Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

KILAT – KESAN KEPADA PERALATAN ELEKTRIK/ELEKTRONIK DAN SISTEM

PERLINDUNGANNYA

Mohd Said Yusof, Mohd Hanafiah b Chik, Mohd Nor Hasli b Mat Jusoh, Mohd Rozaini Zainudin,
Zulkifli b Muhammed & Jamal b Jobri
Bahagian Kejuruteraan, Agensi Nuklear Malaysia
43000 Kajang, Selangor DE

Abstrak

Di Malaysia, kilat boleh berlaku hampir sepanjang tahun terutamanya ketika musim peralihan monsun.
Kejadian kilat adalah mudah berlaku di kawasan yang berbukit termasuk kawasan Agensi Nuklear
Malaysia dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kesan daripada serangan kilat ini, banyak peralatan elektrik
yang moden dan mempunyai komponen-komponen elektronik boleh mengalami kerosakan dan
mengakibatkan kerugian besar dimana kos pembaikan yang yang terpaksa dilaksanakan adalah sangat
tinggi. Untuk mengurangkan risiko kerosakan alat dan kerugian besar ini, pemasangan sistem
perlindungan kilat yang baik dan berkesan adalah sangat perlu. Disamping itu, pengetahuan dalam
memahami bagaimana serangan kilat boleh merosakkan peralatan elektrik dan elektronik adalah penting
sebelum sesuatu sistem perlindungan kilat yang baik dapat dilaksanakan

Pendahuluan

Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik diantara permukaan bumi dan atmosfera
cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara yang akan menghasilkan lintasan cahaya dan bunyi
(guruh). Kilat boleh terjadi samada didalam awan, dari awan ke awan, diantara awan dengan permukaan
bumi dan dari permukaan bumi ke awan. Walau bagaimana pun kilat yang berlaku diantara awan dengan
permukaan bumi yang perlu diberikan perhatian kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan pada
peralatan elektrik yang dipasang dan boleh mencetuskan kebakaran. Kebanyakan kematian dan
kecederaan akibat daripada kilat terjadi kepada mereka yang berada di luar bangunan.

Menurut kajian yang telah dijalankan, Malaysia adalah diantara negara yang paling banyak berlaku
panahan petir/kilat di dunia selepas Rwanda dan Congo. (Sila rujuk Jadual 1 dan Jadual 2). Tidak
terkecuali Agensi Nuklear Malaysia juga mengalami masaalah kesan daripada kilat yang mana banyak
peralatan dan instrumen elektronik telah mengalami kerosakan, antaranya termasuklah Sistem Penggera
Kebakaran, Sistem kawalan dan keselamatan Gamma Green House, Sistem Pengawasan Bervideo (video
surveillance systems), Sistem Pagar Keselamatan, Traffic Barrier (Pintu Keluar/Masuk Utama Bangunan
10) dan dan lain-lain peralatan elektronik kecil.

Oleh yang demikian sistem perlindungan kilat yang boleh diharapkan adalah perlu untuk melindungi
segala harta benda dan juga mengelak daripada kehilangan nyawa.
Thunderstorm Days Per Year Worldwide Top Lightning Flash Density Sites
Worldwide
Bogor, Indonesia (1988) 322
Kamembe, Rwanda 82.7
Cerromatoso, Columbia 275-320
Boende, Dem. Rep. Congo 66.3
Malaysia 180-260
Lusambo, Dem. Rep. Congo 52.1
Singapore 160-220
Kananga, Dem. Rep. Congo 50.3
Florida, U.S. 90-110
Kuala Lumpur, Malaysia 48.3
Colorado, U.S. 65-100
Calabar, Nigeria 47.3
Brazil 40-200
Franceville, Gabon 47.1
Argentina 30-200
Posadas, Argentina 42.7
Japan 35-50
Ocana, Colombia 39.9
Most of Europe 15-40
Concepcion, Paraguay 37.0
Australia 10-70
England 5-10
Jadual 1 : Kekerapan Kilat Sepanjang Tahun 2003 Jadual 2 : 10 Lokasi Tertinggi Ketumpatan
Kilat (lightning flash density) per km/sq./yr.

Bagaimana Kilat Boleh Memusnahkan?

Apabila nyahcas berlaku diantara awan dan bumi, ianya akan menghasilkan voltan sehingga 50 milion
volt dengan arus puncak mencapai 200kA dan suhu meningkat sehingga ke 30,000K (54,000F). Kesan
daripada tingginya nilai voltan, arus dan juga suhu yang terhasil daripada kilat berkenaan sudah tentu
akan mengakibatkan kerosakan yang besar di kawasan yang dilanda kilat sekiranya sistem perlindungan
kilat tiada atau tidak sempurna.

