Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

NAMA KURSUS:

LEKSIKOLOGI

(JID3004)

TAJUK KAJIAN:

SUMBANGAN PROSES PEMBENTUKAN KATA

DALAM KAJIAN LEKSIKOLOGI

(SOALAN 4)

NAMA PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. SALINAH BINTI JA’AFAR

NAMA AHLI KUMPULAN:

NUUR AQILAH BINTI ROSNAN 17205260/1


FATMARUHANI BINTI IBRAHIM 17206552/1
POVANESWARY MURALEY 17205177/1
GAYATHIRI NILIMANIAM 17207358/1

1
SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

1.0 Pengenalan 3-4

2.0 Objektif Kajian 4

3.0 Bahan Kajian 5

4.0 Batasan Kajian 5

5.0 Kaedah Kajian 6

6.0 Dapatan Kajian 6-21

7.0 Kesimpulan 22-23

8.0 Bibliografi 24

2
1.0 PENGENALAN

Menurut Nathesan (2016:1), mengatakan bahawa leksikologi bermaksud ilmu yang

berkaitan dengan kajian perkataan. Leksikologi selalunya dirujuk sebagai kajian leksis, iaitu

kajian tentang perkataan. Leksikologi bukan sahaja meneliti perkataan mudah, tetapi turut

melibatkan semua jenis perkataan termasuklah kata kompleks dan kata majmuk. Leksis,

leksikon atau disebut juga kosa kata sangat penting dalam bahasa walaupun hanya merupakan

komponen asas. Semua bahasa ada kosa kata atau leksikon yang menjadi sebahagian daripada

nahunya. Manakala, menurut Kamus Linguistik (1997:146), mengatakan leksikologi ialah

cabang linguistik yang mengkaji dan menganalisis butir kosa kata sesuatu bahasa, berserta

dengan makna dan evolusinya. Menurut Nathesan (2016:6), bidang leksikologi merupakan

salah satu bidang dalam ilmu linguistik yang ada kaitannya dengan leksikon atau

perbendaharaan kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Apabila memperkatakan hal yang

berkaitan dengan perbendaharaan kata dalam bahasa, hal tersebut pula ada kaitannya dengan

perkataan.

Ullmann (1967:30) menjelaskan bahawa leksikologi merupakan bidang yang

dikhususkan untuk kajian perkataan. Secara ringkasnya, leksikologi merupakan kajian

tentang leksis atau senarai perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa yang tertentu.

Apabila leksis dibicarakan hal ini ada hubung kait dengan perbendaharaan kata atau kosa

kata. Perbendaharaan kata pula selalunya dikaitkan dengan semua jenis perkataan yang

terdapat dalam satu-satu bahasa. Oleh sebab unit bahasa ini hendaklah dianalisis dari aspek

bentuk, makna, dan perubahan perkataan, maka bidang ini didapati bertindih dengan

beberapa bidang lain, seperti etimologi, morfologi, dan semantik.

Menurut Suriya Chapakiya (2014), morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur

perkataan, bentuk dan kategori kata. Struktur perkataan ialah susunan bunyi ujaran atau

3
tulisan yang membentuk makna perkataan sesuatu bahasa. Bentuk perkataan ialah unit

tatabahasa dalam bentuk perkataan dasar atau bentuk terbitan iaitu perkataan yang telah

diproses sama ada dalam bentuk pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Kategori

kata pula ialah penggolongan kata iaitu perkataan yang mempunyai bentuk dan fungsi yang

serupa dan dikategorikan atau dibahagikan dalam kategori yang sama.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009: 598), proses pembentukan kata ialah cara

sesuatu perkataan dibina. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal tidak melibatkan apa-apa

proses tetapi tiga bentuk kata lain mengalami proses pembentukan tersendiri iaitu proses

pengimbuhan bagi membentuk kata terbitan, proses pemajmukan bagi membentuk kata

majmuk, dan proses penggandaan bagi membentuk kata ganda. Proses pembentukan kata

yang bersifat derivatif ini dapat menghasilkan banyak perkataan melalui percantuman kata

dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu. Kaedah

pembentukan perkataan seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini berbeza daripada

kaedah pembentukan bahasa-bahasa yang bersifat fleksibel. Perkataan juga dapat diterbitkan

daripada penggandaan kata dasar, sama ada penggandaan secara menyeluruh atau hanya

sebahagian kata dasar tersebut. Oleh itu, pengkaji akan menghuraikan aspek-aspek yang

terdapat dalam proses pembentukan kata seterusnya sumbangan proses-proses ini dalam

kajian leksikologi. Proses pembentukan kata yang akan dibincangkan termasuklah proses

pengimbuhan, proses penggandaan, proses pemajmukan, dan proses pengakroniman.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1.

2.1 Mengenal pasti proses pembentukan kata dalam perkembangan bahasa.

2.2 Menganalisis sumbangan proses pembentukan kata dalam kajian leksikologi.

4
3.0 BAHAN KAJIAN

Bahan kajian merupakan data yang dikaji dalam sesuatu kajian. Data yang digunakan

sebagai bahan kajian oleh pengkaji bagi melaksanakan tugasan ini ialah data sekunder.

