Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 40

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)


AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM PENGURUSAN REKREASI

KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN JASMANI


KOD DAN NAMA KURSUS : PJM 1064 ASAS AKUATIK DAN REKREASI
NAMA PENSYARAH : TENGKU KASMELIA BINTI TENGKU
IBRAHIM
Program Pengurusan Rekreasi PPISMP SEM 2 Pendidikan Jasmani

D’ Lagoon Pulau Perhentian

Laporan Setiausaha:

Pada 7,8 dan 9 April 2021, Jabatan Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Kokurikulum
telah mengadakan program pengurusan rekreasi di D’Lagoon Pulau Perhentian. Dalam
program ini, saya telah memikul tanggungjawab sebagai setiausaha program bagi
memastikan perancangan program dapat dijalankan dengan berkesan.

Skop kerja saya dalam program ini adalah membuat kertas kerja untuk mendapatkan
kelulusan daripada pihak pengarah. Saya telah membuat perbincangan dengan semua ahli
jawatankuasa untuk mendapatkan maklumat tentang anggaran perbelanjaan, tema serta
tentatif program dan peralatan yang diperlukan dalam kertas kerja. Setelah mendapatkan
segala maklumat yang diperlukan, saya menyediakan kertas kerja program pengurusan
rekreasi mengikut format yang betul dan tepat seperti yang telah ditetapkan. Seterusnya, saya
menyerahkan kertas kerja ini kepada pensyarah penasihat bagi subjek ini iaitu YM Puan
Tengku Noor Kasmelia untuk menyemak semula kertas kerja yang telah disiapkan agar tidak
berlaku kesilapan. Kemudian, kertas kerja dihantar ke Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi
mendapatkan kelulusan pelaksanaan program ini.

Di samping itu, saya juga telah mencatat minit mesyuarat setiap kali perjumpaan
antara ahli jawatankuasa diadakan. Saya telah mencatat segala maklumat penting sepanjang
perjalanan mesyuarat. Hal ini adalah untuk memastikan tiada maklumat yang tercicir dan
pengurusan minit mesyuarat dapat berjalan dengan lebih lancar. Bagi program ini,
perbincangan telah diadakan sebanyak 5 kali. Perbincangan ini adalah diketuai oleh Pn.
Tengku dan penyelaras subjek. Mesyuarat pertama diadakan pada 25 Februari 2021 dan skop
perbincangan adalah tentang perlantikan dan pengagihan tugas ahli jawankuasa (AJK) untuk
program ini. Tugas yang diagihkan adalah bersesuaian dan dapat dipikul oleh semua AJK.
Mesyuarat untuk kali ke-2 diadakan pada 18 Mac 2021 melalui platform Google Meet kerana
terdapat beberapa orang pelajar yang masih menjalani proses isolasi. Skop perbincangan
adalah tentang perancangan aktiviti bagi setiap AJK. Ketua AJK bersama ahli-ahlinya
merancang aktiviti yang akan diadakan sepanjang program. Bagi mesyuarat kali ke-3 adalah
pada 1 April 2021 jam 12:00 tengah hari secara bersemuka di wakaf tv yang diketuai oleh
pengerusi bagi program ini. Antara Skop perbincangan adalah pengerusi memastikan setiap
AJK melaporkan proses semasa setiap tugas yang dipegang. Seterusnya, setiap ahli
menyuarakan pendapat dan cadangan penambahbaikan berkaitan perancangan dan tugas.
Pada 1 April sebelah petang perjumpaan kali keempat juga diadakan di Astaka
Jabatan Pendidikan Jasmani bersama Pn. Tengku selaku pensyarah penasihat. Skop
perbincangan adalah tentang proses gerak kerja bagi setiap AJK. Setiap AJK perlu
melaporkan gerak kerja kepada pensyarah penasihat. Terdapat banyak penambahbaikan
terhadap aktiviti-aktiviti dan proses pengurusan daripada pensyarah penasihat. Antaranya
adalah menu masakan, alatan yang perlu dibawa, perbelanjaan yang diperuntukkan untuk
bahan mentah dan sebagainya. Setiap perubahan diambil cakna oleh AJK masing-masing.
Mesyuarat untuk kali ke-5 adalah di Terengganu Equestrian Resort (TER). Perbincangan dan
perancangan akhir oleh setiap ahli jawatankuasa berkaitan tentang tugasan yang diberikan.
Bagi AJK Peralatan, semua ahli yang terlibat telah melaporkan alatan yang perlu dibawa dan
pemeriksaan telah dibuat dengan teratur supaya semua alatan mencukupi. Semua AJK
memainkan peranan yang penting walaupun proses gerak kerja setiap AJK kurang
memuaskan. Namun, program pengurusan rekreasi bagi pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani
Semester 2 telah selesai dengan jayanya. Saya berharap agar program seperti ini dapat
diadakan lagi dan akan memastikan ianya lebih baik untuk masa akan datang. Untuk Program
kali ini, saya jadikan ia sebagai pengajaran dan menimba pengalaman sebanyak yang
mungkin bagi persediaan untuk program-program akan datang.
Laporan Bendahari:

CATATAN PENERIMAAN PEMBAYARAN


1. Bayaran Penginapan RM 570
2. Bayaran Sewa Bot RM 1710

3. Duit kelas RM 1000


4. Pembelian Barang RM 166
mentah 1
5. Pembelian barang RM 229
mentah 2
6. Pisang RM 16
7. Fotostat buku RM 78.30
program
8. DIY – gas RM 37
9. Ayam masak RM 100
merah+ sambal
tumis ikan bilis
(asyraf)
10. Nasi ayam geprek RM 125
11. Tiket pembandaran RM 115
12. Tiket taman laut RM 69
13. DIY – bekas plastik RM 7.90
14. Barang first aid RM 60.80
15. Makan tengah hari RM 90
Jumaat
16. Duit IPG RM 2904
JUMLAH RM 3904 RM 3904- 3374
RM 530

Nota: Segala perbelanjaan di D’ Lagoon Pulau Perhentian telah direkodkan berdasarkan


jadual berikut.

