Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tanggungjawab anda sebagai warga tempat kerja dan guru.

Warga Tempat Kerja


Menurut surat pekeliling Am bil 3 tahun 2019, semua tempat kerja tertakluk
kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) termasuk Sektor
Awam. Menurut Falsafah Akta 514, “Kewajipan untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan tempat kerja terletak kepada mereka yang mewujudkan risiko dan bekerja
dengan risiko tersebut. Sebagai warga tempat kerja, saya perlu sentiasa mematuhi
Prosedur Kerja Selamat dalam setiap aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan. Saya juga
perlu menjalani Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dilaksanakan oleh
Ketua Jabatan. Latihan ini bertujuan untuk memastikan setiap pekerja sentiasa
berwaspada dalam melakukan segala pekerjaan. Jika saya merupakan Ketua Jabatan,
saya perlu menguruskan keberadaan bahan kimia di dalam tempat kerja dengan
merekod dalam Borang Daftar Bahan Kimia misalnya gas pemadam api. Pada papan
kenyataan di dalam tempat kerja perlu di pamerkan infografik berkenaan keselamatan
dan risiko di tempat kerja agar semua warga tempat kerja sentiasa ingat dan tidak leka.

GURU

Keselamatan dan kesejahteraan murid hendaklah setiasa diberi keutamaan oleh


pihak pengurusan sekolah serta guru. Jenayah, membuli, dan mengambil dadah
merupakan antara perkara yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan
murid. Sebagai guru, saya perlu bersikap tegas terhadap sebarang perkara yang boleh
mengancam keselamatan dan kesejahteraan murid. Pendedahan tentang keselamatan
perlu diberikan kepada murid dari semasa ke semasa supaya murid akan sentiasa
cakna dan berwaspada. Saya juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga
berkenaan dengan jadual persekolah serta jadual aktiviti lain agar ibu bapa dapat
merancang masa mereka dengan baik untuk mengambil atau menghantar anak
mereka. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kesesakan atau kesukaran ibu bapa
ketika mengambil atau menghantar mereka. Sebagai guru juga, saya perlu sentiasa
mengawasi dengan kerap kawasan sekolah yang tersembunyi dan terselindung pada
masa tertentu seperti waktu rehat dan tamat sekolah. Kawasan tersebut perlu dijadikan
sebagai kawasan larangan bagi pelajar kerana mempunyai risiko dan mampu
mengancam keselamatan mereka. Jika berlaku sebarang kemalangan, guru atau pihak
sekolah tidak dapat menyedarinya dalam waktu yang singkat. Saya juga
mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk mempamerkan poster atau peraturan
mengenai keselamatan di papan kenyataan sekolah dan di setiap kelas bagi
memastikan setiap pelajar tidak terleka.

SUMBER RUJUKAN

https://www.moe.gov.my/pekeliling/1949-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-8-tahun-
2011-pengurusan-keselamatan-murid-di-sekolah/file

https://www.dosh.gov.my/index.php/list-of-documents/osh-info/small-medium-
enteprise/3684-infografik-surat-pekeliling-am-spa-bil-3-2019

Tambahan baharu

https://kppkksm.org.my/wp-content/uploads/2019/10/SPA-Bil-3-Tahun-2019.pdf

You might also like