Pandemik Covid-19 dan bencana alam yang dialami oleh masyarakat Malaysia kini, telah

menyebabkan pengkaji menggunakan data berbentuk sekunder. Justeru, pengkaji telah

memilih beberapa kajian lepas seperti jurnal yang mempunyai senarai kata dialek Melayu

Kelantan untuk dijadikan bahan kajian. Selain itu, pengkaji turut mengambil data kajian dari

buku hasil karya Asmah Haji Omar (2015) yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu. Data

yang dikaji pula merupakan dialek Melayu Kelantan dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis

dan semantiknya.

4.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibataskan kepada dua bidang sahaja iaitu yang paling utama adalah

leksikologi dan bidang yang lainnya adalah bidang morfologi yang mana meliputi aspek

pembentukan kata.

Pengkajian dari bidang leksikologi yang dijalankan adalah dari aspek perubahan

makna leksikal apabila suatu perkataan mengalami proses pembentukan kata yang

mengubahnya dari satu jenis atau golongan kata kepada jenis atau golongan kata yang lain.

Proses pembentukan kata yang difokuskan dalam kajian ini pula ialah proses pengimbuhan,

proses penggandaan, proses pemajmukan, dan proses pengakroniman.

5
5.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan bagaimana pengkaji mendapatkan data yang lebih jelas

mengenai proses pembentukan kata dalam perkembangan bahasa serta sumbangan proses

pembentukan kata tersebut dalam kajian leksikologi. Pengkaji telah menggunakan kaedah

kepustakaan untuk memperoleh data dan maklumat bagi proses penghuraian dalam bahagian

dapatan kajian. Kaedah kepustakaan ialah kaedah yang berkaitan pencarian maklumat secara

fizikal atau digital berkaitan dengan objektif kajian. Bagi mendapatkan maklumat sebanyak

mungkin, pengkaji telah merujuk kepada bahan-bahan bertulis seperti buku yang bertajuk

Susur Galur Bahasa Melayu dan Nahu Melayu Muktakhir untuk mendapatkan gambaran

secara kasar agar penulisan pengkaji tidak terpesong.

Selain itu, pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui bentuk digital iaitu pencarian

maklumat dalam internet bagi bahan-bahan seperti artikel jurnal dan tesis yang berkaitan

dengan objektif kajian. Hal ini demikian kerana data yang dijadikan sumber kajian

merupakan data sekunder. Pengkaji mengambil data-data dari kajian lepas untuk

membuktikan perbincangan dan penganalisisan.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menerangkan aspek-aspek yang terdapat dalam proses pembentukan kata

seterusnya sumbangan proses-proses ini dalam kajian leksikologi. Proses pembentukan kata

yang akan dibincangkan termasuklah proses pengimbuhan, proses penggandaan, proses

pemajmukan, dan proses pengakroniman.

6
6.1 Proses Pembentukan Kata

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membina atau membentuk sesuatu

perkataan. Nik Safiah Karim (2010) mendefinisikan perkataan sebagai satu unit ujaran yang

bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk

bunyi bahasa. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian atau

pengkajian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

Hal ini bermaksud, perkataan merupakan unit yang terdiri daripada satu bentuk bunyi bahasa

atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Setiap unit perkataan pula berbentuk bebas dan

mengandungi makna. Bentuk kata ialah susunan, gandingan atau binaan satu morfem atau

beberapa morfem dalam proses pembentukan kata.

Proses pembentukan kata ialah cara atau kaedah sesuatu perkataan dibina. Dalam

bahasa Melayu, kata tunggal tidak mengalami sebarang proses, namun tiga bentuk kata lain

mengalami proses pembentukan tersendiri iaitu proses pengimbuhan bagi membentuk kata

terbitan, proses pemajmukan bagi membentuk kata majmuk dan proses penggandaan bagi

membentuk kata ganda. Proses pembentukan kata yang bersifat derivatif ini dapat

menghasilkan banyak perkataan baru melalui percantuman kata dasar dengan pelbagai

imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu. Kaedah pembentukan perkataan seperti

yang terdapat dalam bahasa Melayu ini berbeza daripada kaedah pembentukan bahasa-bahasa

yang bersifat fleksibel. Perkataan juga dapat diterbitkan daripada penggandaan kata dasar,

sama ada penggandaan secara menyeluruh atau hanya sebahagian kata dasar tersebut.

Contohnya, kekura, sayur-sayuran dan sebagainya.

Menurut Sager (1996), pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem

atau morfem yang benar-benar baharu. Malah, menurut Umar (1987), tidak ada pembentukan

7
kata baru sama sekali jika pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan peminjaman atau

penggunaan kata lama secara baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada

unsur leksikal yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini terjadi apabila

suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk tujuan tertentu dan penutur

biasanya menerima ungkapan sedia ada dan meluaskan maknanya.