Bayaran Penginapan = RM 15/ satu malam/ seorang


= RM 15 × 2 × 19
= RM 570

Bayaran Sewa Bot = RM 90/ seorang


= RM 90× 19
= RM 1710
Laporan Ahli Jawatankuasa Aktiviti:

Pada 7 April hari Rabu hingga 9 April hari Jumaat 2021, saya Farhan Husaini Bin
Abdul Hadi telah terlibat dalam Program Pengurusan Rekreasi ke D’ Lagoon di Pulau
Perhentian. Saya telah diberi amanah untuk memegang jawatan sebagai ketua ahli
jawatankuasa aktiviti bersama dua orang rakan saya iaitu Haqmal Alif Bin Che Basir dan
Ahmad Danish Bin Mohd Zaid. Kami telah bersama-sama berjuang untuk menguruskan
pelbagai aktiviti untuk dilaksanakan semasa tiba di Pulau Perhentian selama tiga hari, dua
malam.

Laporan sebelum, semasa dan selepas program.

Sebelum program:

Pada 4 April 2021 pukul 10:00 malam, saya dan dua orang rakan saya selaku ahli
jawatankuasa aktiviti telah membuat perbincangan bersama pensyarah penasihat
jawatankuasa aktiviti iaitu Encik Mhd’ Asri Bin Ismail untuk membincangkan tentang aktiviti-
aktiviti yang akan dilakukan untuk program di Pulau Perhentian. Antara perkara yang
dibincangkan pada malam tersebut ialah aktivit-aktiviti yang akan dijalankan, alatan aktiviti
yang digunakan dan tempat aktiviti.
Pada 6 April 2021 pukul 9:30 malam, perjumpaan kedua telah dilakukan dan semua
ahli jawatankuasa berkumpul bersama pensyarah penasihat Encik Mhd’ Asri Bin Ismail untuk
melakukan semakan terakhir berdasarkan aktiviti yang akan dilakukan, penyediaan makanan
dan alatan yang akan dibawa semasa di Pulau Perhentian. Semua kelengkapan berdasarkan
aktiviti, makanan dan alatan telah dibincangkan secara terperinci dan jelas serta semua ahli
jawatankuasa telah menjalankan tugasan dengan baik.

Semasa program:

Hari Pertama, Rabu.

Pada 7 April 2021 pukul 3.30 petang, aktiviti pertama yang dijalankan ialah aktiviti
membina keyakinan di air. Aktiviti ini dibimbing oleh Encik Mhd’ Asri Bin Ismail. Dalam aktiviti
ini, semua pelajar telah diberi taklimat tentang keselamatan di air seperti peraturan semasa
berada di air dan cara pemakaian Buoyantcy Aid (BA) dengan betul. Seterusnya, kami
sebagai peserta dibenarkan untuk pergi ke laut untuk melakukan beberapa aktiviti seperti
apungan meniarap, apungan melentang dan apungan secara berkumpulan.
Pada pukul 10:15 malam, aktiviti kedua pada hari pertama ialah aktiviti berjalan malam
iaitu penghayatan alam flora dan fauna serta melihat keindahan bintang di langit dipimpin oleh
Dr. Wan Azlan Bin Ismail. Pada malam itu juga kami telah berjalan menyusuri hutan yang
gelap dengan hanya bebekalkan lampu suluh kecil untuk setiap orang. Aktiviti berjalan malam
kami berakhir di Pantai Penyu iaitu kami cuba untuk menjejak tapak dan sarang penyu di tepi
pantai tetapi tidak berhasil untuk menemukan seekor penyu. Kemudian, kami semua duduk
di tepi pantai dan menikmati pemandangan bintang-bintang berkelipan di langit gelap dan
mendengar suara ombak yang berdayu-dayu.

Hari Kedua, Khamis.

Pada 8 April 2021 pukul 8:15 pagi, kelas pembelajaran kami tentang asas snorkelling
telah dipimpin oleh Encik Mhd’ Asri Bin Ismail. Kami telah belajar cara mengenali set muka
snorkelling iaitu mempunyai gogle dan tiub J. Kami juga telah belajar cara bernafas
menggunakan tiub J. Setelah selesai sesi pembelajaran, kami dibenarkan untuk melakukan
aktiviti snorkelling di laut tepi pantai D’ Lagoon untuk melihat ikan-ikan dan terumbu karang
yang ada di kawasan tersebut. Kami juga bertuah kerana dapat melihat ikan yang jarang
ditemui semasa melakukan aktiviti snorkelling iaitu ikan Nappoleon.
Pada pukul 11:15 pagi selepas aktiviti asas snorkelling, aktiviti kami diteruskan dengan
aktiviti jungle trekking yang dipimpin oleh dua orang pensyarah iaitu Encik Mhd’ Asri Bin Ismail
dan Dr. Wan Azlan Bin Ismail. Aktiviti jungle trekking kami bermula di D’ Lagoon dan berakhir
di Long Beach. Sepanjang perjalanan kami untuk pergi ke Pantai Panjang, kami telah
menyusuri hutan dan tiba di beberapa tempat menarik seperti view point di atas bukit yang
dapat melihat seluruh pulau, pantai Adam dan Hawa dan kincir angin di atas bukit. Setelah
tiba di kincir angin, kami telah diberikan tugasan untuk memasak di dalam Mess Tin sebagai
makanan tengah hari. Selepas selesai makan, kami pulang ke kem. Aktiviti jungle trekking
mengambil masa kira-kira 4-5 jam dan banyak tempat menarik yang dapat dilihat.

