dewan, Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur: Devan Bahasa dan Pustaka, 1994), hlm. 361. 0.27901, “Historyand Adturs ofthe Late Sultan Ali and His Family’, terlampir “Ruther Memo Regarding the History of Sultan Ali's Family and of his Afais Masdiana Nordin, “Sistem Penggantian Sultan Johor”, him. 19, C0. 273/416, “Copy of the Treaty of 1855 between the Sultan of Johor and His Highness Tumonggong and for the Correspondence respective Muar since the Death ofthe fate Sultan Of Johor”, Enclosure 2, A.E.H. Anson kepada Maharaja Johor, 29 Jun 1877. Sebenarnya sebelum Tun Abu Bakar mendapat gelaran Sultan, penguasian koluarga Temenggung ke atas politk Johor telah kelihatan semenjak bapanya lagi, Tun Ibrahim menjadi Temenggung. Beliau menggantikan bapanyt ‘Temenggung Abdul Rahman sebagai Temenggung Johor pada Disember 1825 ‘Temenggung Ibrahim ini juga dikatakan mempunyai hubungan yang fp dengan pihak British. Pertapakan keluarga Temengoung di Singapura dat Johior juga lebih kukuh dan berpengaruh berbanding keluarga Sultan. Dati segi ekonomi, Temenggung Ibrahim berjaya mendapat monopoli perdagaag® ‘setah percha dan mengutip semua hasilcukai di ladang ladang lada hitam a8 cand, Kerjan Bish juga lebih senang berursen dente in ites bern 18 berurusan dengan Temenggu”® es ig Tenglea Al. Ini terbukti apabila pembukaan kebun-kebot eae ‘mendapat kebenaran rasmi daripada Temenggung, Lnst, }S 1 “A Nisit To Telok Blangah", Malaysia in History, volume XIV, OMe 1971, him. 32. Lihat juga, CA. Ty . rocki, “The Origins of the Kangchtt 5} 1740-1860, BRAS, volume 49, part 2, 1976, hen 1 “wn “ns PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 89 e—e—e ‘ecaulatannya ke atas negeri Johor dan jjahan kepada Temenggung Ibrahim dan waris-warisnya, Kecuali wilayah antara Sungai Kesang dan Sungai Muar. Lihat, SSR R27, Surat Gabenor NNS, WJ. Butterworth kepada S/U Kerajaan di India, 13 Mac 1855 dan SSR R27, Surat Gabenor NS, W,. Butterworth kepada SVU Kerajaan di India, 22 Disember 1854, 21 Rahimah Abdul Aziz, “Perubatan dan Pembaratan Struktur Pentadbiran Negeri Johor", Majlis Polemik Sejarah Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 10 Og0s 2000, him. 8. 22 Lihat CA. Trocki, Prince of Pirates, (Singapura: Singapore University Press, 1979). Buku ini banyak menyentuh tentang pengukukan dan pemerin‘ahan Keluarga Temenggung ini di Johor. 23 Opu Bugis Lima Bersaudara ini anak kepada Tanderi Burong Daeng Rilekke, elvarga pemerintah di daerah Luwuk, Sulawesi, Mereka adalah Daeng Kemasi, Daeng Menambun, Daeng Chelak, Daeng Parani dan Daeng Marewah. 24 Raja Sulaiman adalah putera kepada Sultan Abdul Jalil Beliau dilahirkan selepas ayahandanya menjadi Sultan Johor. atas Kelebihan ini beliau telah dilantk sebagai Raja Muda Johor semasa tempoh pemerintahan ayahandanya. Mempunyai 16 adik beradik, namun adik-beradik seibu sebapa yang dikenal past adalah Tengku Tengaf, Tengku Kamariah dan Tengku Mandak. 25 Latarbelakang penglibatan Bugis (Opa Lima Bersaudara) inidi dalam perebutan takhta di antara Raja Kecil dengan Raja Sulaiman ada di perihalkan di dalam tmanuskrip Tubjat al-Najis dan Hikayat Siak 26 Kajian dan penyelenggaraan terhadap manuskrip ini telah pernah dibuat oleh Muhammad Yusoff Hashim pada tabun 1991. Likat, Muhammad Yusoff Hashim (penyelenggara), Hikayat Siak, 27 Mengikut salaslahnya, Raja Akil adalah putera Raja Musa bin Raja Buang (Sul- tan Mahmud) bin Raja Kecil Ini bermaksud, Raja Akil adalah cicit Raja Kec Menurut Syair Perang Palembang, beliau adalah pengkhianat bangsanya kerana bekerjasama dengan Belanda sehingga dapat menububkan sebuah kesuitanan di Sukadana di Borneo. hat, Muhammad Yusoff Hashim, “Tenghu Said bin Raja Akil dalam Pensejarahan Melayu”, Alam Pensejaraban: Dari Pelbagai Perspektif,Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Be (pengunting) (Kuala ‘Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997), hlm. 132. 