Kesan daripada kilat ini pernah direkod sehingga 30 km dari lokasi ianya berlaku dan ini sudah tentu akan
mendatangkan kerosakan yang amat besar sekiranya terjadi berhampiran dengan bangunan-bangunan
yang menempatkan banyak peralatan elektronik.
Sambaran Langsung

Gambar 1: Kilat menyambar melalui pengalir Gambar 2: Kilat menyambar melalui talian atas
perlindungan kilat atau bumbung bangunan sistem bekalan elektrik

Apabila kilat menyambar pengalir perlindungan kilat atau bumbung bangunan yang dibumikan, arus yang
mengalir akan meresap ke bumi. Galangan (impedance) bumi dan arus yang mengalir melaluinya akan
menghasilkan perbezaan keupayaan yang amat tinggi : Ini merupakan voltan lampau. Voltan lampau ini
akan menyebarluas (propagate) keseluruh bangunan melalui kabel dan akan merosakkan peralatan
sepanjang laluannya. atau

Apabila kilat menyambar melalui talian atas, arus elektrik yang tinggi yang menembusi bangunan akan
menghasilkan voltan lampau yang amat tinggi. Kerosakan yang disebabkan oleh voltan lampau ini lebih
ketara dimana ianya boleh menyebabkan kebakaran pada papan suis elektrik dan juga kelengkapan
elektrik lain disamping berlakunya letupan.

Sambaran Tak Langsung

Gambar 3:Medan Magnet Terhasil Gambar 4: Perbezaan Keupayaan pada


permukaan tanah
Medan magnet yang terhasil daripada sambaran kilat juga akan menyebabkan berlakunya voltan lampau.
Walau bagaimana pun kebiasaannya kesan daripada sambaran kilat secara tak langsung tidaklah terlalu
ketara tetapi boleh merosakkan peralatan sensitif seperti mesin faksimile, bekalan kuasa untuk komputer
dan sistem perhubungan.

Bilakah Sistem Perlindungan Kilat di Perlukan?

Peraturan Semasa

Di Malaysia, sehingga kini tiada peraturan khusus yang mewajibkan pemasangan sistem perlindungan
kilat untuk bangunan-bangunan tertentu dan rumah kediaman.

Berita Harian bertarikh : 10 Oktober 2010 melaporkan:-

“KUALA  LUMPUR:  Kira‐kira  80  peratus  sistem  perlindungan  kilat  yang  dipasang  pada  bangunan 
termasuk  hospital  seluruh  negara  tidak  menepati  kehendak  dan  piawaian  kebangsaan  serta 
antarabangsa. Lebih teruk lagi, 90 peratus bangunan di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
di Putrajaya pula didapati tidak dilengkapi sistem perlindungan kilat yang menepati piawaian termasuk 
bangunan  hospital  dan  masjidnya.  ..................  Keadaan  ini  selain  boleh  menyebabkan  kerosakan  pada 
sistem elektronik dan bangunan, ia juga memberi kesan besar kepada pesakit yang menerima rawatan. 
.....................................” 

“Pengarah Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr 
Mohd  Zainal  Abidin  Ab  Kadir,  berkata  kadar  panahan  kilat  yang  tinggi  dengan  sebilangan  besar 
bangunan  tidak  dilengkapi  sistem  panahan  kilat  yang  menepati  piawaian  adalah  satu  igauan  besar 
kepada  negara.  Ini  kerana  katanya,  bangunan  termasuk  peralatan  elektronik  terdedah  kepada 
kerosakan dan boleh membawa kepada kecederaan atau kematian. ............................” 

Kebanyakan  sistem  perlindungan  panahan  kilat  sedia  ada,  menunjukkan  ia  dipasang  berdasarkan 
permintaan pemilik bangunan itu sendiri atau berdasarkan cadangan dibuat oleh pembekal yang tidak 
berasaskan kepada peraturan digariskan piawaian antarabangsa. 

Berbanding  dengan  Negara  German  misalnya,  undang‐undang  dan  peraturan  telah  disediakan  untuk 
mewajibkan  bangunan‐bangunan  tertentu  dipasang  dengan  sistem  perlindungan  kilat  yang  berkesan 
contohnya seperti kawasan jualan yang mana keluasan lantainya melebihi 2000 m2, ruang pamiran yang 
mempunyai  keluasan  2000  m2,  restaurant  yang  boleh  memuatkan  400  pelanggan  atau  hotel  yang 
menempatkan lebih dari 60 katil untuk tetamu dan lain‐lain. 

Walau bagaimana pun bagi tujuan rujukan, kita boleh merujuk kepada piawaian yang dikeluarkan oleh 
pihak SIRIM berhubung dengan sistem perlindungan kilat iaitu MS IEC 62305‐1, MS IEC 62305‐2, MS IEC 
62305‐3 dan MS IEC 62305‐4. 

