Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 64

DISEDIAKAN OLEH

CIKGU HJ MOHD KHAMSULDIN BIN ABD WAHAB


(011- 11666383)
CIKGU ZULHAZLIA BINTI ZULKIFLI
AMARAN

© Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian


dalam bahan yang disediakan ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang
boleh dipergunakan lagi, atau dipindah dalam
sebarang bentuk atau cara lain tanpa kebenaran
terlebih dahulu daripada penulis
Hargailah usaha dan penat lelah penulis untuk
menghasilkan bahan pdpc ini. Segala bentuk CIPLAK
daripada bahan ini kami tidak membenarkannya. Bahan ini
juga tidak boleh dikongsi di mana-mana media sosial kecuali untuk
tujuan PDPC guru bersama-sama murid sahaja. Gunakan lah yang
ORIGINAL dengan mendapatkannya daripada penulis demi keberkatan
ilmu dan kejayaan anak murid kita.
PADA AKHIR PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN,
MURID AKAN DAPAT;

13.1 Mengenal pasti jenis sisa domestik


13.2 Menjelaskan dengan contoh sisa domestik
di Malaysia
13.3 Membincangkan kesan pembuangan sisa
domestik di Malaysia
13.4 Menerangkan langkah-langkah mengurangkan
kesan pembuangan sisa domestik
Senarai kandungan
Bil Perkara Terus ke halaman
1 Jenis-jenis Sisa Domestik Klik di sini

2 Sisa-sisa Domestik di Malaysia Klik di sini

3 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia Klik di sini

4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Klik di sini


Domestik
5 Latihan pengukuhan Klik di sini
Sisa domestik merupakan sisa buangan berbentuk pepejal atau
cecair yang dihasilkan oleh manusia

Contoh-contoh sisa domestik

Kertas Plastik Kaca Logam Sisa makanan

Kotak Botol sabun Botol kicap Tin minuman Nasi


Majalah Bekas minuman Pinggan Peralatan besi Kulit sayur
Surat Khabar Plastik makanan Botol sos Periuk Tulang
• Boleh diurai dan dilupuskan
Bahan
• Terdiri daripada bahan yang
berasaskan haiwan dan tumbuhan Organik

• Sukar diurai dan mengambil masa


yang sangat lama untuk dilupuskan Bahan Bukan
• Dihasilkan oleh bahan mineral dan Organik
bahan-bahan campuran kimia
Bahan
Organik

Sisa Sisa
makanan kebun

Kertas
Bahan Besi buruk
Tin
Bukan Organik

Plastik Kaca
 Sisa domestik di Malaysia dikenali sebagai sisa yang
terhasil dari kawasan perumahan

 Sisa domestik ini terdiri daripada sisa pepejal dan sisa


cecair

 Contoh sisa yang tidak diperlukan di rumah seperti kertas,


sisa makanan, baju terpakai dan sebagainya

 Namun, kebanyakan daripada sisa-sisa ini sebenarnya boleh


ditukar menjadi bahan yang boleh dikitar atau digunakan
semula
Sisa makanan

Logam Kertas

Sisa
Pepejal

Plastik Perabot

Lampin pakai buang


Minyak masak

Sisa
Cecair

Kumbahan
Rakyat Malaysia membuang
15 000 TAN makanan setiap hari
1. Apakah maksud sisa domestik?
2. Nyatakan maksud bahan organik dan berikan
contoh yang sesuai?
3. Apakah 2 jenis sisa domestik yang terdapat
di Malaysia?
4. Berikan 3 contoh sisa pepejal yang terdapat
di Malaysia
5. Berikan 2 contoh sisa cecair yang terdapat
di Malaysia
Pencemaran

Wabak penyakit

Banjir

Peningkatan kos penyelenggaraan


Jika sampah tidak dikitar semula,
apakah yang akan berlaku?
 Pembuangan sisa domestik atau sampah tanpa kawalan
akan menyebabkan berlakunya pencemaran. Contohnya :-

 Pencemaran air berlaku apabila sampah sarap dan sisa


toksik dibuang ke dalam sungai/ kolam/tasik/ laut/ parit

 Pencemaran udara berlaku apabila sisa domestik dibakar


di tapak pelupusan sampah yang membebaskan asap

 Pencemaran bau berlaku apabila sampah sarap dan sisa


domestik yang dibuang tidak diuruskan dengan baik
PENCEMARAN AKIBAT SISA DOMESTIK