28 Ini hermakna bela adalah piut kepada Raja Kecil. Lihat, Muhammad Yusoff Hashim “Tengia Said bin Raja Aki! dalam Pensejarahan Melayu, him. 133. 29 Muhammad Yusoff Hashim, “Tradisi Persejarahan di dalam #ikayat Stak atau Sejarab Raja-Raja Melayw: Di antara Fakta dan Mitos", Sefarab, Jurmal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, no, 1, 1988, him. 94. JURNAL SEJARAK oy -¥ Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728, hm. 5 ; 1 fs Amal teal Hashim (penyelenggara), Hikayat Siak 32. Lihat, Ibid. him. 109-112. LY. Andaya, Kerajaan Jobor 1641-1728, hn. 8. x mea {usoff Hashim, “Tradis Persejarahan di dalam Hikayat Stak ty Sejarab Raja-Raja Melayu: Di anara Fakta dan Mitos" bm. 93. 35 Muhammad Yusoff| Hashim, “Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dan Raja Ali Haji dalam Pensejarahan Melayu’ Monograf Sejarah: Pensejaraban Sasio Politik, Sejarab Tempatan dan Hubungan Antarabangsa, 10. 1 (Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Universiti Malaya, 1986), hlm. 13. Beliau merupakan bekas residen Belanda di Riau dan memperolehi teks ini semasa masih menjadi residen pada tahun 1896. 37 Virginia Matheson, “The Tuhfatal-Nafis: Structure and Sources”, Bijdragen Tot De Taal-land-en Volkenkundo, Deel 127, 1971, hm. 376. WE. Maxwell pernah menjawat jawatan penolong residen Perak pada tahun 1875 dan kemudian dilantk sebagai residen Selangor pada tahun 1889. Lbal, ‘Timothy J. Moy, “The ‘Sejarah Melayu’ Tradition of Power and Political Struc ture: An Assessment of Relevant Sections of the “Tuhfat al-Nafis", JMBRAS, vol ‘ume 48, part 2, 1975, him. 65. Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji, Tuhfat al-Nafis, Virginia Matheson, ed. (Kuala Lumpur: Penerbit Fojar Balti Sdn, Bhd., 1982), hm. sav. 40 Ibid, 41 hid 42 Lihat, Tubfat al-Nafis Naskbab Terengganu, hm. xil-xvi. 43 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dat | Pensefaraban, Ketokoban dan Kay ee ya (Kuala Lumpur: Dewan Bahast di 3 38 39. 4 eee bere Perihal senario poitk Johor abad ke-18, sila rujuk; Abdullah ibaa wane es 1528-1885”, fobor Dabulu dan Sekara7, Malaysia, 1994, Hhasnor pia Abidin Borkan, (editor), Persatuan Mt? Glimpses of aaa, “The Johor-Riau Empire in the 18th Centu’> Lage ee tan inal Abidin Abdul Wahid, (editor) (koala Aud ke-18"Jeral Sore, = 1970), Khoo Kay Kim, “Tanah Mela/™ Jonore 1365, tapgt en SUAAV, 1977778 dan RO, Winsted, “His” Raja Ali Haji adalah Daeng Chelaks cla ne APA Pablawan Bugis Raja Haj iam anak eps? darpada alot heturanan pes aripada opu Bugis Lima Bersaudara. S24" . Yang pro-Bugis ini boleh juga aka PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 1 —————— dengan latar belakang hidupnya. Beliau dibesarkan di istana Riau, pernah ‘menjawat beberapa jawatan penting kerajaan seperti penasihat kepada Raja- ‘Raja Riau, menjadi pakar undang-undang, guru agama dan hakim di Riau. 46 Virginia Matheson, “Concepts of Malay Ethos in Indigenous Malay Writings”, Second National Conference of the Asian Studies Association of australia, Uni- versity of New South Wales, 1978, him. 22 47 Muhd Yusof Ibrahim, “Sejarah Johor Dalam Pensejarahan Melayu”, him. 6. 48 Manuskrip ini pernah diselenggarakan oleh Ernst Ulrich Kratz, yang menggunakan salinan asas yang tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda. 49 LY, Andaya, Kerajaan Jobor 1641-1728, him. 11 50 hat, Ernst Ulrich Kratz, (penyelenggara), Peringatan Sejarab Negeri Jobor, Wiesbaden, 1973. 51 Mohd Khalid Saidin, “Naskhah? Lama Mengenai Sejarah Negeri Jokor”, him. 341. 