Pada pukul 5:30 petang, aktiviti kami diteruskan dengan penghayatan tentang ikhtiar
hidup yang dipimpin oleh Puan Tg. Noor Kasmelia Binti Tg. Ibrahim. Aktiviti ini telah mengajar
kami tentang cara untuk bertahan hidup dengan mempelajari ikhtiar hidup ketika dalam
kecemasan seperti sesat di hutan tebal, pulau terpencil dan kawasan yang tidak diketahui.
Kami juga mendapat tahu tentang asas-asas yang diperlukan ketika dalam situasi ikhtiar hidup
seperti mencari sumber air, memastikan tempat berteduh di kawasan yang selamat dan
mempunyai ilmu untuk menghidupkan api. Aktiviti ini dikatogerikan sebagai aktiviti rekreasi
santai iaitu kami hanya duduk berehat sambal berbincang tentang topik ikhtiar hidup.
Hari Ketiga, Jumaat.

Pada 9 April 2021 pukul 8:00 pagi, merupakan aktiviti terakhir kami di Pulau
Perhentian. Aktiviti kami ialah aktiviti snorkelling penghayatan alam hidupan laut di beberapa
kawasan dan aktiviti ini disertai oleh semua pensyarah yang mengikuti program ini iaitu Dr.
Zul Aizam Bin Yassin, Dr. Wan Azlan Bin Ismail, Encik Mhd’ Asri Bin Ismail dan Puan Tg. Noor
Kasmelia Binti Tg. Ibrahim. Antara kawasan yang kami pergi untuk melakukan aktiviti
snorkelling ialah di pantai seberang pulau iaitu tempat banyak ikan berkumpul. Kami
berpeluang untuk memberi ikan makan dan melihat hidupan laut lain seperti gamat dan landak
laut. Seterusnya, kami juga pergi ke kawasan terumbu karang. Kawasan ini merupakan
habitat terumbu karang yang cantic dan dijaga dengan baik. Kami dapat melihat banyak jenis
terumbu karang yang mempunyai pelbagai bentuk, corak, jenis dan warna. Terdapat banyak
juga ikan di habitat terumbu karang ini kerana ia merupakan rumah dan kawasan makanan
yang baik untuk ikan-ikan di situ. Destinasi kami yang lain ialah di Lata Air Berani. Lata Air
Berani merupakan tempat di mana kami boleh mendapatkan sumber air tawar yang bersih
dan sejuk. Selain itu, kami juga pergi ke kawasan penyu mencari makanan. Di kawasan ini,
kami berpeluang untuk menyaksikan penyu berenang dengan laju untuk mencari makanan di
laut yang cantik dan jernih. Aktiviti kami berakhir di Kampung Teluk Pauh di mana kami dapat
menyaksikan pantai yang cantik dan kawasan yang menjadi tempat penyu bermain.
Selepas Program:

Pada pukul 4:30 petang, kami telah tiba di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Setelah
tiba di kampus, kami telah berkumpul dan bersama-sama membersihkan barang yang dibawa
semasa di Pulau Perhentian. Selepas itu, kami berkumpul bersama Puan Tg. Noor Kasmelia
Binti Tg. Ibrahim untuk sesi mengemas dan menyimpan barang. Setelah semua proses
membersih, mengemas dan menyimpan barang, kami semua pulang ke kampus dan berehat.
Kesimpulan:

Keseluruhan aktiviti program di Pulau Perhentian selama tiga hari, dua malam dapat
dijalankan dengan baik. Walaupun terdapat banyak kelemahan terhadap pengurusan aktiviti
program seperti pengurusan masa, pengisian, persiapan, tempat dan alatan, semua aktiviti
dapat dijalankan dengan lancar. Dengan bantuan daripada Puan Tg. Noor Kasmelia Binti Tg.
Ibrahim dan Encik Mhd’ Asri Bin Ismail selaku pensyarah subjek dan penasihat bagi program
ini, segala kesulitan dan kelemahan dapat diatasi dengan baik. Saya selaku ketua ahli
jawatankuasa aktiviti amat berpuas hati dengan ahli jawatankuasa yang lain kerana saling
bantu membantu antara satu sama lain dan bersama-sama menjayakan semua aktiviti yang
dirancang sepanjang program berlangsung. Saya berharap untuk program yang akan datang,
saya akan lebih bersedia dan cakna terhadap tugasan saya serta memperbaiki semua
kelemahan saya yang telah saya lakukan sepanjang program pengurusan rekreasi ini agar
program yang akan datang dapat menjadi lebih baik dan berjalan lancar dengan segala situasi
untuk menunjukkan perkembangan diri saya dan rakan-rakan saya yang lain dalam
pengurusan sesuatu program.
Laporan Ahli Jawatankuasa Pengangkutan dan Teknikal:

Pada 7 April hingga 9 April yang lalu, pelajar PPISMP opsyen Pendidikan Jasmani IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail telah mengadakan Program pengurusan rekreasi di Pulau
Perhentian, Besut, Terengganu. Program ini telah disertai oleh 19 orang pelajar opsyen
Pendidikan Jasmani dengan bimbingan 4 orang pensyarah. Saya Muhammad Shakir Bin S
Roslan bersama dengan seorang lagi rakan saya iaitu Ainur Damia Binti Mazlan telah dipilih
sebagai Ahli Jawatankuasa Pengangkutan dan Teknikal dalam program tersebut. Program
tersebut berjalan dengan lancar selama 3 hari 2 malam dan kami telah dapat menyelesaikan
tugasan sebagai AJK pengangkutan dan teknikal sebelum, semasa dan selepas program
tersebut.

