Professional Documents
Culture Documents
HubunganEkonomiAS Malaysia2
HubunganEkonomiAS Malaysia2
HubunganEkonomiAS Malaysia2
net/publication/321129285
CITATIONS READS
0 9,613
1 author:
Aszlan Selamat
Wawasan Open University
8 PUBLICATIONS 1 CITATION
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Malaysia - U.S Relations, 1975-2003: Printed Mainstream Media Impact in Selected Case studies ( Hubungan Malaysia - AS, 1975-2003: Pengaruh Media Arus Verdana
Bercetak dalam Kajian Kes Terpilih View project
Isu-Isu dalam Surat Khabar Malaysia dan America Syarikat dalam Mencorakkan Hubungan kedua-dua buah negara, 1975-2004 View project
All content following this page was uploaded by Aszlan Selamat on 17 November 2017.
Artikel ini merupakan usaha mengenalpasti pengaruh isu politik dan isu yang berkaitan dengan
Islam dalam kelangsungan hubungan ekonomi AS dan Malaysia. Hubungan bilateral yang
berlaku antara AS dan Malaysia melibatkan dua tahap penting iaitu tahap kerjasama dan
ketegangan. Sebelum peristiwa 9/11 berlaku, hubungan kedua-dua negara berada dalam situasi
yang tegang. Krisis ekonomi Asia yang berlaku sekitar tahun 1997 dan 1998 memberi kesan
negatif ke atas hubungan ekonomi AS-Malaysia. Tambahan, serangan pengganas yang berlaku
ke atas AS yang melibatkan rakyat Malaysia telah mengubah tumpuan hubungan duahala AS-
Malaysia dengan mengutamakan usaha memerangi keganasan melalui kempen memerangi
keganasan global (GWOT). Dengan menggunakan metod tafsiran sejarah melalui pendekatan
qualitatif dan analisa sejarah ke atas data primer dan sekunder, didapati isu-isu politik dan yang
berkaitan dengan Islam tidak menjejaskan hubungan ekonomi AS-Malaysia kerana tersapat
faktor-faktor lain yang menyebabkan aktiviti kerjsama ekonomi yang dijalankan mengalami
peningkatan dan penyusutan selepas tahun 2007.
Kata Kunci; Hubungan Ekonomi, AS-Malaysia, era Pentadbiran Bush, pengaruh isu politik
dan Isu berkaitan Islam.
Pengenalan
Hubungan awal yang telah dijalinkan antara Malaysia dan AS telah berlangsung sebelum
Perang Dunia Kedua lagi. AS telah menjalankan aktiviti perdagangan dan pelaburan di Tanah
Melayu yang pada ketika itu ditadbir oleh pihak British. Oleh itu, hubungan yang wujud
berjalan dalam bentuk segi tiga iaitu antara AS, Tanah Melayu dan pihak British. Walau
bagaimanapun, segala urusan yang berlaku dikendalikan oleh pihak British yang mewakili
Tanah Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia
dalam tahun 1963, perubahan dasar luar AS sangat ketara terutamanya dalam aspek
keselamatan. Kerjasama dan bantuan ekonomi yang dijalankan lebih tertumpu kepada usaha
untuk membendung pergerakan komunis di rantau Asia Tenggara.
Dalam aspek ekonomi, hubungan ekonomi kedua-dua negara mengalami peningkatan dalam
aktiviti perdagangan dan pelaburan secara langsung dan megalami penurunan selepas tahun
2007.2 Krisis ekonomi Asia Tenggara yang yang berlaku pada tahun 1997/1998 juga memberi
kesan ke atas hubungan ekonomi kedua-dua negara. Selepas serangan pengganas ke atas Pusat
Dagangan Dunia yang bertempat di New York, AS juga menjadikan hubungan ekonomi kedua-
dua negara mengalami peningkatan. Tambahan isu politik kedua-dua negara dan yang
1
Artikel ini pernah dibentangkan di Persidangan Transformasi Sosial ke-2 bertempat di Universiti Malaysia
Sabah dan memenangi hadiah kategori artikel terbaik Pascsiswazah.
