Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

PENGAJIAN AM SEMESTER 2

TOPIK RUKUN NEGARA (SOALAN ESEI)

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


1. Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan
semua warganegara Malaysia. Jelaskan. F 5+0 (STPM 2014)

Kepentingan:
1. Membentuk perpaduan rakyat berbilang kaum
2. Mewujudkan rakyat berjiwa patriotic (cintakan negara)
3. Membentuk warga bermoral dan beretika
4. Menerapkan amalan menghormati perlembagaan negara
5. Mengukuhkan jati diri
6. Membina masyarakat progresif dan saintifik
7. Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil
8. Memelihara cara hidup demokratik
9. Membentuk sebuah masyarakat yang liberal

2. Penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang


demokratik, saintifik, progresif, bersatu padu, dan bersifat terbuka terhadap cara hidup
rakyat pelbagai keturunan. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi
untuk merealisasikan hasrat tersebut. Jelaskan. F 5+0 (STPM U2014)

Masalah:
1. Perpaduan yang goyah
2. Patriotisme semakin terhakis (kurang semangat cinta tanah air)
3. Kecetekan pengetahuan sains dan teknologi
4. Peningkatan gejala sosial
5. Berleluasa kemasukan budaya asing
6. Kurang menghayati prinsip Rukun Negara

3. Penghayatan Rukun Negara merupakan satu perkara penting kepada warganegara


Malaysia. Kegagalan warganegara Malaysia menghayatinya memberi kesan kepada
negara. Jelaskan. F 2+3@3+2 (STPM U2018)

Kepentingan:
1. Meningkatkan jati diri
2. Menguatkan semangat patriotisme
3. Mengamalkan nilai-nilai murni
4. Melahirkan masyarakat yang menghormati perlembagaan negara
5. Melahirkan masyarakat yang patuh undang-undang
6. Melahirkan masyarakat yang progresif

Kesan:
1. Kedaulatan negara tergugat
2. Keselamatan negara terancam
3. Budaya tercemar
4. Jati diri terhakis
5. Perpaduan rakyat/negara terancam
6. Kurang menghormati perlembagaan negara
7. Kurang semangat patriotisme
8. Pembangunan negara terjejas

1
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


4. Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip ketiga Rukun Negara. Jelaskan peranan
rakyat untuk memelihara keluhuran perlembagaan negara kita. F 5+0 (STPM 2021)

Peranan Rakyat:
1. Mematuhi undang-undang negara
2. Mengeratkan perpaduan kaum
3. Menjaga akhlak diri sendiri
4. Menghormati hak asasi
5. Menyokong dasar-dasar kerajaan
6. Menghormati lambang negara
7. Mengutamakan kepentingan negara
8. Tidak mempersoalkan perkara sensitive dalam perlembagaan
9. Tidak terpengaruhi dengan unsur luar yang mempertikai perlembagaan

2
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

TOPIK WAWASAN 2020 (SOALAN ESEI)

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


1. Membina negara Malaysia yang Bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran
pertama dalam Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu
padu, kerajaan telah memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar lain.
Huraikan. F 1 + 4(STPM 2013)

1. Rukun Negara (IDEA WAJIB)


2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
4. Dasar Ekonomi Baru
5. Dasar Integrasi Nasional
6. Dasar Pembangunan Nasional
7. Dasar Sukan Negara
2. Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang
dan budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk
membentuk masyarakat dan budaya penyayang. F 5+0 (STPM U2013)

1. Semakin kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan


2. Wujud pelbagai gejala sosial dalam kalangan anggota masyarakat
3. Wujudnya pengabaian warga emas (golongan tua) dan golongan orang kurang upaya
(OKU)
4. Berlakunya pemusnahan alam sekitar dan harta benda awam
5. Masalah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak
6. Wujudnya kegiatan anti-sosial yang berleluasa
7. Peningkatan masalah keganasan domestik
3. Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju
dengan cara tersendiri. Oleh itu, banyak persediaan yang dilakukan oleh rakyat
Malaysia bagi mencapai tujuan tersebut. Bincangkan. F 5+0 (STPM U2015)