Tugasan yang pertama yang kami lakukan sebelum program tersebut berlangsung
ialah kami telah mendapatkan surat kebenaran menggunakan pengangkutan milik IPG
supaya kami dapat menggunakan bas IPG untuk pergi ke tempat program tersebut akan
berlangsung iaitu Pulau Perhentian. Kami telah mendapatkan surat tersebut pada 1 April 2021
iaitu hari khamis dan menyerahkan semula surat tersebut di pejabat IPGKDRI pada 4 April
2021 iaitu hari ahad.

Sehari sebelum program tersebut berlangsung, kami perlu menghubungi pemandu


bas tersebut untuk memberitahu masa kami akan bertolak iaitu pada pukul 9 pagi pada 7 April
2021. Pada 7 April 2021, bas telah tiba tepat pada pukul 9.00 pagi tetapi kami bertolak pada
pukul 10 pagi kerana kami perlu Scan QR Code dan memeriksa suhu setiap pelajar bagi
memastikan SOP sentiasa dijaga walau di mana kita berada.

Perjalanan daripada IPGKDRI ke jeti pulau perhentian di kuala besut mengambil masa
lebih kurang 1 jam dan kami tiba di jeti pada pukul 11.15 pagi. Kami perlu menunggu di jeti
tersebut terlebih dahulu kerana pengangkutan untuk ke Pulau Perhentian iaitu bot akan tiba
pada pukul 1.00 PM. Kami bertolak dari jeti kuala besut pada pukul 1.00 dan tiba di Pulau
Perhentian pada pukul 2.20 PM.

Pada malam 7 April 2021, setiap AJK yang terdapat dalam program pengurusan
rekreasi perlu membuat laporan kepada Pn. Tengku Noor Kasmelia Binti Tengku Ibrahim yang
merupakan pensyarah kepada subjek PJM1064 PENDIDIKAN AKUATIK DAN REKREASI.
Setelah selesai program yang berjalan selama 3 hari 2 malam tersebut yang berakhir pada 9
April 2021, kami bertolak pulang pada pukul 2.30 PM dengan bot dari pulau perhentian ke Jeti
Kuala Besut. Perjalanan dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut mengambil masa lebih
kurang 1 jam dan kami tiba ke jeti dalam pukul 3.30 PM. Bas telah tiba di jeti pada pukul 2.30
dan kami bertolak pulang ke IPGKDRI pada pukul 4 petang dan tiba di IPG pada pukul 5
petang.
Sebelum hari program tersebut berlangsung, kesemua peralatan yang perlu dibawa
berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan ketika berada di Pulau Perhentian.
Peralatan yang dibawa seperti peralatan memasak, peralatan untuk aktiviti berada dalam
keadaan yang baik. Semasa berada di Pulau Perhentian, kesemua aktiviti yang dijalankan
berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan peralatan yang perlu digunakan semasa
aktiviti juga berfungsi dengan baik. Peralatan untuk memasak juga berfungsi dengan baik dan
kami dapat menghidangkan makanan yang terdapat dalam menu dengan bantuan rakan-
rakan serta pensyarah. Selepas selesai program pada 9 April 2021, kesemua peralatan telah
dibawa pulang ke IPGKDRI dengan selamat dan masih berfungsi dengan baik. Setelah kami
sampai ke IPG, kami telah melakukan sedikit proses pembersihan kepada kesemua peralatan
yang digunakan semasa program tersebut bagi memastikan semua peralatan bersih
sepenuhnya dan berfungsi dengan sempurna.
Laporan Ahli Jawatankuasa Makanan:

Pada 25 Februari 2021, mesyuarat telah dijalankan dan pembahagian ahli


jawatnkuasa induk dan kecil telah diberikan. Penetapan tarikh program juga telah ditetapkan
untuk pergi ke pulau bagi aktiviti pengurusan rekreasi. Pada 18 Mac, medium ‘google meet‘
digunakan untuk melakukan mesyuarat bagi memastikan laporan awal setiap ahli
jawatankuasa mengenai tugasan masing-masing. Pada 1 April, taklimat perkhemahan
disampaikan oleh Puan YM. Tengku Noor Kasmelia. Kami telah membincangkan beberapa
pilihan menu yang sesuai untuk dibawa ke pulau. Ahli jawatankuasa makanan juga telah
melakukan pembahagian trugasan memasak makanan yang berlangsung selama tiga hari.
Senarai belian bahan mentah juga dikeluarkan bagi memudahkan urusan pembelian. Pada 2
April, ahli jawatankuasa telah pergi ke pasaraya Giant untuk membeli sebahagian bahan
kering. Kami juga telah melakukan senarai semak barangan yang telah dibeli dan juga yang
ingin ditambah. Pada 4 April, setelah selesai amali renang, mesyuarat AJK sekali lagi
djalankan bagi melihat proses tugasan ahli jawatankuasa. Perbincangan menu serta jadual
tugasan dikemaskini semula dan barangan makanan yang akan dibawa juga dikemaskini.
Pada 5 April, saya telah berjumpa YM Puan Tengku bagi membetulkan laporan masakan dan
membaikpulih jadual menu makanan yang telah ditetapkan. Pada 6 April, saya dan beberapa
AJK telah mengikuti YM Puan Tengku bagi membeli barangan yang terakhir di pasaraya
Mydin sebelum bergerak ke pulau keesokan harinya.