2
Perdagangan Malaysia-AS, http//www.matrade.gov.my
1
melibatkan Islam telah menjadikan isu tersebut semakin menonjol yang mungkin
mempengaruhi turun naik hubungan ekonomi kedua-dua negara.
Kertas ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh isu politik dan yang berkaitan dengan Islam
ke atas hubungan ekonomi kedua-dua negara era pentadbiran presiden Bush. Hal in kerana,
ketika pentadbiran Bush banyak isu-isu yang berkaitan dengan isu politik dan berkaitan dengan
Islam mendapat perhatian kedua-dua negara. Pada masa yang sama, hubungan ekonomi kedua-
dua negara juga mengalami peningkatan dan kemudian berlaku penyusutan ketika isu-isu
tersebut berlaku. Persoalan yang cuba dijawab ialah: Adakah isu politik dan isu yang berkaitan
dengan Islam mempengaruhi hubungan ekonomi AS-Malaysia era pentadbiran Bush?
Mengapakah hubungan ekonomi kedua-dua negara mengalami peningkatan selepas peristiwa
11 September 2001 dan mengalami penyusutan selepas tahun 2007?
Kertas ini menggunakan metod kualitatif iaitu kaedah penyelidikan kepustakaan untuk
mendapatkan data seperti buku, artikel dalam jurnal, laporan agensi, akhbar bercetak dan
akhbar elektronik seperti the star. Selain itu beberapa laman sesawang seperti MATRADE juga
diakses untuk mendapatkan data statistik tahunan seperti jumlah pelaburan dan perdagangan
AS-Malaysia dari tahun 2001 hingga 2009. Untuk menganalisa data-data ini, analisa sejarah
digunakan untuk menjawab persoalan dan mencapai tujauan artikel ini.
3
Sodhy, Pamela, 2003, U.S-Malaysian Relations During The Bush Administration; The Political, economic and
Security Aspects, Contemporary Southeast Asia, no.3 hlm 371.
4
Ibid; Report of The CSIS Southeast Asia Program And ISIS Malaysia, May 2012, From Strength to
empowerment: The Next Generation of U.S-Malaysia Relations, Centre for Strategic & International Studies,
hlm.3.
5
Sodhy, Pamela, 2003, U.S-Malaysian Relations During the Bush Administration, hlm.371.
6
Ibid.
2
Rajah 1: Perdagangan Malaysia – US dari tahun 2000-2010
3
menggunakan Malaysia sebagai “spring board” untuk meningkatkan pasaran ASEAN dan
China. Pada masa yang sama, beliau juga mekankan bahawa Persatuan Industri Elektronik
Malaysia-AS merupakan 18 syarikat US yang mempunyai prestasi yang baik seperti Intel,
Motorola, Western Digital, AMD, Dell dan Texas Instruments.
