Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA

32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR, PERAK.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH

KALI PERTAMA

BAGI SESSI PERSEKOLAHAN 2017

PERKARA : Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah SK Iskandar Perdana

Sessi Persekolahan 2017

TEMPAT : Bilik Mesyuarat

TARIKH : 20 Noveember 2016

MASA : 10.00 Pagi

KEHADIRAN :

1. En.Azli bin Hashim (Guru besar)


2. En. Mohd Yusof bin Sudin ( PK HEM )
3. Pn. Zulyana bt Saayan ( Penyelia petang )
4. Pn.Marina bt Razali ( Guru Prasekolah)
5. Pn. Sarinah bt Madjit( Guru Prasekolah )
6. Pn.Aishah bt Salim ( Penyelaras Tahun 1 )
7. Pn. Nurasikin bt Saari ( Guru Bimbingan & Kauseling )
8. Pn. Mastura ( Wakil AJK Permuafakatan Pra )
9. Pn.Rabihah bt Shamsuddin (PPM Prasekolah)
10. Pn.Siti Sabibah bt Hassan (PPM Prasekolah)
LAPORAN MINIT MESYUARAT

1. Ucapan aluan dari Pengerusi mesyuarat.


2. Penerangan ringkas tentang tujuan perjumpaan oleh pengerusi mesyuarat kepada Jawatan
kuasa pemilihan prasekolah sesi 2017.
- Syarat Pemilihan Murid prasekolah adalah berdasarkan :
a) Kanak-kanak berumur 6 tahun ( keutamaan ), 5 tahun dan 4 tahun

Tindakan : Makluman Kepada Semua jawatankuasa

3. En. Mohd Yusof bin Sudin memohon agar jawatankuasa Pemilihan dapat memberi keutamaan
pada calon dari keluarga ibu tunggal dan yang berpekapita rendah dahulu berbanding calon
lain. Dan usul ini diterima sebulat suara oleh jawatankuasa pemilihan.

Tindakan : makluman Kepada Semua Jawatankuasa

4. Jawatankuasa Pemilihan telah sebulat suara melakukan pemilihan berdasarkan borang


permohonan dan dalam masa yang sama mengenal pasti ketelusan borang permohonan. Supaya
tidak berlaku maklumat pendapatan yang tidak sewajarnya ( penipuan )

5. Antara kriteria yang dinilai ialah :


a) Keluarga ibu tunggal
b) Pendapatan bulanan & Perkapita keluarga
c) Sumber pendapatan lain
d) Dari keluarga senang ( berada )
e) Harta ATAU Aset yang ada
f) Maklumat yang meragukan (KEWARGANEGARAAN)

Tindakan : Makluman Kepada Semua Jawatankuasa

6. Setelah proses pemilihan , jawatankuasa bersetuju memilih 50 calon yang layak dan 20 calon
ditolak permohonannya .
Tindakan : Makluman Kepada Semua Jawatankuasa

7. Pengerusi memaklumkan bahawa surat tawaran , surat penolakan dan surat calon simpanan
akan diserah kepada calon selewatnya pada bulan Oktober nanti. Dan surat tersebut akan
diedar melalui Jawatankuasa Pemilihan untuk diserah kepada calon yang memohon.

Tindakan : Pn.Rabihah bt Shamsuddin

8. Pengerusi juga memaklumkan bahawa satu perjumpaan bersama ibu bapa calon yang layak
akan diadakan sejurus selepas surat tawaran diedarkan. Surat tawaran mestilah diserah semula
kepada pihak pengurusan prasekolah untuk direkod. Ibu bapa yang gagal menyerahkan kembali
surat penerimaan tawaran akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran kemasukan ke prasekolah
SK Iskandar Perdana dan peluang akan dibuka kepada calon simpanan.

Tindakan : Guru Prasekolah

9. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan bantuan maklumat yang diberikan oleh
Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih murid prasekolah Tahun 2017.
10. Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah sessi 2017 ditangguhkan pada 12.00 tengahari.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

………………………………………… ……………………………………

(SARINAH BT MADJIT) (AZLI BIN HASHIM)

Guru Prasekolah Guru besar

SK Iskandar Perdana Sk Iskandar Perdana


Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana,

32610 Bandar Baru Seri iskandar,

Perak. ABA8254

Kepada, Tarikh : 15/09/2016

Rujukan Tuan: ( )

Ahli Jawatankuasa, Rujukan Kami: ( )

Pemilihan Murid Prasekolah,

Tuan / Puan,

MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH BAGI SESI TAHUN 2017.

Merujuk kepada perkara di atas, tuan / puan adalah diwajibkan hadir pada :

Tarikh : 20 November 2016

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SK.Iskandar Perdana

2. Agenda Mesyuarat.

i. Ucapan pengerusi.
ii. Membentang proses pemilihan murid prasekolah sesi 2017 (pendaftaran online)
iii. Menetapkan secara rasmi calon murid yang berjaya dipilih.
iv. Hal-hal lain
v. Ucapan Penangguhan
3. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

____________________

(AZLI BIN HASHIM,PPT)

Guru Besar

SK.Iskandar Perdana
LAMPIRAN B

SENARAI NAMA CALON MURID PRASEKOLAH 2017 ( YANG LAYAK )

1.

2.

3.

SENARAI NAMA CALON SIMPANAN MURID PRASEKOLAH 2017 ( KIV )

1.

2.

3.

SENARAI NAMA CALON DITOLAK PERMOHONAN ( GAGAL )

1.

2.

3.

You might also like