Pencemaran air Pencemaran udara Pencemaran bau


berlaku apabila sampah berlaku apabila sisa berlaku apabila sampah
sarap dan sisa toksik domestik dibakar di sarap dan sisa domestik
dibuang ke dalam tapak pelupusan sampah yang dibuang tidak
kawasan sumber air yang membebaskan asap diuruskan dengan baik
seperti sungai, kolam, ke udara sehingga mengganggu
parit dan tasik keselesaan penduduk
 Sisa domestik yang dibuang merata-rata
tempat boleh mengundang kehadiran haiwan
perosak seperti tikus, lalat dan lipas
 Manakala kawasan mempunyai air bertakung
akan menjadi tempat pembiakan nyamuk
 Kawasan ini akan menjadi punca kepada
penularan pelbagai jenis wabak penyakit
seperti taun, demam denggi, kolera dan
malaria
Nyamuk Aedes – Lalat –
penyakit demam penyakit
denggi hepatitis

Lalat –
Tikus –
penyakit demam
penyakit kencing
kepialu
tikus
• Peningkatan jumlah sisa domestik juga telah menyebabkan
kos penyelenggaraan meningkat
• Pihak berkuasa tempatan seperti pihak Majlis Pembandaran
terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk
mengendalikan masalah sisa buangan di kawasan
perumahan yang tidak diuruskan dengan baik
• Sebagai contoh, kos penyelengaraan untuk tapak
pelupusan sampah, merawat sumber air yang tercemar
dan membayar gaji pekerja pembersihan
Sisa domestik yang banyak ini akan
meningkatkan kos penyelenggaraan yang
P perlu ditanggung oleh kerajaan

Perbelanjaan yang besar terpaksa


ditanggung oleh PBT untuk membayar
gaji pekerja pemungut sisa domestik
• Masalah sisa buangan yang dibuang ke dalam sistem
perparitan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah
menyebabkan sungai tercemar dan aliran air tersumbat
• Apabila hujan lebat, menyebabkan air melimpah keluar
naik ke darat dan berlakunya kejadian banjir kilat
• Banjir kilat boleh memusnahkan harta benda,
mengorbankan nyawa dan masalah kesesakan lalu lintas
akibat jalan ditenggelami air
Apabila longkang tersumbat
dengan sampah sarap akan
menyebabkan aliran air
tersumbat seterusnya melimpah
ke atas jalan raya dan
berlakunya banjir kilat
1. Terangkan 3 jenis pencemaran yang disebabkan
oleh pembuangan sisa domestik

2. Berikan 3 jenis penyakit yang disebabkan oleh


air yang tercemar

3. Bagaimanakah kejadian banjir kilat boleh


berlaku?
Mengapa kita perlu mengasingkan sisa domestik?

 Mengurangkan penggunaan sumber sedia ada


 Mengurangkan jumlah sampah yang perlu dilupuskan
 Sesetengah bahan boleh digunakan semula
 Mengelakkan pembaziran
 Memelihara alam sekitar
• Melalui amalan 3R jumlah sisa domestik dapat dikurangkan
• Konsep amalan 3R ialah kurangkan (reduce),
guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle)
• Namun, amalan ini memerlukan kerjasama
dan penglibatan yang serius daripada
pelbagai pihak terutama masyarakat
Tong Kitar
Semula dan
kegunaannya
mengikut
WARNA
• Akta Pengurusan Alam Sekitar Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2007 (Akta 672) telah diwujudkan untuk mengenakan hukuman berat
kepada pesalah yang melakukan kesalahan berkenaan dengan sisa
domestik

• Pihak berkuasa tempatan di sesetengah negeri seperti Johor dan Melaka


telah mewajibkan pengasingan sisa domestik di rumah untuk
menggalakkan usaha mengamalkan kitar semula dikalangan masyarakat
• Pendidikan alam sekitar seperti subjek geografi dapat
menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid di sekolah
tentang kepentingan menjaga alam sekitar

• Ini adalah untuk menggalakkan generasi akan datang lebih


menghargai dan menyayangi alam sekitar serta turut sama
berganding bahu menjayakan program kitar semula
Mengadakan Pertandingan

Mengadakan
pertandingan
kitar semula
di sekolah
bagi memupuk
nilai
cintakan alam
sekitar

Mengadakan
lakonan
tentang
pentingnya
amalan kitar
semula
di kalangan
pelajar
sekolah rendah
 Pihak kerajaan serta agensi NGO turut bekerjasama bagi
meningkatkan penglibatan individu dan masyarakat tentang
kepentingan menjaga alam sekitar

 Program kesedaran alam sekitar seperti Kempen 3R,


Kempen Cintai Sungai Kita serta Kempen Kesedaran Alam
Sekitar diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai
mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar
Aktiviti gotong royong membersihkan
sungai daripada pembuangan sampah
sarap yang mencemarkan air sungai