6.1.1 Proses Pengimbuhan

Pengimbuhan merupakan satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan

satu atau lebih imbuhan kepada satu bentuk dasar (Abdullah Hassan:2006). Berdasarkan

Zaharani Ahmad (2010) pula, pengimbuhan ialah satu proses morfologi yang

menggandingkan imbuhan dengan kata dasar dan menghasilkan satu bentuk kata berimbuhan

yang dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu iaitu

awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Penjenisan imbuhan ini dibuat berdasarkan posisi yang

digandingkan oleh imbuhan tersebut sama ada sebelum kata dasar, selepas kata dasar, di

tengah kata dasar atau yang mengapit kata dasar. Melalui proses pengimbuhan ini lahirlah

bentuk perkataan yang dikenali sebagai kata terbitan.

Proses pengimbuhan berlaku apabila sesuatu kata dasar berbentuk tunggal iaitu

morfem bebas menerima penambah. Penambah yang dimaksudkan adalah morfem terikat

yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan bantuan morfem bebas untuk

menjadikannya bermakna. Walaupun morfem terikat tidak mempunyai makna namun, ia

mempunyai fungsi nahu yang membolehkannnya mengubah makna serta golongan sesuatu

kata. Terdapat juga morfem terikat yang yang disebut akar seperti tani, tawa dan tapa.

Morfem terikat ini juga memerlukan bantuan imbuhan atau morfem terikat untuk

8
menjadikannya perkataan yang bermakna. Misalnya, petani, ketawa, dan bertapa. Proses ini

melibatkan empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Imbuhan awalan merupakan morfem terikat yang digandingan sebelum kata dasar dan

perkataan yang terhasil daripada proses ini dikenali sebagai kata terbitan berawalan. Imbuhan

awalan dapat dibahagikan kepada awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan kata

adjektif. Imbuhan awalan kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah pe-, pen-,

pem-, dan ke-. Kata dasar main, beli, datang, dan hendak menjadi pemain, pembeli,

pendatang dan kehendak apabila mengalami proses pengimbuhan. Misalnya, perkataan main

menjadi pemain apabila menerima imbuhan awalan pe (pe + main), perkataan datang

menjadi pendatang apabila menerima imbuhan pen (pen + datang). Proses pengimbuhan ini

telah mengubah golongan kata perkataan tersebut daripada kata kerja kepada kata nama.

Imbuhan awalan kata kerja pula terdiri daripada morfem terikat seperti me-, mem-, men-,

ber-, ter-, dan di-. Contohnya, kata dasar lihat menjadi melihat (me + lihat), baca menjadi

membaca (mem + baca), dan jatuh menjadi (ter + jatuh). Manakala imbuhan awalan kata

adjektif yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ter-, dan se- iaitu tertinggi dan sejauh.

Imbuhan akhiran pula merupakan imbuhan yang digandingkan selepas kata dasar.

Imbuhan akhiran dapat dibahgikan kepada imbuhan akhiran kata nama dan imbuhan akhiran

kata kerja. Antara imbuhan akhiran kata nama ialah -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at dan -ah.

Contohnya, perkataan angkasa menjadi angkasawan apabila menerima imbuhan akhiran

-wan (angkasa + wan), perkataan olahraga menjadi olahragawati selepas menerima

imbuhan -kan (olahraga + wati) serta perkataan hadir menjadi hadirin selepas menerima

imbuhan -in (hadir + in). Imbuhan akhiran kata kerja ialah -kan, dan -i. Misalnya, perkataan

hidup menjadi hidupkan selepas menerima imbuhan -kan (hidup + kan) dan perkataan turun

menjadi turuni selepas menerima imbuhan -i (turun + i).

9
Imbuhan berapitan pula merupakan imbuhan yang mengapit sesuatu kata dasar.

Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa imbuhan apitan seperti pe-…an, pem-…an, pe-an,

ke-…an, me-…kan dan lain-lain. Misalnya, apabila imbuhan apitan kata nama iaitu pe-…an

digandingkan dengan perkataan makan maka ia berubah menjadi pemakanan

(pe+makan+an). Apabila imbuhan apitan kata kerja seperti me-…kan diimbuhkan kepada

perkataan derma maka ia menjadi mendermakan (men+derma+kan). Begitu juga kepada

imbuhan apitan ke-…an yang membentuk kata adjektif iaitu kemerahan, keperangan dan

kemelayuan.

Imbuhan sisipan merupakan imbuhan yang disisipkan diantara unsur-unsur kata dasar.

Imbuhan sisipan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah -el-, -em-, dan -er-. Misalnya,

perkataan gigi menjadi gerigi apabila disisipkan dengan imbuhan -er-, perkataan tapak

menjadi telapak apabila disisipkan dengan imbuhan -el- serta perkataan guruh menjadi

gemuruh. Imbuhan sisipan ini dengan sendirinya tidak boleh membentuk kata kerja tetapi

kata nama atau kata adjektif yang mengandungi sisipan boleh dijadikan kata kerja dengan

imbuhan kata kerja. Misalnya, gerigi boleh berubah menjadi bergerigi apabila menerima

imbuhan awalan kata kerja.