1. Bersatu padu
2. Yakin pada diri sendiri dalam menghadapi pelbagai cabaran
3. Mengamalkan sistem demokrasi yang sebenar
4. Bermoral dan beretika
5. Bersikap liberal dan bertolak ansur
6. Menjadi masyarakat saintifik dan progresif
7. Mengamalkan budaya penyayang dalam setiap kehidupan
8. Menjadi masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
9. Menjadi masyarakat yang berdaya saing
4. Salah satu cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 adalah mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif. Oleh itu pelbagai pihak perlu memainkan peranan
bagi mencapai hasrat tersebut. Huraikan. F 5+0 (STPM U2016)

1. Sekolah
2. Institusi pengajian tinggi
3. Ibu bapa
4. Swasta
5. Kerajaan
6. Negara luar/lain
7. Pihak individu/perseorangan 8. Pihak media massa

3
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


5. Satu daripada cara Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat liberal dan
bertoleransi. Cabaran tersebut perlu dihadapi dalam usaha menjadikan Malaysia
sebuah negara maju. Jelaskan. F 5+0 (STPM 2019)

1. Meningkatkan perpaduan/mengukuhkan kerjasama rakyat/rakyat Bersatu padu


2. Mengukuhkan kesetiaan kepada negara
3. Memajukan ekonomi negara
4. Mengukuhkan kerjasama kebudayaan
5. Menambahbaik tahap pendidikan negara
6. Meningkatkan kematangan berpolitik
7. Memastikan keamanan/keselamatan negara terjamin
8. Melahirkan masyarakat berfikiran terbuka

6. Satu daripada matlamat Wawasan 2020 ialah Malaysia maju dalam bidang
perindustrian. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat
tersebut. Bincangkan. F 5+0 (STPM 2020)

1. Melaksanakan dasar-dasar kerajaan


2. Menggalakkan kemasukan pelabur
3. Menyediakan tenaga buruh yang mencukupi
4. Meluaskan pasaran
5. Pemberian dana penyelidikan
6. Meningkatkan kemudahan infrastruktur
7. Memajukan industri sokongan/hiliran
8. Menggalakkan program penyelidikan dan pembangunan
9. Menaik taraf infostruktur negara
10. Menggalakkan pemindahan/perkongsian teknologi moden
11. Menyediakan kemudahan kewangan/bantuan kewangan /modal
12. Mengadakan ekspo perindustrian antarabangsa
13. Membawa masuk kepakaran dari luar negara

4
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

TOPIK CABARAN DAN PENYELESAIAN (SOALAN ESEI)

1. Agama dan Kepercayaan

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


1.

2. Ekonomi

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


1. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu,
kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan
kesan yang mungkin timbul daripada keadaan ini. Huraikan. F 2+3@3+2 (STPM 2013)

Peranan kerajaan
1. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
2. Mencari pasaran baru
3. Mengawal mata wang dan aliran pertukaran asing
4. Menstruktur semula corak perbelanjaan
5. Mengurangkan import/menggalakkan/meningkatkan eksport

Peranan rakyat
1. Mengamalkan perbelanjaan berhemah
2. Membeli barangan tempatan
3. Melabur

2. Kegiatan memberikan pinjaman wang secara haram berlaku dengan berleluasa kerana
kegiatan tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun demikian, ramai
peminjam menghadapi masalah kerana gagal menjelaskan pinjaman. Bincangkan.
F 2+3@3+2 (STPM U2014)

Sebab orang ramai meminjam


1. Masalah kewangan (kesempitan hidup)
2. Cara mudah dan cepat
3. Memenuhi gaya hidup
4. Kesukaran meminjam daripada institusi kewangan
5. Jahil pengurusan kewangan

Kesan
1. Hidup tidak tenteram
2. Keselamatan terancam/mengancam keselamatan
3. Hubungan kekeluargaan terjejas
4. Rasa rendah diri

5
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

3. Dalam usaha meningkatkan keupayaan tenaga kerja di negara ini, kelemahan mereka
ini perlu dikenal pasti dan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengatasinya.
Huraikan. F 2+3@3+2 (STPM 2016)

Kelemahan
1. Kelemahan penguasaan teknologi
2. Kelemahan teknikal
3. Kurang kemahiran komunikasi
4. SIkap pekerja yang negatif
5. Kurang latihan

Langkah Penyelesaian
1. Meningkatkan Pendidikan berasaskan TVET/Pendidikan kemahiran
2. Memperbanyakkan kursus/latihan/program yang sistematik/teratur/sesuai
3. Meningkatkan inovasi dan kreativiti
4. Mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta
5. Memgadakan/memberi kaunseling/motivasi di tempat
6. Menyediakan ganjaran/insentif/imbuhan kepada pekerja