52 Ibid. 53 bid, him. 342, 54 Identiti Syed Sharif Abdul Rahman ini dapat dikenal past daripada petikan Sejarab Bugis sendiri yang menyebut; “Sebermula adalah asl sejarah yang datang dari tur ita adalah satu sandara hamba yang tepat namanya Syed al-Sharif abdul Rahman bin Syed al-Sharif Sultan Kassim al-Kadri, atau di petikan lain yang berbunyi, “Maka tatkala adalah pada Hijrah al-Nubuwah 1282 dan yaitu pada lima haribulan Rabial Awwal dan berbangkitah hatiku bahawa memperbuat saaslah ini pada Ketika aku peroleh sata Ktab daripada tangan saudara kami yang saith yang keperchayaan dan yaitu Syed al-Sharif Abd. Rahman bin Syed al-Sharif Kassim Sultan Pontianak bin Syed al-Sharif Abdul Rahman al-Kadri.” Lihat, Mohd Khalid Saidin, “Naskhah2 Lama Mengenai Sejarah Negeri Johor”, him. 349, dipetik dari Sejarab Bugis, hm. XI dan blm. I. 55 Mohd Khalid Saidin, “Naskhah2 Lama Mengenai Sejarah Negeri Johor”, him. 349, yang dipetik dari Sejarab Bugis, him. X1 56 Ibid, him. 348, 57 Ibid. 58 Ibid, him. 343. 59 Hanya satu salinan sahaja manuskcip ini dan ada tersimpan di Perpustakzan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Manuskrip ini telah dibeli oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada Tun Syed Muhammad bin Syed Zain Shahabuddin, Lihat, Mohd. Khalid Sain, “Kitab Tamaramal Mat Fi Anwarit 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 7 2 3 JURNAL SejARay ihulub, Sorat Peringatan Tentang Polit Betanda di Johor, Riau Dan Lain dan aroran Sea Bugs Dengan Melayu”, Dewan Babasa, bilangan 9, Sepen, ber 1971, hm. 387. Ibid, hm. 388. Tbid,, him. 388-390. Ibid, him. 388. Ibid., him. 391. “anuran Satiya Bugis Dengan Melayu’, Mf. 724.9, Universiti Malaya, Mohd, Khalid Saidin, “Kitab Tamaratul Matlab Fi Anwaril Khulub, Surat Peringata ‘Tentang Politik Belanda di Johor, Riau Dan Lain-Lain dan Aturan Setia Bugis Dengan Melayu”, him. 392 Katalogus Koleksi Naskab Melayu Museum Pusat, Proyek Inventarists dan Dokumentasi Kebudayaan Nasional Direktorat Jendral Kebudayzan, 1972, Hin 203. Muhd. Yusof Ibrahim, “Sejarah Johor Dalam Pensejarahan Melayu”, him. 7. Untuk melitat huraian lanjut berhubung pendapat Khoo Kay Kim mengensi corak penulisan sejarah Melayu yang bercirikan politk, silsilah caja dan pembesar negeri sila rujuk, Khoo Kay Kim, Panji-Panji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensojaraban Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1979. Ibid, him. 7, Ibid, him. 7-8. Ibid. hm. 8. Mohd Yusof Md Nor, “Syair Perang Johor”, Warisan Persuratan Johor, Yayss Warisan Johor, 1997, him. 129, Ibid, hm. 130, ‘Virginia Matheson, (terjemahan), Tuhfat al-Nafis:Sejarab Melayts-Islam (Kualt ‘Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), kim, 38. Istilah ‘haji’ sebageimal yang tercatat di dalam syair ini boleh dijadikan rujukan untuk membubticat kenyataan tersebut. Rangkap 348 syair berbunyi, Seorang haji disuruhnya salinkan Belanjanya diberi supaya ketepatan Mengambil hanya fakir yang Kekurangan ‘Mudah-mudahan syurga Allah balaskan, ‘Asan juga istlah “Encik Ta’ yang ter dapat di * f dalam rangkap 333 yang berbua! Encik Tua dagang yang hina 335 ane Surat naskhah dia yang punya ‘emudannya diambil Engky Put met ig i sana PENSEJARAHAN MELAYU - JOHOR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 93 Istlah Encik Twa ini mungkin merujuk kepada ‘Engle Tua’ itu getaran erhadap Raja Haji Ahmad. Lihat; Mohd Yusof Md Nor, “Syair Perang Johor”, him. 130- wal. 74. Mohd. Khalid Saidin, “Kitab Tamaraal Matlub Fi Anwaril Khulub...”, hlm. 393. 75 Mohd. Yusof Md. Nor, “Syair Perang Johor”, him. 131 76 Di dalam naskhah Cod. Or. 1761 ini, Syair Perang Jobor meliputi halaman 1 hingga 34 sementara Syair Engku Putori sambungan daripadanya sehingga halaman 59. Lihat, Ibid. him. 129, 77 Mohd. Khalid Saidin, “Kitab Tamaratul Matlub Fi Anwaril Khulub ...”, him. 394 78. Rangkap syair ini dipetik dari; Abu Hassan Sham, “Syair-Syair Sejarah yang Berhubung dengan Negeri Johor”, Seminar Sejarah dan Budaya Johor Tahun 2000, Johor Bahru, 3-6 Mei 2000, him. 2. 19 Ibid. him. 3. 80° Ibid, him. 4. 81 Ibid. him. 5-6.

You might also like