Pas2 Rukun Negara

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

RUKUN NEGARA

1. Memupuk kesedaran untuk menghayati pinsip Rukun Negara.

 Melalui kempen Rukun Negara


Untuk menanamkan dan menghayati prinsip Rukun Negara dalam diri individu.
Contoh, kempen “Bersama Menghayati Rukun Negara”
 Melalui pendidikan
Di sekolah dan pusat pengajian tinggi.
Contoh, Penerapan prinsip Rukun Negara melalui mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral.
 Melalui media massa
Media elektronik dan media cetak menyiarkan iklan, artikel atau program yang
memberi kesedaran kepada penonton dan pembaca tentang kepentingan
menghayati prinsip Rukun Negara.
 Melalui peranan ibu bapa
Ibu bapa bertanggung jawab mendidik dan memastikan anak-anak memahami dan
mematuhi prinsip Rukun Negara sejak kecil hinggalah dewasa.

2. Matlamat pembentukan Rukun Negara.

 Mencipta masyarakat yang adil.


Kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama serta
mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kejayaan tersebut.
 Memelihara cara hidup demokratik.
Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik
asalkan tidak melanggar undang-undang negara.
 Mencapai perpaduan yang lebih erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan
satu negara yang bersatu padu.
 Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan pelbagai kaum.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan tradisi dan budaya masing-masing,
akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
 Membina sebuah masyarakat progresif dengan mengunakan sains dan teknologi.
Masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi akan menjadikan
Malaysia maju menjelang tahun 2020.

3. Rasional yang membawa kepada penggubalan Rukun Negara.

 Wujudnya situasi yang menggugat perpaduan negara


 Cabaran globalisasi
 Penularan budaya liberalisasi
 Wujudnya tindakan yang menggugat institusi beraja
 Wujudnya tindakan yang mempersoalkan perlembagaan
4. Tiga kepentingan prinsip Keluhuran Perlembagaan

 Memelihara keamanan negara/keharmonian/kesejahteraan/keselamatan


 Mengelakkan penyalahgunaaan kuasa / penyelewengan kuasaMewujudkan pemerintahan
yang adil
 Menjadi panduan kepada pentadbiran negara
 Menjadi rujukan kepada semua undang-undang negara

5. Kekangan membina masyarakat yang progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.

 Kurang pendedahan kepada penggunaan teknologi terkini


Masih menggunakan teknologi lama menyebabkan masyarakat tidak dapat meningkatkan
pembangunan diri
 Kurang mengikuti perkembangan teknologi terkini
Menyebabkan masyarakat tidak mengetahui perkembangan teknologi untuk kegunaan
seharian
 Kurang pengetahuan maya secara menyeluruh
Kurang menguasai pengetahuan tentang teknologi maklumat (ICT)

6. Prinsip Rukun Negara yang menyumbang kepada kemakmuran negara.


 Kepercayaan kepada Tuhan
-Kepercayaan kepada agama menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
-Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan menjadi
lambang perpaduan rakyat
 Keluhuran Perlembagaan
-Perlembagaan negara yang menjadi sumber perundangan tertinggi menjadi sumber rujukan
bagi segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan, perundangan dan kehakiman negara
 Kedaulatan undang-undang
-Undang-undang diperlukan untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,
stabil dan makmur
 Kesopanan dan kesusilaan
-Menjadi panduan supaya anggota masyarakat sentiasa bertindak sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni yang diamalkan di negara ini.

You might also like