Selain daripada morfem bebas terdapat juga kata terbitan yang mengalami proses

pengimbuhan ini. Perkataan jelajah merupakan kata terbitan yang mengalami proses

pengimbuhan iaitu sisipan -el-. Perkataan ini boleh digandingkan lagi dengan imbuhan lain

seperti imbuhan akhiran -i yang menjadikannya jelajahi (jelajah+i). Begitu juga dengan

perkataan terlalu boleh diperluaskan lagi kepada perkataan keterlaluan. Jelasnya, proses

pengimbuhan ini mampu menerbitkan perkataan berlainan golongan kata dan makna.

Dalam dialek Kelantan pula contohnya, hanya terdapat satu jenis proses pengimbuhan

iaitu suprafiksa pemanjangan konsonan. Menurut Zahrah Buang (1986), suprafiksa

10
kepanjangan konsonan ialah sejenis morfem terikat yang dibentuk oleh fonem segmental

yang diucapkan serentak dengan sebahagian atau seluruh kata dasar. Konsonan yang

dipanjangkan ialah konsonan pertama pada stem atau morfofonemnya. Suprafiksa

pemanjangan konsonan berlaku dalam beberapa keadaan dalam dialek Kelantan iaitu dalam

kata atau antara kata. Sekiranya, proses pemanjangan konsonan berlaku dalam kata, biasanya

perkataan tersebut terdiri dari tiga suku kata, yang suku kata pertamanya dihilangkan (Asmah

Haji Omar:2015). Proses pemanjangan konsonan wujud dalam situasi ini bagi menggantikan

penghilangan tersebut. Contohnya, perkataan berjalan akan diutarakan sebagai jjale dalam

dialek Kelantan. Perkataan tersebut terdiri daripada tiga suku kata dan suku kata pertamanya

ber- telah dihilangkan. Kemudian bagi menggantikan penghilangan suku kata tersebut

berlaku kepanjangan konsonan pada suku kata kedua perkataan tersebut sehingga menjadi

jjale. Begitu juga dengan perkataan menikah dan tercabut yang berubah sebagai nnikoh dan

ccaboq dalam dialek Kelantan selepas proses pengimbuhan iaitu pemanjangan konsonan.

Proses pemanjangan konsonan dalam dialek Kelantan juga boleh berlaku pada kata

ganda. Dalam hal ini, unsur pertama dalam kata berkenaan mengalami penghilangan, dan

pada masa yang sama konsonan awal pada unsur kedua dipanjangkan (Asmah Haji

Omar:2015). Misalnya, kata ganda kura-kura dan rama-rama menjadi kkuro dan rramo

selepas proses pemanjangan konsonan. Berdasarkan contoh tersebut, perkataan kata dasar

rama dan kura merupakan morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata.

Perkataan ini perlu menerima bantuan morfem lain untuk berdiri sendiri sebagai sebuah

perkataan. Jadi dalam bahasa Melayu Standard perkataan ini digandakan supaya perkataan

tersebut boleh berdiri sediri sebagai perkataan. Namun, dalam dialek Kelantan pula, unsur

pertama dalam kata ganda kura-kura dan rama-rama dihilangkan dan unsur kedua perkataan

tersebut dipanjangkan sehingga menjadi kkuro dan rramo.

11
Situasi ketiga yang melibatkan proses pemanjangan konsonan ialah proses antara

kata. Menurut Asmah Haji Omar (2015), pemanjangan konsonan antara kata berlaku dalam

hubungan antara kata depan dengan kata nama yang mengikutinya. Misalnya, frasa ke sana

akan menjadi ssano dalam dialek Kelantan. Hal ini demikian kerana kata depan ke dalam

frasa tersebut dihilangkan dan konsonan pertama kata nama yang diikutinya dipanjangkan

iaitu sana menjadi ssano. Begitu juga dengan frasa ke sini, di dalam dan pada baju berubah

menjadi ssini, ddale dan bbaju selepas proses pemanjangan konsonan. Dalam konteks ini,

kata depan di, pada atau ke sahaja yang akan terlibat dalam proses pemanjangan konsonan

dalam dialek Kelantan. Jelaslah dalam dialek Kelantan hanya terdapat satu proses

pengimbuhan iaitu proses pemanjangan konsonan yang berlaku sama ada dalam kata atau

antara kata.