Pada pagi 7 April, saya telah mengambil nasi ayam geprek yang telah ditempah bagi
makanan tengahari di pulau. Tiba di jeti, ibu kepada seorang pelajar memberikan nasi dagang
dan kami makan nasi tersebut sebagai sarapan. Kemudian, kami mengambil pula sambal dan
ayam merah yang telah ditempah kepada ibu Amirul Asyraf. Tiba di Pulau Perhentian,
kumpulan bertugas menjalankan tugas membuat minum petang dan makan malam setelah
selesai aktiviti ‘water confident ‘. Pada sebelah malam, kumpulan bertugas juga telah
menyiapkan minum malam kepada semua pelajar dan pensyarah.
Pada 8 April, setiap kumpulan bertugas ditugaskan untuk memasak nasi lemak bagi
kumpulan sendiri dan pensyarah. Namun mereka sedikit kelewatan akibat pengurusan masa.
Minum pagi pula telah disediakan oleh kumpulan bertugas tepat pada waktunya. Makan
tengahari telah dimasak oleh ahli kumpulan masing-masing di wakaf berdekatan dengan kincir
angin semasa aktiviti ‘jungle trekking ‘. Untuk minum petang, saya telah membantu kumpulan
bertugas bagi menyiapkan minum petang. Akhir sekali makanan pada waktu malam
disediakan oleh chalet iaitu makanan berupa BBQ dan nasi goreng.
Pada 9 April, kami telah dihidangkan sarapan iaitu nasi goreng dan air tea o. Untuk
minum pagi, kumpulan bertugas telah bangun pada pukul lima pagi bagi menyiapkan roti
sandwich dan jem. Sewaktu dalam perjalanan pulang, kami singgah ke warung nasi ayam
bagi makan tengahari sebelum pulang ke IPG.

Beras dan bahan mentah yang tidak habis telah diberikan kepada pemilik chalet.
Mereka menerima dengan hati yang berbuka. Bagi barangan kering, kami membawa pulang
ke IPG dan diletakkan di Jabatan Pendidikan Jasmani.
Laporan Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kebersihan:

Mesyuarat pertama iaitu berkaitan hal pembahagian ahli jawatankuasa induk dan kecil
telah diadakan pada tanggal 25 Februari 2021 iaitu pada hari Khamis. Perbincangan
mesyuarat telah diuruskan oleh Pengerusi Program Pengurusan Rekreasi yang telah dilantik.
Pada tanggal 18 Mac 2021 juga telah diadakan mesyuarat buat kali yang kedua dengan
menggunakan medium ‘google meet’ sebagai perantara kerana ada pelajar yang masih dalam
tempoh kuarantin. Pengerusi program telah membincangkan hal-hal berkaitan jawatankuasa
tugas masing-masing dan memaklumkan mentor sebagai pembimbing yang terdiri daripada
pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani. Pada 1 April 2021, telah berlangsungnya
perjumpaan bersama YM Puan Tengku Noor Kasmelia. Kami telah menerima taklimat dan
skop kerja yang lebih jelas hasil pencerahan daripada perbincangan yang diadakan.

Pada tanggal 2 April 2021, kami telah memeriksa bahan First AID Kit dan pada
petangnya iaitu dalam pukul 5 petang, kami telah pergi ke Farmasi dengan menaiki motosikal
untuk membeli ubat-ubatan yang telah tamat tarikh luput di seperti Pil Cik Kit Teck Aun,
panadol, iodin, ‘bandage’ dan ‘handyplast’. Pada tanggal 5 April 2021, Kami telah melakukan
semakan sekali lagi dan menyenaraikan bahan yang perlu dibeli dan diperbaharui bagi
memastikan ubat-ubatan yang dibawa mencukupi serta berada dalam keadaan baik. Pada
petang 5 April juga kami telah membeli ubat-ubatan yang belum mencukupi di Farmasi seperti
tambahan Pil Cik Kit Teck Aun dan minyak angin dengan menaiki motosikal. Pada tanggal 6
April 2021 pula, kami telah berjumpa dengan Puan Tengku Noor Kasmelia bagi memaklumkan
senarai kelengkapan ubat-ubatan dan menyemak semula buat kali terakhir jumlah dan kuantiti
ubat-ubatan yang perlu dibawa.

