Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SUNITA CHRISTINE VINCENT

SK ST JAMES KUDAT

89058, KUDAT

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami : JP (SB) / 500 / 21220

Tarikh : 10 MAC 2021

Pentadbir

PPD KUDAT

89058, KUDAT.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK KEKAL BERTUGAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN ST JAMES KUDAT

Adalah dengan dukacitanya, saya diarah untuk merujuk kepada perkara diatas.

Surat bil. PPD (KDT)/700-4/1 Jld.2 (18) bertarikh 16 FEBRUARI 2021 adalah dirujuk.

02. Saya penama di atas telah menerima arahan bertukar ke SK LOK YUK BT.1, Kudat mulai 22
February 2021. Saya ingin merayu agar pertukaran ini dapat dipertimbangkan oleh pihak Tuan Dan
saya dibenarkan untuk kekal bertugas di SK St James Kudat berdasarkan masalah Kesihatan yang
saya alami Dan kesukaran untuk saya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dalam Masa yang
singkat seperti ini.

03. Saya sedang nendapatkan rawatan di Klinik Pakar Rheumatology Dan Klinik Pakar Mata di
Hospital Queen Elizabeth sejak tahun 2015. Saya disyaki menghidap penyakit Ankylosing Spondylitis
Dan Anterior Uveitis. Keadaan ini juga telah menyebabkan saya menghidap ' Major Depression’ yang
beserta dengan ‘Anxiety Attack’ Dan ‘Panic Disorder’. ( Surat daripada Doctor disertakan bersama).

04. Arahan pertukaran ini telah menyebabkan saya amat tertekan sehingga terpaksa
mendapatkan rawatan dan pemerhatian di wad Hospital Kudat. Ini kerana keadaan di sekolah baru
iaitu SK Lok Yuk Bt 1 tidak kondusif dengan keadaan saya kerana perlu menaiki tangga ke kelas dan
Bilik guru. Juga Masa yang diberikan untuk pertukan amatlah singkat dan tiada ruang untuk saya
membuat sebarang persediaan awal.

05. Saya merayu dan amat berharap agar permohonan saya untuk tidak bertukar di beri
pertimbangan yang sewajarnya dan saya dibenarkan untuk kekal di SK St James.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………….

(SUNITA CHRISTINE VINCENT)

Sk - 1. Pentadbir SK ST JAMES

2. Pegawai Pelajaran Daerah Kudat, 89057, Kudat

3. Fail Sekolah SK LOK YUK BT 1

4. Penama : SUNITA CHRISTINE VINCENT

You might also like