SURAT PERMOHONAN ASET Ipgk 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERI PETALING 1

JALAN WAN SENDARI,


SRI PETALING,
_
57000 KUALA LUMPUR
TELEFON : 03-90570814
EMAIL : la.wba0043@btpnkl.edu.my
_________________________________________________________________________________
Ruj. Kami  :
Tarikh : 23 FEBRUARI 2022
Kepada,
Pengarah
IPGK Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latiff,
51000 Kuala Lumpur.

Tuan,

Permohonan Perabot Bilik Darjah Bagi Kegunaan Murid Sesi 2022/2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas, pihak sekolah ingin membuat permohonan bagi mendapatkan perabot iaitu
meja dan kerusi bilik darjah. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak sekolah mengalami masalah kekurangan
aset perabot iaitu meja dan kerusi bagi kegunaan murid-murid sesi persekolahan penggal pertama untuk sesi
2022/2023. Permohonan juga adalah bagi memenuhi keperluan bilangan murid yang bertambah bagi setiap
tahun di bilik darjah. Disebabkan juga keadaan meja dan kerusi bilik darjah yang sedia ada agak uzur, pihak
pengurusan sekolah berasa bimbang akan keselamatan warga sekolah khususnya murid-murid semasa
menggunakan perabot tersebut.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan bagi memberikan sumbangan
perabot seperti berikut:

Bil. Jenis Perabot Kuantiti


1 Meja Murid 60 buah
2 Kerusi Murid 60 buah

4. Sokongan dan kerjasama pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Benar,

………………………………
( SALMIAH BINTI JALIL)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 1
Jalan Wan Sendari, Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

__________________________________________________________________________________________________________________________

VISI SEKOLAH
"PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA"

You might also like