Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG, MELAKA.

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI KURIKULUM
2019

“Kit Pembelajaran Nombor-Dot”

TARIKH :
18 Februari – 15 Mac 2019 (1 Bulan)
KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI
“Kit Pembelajaran Nombor-Dot“

1.0 NAMA PROJEK


Projek inovasi yang dilaksanakan ialah Kit Pembelajaran Nombor-Dot yang
menggunakan slaid PowerPoint sebagai medium utama. Kit pembelajaran ini telah
menggabungkan elemen multimedia seperti audio, visual, video serta permainan
interaktif yang turut menggunakan bahan maujud iaitu kad nombor. Kit ini juga
mengandungi video untuk digunakan dalam set induksi, video pengajaran serta
permainan interaktif yang direka khas sebagai menepati tajuk pengajaran iaitu
mengenal nombor satu hingga sembilan.

Projek ini dipilih berdasarkan pemerhatian terhadap beberapa orang murid Masalah
Pembelajaran dan perbincangan yang melibatkan mentor dan pensyarah penasihat.

2.0 PENGENALAN

Menurut Everett (1983) inovasi ialah satu idea, amalan atau objek yang dilahirkan
menerusi suatu perubahan pada unit-unit tertentu dan diukur dalam selang masa
penemuan pertamanya. Sementara itu, seperti yang disimpulkan dalam pernyataan
Mattew (1964), inovasi dalam konteks pendidikan ialah suatu idea atau pembaharuan
sesebuah idea, objek atau kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah dalam pengajaran dan pembelajaran dimana idea tersebut dihasilkan mengikut
aspek pendidikan yang boleh diterima pihak yang terlibat.

Sehubungan dengan itu Kit Pembelajaran Nombor-Dot ialah kaedah mengenal


nombor hasil daripada sambungan titik-titik namun diubahsuai kepada bilangan titik
menyamai nilai nombor yang diajar. Ia melibatkan kemahiran visual murid dalam
mengecam dan mengira bilangan titik seterusnya membentuk nombor tersebut. Perkara
ini dilihat apabila penggunaan teknologi sebagai medium pengajaran menjadikan ia
sebuah projek inovasi yang mengintegrasikan TPACK atau teknologi (Technological),
pedagogi (Pedagogical), kandungan (Content) dan pengetahuan (Knowledge). Menurut
Mishra & Koehler (2006), kerangka TPACK ini menunjukkan gabungan ketiga-tiga
komponen ini sebagai sintesis pengetahuan yang mesti digunakan oleh guru-guru untuk
pengajaran berkesan. Content Knowledge (CK) atau Pengetahuan Kandungan merujuk
kepada subjek yang hendak diajar, Pedagogical Knowledge (PK) merujuk kepada
proses dan cara-cara mengajar (termasuk strategi pengajaran, pengawalan kelas,
teknik penilaian dan mengenal pasti tahap pelajar), dan Technology Knowledge (TK)
merujuk kepada pengetahuan tentang teknologi, sama ada yang konvensional atau
yang lebih maju.

Oleh hal yang demikian, melalui projek Kit Pembelajaran Nombor-Dot ini, ia mampu
membantu guru dalam pengajaran melibatkan murid bermasalah pembelajaran.
Penggunaan teknologi dan multimedia bukan sahaja memudahkan proses pengajaran
dalam menjadikan ia boleh diulang-ulang, malah ia turut menjadikan pembelajaran lebih
menyeronokkan. Demikian ia juga sesuai dengan murid pendidikan khas yang
memerlukan kepelbagaian dalam penyampaian sesi PdPc di sekolah. Hal ini
membuktikan bahawa murid pendidikan khas juga tidak ketinggalan dalam arus dunia
pendidikan terkini setanding dengan murid arus perdana.