6.1.2 Proses Penggandaan

Menurut Asmah Haji Omar (2015) dalam buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima,

mengatakan bahawa gandaan adalah kata yang dihasilkan oleh penggandaan. Penggandaan

didefinisikan sebagai proses mengulangi sesuatu perkataan, seluruhnya atau pada bahagian-

bahagian tertentu. Dalam penggandaan pada bahagian-bahagian tertentu, maka pengulangan

berlaku pada unsur kata yang berkenaan, dan unsur ini boleh merupakan satu atau lebih suku

kata atau rentetan bunyi-bunyi vokal atau konsonan yang tidak bertaraf suku kata. Menurut

Nik Safiah Karim (2015) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganda ialah

bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses pengulangan ini sama

ada melibatkan seluruh kata dasar yang disebut penggandaan penuh, atau melibatkan

sebahagian kata dasar sahaja yang disebut penggandaan separa. Proses penggandaan dalam

bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar

12
boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu

berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan

iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis

penggandaan penuh, iaitu pertama yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa

imbuhan. Contohnya, penggandaan penuh yang mengulangi seluruh kata dasar seperti

sekolah menjadi sekolah-sekolah, makan menjadi makan-makan dan besar menjadi besar-

besar. Manakala yang kedua adalah yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

Contohnya, penggandaan penuh yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan seperti

pelari menjadi pelari-pelari, jualan menjadi jualan-jualan dan perbualan menjadi

perbualan-perbualan.

Seterusnya, penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar

sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar iaitu kata tunggal dan kata

terbitan. Pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata

pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam

bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Contohnya,

penggandaan separa kata tunggal seperti jejari, pepohon dan sesiku. Manakala, penggandaan

separa kata berimbuhan pula ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak

di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Contohnya,

penggandaan separa kata berimbuhan seperti kata kerja tersenyum menjadi tersenyum-

senyum. Manakala, penggandaan separa kata berimbuhan seperti kata adjektif pula setinggi

menjadi setinggi-tinggi.

Selain itu, penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut

rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar

13
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan

pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

penggandaan berentak pengulangan vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan

penggandaan berentak bebas. Penggandaan berentak pengulangan vokal merupakan bunyi

yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya,

seperti sayur-mayur, ramah-tamah dan cerai-berai. Penggandaan berentak pengulangan

konsonan pula merupakan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu.

Contohnya, kayu-kayan, gunung-ganang dan huru-hara. Manakala, penggandaan berentak

bebas merupakan tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.

Contohnya, anak-pinak, simpang-siur dan ulang-alik.

6.1.3 Proses Pemajmukan

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang

merangkaikan dua atau lebih kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna yang

khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak

boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas dan rumah tangga

ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti ‘yang’. Sebaliknya

pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’ tanpa

mengubah makna atau rujukannya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada

tiga kelompok iaitu kata majmuk rangkai kata bebas, kata majmuk istilah khusus, dan kata

majmuk kiasan atau simpulan bahasa.

Kata majmuk rangkai kata bebas ialah bentuk kata majmuk yang tidak mempunyai

hubungan makna antara perkataan pertama dengan perkataan kedua. Hal ini bermaksud,

kedua-dua perkataan tersebut mendukung makna tersendiri. Sebagai contoh, jam dan tangan

14
masing-masing mempunyai makna tersendiri. Jam merujuk kepada alat bagi menunjukkan

masa atau waktu manakala tangan pula merujuk kepada salah satu anggota pada tubuh badan

manusia. Kedua-dua kata jam dan tangan ini mempunyai makna yang tersendiri jika

digunakan secara berasingan, namun demikian apabila digunakan bersama-sama sebagai kata

majmuk, jam tangan akan membawa maksud berbeza iaitu jam yang dipakai di tangan.

Kata majmuk istilah khusus pula merujuk kepada gabungan kata-kata istilah yang

digunakan dalam bidang ilmiah sahaja. Perkataan yang tergolong dalam kata majmuk istilah

khusus ini juga dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah

khusus. Contoh kata majmuk istilah khusus adalah seperti perkataan teknologi maklumat,

kertas kerja, bijih timah, dan kemas kini. Perkataan-perkataan ini lazimnya digunakan dalam

bidang yang berkaitan dengannya sahaja. Perkataan batu kapur contohnya hanya akan

digunakan dalam bidang yang berkaitan seperti subjek geografi atau kursus geologi.

Perkataan seperti garis pusat dan cari gali pula mustahil untuk digunakan dalam bidang

masakan atau subjek bahasa Inggeris.

Kata majmuk kiasan pula terdiri daripada rangkai kata yang terhasil daripada

simpulan bahasa. Jika diperhatikan, sebahagian besar simpulan bahasa dalam bahasa Melayu

adalah dalam bentuk kata majmuk. Kata majmuk kiasan ini merangkaikan dua atau lebih

perkataan untuk mewujudkan maksud baharu yang turut memberikan maksud-maksud

tertentu. Oleh hal yang demikian, kaya majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain

maksudnya yang sebenar. Sebagai contoh, kata pilih kasih, masam muka, duit kopi, buah

hati, curi tulang, cahaya mata, makan angin dan batu api. Apabila individu melakukan

perbuatan curi tulang misalnya, bukanlah bermaksud individu tersebut mencuri tulang ikan

atau tulang ayam. Kata majmuk kiasan curi tulang ini merujuk kepada individu yang tidak

melakukan kerjanya sebagaimana arahan yang diberikan atau dalam kata lain, ponteng kerja.

