Teks Mesyuarat Agong Kali Ke 46

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS MESYUARAT AGUNG PIBG 2019

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohd Fazrin bin Hamdan Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa SKPJYA dengan diiringi Yang Berusaha Puan
Hajah Mariyah bt Nasir Guru Besar SKPJYA masuk ke dewan dan seterusnya
mengambil tempat.

Jejaran mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di Tanah Jawa,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di Dewan Sri Gemilang kita bersua

Melati kuntum tumbbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Yang Berbahagia Encik Mohd Fazrin bin Hamdan Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa SKPJYA
Yang Berusaha Puan Hajah Mariyah bt Nasir Guru Besar SKPJYA
Yang Dihormati Puan Haniza binti Hassan Penolong Kanan Pentadbiran
Cik Rachel Murugiah Penolong Kanan HEM,
Puan Hazlinda binti Haron Penolong Kanan Kokurikulum
barisan guru, AJK PIBG dan PIBK, para ibu bapa dan penjaga serta murid-murid
yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46

Bacaan Doa

Bagi menambahkan keberkatan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En Fathzorrazi bin Yusof.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En


Fathzorrazi atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan GB

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Puan Hjh
Mariyah bt Nasir Guru Besar SK(P) Jalan Yahya Awal. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hjh Mariyah
bt Nasir Guru Besar SK(P) Jalan Yahya Awal atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

Seterusnya majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Encik


Mohd Fazrin bin Hamdan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa SKPJYA untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PIBG kali
ke 46 bagi tahun 2016. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Rosdi Bin Amir atas kesudian
menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sebelum Mesyuarat Agong PIBG kali ke 46 bermula, marilah sama- sama kita
saksikan persembahan tarian daripada murid-murid SK (P) Jalan Yahya Awal.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakam ribuan terima kasih, untuk makluman persembahan itu di bawah
bimbingan oleh Pn L.Vijaya Letchumi

Hadirin dan hadirat yang dihormati

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada AJK PIBG
dan PIBK SK (P) Jln Yahya Awal Tahun 2018.

Majlis dengan sukcitanya menjemput dan mepersilakan Pn Hjh Mariyah Binti


Nasir diiringi oleh Pn Haniza Binti Hassan untuk menyampaikan sijil
penghargaan dan cenderamata.

Dijemput Yang Berbahagia En Mohd Fazrin Bin Hamdan, YDP PIBG Tahun
2018
2.
3.
(27 orang)

Seterusnya, dijemput En Mohd Fazrin untuk menyampaikan sijil dan


cenderamata kepada Pn Hjh Mariyah Binti Nasir, Ex Officio PIBG Tahun 2018.

Majlis mengucapakan terima kasih kerana sudi menyampaikan sijil penghargaan


dan cenderamata sebentar tadi.

Hadiran dan hadirat yang dihormati

Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali 46 Tahun 2019. Untuk
majlis akan diserahkan kepada Cik Masidayu Binti Abdullah untuk meneruskan
mesyuarat pada hari ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati


Majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah. Dengan itu majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan
______________________________________untuk mencabut nombor yang
bertuah bagi tetamu yang hadir pada hari ini. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapakan terima kasih kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar
tadi.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan
Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
hadirin hadirat atas kesudian bersama-sama pada hari ini.

Kami bagi pihak majlis juga ingin memohon kemaafan jika terdapat sebarang
kecacatan dan kepincangan sepanjang majlis ini

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada salah dan silap,
Jangan simpan di dalam hati

Sekian, wbt ahidayah, wassalm. terima kasih ,

You might also like