Bab 1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Warisan Negara Bangsa

 
Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
 
Kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit telah membuktikan asas
negara bangsa sudah bermula sebelum kedatangan Barat.

 
 Antara ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu adalah:

Raja
Tonggak utama kerajaan.
Para pembesar membantu memperkukuhkan kedudukan raja dengan sistem pentadbiran.
Undang-undang
Dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
Digunakan di seluruh wilayah pengaruh sebagai panduan dalam mentadbir kerajaan.
contoh: undang-undang Kutara Manawa diamalkan oleh kerajaan Majapahit.
Wilayah pengaruh
Bermaksud terdapat tempat tinggal.
Rakyat menerima pemerintahan seorang raja.
Rakyat
Merujuk kepada penduduk yang tinggal di sesebuah wilayah.
Terikat kepada undang-undang.
Rakyat hendaklah taat kepada raja.

 
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
 
Asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia ialah Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan ini mempunyai sistem politik, peraturan dan pentadbiran yang tersendiri.
Ciri-ciri negara dan bangsa ialah:

 
Kerajaan
Raja merupakan pemerintah tertinggi.
Menggunakan Sistem Pembesar Empat Lipatan
Bendahara
Penghulu Bendahari
Laksamana
Temenggung
Menggunakan gelaran sultan setelah kedatangan Islam.
Rakyat
Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
Terdapat golongan merdeka dan hamba.
Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan.
Kedaulatan
Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
Hak mutlak sultan untuk kawal rakyat dan wilayah.
Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka bebas daripada campur tangan kuasa asing.
Diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming.
Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar orang utusan, diketuai oleh Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan.
Wilayah pengaruh
Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
KMM mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumetara.
Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
Membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini.
Undang-undang
Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Hukum Kanun Melaka & Undang – undang Laut Melaka.
Digunakan untuk mengukuhkan kerajaaan dan melindungi kerajaan.
Menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan unggul.
Lambang Kebesaran
Merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
Simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
Ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna , nobat, regalia and cap mohor.
Cap Mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan.

 
Wilayah taklukan
Diperoleh melalui peperangan.
Antaranya:
Pahang
Kuala Linggi
Kelantan
Rokan
Inderagiri
Kampar
Wilayah Naungan 
WIlayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka
Melalui perkahwinan atau persahabatan.
Contoh:
Lingga
Patani
Kedah
Perolehan wilayah melalui perkahwinan
Contoh: Kerajaan Majapahit hadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana mengahwini Puteri Majapahit.

 
Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang sebelum kedatangan Barat
 
Sistem Pentadbiran

Sistem pentadbiran yang tersusun dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.


Sultan Melaka memberi kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat.
Setiap kawasan dikenali sebagai kawasan pegangan.

Antara Jawatan dan Tugas-tugas:

Sultan
Mengetuai pemerintahan yang mempunyai kuasa dalam segala aspek pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik  dan
agama.
Bendahara
Ketua pentadbir atau ketua turus angkatan tentera.
Menasihati sultan dalam pelbagai perkara.
Pemangku sultan.
Penghulu Bendahari
Menguruskan perbendaharaan secara teratur.
Syahbandar
Mengutip cukai di pelabuhan
Temenggong
Menjaga keamanan di darat dan di laut.
Menjaga kota Melaka.
Laksamana
Sebagai panglima angkatan laut Melaka.
Pembesar
Menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung.
Dilantik oleh Sultan dan Pembesar Berempat.
Menjaga keamanan kawasan pentadbiran 
Dibenarkan untuk mengutip cukai.

 
Undang-undang

KMM mempunyai dua undang undang:


 Hukum Kanun Melaka
 Undang- undang Laut Melaka
Hukum Kanun Melaka
Mengandungi 44 fasal.
Membincangkan tentang 
Jenayah
Bidang kuasa sultan dan pembesar
Kekeluargaan
Hal berkaitan dengan ekonomi
Undang-undang Laut Melaka
Diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka iaitu
Nakhoda Jenal
Nakhoda Diri
Nakhoda Sahak
Diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah
Mengandungi perkara:
peranan nakhoda
pelayaran
jenayah di atas kapal
percukaian

 
Hukum Kanun Melaka

Jenayah
Antara hukuman setimpal dikenakan terhadap jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri.
Fasal 5.1: hukuman bunuh terhadap kepada seseorang yang didapati membunuh tanpa pengetahuan raja atau pembesar.
Fasal 4: hukuman bunuh terhadap sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan.
Bidang kuasa sultan dan pembesar
Fasal 1, dijelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar.
Kekeluargaan
Isu kekeluargaan diberi perhatian oleh Kesultanan Melayu Melaka.
Diwujudkan untuk keharmonian dalam keluarga dan selesaikan masalah dalam kelaurga dan perkahwinan
Fasal 26, pernikahan memerlukan empat orang saksi, dua orang sahaja jika tidak cukup.
Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi tersebut.
Hal berkaitan dengan ekonomi
Fasal 30, amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan.
Orang niaga hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.
Dalam Hukum Kanun Melaka, hanya raja yang boleh gunakan perkataan:
titah
murka
kurnia
anugerah

 
Undang-undang Laut Melaka

Peranan nakhoda
Nakhoda berperanan penuh dan diibarat sebagai raja dalam pelayaran.
Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah.
Fasal 13.1: Nakhoda diberikan keutamaan berniaga selama empat hari.
Fasal 13.3: Nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang dalam kapal jika tempat persinggahan tidak terdapat dalam
senarai.
Pelayaran
Peranan jurumudi, malim dan jurubatu juga penting.
Fasal 9:
Malim harus arif dalam ilmu pelayaran.
Mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang.
Jika malim lalai dan menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhkan hukuman bunuh.
Jenayah di atas kapal
Fasal 5: Seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal akan dikenakan hukuman mati.
Percukaian
Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang.

 
Peranan Pemerintah dan Rakyat dalam Pemerintahan sebelum Kedatangan Barat
 
Hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat (perjanjian).
Rakyat bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar saling berkait antara satu sama lain.

 
Golongan Pemerintah dan Rakyat
 
Masyarakat dalam KMM terbahagi kepada golongan pemerintah dan diperintah.
Golongan pemerintah terdiri dari:
Sultan
Pembesar
Kerabat raja
Ulama

 
Peranan Sultan
Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda.
Mewujudkan perpaduan rakyat.
Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan.
Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.

Peranan Pembesar
Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.
Menjadi perantara sultan dengan rakyat.
Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.
Peranan Rakyat
Taat setia kepada pemerintah.
Mematuhi segala arahan pemerintah.
Tidak menderhaka kerana takut ditimpa tulah. 
Menghadiri majlis umum.
Menjadi tentera, pengayuh atau pendayung kapal perang.
Menyumbang tenaga kerja seperti membina istana atau jalan.

 
Makna tulah
Kecelakaan yang menimpa seseorang sebab melanggar larangan atau titah raja dan derhaka kepada raja
 
Rakyat terdiri daripada:
Peniaga
Petani
Tukang
Nelayan
Hamba pula terdiri daripada:
Hamba raja
Hamba berhutang
Hamba biasa

© 2022 Pandai.org Hakcipta Terpelihara Didikan penuh  dari Malaysia

You might also like