15
6.1.4 Proses Pengakroniman

Menurut Asmah Haji Omar (2015) dalam Buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima,

akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggabungkan suku kata pada kata-kata

unsur. Terdapat tiga jenis akronim iaitu, menggabungkan suku kata pertama unsur pertama

dengan suku kata kedua unsur kedua. Misalnya, hakis daripada frasa habis kikis. Kedua,

menggabungkan unsur-unsur dengan cara memendekkan unsur pertama atau unsur praakhir.

Pemendekan itu tidak didasarkan kepada kriteria tertentu tetapi “ikut sedap” sahaja.

Misalnya, kemaskini daripada frasa ke masa kini. Ketiga, menggabungkan kata dengan

memendekkan unsur kedua pada bahagian awalnya seperti jurutera dari frasa juru jentera.

Menurut Muhammad Marwan Mohd Tanos & Nik Safiah Karim (2014)

pengakroniman merupakan proses yang menghasilkan akronim, iaitu bentuk singkatan yang

menggabungkan huruf-huruf awal dalam rangkai kata atau frasa. Sebagai contoh dalam

bahasa Melayu, akronim ADUN daripada Ahli Dewan Undangan Negeri dan kata laser dari

rangkaian kata light amplification (by) stimulated emission (of) radiation) dalam bahasa

Inggeris.

Akronim tergolong dalam kata tunggal yang mana pada dasarnya, akronim terbentuk

melalui proses yang disebut pengakroniman. Pengakroniman ialah proses yang

menggabungkan sama ada awal suku kata atau huruf awal suku kata dengan suku kata

rangkaian kata sehingga lahirnya perkataan baharu yang diucapkan sebagai perkataan yang

utuh. Terdapat empat jenis pengakroniman iaitu cantuman huruf awal perkataan dalam

rangkaian kata seperti ABIM iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia, cantuman suku kata awal

sejumlah perkataan seperti PERKESO iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial, cantuman huruf

dan suku kata sejumlah perkataan seperti MARA iaitu Majlis Amanah Rakyat dan cantuman

16
bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya seperti

jenama daripada jenis nama.

Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang

tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan

perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan kepada

beberapa jenis kata tunggal iaitu Kata Tunggal satu suku kata, dua suku kata tiga suku kata

dan empat suku kata dan lebih. Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima

apa-apa imbuhan seperti ini, itu, sini dan sana. Namun kebanyakan kata tunggal dalam

bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan.

Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi daripada satu

suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal sahaja

atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan-

konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan

dibelakang. Terdapat juga konsonan yang boleh hadir secara bergugus. Seterusnya, terdapat

sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan

perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya, keluarga, bijaksana dan sebagainya.

Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal yang terdiri daripada

empat suku kata dan lebih.

Disamping itu, pengakroniman juga menghasilkan akronim kurang utama dan

akronim pinggiran. Akronim kurang utama terhasil daripada ketidaktetapan yang berulang

dalam pemilihan konstituennya, seperti yang terlihat dalam kata display daripada rangkaian

kata Digital Service Planning Analysis, manakala akronim pinggiran pula mempunyai

penyimpangan yang menarik termasuklah konstituen dengan pemendekan medium, minimum

atau tanpa sebarang pemendekan.

17
6.2 Sumbangan Proses Pembentukan Kata dalam Kajian Leksikologi

Kata yang terdiri daripada beberapa jenis dan golongan adalah terbentuk melalui

beberapa proses pembentukan kata dalam bidang pengkajian kata atau morfologi. Sebagai

contoh, proses pengimbuhan yang membentuk kata terbitan, proses pemajmukan yang

membentuk kata majmuk, proses pengakroniman yang membentuk kata akronim, dan proses

penggandaan yang membentuk kata ganda. Kewujudan sesuatu kata adalah bagi memastikan

berkembangnya sesuatu kosa kata atau perbendaharaan kata dalam sesebuah bahasa. Menurut

Nik Safiah Karim (2004), morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk

dan penggolongan kata.

Kewujudan bentuk kata dengan susunan bentuk bunyi atau fonem berserta lambang

akan menjadi sesebuah unit bahasa yang memberi makna. Pertambahan bentuk kata adalah

penting dalam perkembangan bahasa dan proses pembentukan kata mampu memberi banyak

sumbangan terhadap kajian leksikologi iaitu satu bidang kajian bahasa. Leksikologi bertindak

sebagai satu bidang yang menyelidik kosa kata atau dengan lebih jelas sebagai satu bidang

18
yang membicarakan berkenaan makna kata. Dalam proses morfologi, berlakunya beberapa

proses atau cara sesuatu kata itu terbentuk. Kewujudan sesuatu bentuk kata akan memberi

kepentingan dan kesan positif terutamanya terhadap bidang leksikologi.