4. Industri penjagaan kesihatan menjadi satu daripada bidang yang diberikan keutamaan
oleh kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (PTE). Huraikan manfaat yang
diperoleh masyarakat dan negara hasil daripada perkembangan industri ini. F 5+0
(STPM 2017)

1. Menjana pendapatan negara


2. Menambah peluang pekerjaan
3. Meningkatkan pelancongan
4. Melahirkan tenaga pakar dalam bidang kesihatan
5. Menambah baik tahap kesihatan penduduk
6. Menggiatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang kesihatan
7. Menambah baik tahap kesihatan penduduk
8. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan
9. Meningkatkan imej negara

5. Sektor pertanian masih menghadapi kekurangan tenaga kerja yang berpengetahuan


dan terlatih. Oleh itu, usaha tertentu perlu dilakukan untuk menanganinya. Jelaskan.
2+3@3+2 (STPM U2020)

Sebab kekurangan tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih


1. Penawaran Pendidikan pertanian yang terhad
2. Mewarisi pekerjaan tradisi daripada keluarga
3. Tidak didedahkan kepada latihan dan pengetahuan khusus
4. Tiada pendedahan penggunaan teknologi

Usaha meningkatkan guna tenaga berpengetahuan dan terlatih


1. Memperkasa program pengajian pertanian
2. Memperbanyak kursus dan latihan pertanian
3. Lulusan bidang pertanian diutamakan dalam pemberian pertanian
4. Mengadakan kempen kesedaran terhadap pertanian moden
5. Membawa masuk tenaga pakar dari luar
6. Membawa masuk teknologi pertanian moden dari luar

6
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

6. Masalah kebolehpasaran pelajar lepasan universiti merupakan satu daripada sebab


mereka digalakkan untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Jelaskan. F 1+4 (STPM U2020)

1. Masalah kebolehpasaran (idea wajib)


2. Menjana pendapatan sendiri
3. Mengajar graduan lebih berdaya saing
4. Menjadikan graduan lebih kreatif dan inovatif
5. Menjadi pemangkin ekonomi berpendapatan tinggi
6. Mengoptimumkan sumber tenaga kerja wanita

3. POLITIK

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


1. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran untuk mengekalkan kestabilan politik sejak
negara ini mencapai kemerdekaan. Pelbagai kesan negatif mungkin berlaku sekiranya
Malaysia gagal untuk mengekalkan kestabilan politiknya. Huraikan.F 2+3@3+2 (STPM
2018)

Cabaran mengekalkan kestabilan politik


1. Kepelbagaian parti politik
2. Sikap pemimpin
3. Taksub terhadap pemimpin tertentu
4. Asas gabungan politik yang kurang mantap
5. Pengaruh anasir luar/campur tangan luar

Kesan ketidakstabilan politik


1. Kebangkitan rakyat
2. Ekonomi negara terjejas/merosot/meleset
3. Perpecahan masyarakat/rakyat
4. Imej negara terjejas
5. Pembangunan negara menjadi perlahan

4. PRASARANA

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


1. Sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap penting dalam pembangunan
sesebuah negara. Namun begitu, terdapat masalah dalam sistem pengangkutan awam.
Hal ini menyebabkan pengangkutan awam menjadi pilihan terakhir kepada pengguna.
Bincangkan. F 2+3@3+2 (STPM U2015)

Kepentingan
1. Mengurangkan masalah pencemaran udara/air
2. Memudahkan perjalanan orang ramai
3. Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas
4. Membantu menjana pembangunan negara
5. Menaikkan imej negara
6. Menjimatkan masa

7
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

Masalah
1. Perjalanan yang tidak teratur
2. Keadaan kenderaan awam yang uzur dan tidak mencukupi
3. Sikap pekerja pengangkutan awam
4. Perkhidmatan yang tidak menyeluruh
5. Pengurusan yang kurang berkesan
6. Tambang/harga perjalanan semakin naik/harga tiket semakin naik/meningkat/mahal

2. Masalah bekalan air bersih kepada pengguna domestik dan industri menjadi isu hangat
di negara kita. Isu ini memberi impak yang ketara kepada pengguna berkenaan.
Huraikan. F 2+3@3+2 (STPM U2017)