Pada 7 April 2021, sebelum bertolak ke jeti, kami telah mengira jumlah pelajar dan
memeriksa suhu badan masing-masing supaya tiada yang ketinggalan dan berada dalam
keadaan sihat. Sebelum bertolak menaiki bot, kami telah memakai Buoyancy AID (BA) dan
memakainya dengan cara yang betul bagi memastikan keselamtan diri masing-masing
terjaga. Setibanya di Pulau Perhentian, semua pelajar telah menerima bilik dalam keadaan
baik dan tiada peralatan yang membahayakan. Pada sebelah petang, semua pelajar telah
menjalani aktiviti Water Confident yang yang dikendalikan oleh Encik Asri. Sepanjang
melakukan aktiviti ini, terdapat dua pelajar perempuan telah mengalami mabuk laut dan
mereka terus memaklumkan kepada pensyarah. Mereka tidak dapat meneruskan aktiviti dan
diberikan rehat minyak angin. Semasa melakukan aktiviti di air, semua pelajar memakai kasut
air atau kasut sukan sebagai langkah keselamatan. Selepas tamat melakukan aktiviti Water
Confident, terdapat beberapa orang pelajar yang menolong mengutip sampah di laut bersama
orang yang menjaga penginapan tersebut. Setelah kami menyelesaikan makan malam, aktiviti
mengeas telah dilakukan bagi memastikan kebersihan tempat yang diguna sentiasa bersih.
Pada malamnya pula, kami telah melakukan aktiviti ‘Night Walk’ yang dikendalikan oleh Dr.
Wan Azlan bin Wan Ismail. Kami telah diberi nasihat dan taklimat keselamatan sebelum
melakukan aktiviti tersebut. Semua pelajar juga membawa lampu suluh persendirian dan wisel
untuk kegunaan apabila berlaku sebarang kecemasan. Aktiviti Night Walk berjalan dengan
lancar tanpa berlaku sebarang kecederaan.

Pada 8 April 2021, setelah menghabiskan makan pagi, kami telah melakukan aktiviti
pembersihan seperti biasa. Kami juga telah melakukan aktiviti ‘Jungle Trekking’ ke kincir
angin. Kami telah membawa bekal secukupnya untuk memasak untuk makan tengahari.
Sepanjang perjalanan ‘jungle trekking’, kami telah menanda laluan pada pokok menggunakan
pita ‘AWAS’ sebagai panduan laluan untuk perjalanan pulang. Terdapat seorang pelajar
perempuan yang tapak kasutnya tercabut pada bahagian depan. Tiada sebarang kecederaan
berlakusepanjang aktiviti berjalan. Selepas makan tengahari, aktiviti ‘snorkelling’ dijalankan.
Taklimat keselamatan telah diberikan oleh Encik Asri sebelum memulakan aktiviti seperti
Sistem ‘Buddies’. Terdapat beberapa pelajar yang luka pada bahagian tangan dan lutut
kerana tergeser dengan terumbu karang. ‘Handyplast’ diberikan kepada pelajar berkenaan.
Terdapat juga sebahagian pelajar perempuan yang mabuk laut yang tidak dapat meneruskan
aktivti dan diberikan rehat. Tiada kecederan yang serius berlaku. Pada malam tersebut juga
turut diadakan BBQ. Pelajar membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pengurus
‘chalet’.

Pada 9 April 2021, selepas sarapan pagi, aktiviti pembersihan berjalan seperti biasa.
Selepas itu, aktiviti snorkelling’ di ‘open seas’ berjalan dalam keadaan baik dan tiada
kecederaan berlaku. Sebaik sahaja selesai aktiviti ‘snorkelling’, pembersihan bilik dilakukan
bagi memastikan bilik dalam keadaan bersih sebelum di ‘check out’ sebelum pulang ke jeti.
Apabila selamat sampai ke IPGKDRI, kerja pembersihan dijalankan ke atas semua peralatan
yang dibawa seperti barang memasak, ‘groundsheet’, ‘mask’ dan ‘Buoyancy AID’. Semua
pelajar selamat sampai dan tiada sebarang kecederaan berlaku.
Laporan Ahli Jawatankuasa Peralatan:

Pada 25 Februari 2021, mesyuarat telah dijalankan dan pembahagian ahli jawatnkuasa
induk dan kecil telah diberikan. Penetapan tarikh program juga telah ditetapkan untuk pergi
ke pulau bagi aktiviti pengurusan rekreasi. Pada 18 Mac, medium ‘ google meet ‘ digunakan
untuk melakukan mesyuarat bagi memastikan laporan awal setiap ahli jawatankuasa
mengenai tugasan masing-masing. Pada 1 April, taklimat perkhemahan disampaikan oleh
Puan YM. Tengku Noor Kasmelia. Kami telah membincangkan beberapa pilihan menu yang
sesuai untuk dibawa ke pulau. Ahli jawatankuasa peralatan juga telah senaraikan alatan yang
perlu dibawa ke Pulau Perhentian selama tiga hari. Senarai alatan juga dikeluarkan bagi
memudahkan urusan pengumpulan. Pada 2 April, ahli jawatankuasa telah pergi ke stor
Pendidikan luar dan stor stok untuk mengambil alatan yang perlu dibawa. Kami juga telah
melakukan senarai semak barangan yang telah diambil dan juga yang ingin ditambah. Pada
4 April, setelah selesai amali renang, mesyuarat AJK sekali lagi djalankan bagi melihat proses
tugasan ahli jawatankuasa. Perbincangan antara AJK telah dilakukan untuk memastikan
alatan sudah cukup untuk dibawa. Pada 5 April, kami membentangkan alatan yang perlu
dibawa kepada Puan YM. Tengku Noor Kasmelia.Selepas pembetulan yang dibuat oleh Puan
Tengku Noor Kasmelia, maka kami telah melengkapkan kesemua alatan yang dibawa.