3.0 TEMPOH MASA PELAKSANAAN

18 Februari – 15 Mac 2019 (1 Bulan)

4.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan projek inovasi ini berobjektifkan agar murid dapat:


1. Menyebut enam daripada sembilan nombor dengan betul.
2. Mengenal enam daripada sembilan nombor dengan betul.
3. Mengira lima daripada sembilan nombor dengan betul.
4. Menulis lima daripada sembilan nombor dengan betul.
5. Menggunakan bahan maujud yang dihubungkan dengan teknologi.
6. Meningkatkan keseronokan pembelajaran murid bermasalah pembelajaran.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Projek inovasi Kit Pembelajaran Nombor-Dot menggunakan kerangka model


pembelajaran Trialogikal iaitu model generik. Menurut Bauters, Paavola, Lakkala,
Kosonen & Markkanen (2011), model generik merupakan gambaran asas kepada
aktiviti pembelajaran triologikal dan berfungsi sebagai garis panduan sebelum
melaksanakan sesuatu inovasi dalam pendidikan. Terdapat enam asas aktiviti
pembelajaran trialogikal iaitu pertama, menyatakan tujuan sebenar dan keperluan,
kedua, menetapkan skop, had atau batasan, ketiga, menyediakan draf dan semakan
berulang, keempat, uji kaji dan membuat refleksi, kelima, pemurnian dan spesifikasi
serta yang terakhir adalah guna semula. Oleh itu, pelaksanaan projek ini telah dirangka
berdasarkan enam fasa tersebut untuk digunakan dalam pengajaran.

TUJUAN SEBENAR DAN


KEPERLUAN: SKOP, HAD DAN
BATASAN: DRAF:
Mengetahui dan Perancangan projek
menyenaraikan tujuan Ditetapkan bagi memenuhi secara terperinci dan
sebenar penghasilan jangkaan awal pembinaan disemak secara berulang.
sesuatu projek serta iaitu sesuai dengan sasaran.
keperluannya.

UJI LARI DAN REFLEKSI: PEMURNIAN DAN


Menguji projek terlebih SPESIFIKASI GUNA SEMULA:
dahulu bagi mengenalpasti Penilaian terhadap Menggunakannya dalam
jika terdapat kelemahan penggunaan projek dan situasi sebenar.
untuk ditambahbaik. pengenalpastian ciri-ciri khas.

Rajah 1: Adaptasi Model Generik Trialogikal

Berdasarkan peta alir berikut, proses inovasi yang berlaku dalam pembinaan projek ini
telah melibatkan keenam-enam fasa Model Generik Trialogikal seperti yang berikut:
1. Dalam menyatakan tujuan kepada pelaksanaan kaedah ini, pemerhatian dan
tinjauan kepada masalah yang wujud dalam pengajaran telah dilakukan. Hasil
pemerhatian mendapati terdapat murid yang belum menguasai konsep asas
nombor iaitu mengecam bentuk nombor. Justeru, keperluan kepada perlunya
satu kaedah yang dapat membantu murid bermasalah tersebut telah dikenal
pasti dan dirancang sehingga terhasilnya projek inovasi Kit Pembelajaran
Nombor-Dot ini. Dalam erti kata lain, kaedah ini juga dapat meningkatkan mutu
pengajaran guru murid di samping menjadi sebuah pembelajaran yang
menyeronokkan untuk murid.
2. Idea pelaksanaan projek adalah berdasarkan kepada skop yang telah digariskan
bagi memastikan penghasilan kaedah ini mencapai objektif pelaksanaan. Inovasi
terhadap pengajaran Matematik melibatkan tajuk nombor asas yang
memerlukan murid mengecam nombor dan nilainya. Sasarannya adalah kepada
murid Tahun 2 yang mempunyai dalam kognitif melibatkan pengecaman
nombor.
3. Seterusnya, draf dan semakan berulang perlu dilaksanakan bagi memastikan
kaedah yang dijalankan mempunyai hala tuju bagi mencapai objektif yang
diinginkan. Justeru, kajian-kajian lalu dirujuk dan diperhalusi bagi memastikan ia
menepati keperluan murid yang disasarkan. Berdasarkan kajian tersebut,
perancangan kaedah ini disesuaikan dengan masalah dan ciri spesifik yang
dimiliki murid agar ia boleh dilaksanakan sesuai dengan objektif yang ingin
dicapai. Kemudian, perancangan kaedah ini perlu disemak dan disahkan oleh
pakar yang berkaitan bagi memastikan ia boleh dijalankan ke peringkat yang
seterusnya.
4. Dalam peringkat lanjut, model ini memerlukan pelaksanaan uji lari dan refleksi
terhadap kaedah yang digunakan bagi memastikan ia boleh digunakan dengan
lancar. Sebarang ralat dan masalah juga boleh dikenal pasti terlebih dahulu
sebelum ia dijalankan secara penuh. Dalam konteks pelaksanaan projek ini, ia
perlu dilaksanakan secara berulang dan tidak terhad pada sekali pengajaran
sahaja. Uji lari yang dilaksanakan juga telah diukur melalui senarai semak dalam
memastikan sebarang perubahan boleh dikenal pasti.
5. Model ini juga menyatakan bahawa perlunya pemurnian dan spesifikasi di mana
ia melibatkan penambahbaikan hasil daripada refleksi yang dibuat. Kaedah ini
ditinjau semula dari segi keseluruhan agar ia boleh digunakan pada peringkat
sebenar. Ciri-ciri terperinci juga telah digariskan dalam peringkat ini dalam
membolehkan ia diguna semula.
6. Akhir sekali, peringkat guna semula menandakan bahawa ia sedia diguna
secara meluas bagi mencapai objektif pembelajaran yang digariskan.