Sebab masalah berlaku


1. Penerokaan hutan
2. Pencemaran air
3. Peralatan usang
4. Pembaziran air
5. Pertambahan bilangan penduduk
6. Pengurusan pembekalan air

Impak kepada pengguna


1. Menjejaskan kesihatan
2. Menjejaskan ekonomi pengguna / industri
3. Mengganggu urusan harian

3. Pembinaan lebuh raya di negara ini telah membawa pelbagai kebaikan, namun
terdapat keburukan yang wujud akibat pembinaannya. Bincangkan. 2+3@3+2 (STPM
2019)

Kebaikan
1. Memudahkan pengangkutan
2. Mengurangkan masa pergerakan/menjimatkan masa
3. Memajukan kawasan setempat
4. Meningkatkan perhubungan
5. Kos perjalanan dapat dijimatkan
6. Mewujudkan peluang pekerjaan
7. Meningkatkan aktiviti ekonomi

Keburukan
1. Menjejaskan ekologi
2. Mengancam habitat
3. Kadar bayaran tol membebankan
4. Pencemaran alam sekitar
5. Meningkatkan kadar kemalangan jalan raya

8
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

5. SOSIAL DAN BUDAYA

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


1. Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di negara ini semakin
meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala tersebut. Ulaskan.
F 2+3@3+2 (STPM U2013)

Punca meningkat
1. Tiada pekerjaan
2. Sebatang kara/tua/kurang waras/masalah mental
3. Kemiskinan
4. Sikap dan mentaliti yang negatif

Langkah
1. Menguatkuasakan undang-undang
2. Menyediakan khidmat kemasyarakatan
3. Memperbanyakkan peluang pekerjaan
4. Memberi khidmat bimbingan dan kaunseling
5. Menubuhkan rumah sementara/pusat transit

2. Program Bandar Selamat bukanlah satu-satunya cara bagi kerajaan mengurangkan


jenayah daripada berleluasa di negara ini. Bincangkan. F 1+4 (STPM 2015)

1. Program bandar selamat (idea wajib)


2. Program kehadiran polis di mana-mana
3. Pendidikan pencegahan jenayah
4. Penglibatan penduduk setempat
5. Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang
6. Pengaplikasian teknologi canggih
7. Program Pemulihan Dadah AADK

3. Amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama berniaga sehingga larut malam
merupakan suatu tindakan yang kurang bijak. Bincangkan kesan amalan ini terhadap
anak-anak tersebut. F 5+0 (STPM 2015)

1. Menjejaskan proses tumbesaran anak-anak kecil


2. Menjejaskan proses pembelajaran
3. Menjejaskan perkembangan emosi kanak-kanak
4. Masalah keselamatan
5. Kesihatan
6. Sukar mendapat hak sebagai kanak-kanak
7. Pemakanan yang tidak sihat
8. Masalah sosial

4. Sistem Pendidikan menjadi landasan yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan


kaum di negara ini. Huraikan . F 5+0 ( STPM 2016)

1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar/bahasa rasmi di sekolah


2. Mengadakan/menganjurkan aktiviti kokurikulum
3. Memperkasa sekolah kebangsaan
4. Mata pelajaran yang boleh memupuk perpaduan diutamakan

9
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

5. Sekolah Wawasan
6. Guru sekolah daripada pelbagai kaum
7. Penglibatan ibu bapa dalam sistem/institusi Pendidikan

5. Usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara berhadapan dengan pelbagai masalah.
Jelaskan. (STPM U2019)

1. Kos tinggi
2. Kurang kemudahan /prasarana sukan
3. Sikap negative atlet
4. Masalah jurulatih
5. Kurang sokongan ibu bapa/keluarga
6. Kurang sekolah sukan
7. Kurang program pencarian bakat
8. Kelemahan pengurusan organisasi
9. Kurang peralatan sukan

6. EKOLOGI

BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN


1. Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan satu-satunya langkah untuk
mencapai matlamat memelihara alam sekitar. Bincangkan. F 1+4 (STPM 2014)

1. Penguatkuasaan undang-undang (idea wajib)


2. Perhutanan semula
3. Mewartakan hutan simpan
4. Penggunaan baja organik
5. Kaedah kawalan biologi
6. Pertanian tetap
7. Menggunakan kaedah kitar semula
8. Menggunakan teknologi moden
9. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan

2. Kejadian banjir melanda di beberapa kawasan di Malaysia menyebabkan kesukaran


kepada penduduk setempat. Jelaskan. F 5+0 (STPM 2017)