Pada 6 April,saya bersama ahli AJK saya telah membawa alatan ke dalam bas.Kami
telah susun dengan teliti di dalam bas supaya alatan tidak rosak.Sebaik sahaja sampai di
jeti,kami telah membawa turun alatan tersebut dan susun di tempat yang sesuai dan
selamat.Selepas itu,kami telah membahagi Bouncing Air kepada semua pelajar dan
pensyarah mengikut nombor yang ada.Selepas sampai di Pulau tersebut,kami membawa
alatan turun ke tempat yang sesuai.Kami juga telah membawa alatan memasak yang
cukup.Selain itu,kami telah membahagi alat snokeling kepada semua pelajar dan pensyarah
mengikut nombor.

Pada 9 April, kami telah mengemas alatan yang dibawa di pulau untuk dibawa Kembali
ke IPG.Saya telah memastikan alatan mencukupi sebelum balik. Setelah tiba di IPG, kami
telah mencuci Bouncing Air dan alat snokeling sebelum menyimpannya Kembali.
Laporan Ahli Jawatankuasa Dokumentasi:

BIL PERKARA MAKLUMAT


1. Tajuk Program / Aktiviti Program Pengurusan Rekreasi

2. Objektif Program / Aktiviti - Meningkatkan sifat tolong menolong di kalangan pelajar.


- Memenuhi RMK subjek PJM1064, Asas Akuatik dan
Rekreasi.
3. Tarikh Program 7 April 2021 – 9 April 2021
4. Tempat Program D’lagoon, Pulau Perhentian
5. Maklumat Program / Aktiviti
I. Penyertaan / Penglibatan 19 Orang Pelajar Semester 2 PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan
Jun 2020
II. Bilangan Pensyarah Terlibat 4 Orang Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani
6. Rumusan Program
I. Kekuatan - Kami telah bersama-sama membantu dalam menjayakan program ini
- Kami juga membantu dalam penyediaan alatan bagi program yang
dijalankan ini
II. Kelemahan - Tidak dapat mengambil gambar semua aktiviti bagi penyediaan
laporan

III. Penambahbaikan - Peka dan bersedia apabila aktiviti dijalankan


- Mengambil gambar setiap aktiviti yang dijalankan bagi penyediaan
laporan

Disediakan oleh: Adib Fahim bin Rosmahadi

Amani Sofia binti Aris

Tandatangan pensyarah bimbingan

______________________________

(YM PUAN TENGKU KASMELIA BINTI TENGKU IBRAHIM)

Tandatangan pensyarah bimbingan:

______________________________

(ENCIK MHD ASRI BIN ISMAIL)


LAMPIRAN

1. ATURCARA PROGRAM
2. SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

BIL AHLI AHLI PENSYARAH


JAWATANKUASA PENYELARAS
1 AKTIVITI 1. FARHAN HUSAINI BIN ABDUL
HADI
2. AHMAD DANISH BIN MOHD ZAID
3. HAQMAL ALIF BIN CHE BASIR EN MHD ASRI BIN ISMAIL

2 PENGANGKUTAN 1. AINUR DAMIA BINTI MAZLAN PN. TENGKU NOOR


KASMELIA BINTI TENGKU
IBRAHIM
3 QUARTER 1. NUR SABRINA BINTI MOHD
MASTER ZULKIFLI PN. TENGKU NOOR
2. SITI NURNAJIHAH BINTI KASMELIA BINTI TENGKU
ROSLAN IBRAHIM

4 KESELAMATAN 1. MUHAMMAD IKHWAN HAKIM BIN


& KEBERSIHAN MOHD KAMROLLSHAM
2. MUHAMMAD NAIM BIN ABDUL DR. WAN AZLAN BIN WAN
MANAH ISMAIL

5 PERALATAN 1. MUHAMMAD NUR ADNIN BIN


FIRDAUS
2. MUHAMMAD SYAUQI BIN DR. WAN AZLAN BIN WAN
AHMAD SUKIMAN ISMAIL
3. MUHAMMAD IQBAL BIN
DARAMAN NURUL ASMA’
4. HUSNA BINTI
CHE RUZI

6 DOKUMENTASI 1. AHMAD ADIB FAHIN BIN PN. TENGKU NOOR


ROSMAHADI KASMELIA BINTI TENGKU
2. AMANI SOFIA BINTI ARIS IBRAHIM

7 TEKNIKAL 1. MUHAMMAD SHAKIR ZUFAYRI


BIN S ROSLAN EN. MHD ASRI BIN ISMAIL
2. AINUR DAMIA BINTI MAZLAN

8 BUKU PROGRAM 1. MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF


2. BIN MOHD ASRI EN. AHMAD JALANI BIN
NUR AINNAJMIERA BINTI MOHD HALUS
ATAN
3. PERBELANJAAN PROGRAM / AKTIVITI

CATATAN PENERIMAAN PEMBAYARAN


17. Bayaran Penginapan RM 570
18. Bayaran Sewa Bot RM 1710

19. Duit kelas RM 1000


20. Pembelian Barang RM 166
mentah 1
21. Pembelian barang RM 229
mentah 2
22. Pisang RM 16
23. Fotostat buku RM 78.30
program
24. DIY – gas RM 37
25. Ayam masak RM 100
merah+ sambal
tumis ikan bilis
(asyraf)
26. Nasi ayam geprek RM 125
27. Tiket pembandaran RM 115
28. Tiket taman laut RM 69
29. DIY – bekas plastik RM 7.90
30. Barang first aid RM 60.80
31. Makan tengah hari RM 90
Jumaat
32. Duit IPG RM 2904
JUMLAH RM 3904 RM 3904- 3374
RM 530

Nota: Segala perbelanjaan di D’ Lagoon Pulau Perhentian telah direkodkan berdasarkan


jadual berikut.