Akibat kejatuhan jumlah pelaburan AS di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengubah
beberapa dasar ekonomi untuk menarik pelabur. Contohnya, pada tahun 2002 dasar
pengecualian cukai dilaksanakan ke atas beberapa syarikat asing terutamanya yang
menjalankan urusniaga berasaskan perkhidmatan, Syarikat yang tidak memunggut cukai jualan
dan perkhidmatan dari pelanggan akan dikembalikan kepada syarikat tersebut dan cukai
barangan yang dikenakan ke atas barangan import juga akan dikenakan ke atas barangan
keluaran tempatan serta beberapa inisiatif tambahan.8
Usaha untuk meningkatkan kerjasama ekonomi ini menunjukan bahawa AS dan Malaysia
mengambil berat ke atas perkara ini. Hal ini berbeza seperti yang dijelaskan oleh Sodhy bahawa
selepas peristiwa 11 September 2001, hubungan kedua-dua negara lebih memfokuskan ke atas
dasar memerangi keganasan yang menyebabkan hubungan ekonomi kurang diambil perhatian.9
Pelaburan terbesar AS di Malaysia meliputi sektor elektronik, minyak dan gas. Pada tahun
2001 pelaburan dalam sektor ini berjumlah US$6 bilion. Pada tahun 2002, pelaburan telah
menyusut disebabkan oleh peristiwa 11 September. Penyusutan ini telah membawa Malaysia
untuk mengambil tindakan untuk mempromosikan pelaburan di Malaysia. Menurut US
government’s Bureau of Economic Analysis menjelaskan pelaburan langsung AS di Malaysia
telah meningkat 42% dari US$7.1 bilion pada tahun 2003 kepada US$10 bilion pada tahun
2005.10 Pada tahun 2006, AS merupakan pelabur kedua terbesar Malaysia iaitu sebanyak
US$866 bilion selepas negara Jepun. Hal ini disebabkan oleh masalah ekonomi dalaman AS
yang berhadapan defisit berjumlah $450 juta.11
4
dikuatkuasakan pada akhir tahun 2001 agak berat sebelah apabila penganut agama Islam
dikalangan lelaki yang berusia 16 hingga 46 tahun terpaksa menunggu 20 hari untuk
memproses permohonan visa mereka.12
Malaysia juga telah mengambil keputusan mengkritik tindakan serangan yang dibuat oleh AS
ke atas Afghanistan dan Iraq. Pada September 2002, Dr Mahathir telah memberi amaran
bahawa pengganas dari negara Islam tidak akan berakhir sekiranya negara besar dan berkuasa
itu terus-menerus membalas dendam daripada mencari jalan penyelesaian.13 Rasa tidak puas
hati Dr Mahathir bukan sahaja diluahkan semasa persidangan kemuncak OIC tetapi
diterjemahkan juga dalam ucapan beliau semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO yang
ke-54 pada 19 Jun 2003. Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir menyatakan;
The hunt for the terrorist has made the world tense and unsafe. Bombs
explode in many parts of the world. Afghanistan and Iraq were attacked and
Syria and Iran were similarly threatened unless they changed their
governments.14
Tindakan AS dan Britain menyerang kedua-dua buah negara Islam dari 19 Mac hingga 1 Mei
2003 dikutuk hebat oleh kerajaan dan masyarakat Malaysia. Tindakan AS menyerang Iraq dan
Afghanistan disifatkan kejam oleh Malaysia. Walaupun, Pusat Membendung Keganasan Asia
Tenggara (SEARCCT) ditubuhkan atas sokongan dan kerjasama pihak AS, namun disebabkan
oleh pendirian Malaysia yang menentang doktrin yang bertentangan dengan prinsip AS dalam
pasukan pertahanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu serangan dan pencerobohan ke
atas Afghanistan dan Iraq. Oleh itu, apabila SEARCCT ditubuhkan, AS telah digugurkan
daripada menjadi ahli pusat tersebut.15
Selain itu, kerajaan AS juga menunduh kerajaan Malaysia terlibat dengan pengeluaran haram
mesin untuk menhasilkan uranium untuk tujuan pembuatan senjata ke Libya. Melalui
Kementerian Luar, kerajaan Malaysia telah menghantar surat rasmi untuk memprotes tuduhan
AS dan meletakan kedudukan Malaysia sama seperti negara Iran, Korea Utara dan Libya.16
Pada tahun 2004, Malaysia telah mengambil tindakan mengkritik layanan AS ke atas banduan
Iraq di penjara Abu Ghraib dan mengesa pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu menggantikan pasukan AS di Iraq. 17
Berikutan serangan AS dan sekutunya ke atas Iraq dan Afghanistan serta hukuman mati ke atas
Saddam Hussien, Dr Mahathir telah menjalankan perbicaraan dan didapati Bush, Tony Blair
John Howard bersalah. Menurut Dr Mahathir;
12
Sodhy, Pamela, 2003, U.S-Malaysian Relations During the Bush Administration, hlm.367.
13
“United States Against Attack on Iraq” News Straits Times, 13 September 2002.
14
Ibid.