1. Keselamatan penduduk terancam


2. Perhubungan terputus
3. Sesi persekolahan terjejas
4. Sukar mendapat rawatan
5. Kerosakan harta benda
6. Menjejaskan aktiviti harian
7. Menjejaskan aktiviti ekonomi
8. Gangguan perkhidmatan utiliti/bekalan air/elektrik/komunikasi
9. Bekalan makanan berkurangan/kesukaran mendapatkan bekalan

10
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

3. Kehijauan dan keindahan alam sekitar semakin terancam akibat aktiviti manusia yang
tidak terkawal. Keadaan ini memberikan kesan kepada keimbangan ekologi dunia.
Jelaskan. F 2+3@3+2 (STPM U2019)

Aktiviti manusia
1. Pembuangan sampah/sisa domestik
2. Pembuangan sisa perindustrian
3. Pembukaan tanah/penerokaan
4. Pembalakan
5. Perlombongan
6. Pembakaran terbuka
7. Pembangunan pesisir pantai

Kesan-kesan
1. Kemusnahan habitat
2. Pemanasan global
3. Pergerakan tanah
4. Kekurangan sumber air bersih

7. SAINS DAN TEKNOLOGI

1. Teknologi hijau dapat menjamin kelestarian alam bagi kesejahteaan generasi masa
hadapan. Jelaskan. F 5+0 (STPM U2018)

1. Melestarikan hidupan
2. Pemulihan alam sekitar
3. Pemeliharaan persekitaran
4. Teknologi mesra alam
5. Penjimatan sumber tenaga
6. Penggunaan sumber yang boleh diperbaharui/tenaga alternatif
7. Penggunaan produk mesra
8. Melambatkan/mengurangkan proses perubahan cuaca

8. INTEGRASI DAN PERPADUAN

1. Semangat kejiranan dalam masyarakat kini semakin longgar. Oleh itu langkah untuk
mengatasi hal ini perlu dilakukan. Jelaskan. F 2+3@3+2 (STPM U2016)

Sebab kelonggaran
1. Perbezaan ideologi/agama/budaya/kepercayaan
2. Sikap individualistik/materialistik
3. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
4. Mementingkan status
5. Budaya hidup bandar/gaya hidup bandar

11
PENGAJIAN AM SEMESTER 2

Langkah
1. Aktiviti gotong-royong
2. Majlis-majlis rumah terbuka
3. Aktiviti hari keluarga
4. Aktiviti social
5. Budaya/amalan kunjung-mengunjung

2. Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat


Malaysia berbilang kaum. Huraikan.F 5+0 (STPM U2017)

1. Pemain/pegawai sukan/jurulatih/masyarakat pelbagai kaum


2. Mengutamakan semangat kerja berpasukan
3. Membina semangat setiakawan
4. Peluang memahami budaya/cara hidup kaum lain
5. Berpeluang berinteraksi dengan kaum lain
6. Mengumpulkan penonton/penyokong pelbagai kaum
7. Mengetepikan perbezaan ideologi/permusuhan
8. Menyemarakkan/meningkatkan semangat patriotisme

3. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia


yang bersatu padu. Bincangkan. F 5+0 (STPM 2020)

1. Meningkatkan penghayatan Rukun Negara


2. Pemantapan Pendidikan
3. Menggalakkan aktiviti sukan
4. Melaksanakan program/aktiviti kemasyarakatan
5. Melaksanakan kempen kesedaran
6. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
7. Menguatkuasakan undang-undang
4. Semangat patriotik dalam kalangan warganegara semakin pudar. Huraikan punca dan
langkah-langkah yang wajar dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. F 2+3@3+2
(STPM 2021)
Punca
1. Sikap individualistik/materialistik
2. Pengaruh budaya luar/asing
3. Sentimen perkauman/etnosentrik
4. Kurangnya kesedaran terhadap cinta akan negara
5. Pengaruh media massa/social
6. Kurangnya penghayatan sejarah negara
7. Pengaruh persekitaran
8. Ketaksuban dengan negara luar
9. Liberalisme
10. Kurangnya penghayatan Rukun Negara

Langkah-langkah
1. Melalui Pendidikan
2. Mengadakan program/aktiviti patriotisme
3. Meningkatkan kempen kesedaran patriotisme
4. Melalui aktiviti sukan

12

You might also like