6.0 KUMPULAN SASARAN

i) Sasaran inovasi

Projek ini dilaksanakan kepada murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah
Pembelajaran Tahun 2 , Sekolah Kebangsaan Duyong. Daripada sembilan murid dari
kelas Harapan Gemilang 3 ini, dua orang murid telah dikenal pasti sebagai sasaran
berikutan masalah yang dihadapi dalam kemahiran mengenal nombor. Walaupun silibus
yang digunakan dalam kelas tersebut merupakan silibus Tahun 2 iaitu telah
memfokuskan kepada nombor 12 hingga 20, masih terdapat beberapa orang murid
yang belum boleh menguasai nombor satu hingga sepuluh di mana ia menjadi asas
kepada asas Matematik yang lain.

Dalam menetapkan subjek kajian atau sasaran projek, pemerhatian telah dijalankan
semasa sesi PdPc bagi mata pelajaran Matematik dalam bilik darjah selain pemerhatian
secara tidak langsung dalam aktiviti-aktiviti lain dalam dan luar bilik darjah. Ujian
diagnostik ringkas juga telah dilakukan bagi mengenalpasti daerah kelemahan dalam
pengecaman nombor bagi murid yang berkenaan. Hasilnya, dua orang murid telah
dipilih untuk menggunakan Kit Pembelajaran Nombor-Dot ini.

ii) Sasaran Pasaran

Projek inovasi yang dilaksanakan mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam dunia
pendidikan khususnya bagi Pendidikan Khas dan Pemulihan kerana ia
mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran selain turut disokong dengan bahan
maujud. Ia juga boleh digunakan sepanjang sesi PdPc kerana ia mengandungi bahan
untuk set induksi, langkah satu melibatkan pengajaran atau pengenalan tajuk, langkah
dua iaitu aktiviti serta langkah tiga melibatkan pengukuhan dan pengujian. Justeru,
bahan yang digunakan adalah lengkap untuk digunakan bagi memudahkan pengajaran
mengenal nombor. Pembinaan dan pelaksanaan kit ini juga selaras dengan
pembelajaran abad 21 apabila ia berjaya menerapkan ciri-ciri berpusatkan murid,
praktikal dan amali, serta pembelajaran di mana-mana sahaja.

7.0 ELEMEN INOVASI

i) Rasional Projek

Projek ini dilaksanakan adalah bagi membantu memudahkan proses PdPc selain
menjadi alternatif kepada kaedah pengenalan nombor yang sedia ada. Pengintegrasian
elemen teknologi ke dalam projek ini menjadikan ia lebih menarik dan menyeronokkan
bagi murid pendidikan khas. Penggunaan bahan maujud pula membolehkan ia berlaku
secara lebih praktikal dan menguji kemahiran motor halus murid dalam membentuk
nombor berdasarkan titik-titik yang diberikan. Ia juga dilihat mampu membantu murid
mengembangkan lagi kemahiran visual kepada kemahiran berfikir apabila bilangan titik
yang diberikan dikaitkan dengan nilai nombor yang dipelajari. Penggunaan audio dan
video selain permainan yang bersifat interaktif boleh menjadikan murid lebih proaktif dan
melibatkan diri dalam penggunaan teknologi secara langsung. Justeru, projek ini sesuai
digunakan dalam memperkenalkan nombor secara lebih kreatif dan inovatif.

ii) Skop Dan Limitasi Projek

Skop Kit Pembelajaran Nombor-Dot adalah boleh digunakan dalam PdPc di bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah sebagai aplikasi tambahan bagi murid yang mempunyai
akses kepada komputer. Kelebihannya yang boleh digunakan secara luar talian juga
dapat mengurangkan ralat yang boleh berlaku kerana ia tidak memerlukan capaian
Internet. Murid juga boleh menggunakannya secara kendiri sama ada di rumah atau
sekolah.