15
‘Malaysia Drop U.S as Partner in New Regional Anti Terror Centre’, Europe Intelligence Wire, 1 Julai 2003;
Bruce Vaughn & Michael Martin, Malaysa: Political, Security, Economic and Trade Issues Considered, CRS
Report for Congress, 13 February 2007, hlm. 26; Pamela Sodhy, U.S-Malaysian Relation During The Bush
Administration, op. cit., hlm. 385.
16
‘Search of ship led to seizure of containers bound for Libya’, NST 21 Februari 2004, hlm 4.
17
‘Malaysia: Torture Claims, Far Eastern Economic Review’, 3 Jun 2004, hlm.24.
5
‘People the world over are angry at the double standards of the US and are
determined to express their outrage at the manner in which the civilian
populations of Iraq, Palestine and Afghanistan were treated.’18
‘….if Saddam is guilty of war crimes, then the world must find Bush, Blair
and John Howard equally guilty’.19
Pada masa yang sama, Malaysia juga bependirian menentang dan mengkritik dasar AS ke atas
Isreal. Perdana menteri Malaysia mengkritik tindakan AS kerana tidak bertindak menggesa
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar mengambil tindakan dan
mengutuk serangan Isreal ke atas Palestin.20 Tindakan seterusnya, Dr Mahathir telah menggesa
agar memboikot barangan sebagai tindakan untuk menggesa AS agar berhenti memberi
sokongan serangan Isreal ke atas Palestin.21 Sepanjang era pentadbiran Presiden Bush selama
dua penggal, didapati banyak isu-isu politik dan berkaitan Islam.
Walau bagaimanapun, disebalik berlaku penurunan dalam hubungan ekonomi Malaysia-AS
dari tahun 2007 hingga 2009 dan pada masa yang sama muncul gerakan menghentam dan
mengkritik AS terutamanya Bush dan sekutunya yang semakin meningkat di Malaysia.
Namun, kaitan antara kedua-dua isu iaitu isu politik dan berkaitan dengan Islam tidak
mempengaruhi peningkatan dan penyusutan hubungan ekonomi AS-Malaysia kerana setakat
ini tidak ditemui mana-mana dokumen yang menjelaskan bahawa perubahan naik turun
hubungan ekonomi Malaysia dengan AS disebabkan oleh kedua-dua isu tersebut.
Sebaliknya, perkara ini disebabkan oleh beberapa sebab lain iaitu masalah defisit sebanyak
$450 bilion yang dialami oleh pihak AS disebabkan oleh perbelanjaan berlebihan yang
ditumpukan ke atas usaha memerangi keganasan terutamanya di Aghanistan dan Iraq.
Tambahan, AS juga memperuntukan sejumlah dana untuk membantu negara lain yang
menyokong dasar memerangi keganasan global AS. Hal ini meyebabkan peruntukan ke atas
usaha GWOT (Global war on Terrorism) semakin meningkat dan akhirnya memaksa Bush
mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk memenuhi peruntukan dan pelaksanaan dasar
memerangi keganasan tersebut. Contohnya, peruntukan Malaysia untuk tujuan latihan
ketenteraan dapat dilihat berdasarkan jadual 2;
Jadual 2: Jumlah Peruntukan dan Perbelanjaan Program Latihan dan Pendidikan Kententeraan
………….Antarabangsa untuk Malaysia, 2001-2006
Tahun 2001 2002 2003 2004 2005 2006
Jumlah
($juta) 2.88 3.16 3.16 3.57 4.18 3.39
Sumber: Military Assistance, International Military Education and Training Foreign Military
…. .Financing Peacekeeping Operations, http://www.state.gov/documents/organization/60649
Selain itu krisis ekonomi global juga telah memberi kesan ke atas ekonomi AS bermula pada
tahun 2008. Kesannya AS terpaksa mengurangkan jumlah import dari negara-negara lain
18
‘Saddam’s Execution a public murder, says Dr M’, 2 Januari 2007; http://thestar.com.my/news
19
Sodhy, Pamela, 2012, Malaysia-US Relations 2000-2011, Kuala Lumpur: Institute of Strategic &
International Studies (ISIS), hlm. 34.