Kempen menanam pokok bagi


menyederhanakan suhu
di kawasan sekitar dapat mewujudkan
suasana yang sihat dan nyaman
 Penggunaan Teknologi Waste to Energy (WtE) boleh
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik serta
mengurangkan pencemaran udara dan bau

 Penggunaan plastik biodegradasi dan pinggan daripada ubi


kayu boleh mengurangkan kesan pencemaran air, tanih dan
udara kerana ia lebih mesra alam
Penggunaan
plastik
biodegradasi yang
mesra alam

Penggunaan
pinggan
Penggunaan insinerator ubi kayu
mampu mengurangkan masalah yang boleh
pencemaran bau, pencemaran terus
udara dari sisa domestik dimakan
Bangunan insinerator di Copenhagen,
Denmark mampu menukarkan 400,000
tan sampah kepada tenaga elektrik.
Menariknya, di sini juga terdapat ski
buatan manusia terbesar di dunia.
Walapun ianya bangunan yang
memproses sampah, kawasan ini
menjadi salah satu lokasi pelancongan
kerana persekitarannya bebas daripada
bahan pencemar
1. Terangkan amalan 3R yang boleh kita laksanakan
bagi mengurangkan pembuangan sisa domestik
2. Berikan 3 bahan yang boleh dikitar semula
3. Apakah kepentingan menanam pokok di kawasan
bandar?
4. Nyatakan contoh kempen yang boleh dilaksanakan
bagi memberikan kesedaran alam sekitar kepada
masyarakat?
1. Antara berikut, bahan yang manakah
merupakan sisa domestik bahan bukan organik?

A Kertas C Sisa kebun


B Plastik
 D Sisa makanan
2. Antara berikut, pasangan manakah yang benar?

Sisa Domestik Kategori


A Minyak masak Sisa pepejal
B Kertas Sisa pepejal 
C Sisa makanan Sisa cecair
D Asid lantai Sisa kebun
3. Apakah jenis sisa cecair yang dibuang dari
rumah?

A
B
Sisa kumbahan
Sabun pencuci

C Air basuhan
D Lampin pakai buang
4. Antara berikut, pernyataan yang manakah
benar tentang sisa domestik bahan organik?

A
B
Boleh diuraikan
Sukar diuraikan

C Sukar dilupuskan
D Dihasilkan dari sumber mineral
5. Antara berikut, yang manakah ialah kesan
pembuangan sisa domestik di Malaysia?

I Pencemaran
II Kejadian banjir kilat
III Penularan wabak penyakit menurun
IV Pengurangan kos penyelenggaraan

A
B

I dan II
I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6. Mengapakah kos penyelenggaraan sisa domestik
kerajaan tempatan meningkat setiap tahun?

A Tiada pekerja untuk menguruskan sisa domestik


B Pertambahan kilang pelupusan sampah
C
D
Pertambahan populasi penduduk
Amalan kitar semula 
7. Apakah kebaikan penggunaan teknologi
Waste to Energy?

A Penggunaan plastik dapat dikurangkan


B Pencemaran bau dapat dikurangkan
C Kempen kesedaran mudah dilaksanakan
D Tapak pelupusan sampah boleh ditutup

7. Apakah langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik yang terdapat dalam maklumat berikut?

Menghasilkan sesuatu barangan baharu


daripada barangan terbuang


A Kitar semula
B Guna semula
C Teknologi terkini
D Penguatkuasaan undang-undang
9. Jabatan kerajaan yang manakah mengadakan
pelbagai kempen kesedaran alam sekitar kepada
masyarakat?

A Anggota Renjer
B Indah Water Konsortium
C
D 
Jabatan Alam Sekitar
Jabatan PERHILITAN
10. Apakah jenis haiwan yang membawa wabak
penyakit dari sisa sampah di Malaysia?

A Bakteria
B Kucing
C
D
Tikus
Anjing

Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan sisa
domestik yang dihasilkan oleh penduduk di Malaysia? [6 markah]

Formula soalan huraikan


= 2 Fakta + 2 Huraian + 2 contoh

Contoh jawapan
= menggalakkan aktiviti kitar semula (F) mengurangkan jumlah sampah (H)
seperti kertas dan plastik (C)
= mengadakan kempen kesedaran alam sekitar (F) meningkatkan
kesedaran masyarakat (H) seperti kempen mengurangkan penggunaan
plastik(C)
Contoh skrip jawapan murid
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan
sisa domestik yang dihasilkan oleh penduduk di Malaysia
ialah
• menggalakkan aktiviti kitar semula untuk mengurangkan
jumlah sampah seperti kertas dan plastik
• mengadakan kempen kesedaran alam sekitar untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat seperti
kempen mengurangkan beg plastik

You might also like