Bayaran Penginapan = RM 15/ satu malam/ seorang


= RM 15 × 2 × 19
= RM 570

Bayaran Sewa Bot = RM 90/ seorang


= RM 90× 19
= RM 1710
3. GAMBAR PERSEDIAAN SEBELUM PROGRAM DAN SEPANJANG PROGRAM
PENGURUSAN REKREASI BERLANGSUNG

PENYEDIAAN PELAJAR SEBELUM BERGERAK KE PULAU PERHENTIAN.

1. Perjumpaan kedua ahli – ahli jawatankuasa pengurusan rekreasi

Hari: Khamis

Tarikh: 18 Mac 2021

Tempat: Platform google meet

Tindakan: Pelantikan dan pembahagian tugas – tugas ahli jawatankuasa bagi program
pengurusan rekreasi serta merancang aktiviti – aktiviti yang hendak di lakukan. Perjumpaan
ini dilakukan secara atas talian melalui aplikasi google meet kerana sesetengah pelajar masih
di dalam proses isolasi.

2. Perjumpaan kedua ahli – ahli jawatankuasa pengurusan rekreasi.

Hari: Khamis

Tarikh: 1 April 2021

Tempat: Wakaf TV

Tindakan: Setiap ajk memberi cadangan dan pandangan berkaitan tugasan yang telah
ditetapkan.
3. Perjumpaan kali ketiga

Hari: Khamis

Tarikh: 1 April 2021

Tempat: Astaka Jabatan Pendidikan Jasmani

Tindakan: Setiap ahli jawatankuasa melaporkan tentang gerak kerja yang telah dilakukan
pada pensyarah penasihat. Memberi pendapat bagi penambahbaikan dan pembaikian
masalah-masalah yang dihadapi setiap ahli jawatankuasa oleh pensyarah penasihat.

4. Pemeriksaan alatan yang hendak di bawa ke pulau perhentian

Hari: Isnin

Tarikh: 5 April 2021

Tempat: Stor pendidikan luar Jabatan Pendidikan Jasmani

Tindakan: Memeriksa alatan yang akan dibawa seperti: Peti pertolongan cemas, alatan
masakan, alatan aktiviti air.
GAMBAR SEPANJANG PERJALANAN AKTIVITI DI PULAU PERHENTIAN

HARI PERTAMA (RABU)


1. Persediaan pelajar untuk ke pulau perhentian
Masa: 8.30-9.00 pagi

2. Tiba di jeti dan menaiki bot ke untuk ke pulau


Masa: 11.00-12.30 tengahari
3. Persiapan diri dan solat zohor serta aktiviti water confident
Masa: 1.00- 6.00 petang
4. Persediaan makan malam, solat, persiapan diri
Masa: 7.00 – 10.00 malam
5. Night walk / Penghayatan alam
Masa: 10.00- 12.00 malam
-
HARI KEDUA (JUMAAT)
1. Jungle trekking
Masa: 10:00 pagi – 2:00 petang
3. Aktiviti ikhtiar hidup, persiapan diri, solat mahgrib dan bacaan yassin
Masa: 5:00 petang – 8:00 malam
HARI KETIGA (SABTU)
1. Aktiviti penghayatan alam (kehidupan laut) dan snorkelling
Masa: 7:00 Pagi – 12:00 Tengahari
2. Persiapan untuk pulang ke ipg.
Mas: 12:30 Tengahari
Laporan Ahli Jawatankuasa Buku Program:

Program Pengurusan Rekreasi dan Perkhemahan ini disertai oleh 19 orang pelajar
PPISMP semester 2 dan 4 orang pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan
dan Kokurikulum. Program ini diadakan selama 3 hari bermula 7 April 2021 hingga 9 April
2021.

Sebagai ahli jawatankuasa buku program, kami dikehendaki menyediakan sebuah


buku program bagi setiap peserta iaitu sebanyak 23 buah buku program. Sebelum membuat
buku program ini, kami telah berjumpa dengan seorang pensyarah daripada Jabatan
Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Kokurikulum untuk mendapatkan contoh buku program
yang berbentuk ‘soft copy’. Setelah mendapatkan contoh tersebut, kami terus berjumpa
dengan Encik Jailani yang merupakan penyelaras dalam mengendalikan ahli jawatankuasa
buku program. Kami telah diberitahu oleh Encik Jailani supaya mengambil perkara-perkara
yang diperlukan dalam buku program untuk program ini dan membuang perkara-perkara yang
tidak diperlukan. Setelah menapat arahan tersebut, kami melaksanakan kerja kami untuk
menyiapkan buku program menggunakan Microsoft Word.

Setelah buku program disiapkan dalam bentuk ‘soft copy’ kami meminta tanda tangan
daripada Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Kokurikulum iaitu Dr Zul Aizam
untuk disertakan pada kata-kata aluan ketua jabatan dalam buku program menerusi aplikasi
Whatsapp. Hal ini kerana Dr Zul Aizam ketika itu tidak berada di Institut Perguruan Guru
kerana ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat.
Setelah selesai mendapatkan tanda tangan daripada ketua jabatan, kami mendapatkan
khidmat daripada sebuah kedai cetak di Kuala Terengganu.
Harga yang diberikan untuk cetakan berwarna ialah RM 73 ringgit bagi 24 buah buku program.
Harganya agak berpatutan kerana hasil cetakannya adalah sangat berkualiti.

You might also like