Kewujudan bentuk kata yang baharu sama ada dari proses pemajmukan,

pengakroniman, penggandaan, mahupun pengimbuhan mampu menyumbang kepada

penambahan kosa kata atau entri dalam sesuatu bahasa. Bidang bahasa menilai bilangan atau

entri kosa kata yang terdapat dalam sesuatu masyarakat bahasa itu sebagai kayu ukur untuk

mengetahui taraf sesebuah bahasa. Bahasa yang mempunyai banyak kosa kata meliputi kata

tunggal, kata dasar, kata majmuk, kata ganda dan sebagainya akan dianggap sebagai sebuah

bahasa yang kaya.

Keraf (1991), mendefinisikan kosa kata sebagai perbendaharaan kata atau keseluruhan

kata yang dimiliki oleh sesebuah bahasa. Setiap bentuk kata yang dihasilkan pasti akan

memberikan makna yang merujuk kepada sesuatu benda, keadaan, sifat dan sebagainya yang

dapat dikaitkan dengan perlambangan kata tersebut. Peningkatan dalam penghasilan bentuk

kata juga akan meningkatkan kuantiti dan kualiti kosa kata dalam sesebuah bahasa. Dari

aspek kuantiti, jelas bahawa dengan adanya penambahan bentuk kata baharu, entri dalam

senarai kata dan kamus juga secara langsung semakin bertambah. Dari aspek kualiti pula,

pembentukan sesuatu kata baharu dapat menghasilkan kosa kata yang lebih berfokus pada

sesuatu topik secara langsung meningkatkan keberkesanan penggunaan sesuatu kata tersebut.

Peningkatan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam bahasa bukan sahaja baik

untuk bahasa itu sendiri, malah ia turut memberi impak terhadap bidang penulisan, kajian

linguistik dan bahasa serta bidang perkamusan. Penambahan kosa kata melalui proses

pembentukan kata bukan sahaja wujud dalam bentuk kata selapis dan kata berlapis, namun ia

juga mewujudkan kata majmuk dan pembentukan akronim yang turut memberi makna.

19
Perkataan seperti deria rasa, campur aduk, hakis, dan debunga wujud hasil dari

pengabunggan dua kata yang berlainan maksud dan gabungan tersebut membawa maksud

yang baharu.

Oleh hal yang demikian, setiap bentuk kata yang terhasil memberi impak positif

dalam sesuatu bahasa. Bidang kajian bahasa dalam leksikologi amat memberi fokus kepada

pembentukan kata kerana setiap kata membawa makna dan maksud yang tertentu sama ada

kata tersebut digunakan dalam bahasa Melayu standard mahupun hanya digunakan dalam

dialek atau slanga dalam variasi bahasa tertentu sahaja. Kewujudan bentuk kata yang baharu

memberi peluang kepada pengkaji-pengkaji bahasa khususnya dalam bidang leksikologi

untuk menjalankan penyelidikan makna atau penyelidikan mengenai golongan, jenis, atau

struktur kata terhadap bentuk kata tersebut.

Selain memberi penambahan dalam bilangan kosa kata, proses pembentukan kata juga

penting untuk menilai hubungan antara bentuk kata, lambang kata, dan makna kata. Hal ini

boleh dikaitkan dengan bidang semantik yang secara asasnya merupakan satu bidang yang

membincangkan konsep dan makna sesuatu perkataan dengan perkara yang dirujuk.

Pertambahan kosa kata dari proses pembentukan kata ini memberi ruang untuk mengaitkan

makna dari aspek leksikal. Sebagai contoh, perkaitan makna dari segi sinonim dan antonim.

Hal ini bermaksud, pertambahan kosa kata membuka ruang untuk menilai makna kata yang

serupa atau berlawanan.

Sebagai contoh, perkataan dedaun juga boleh digantikan dengan perkataan daun-daun,

sebagaimana perkataan rama-rama boleh digantikan dengan kata rerama dan perkataan

tercantik juga membawa maksud yang sama dengan paling cantik, dan sebagainya. Terdapat

juga pandangan yang menyatakan bahawa mungkin akan wujud lagi beberapa perkataan baru

yang membawa maksud dan makna yang hampir sama pada masa akan datang. Hal ini

20
dikatakan demikian kerana setiap perkataan adalah bersifat dinamik dan boleh sentiasa

berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan perubahan masyarakat sesebuah bahasa.

Selain itu, proses pembentukan kata juga memainkan peranan dalam penggolongan

kata. Dalam bahasa Melayu, golongan kata dibahagikan kepada empat golongan utama

biarpun terdapat pelbagai pendapat berkenaan golongan kata yang dikemukakan oleh tokoh-

tokoh bahasa yang berbeza. Za’ba berpendapat golongan kata boleh dibahagikan kepada lima

bahagian, manakala Asmah pula berpendapat golongan kata dibahagikan kepada tiga dan

Abdullah Hassan menyatakan terdapat enam golongan kata. Namun demikian, dari kalangan

pendapat-pendapat ini, pendapat Nik Safiah Karim adalah yang lazimnya digunakan dalam

sistem bahasa Melayu di Malaysia.

Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa

Pustaka, kata boleh digolongkan kepada empat golongan iaitu kata nama, kata kerja, kata

adjektif dan kata tugas. Setiap golongan kata pula mempunyai ciri-ciri tertentu yang perlu

dipenuhi sebelum sesuatu kata itu boleh digolongkan dalam golongan kata tersebut. Setiap

golongan kata boleh berubah golongannya apabila ia melalui proses-proses pembentukan kata

yang tertentu. Kebanyakkan kata lazimnya akan berubah golongan khususnya apabila ia

melalui proses pembentukan kata seperti proses penambahan kata iaitu pengimbuhan, proses

penggabungan kata iaitu pemajmukan dan pengakroniman, serta proses penggandaan kata.

Pembentukan kata baharu yang melalui proses penambahan kata iaitu pengimbuhan

misalnya akan memperlihatkan kaedah sesebuah kata itu boleh berubah dari golongan kata

yang asal. Sebagai contoh, perkataan minum merupakan golongan kata kerja namun apabila

penambahan akhiran -an dimasukkan yang menjadikannya kata minuman secara langsung

mengubah golongan kata tersebut kepada kata nama. Setiap kata yang melalui proses

pembentukan kata akan digubah dan ditetapkan kembali golongan kata tersebut bagi

21
memastikan kata tersebut berada dalam golongan yang tepat, sama ada ia masih dalam

golongan yang sama atau berubah kepada golongan yang lain.

Justeru, jelaslah bahawa proses pembentukan kata amat penting dalam sesebuah

bahasa. Aspek perkembangan dalam bahasa ini bukan sahaja menjadi kayu ukur kepada

kekayaan sesebuah bahasa malah ia juga memberi banyak sumbangan dalam kajian

leksikologi. Proses pembentukan kata melalui pengimbuhan, pemajmukkan, pengakroniman

dan penggandaan mampu mewujudkan bentuk kata yang baharu. Di samping melahirkan satu

kata yang baharu, proses pembentukan ini juga akan meletakkan sesuatu kata dalam golongan

kata yang sepatutnya.

7.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, kajian leksikologi merupakan kajian yang berkait rapat dengan

bidang morfologi. Hal ini dikatakan demikian kerana, kajian morfologi merupakan kajian

yang mengkaji tentang kata. Kajian tersebut merupakan kajian yang melibatkan tentang

struktur kata, pembentukan kata dan penggolongan kata. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji

telah menghuraikan lebih mengenai proses dan sumbangan pembentukan kata dalam kajian

leksikologi.

Pengkaji telah menjelaskan tentang pembentukan kata yang mempunyai proses yang

tersendiri yang terdiri daripada proses pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan

pengakroniman. Pengkaji juga mendapati bahawa proses pengimbuhan juga disebut sebagai

kata terbitan. Manakala, akronim pula tergolong dalam kata tunggal. Pada dasarnya, akronim

terbentuk melalui proses yang disebut pengakroniman. Selain itu, kata akronim juga

tergolong ke dalam jenis kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Setiap

22
proses pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur yang membentuknya, iaitu

unsur-unsur yang pelbagai dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan.

Pengkaji turut menjelaskan beberapa sumbangan proses pembentukan kata dalam

bidang leksikologi. Hal ini dikatakan demikian kerana, kajian leksikologi penting dalam

proses perkembangan sesuatu bahasa ekoran dunia yang semakin maju. Kepentingan tersebut

dapat menjelaskan bagaimana pembentukan kata berfungsi dalam sesuatu bahasa. Oleh itu,

setiap perubahan sesebuah kata dari aspek fungsinya dapat dinilai dan dikembangkan dari

masa ke masa. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang

gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

Oleh itu, proses pembentukan kata ini sewajarnya dikuasai oleh penutur sesuatu

bahasa agar ianya digunakan dalam konteks yang bersesuaian dengan maklumat yang ingin

disampaikan. Jelaslah bahawa pembentukan kata amat penting dalam bidang leksikologi

sesebuah bahasa agar perkembangan sesuatu bahasa terus maju selari dengan dunia yang

semakin moden.

23
BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Asmah Haji Omar. (2015). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Asmah Hj. Omar (1982). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nathesan, S. (2016). Ranah Perkataan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Proses Pembentukan Kata Di Antara Tatabahasa Dewan Dengan Linguistik Am. (2015).

Retrieved December 23, 2021, from Scribd website:

https://www.scribd.com/doc/272899180/Proses-Pembentukan-Kata-Di-Antara-

Tatabahasa-Dewan-Dengan-Linguistik-Am

Suraiya Chapakiya (2012), Linguistik Am: Kuala Lumpur: PTS Profesional.Nik


24
Safiah Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ullmann, S. (1962). Semantics: An Introduction to the science of Meaning. Oxford: Basil

Blackwell. Utusan Malaysia, 8 Jun 2011‌

Zaharani Ahmad, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Isu Imbuhan /di–i/ Bahasa Melayu:

Apitan atau Gabungan. Jurnal Melayu(5), 103-126.

Zahrah Buang. (1985). Strukturalisme: Kajian kes linguistik. Paper presented at the Seminar

Ijazah Tinggi Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Universiti Malaya.

25

You might also like