20
‘Malaysia wants UN Action’, 6 Januari 2009, http;//the star.com.my/news.
21
“Dr M: Save Palestine, Boycott US Goods; 6 Januari 2009, http://thestar.com.my/news.
6
termasuklah Malaysia. Perubahan haluan aktivti perdagangan Malaysia-AS juga disebabkan
oleh perjanjian Japan-Malaysia Trade Partnership pada tahun 2006 menyebabkan eksport
Malaysia ke AS menyusut.
2. Kesimpulan
Walaupun isu politik dan yang berkaitan dengan Islam begitu menonjol ketika era petadbiran
Bush dalam hubungan AS-Malaysia, namun ia tidak mempengaruhi perubahan dalam
hubungan ekonomi kedua-dua negara. Sebaliknya perubahan berlaku disebabkan faktor-faktor
lain seperti masalah defisit AS, krisis ekonomi global dan perubahan haluan perdagangan
Malaysia kepada negara Jepun. Walau bagaimanapun, penurunan ini tidak berpanjangan
kerana graf hubungan ekonomi kedua-dua negara meningkat semula pada tahun 2010. Justeru
dapat disimpulkan bahawa hubungan ekonomi Malaysia-AS era pentadbiran Bush tidak
dipengaruhi secara negatif oleh isu-isu yang berkaitan dengan politik dan berkaitan dengan
Islam sebaliknya wujud faktor-faktor lain yang mempengaruhi aliran peningkatan dan
penyusutan tersebut.
Rujukan
Buku
Baginda. R. (ed). (2007) Malaysia’S Foreign Policy: Continuity & Change. Malaysia:
Marshall Cavendish Sdn Bhd, hlm. 50.
Yacob.S. (2008). The United States and the Malaysian Economy. New York: Routledge
Sodhy. P. (2012). Malaysia-US Relations 2000-2011. Kuala Lumpur: Institute of Strategic &
International Studies (ISIS).
Artikel dalamJurnal
Sodhy. P. (2003), U.S-Malaysian Relations During The Bush Administration; The Political,
economic and Security Aspects, Contemporary Southeast Asia, no.3 hlm 371.
Ucapan
“Why Malaysia Matters to United States” Ucapan Duta AS ke Malaysia, James Keith pada
13 March 2008
Laporan
CRS Report for Congress. Malaysa: Political, Security, Economic and Trade Issues
Considered. 13 February 2007.
Report of The CSIS Southeast Asia Program And ISIS Malaysia. May 2012. From Strength
to empowerment: The Next Generation of U.S-Malaysia Relations. Centre for Strategic &
International Studies.
7
Surat Khabar Bercetak
“Malaysian Investment Policy Change”.24 Jun 2003, Financial Times.
‘Search of ship led to seizure of containers bound for Libya’. New Straits Times, 21 Februari
2004.
‘United States Against Attack on Iraq’ News Straits Times. 13 September 2002.
‘Malaysia Drop U.S as Partner in New Regional Anti-Terror Centre’. Europe Intelligence
Wire. 1 Julai 2003.
Akhbar elektronik
“Dr M: Save Palestin, Boycott US Goods; 6 Januari 2009, http://thestar.com.my/news diakses
pada 7 Oktober 2015.
Lim Ai Lee, ‘Obama Hails Malaysia’s Move to curb WMD’s’ 14 April 2010,
htpp://www.thestar.com.my/services diakses pada 3 Oktober 2015.
Laman sesawang
Perdagangan Malaysia-AS. http//www.matrade.gov.my diakses pada 5 Oktober 2015.
Military Assistance. International Military Education and Training Foreign Military Financing
Peacekeeping Operations. http://www.state.gov/documents/organization/60649 diakses pada
17 September 2015.
United States Census Bureau. http:// www.census.gov diakses pada 17 September 2015.