Penggunaan kit pembelajaran ini juga turut mempunyai batasannya apabila murid
perlu mempunyai kad huruf yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti permainan
interaktif dalam kit berkenaan. Oleh itu, murid perlu dibekalkan dengan kad nombor
tersebut dan alat tulis seperti marker untuk bermain permainan interaktif itu. Murid juga
perlu sekurang-kurangnya celik komputer iaitu mampu membuka aplikasi tersebut
sendiri. Hal ini boleh dibantu apabila murid ditunjukkan terlebih dahulu cara
menggunakannya.

iii) Kepentingan Projek

Kit pembelajaran Nombor-Dot ini dilihat sebagai sebuah projek atau aplikasi yang
sangat mudah difahami dan mempunyai langkah-langkah dan bahan yang menepati
skop dan objektif pengajaran dalam mengenal nombor. Pengintegrasian teknologi
menjadikan projek ini lebih futuristik dan menepati arus perkembangan pendidikan.
Selain menjadikan murid lebih tertarik dengan pengajaran yang dilaksanakan, aplikasi
ini juga boleh digunakan berulang-ulang kali serta di mana sahaja. Ia diwujudkan
sebagai alternatif dan pengubahsuaian kepada kaedah sedia ada dalam
menghubungkan kemahiran visual kepada kemahiran berfikir bagi murid pendidikan
khas. Penggunaan bunyi dan contoh yang jelas dalam kit ini turut menjadi nilai tambah
dalam membantu murid memahami nombor yang diperkenalkan.
iv) Metodologi Projek

KAEDAH GAMBARAN

PEMERHATIAN
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan,
murid-murid tertarik dengan penggunaan alat
teknologi seperti komputer riba dan pengisian
pengajaran berbentuk multimedia seperti video
dan animasi. Murid-murid lebih fokus dan seronok
dengan bahan pengajaran berkenaan.

LAKARAN KONSEP

Kit pembelajaran yang digunakan memerlukan


perisian Microsoft PowerPoint serta melibatkan
pelbagai fitur yang bersesuaian seperti slaid
master, animation dan sebagainya. Ia turut
Nombor-Dot
digabungkan dengan bahan maujud iaitu kad
nombor.

1. Murid ditunjukkan video yang


memperkenalkan nombor.
2. Murid kemudian diperkenalkan dengan
nombor yang akan dipelajari sebelum
penggunaan video pengajaran yang Permainan interaktif
menerangkan bagaimana nombor
dibentuk.
3. Murid di biasakan dan latih tubi dalam
mengaitkan bilangan titik dengan nilai
nombor.
4. Murid kemudian di berikan kad nombor
dan di menjalankan permainan interaktif
pada tab Mari Bermain.
5. Murid yang berjaya menulis nombor
dengan tepat diberikan permainan Kad nombor
tambahan secara atas talian.
6. Murid yang masih belum berjaya akan
mengulang permainan interaktif tersebut
dan melaksanakan latih tubi.

PROSES PELAKSANAAN

Minggu 1 – Proses perbincangan dan lakaran.


Minggu 2 -Membeli bahan dan meneroka perisian
yang digunakan.
Minggu 2 - Menghasilkan Kit Pembelajaran
Nombor-Dot
Minggu 3 – Pelaksanaan
Minggu 4 – Penambahbaikan dan laporan

8.0 KESIMPULAN

Pada akhirnya, projek inovasi Kit Pembelajaran Nombor-Dot ini memerlukan


perancangan dan langkah-langkah yang terperinci dalam pembinaannya. Murid-murid
juga perlu dipersiapkan dengan kemahiran literasi komputer secara langsung dan tidak
langsung bagi memastikan ia dapat digunakan secara berkesan. Hal ini dapat dicapai
dengan kerjasama daripada guru pelatih dan bimbingan mentor bagi memastikan ia
tepat dengan keperluan sasaran selain menzahirkan idea yang tercetus kepada sebuah
inovasi yang berguna kepada pihak yang memerlukan.

You might also like