Penilaian Risiko (Risk Management/ Assessment) – MS IEC 62305 

Dengan  adanya  risk  management/assessment  ianya  dapat  dijadikan  asas  untuk  menghadkan  risiko 
terhadap  kesan  kilat.  Syarikat‐syarikat  pengeluaran  atau  syarikat‐syarikat  perkhidmatan  yang 
menggunakan keseluruhannya sistem elektronik perlu memikirkan risiko akibat dari sambaran kilat yang 
mana  ianya  boleh  mengakibatkan  kerosakan  pepasangan  elektronik,  pengeluaran  dan  perkhidmatan 
akan tergendala selain daripada kehilangan data. 

Begitu juga di Nuklear Malaysia yang mempunyai peralatan dan sistem kawalan elektronik yang canggih 
dengan  kos  pembeliannya  yang  tinggi  perlu  dilindungi  sebaik  mungkin  untuk  mengatasi  masaalah 
disebabkan oleh kilat disamping bebearapa bangunan yang memerlukan tahap keselamatan fizikal amat 
tinggi. 

Analisa  perkara  yang  diperjelaskan  dalam  IEC  62305  adalah  untuk  mempastikan  semua  pihak  yang 
terlibat  dapat  memahami  konsep  sistem  perlindungan  kilat  secara  optimum  dan  sejajar  dengan 
kehendak ekonomi dimana sistem perlindungan yang dipasang boleh diharapkan (terjamin) walau pun 
dengan perbelanjaan yang minimum. 

Sistem Perlindungan Kilat 

Sistem Perlindungan Kilat mestilah berkebolehan melindungi bangunan dan struktur daripada kebakaran 
atau kemusnahan fizikal dan juga melindungi orang‐orang yang terdapat didalam bangunan berkenaan 
daripada kecederaan atau pun kematian. 

Sistem perlindungan kilat terdiri daripada perlindungan luar bangunan dan dalam bangunan. 

Fungsi  sistem  perlindungan  kilat  luaran  adalah  untuk  mempastikan  supaya  sambaran  kilat  secara 
langsung akan dialirkan kebumi melalui sistem pembumian yang berkesan. 

Contoh : Sistem Perlindungan Kilat Luaran


Pos. Description Pos. Description

1. Stainless steel conductor 7. Air-termination rod

2. Set of lead-in earthing rods 8. Roof conductor holder

3. Cross unit 9. Distance holder

4. Conductor 10. Elevated ring conductor

5. Conductor holder 11. Isolated air-termination rod

6. Bridging braid

Fungsi sistem perlindungan kilat dalaman adalah:-

 Mencegah daripada berlakunya percikan bunga api yang merbahayakan didalam bangunan atau
struktur.
Ini dapat dicapai dengan menggunakan teknik dawai pengikat sama upaya (equipotential
bonding) atau memasang komponen-komponen sistem perlindungan kilat dengan jarak yang
selamat dengan elemen pengalir yang baik yang terdapat didalam bangunan atau struktur
berkenaan.

Contoh: Pemasangan Pengikat Sama Upaya 
Perlindungan Sistem Pepasangan Elektrik dan Elektronik dari LEMP (Lightning Electromagnetic
Pulse)

Mengikut IEC 62305-3 hanya orang dan aset-aset bernilai yang terdapat dalam bangunan sahaja
dilindungi. Ianya tidak termasuk sistem pepasangan elektrik dan elektronik yang sensitif kepada
‘transient high-energy surges’yang terhasil daripada nyahcas kilat yang juga perlu dilindungi.

Bagi bangunan baru, perlindungan untuk sistem elektrik dan elektronik dapat disediakan dengan kos
minimum jika sekiranya sistem direkabentuk bersama bangunan sebelum pembinaannya dimana
komponen-komponen bangunan seperti rod keluli, galangan dan penyangga logam disepadukan
(integrated) dengan sistem perlindungan LEMP.

Berbanding dengan bangunan sediada, kos menyediakan perlindungan LEMP agak tinggi.

Garis Panduan Penyediaan Sistem Perlindungan LEMP:


Contoh Pemasangan Perlindungan Sistem Elektrik dan Elektronik

Contoh-contoh kaedah pemasangan perlindungan sistem ini boleh didapati daripada syarikat-syarikat
yang mengeluarkan produk berkaitan samada melalui katalog atau melayari laman web syarikat
berkenaan.

Kesimpulan

Memandangkan kawasan Agensi Nuklear Malaysia termasuk dalam kawasan yang kerap dilanda
petir/kilat, dan daripada maklumat yang diperolehi terdapat banyak peralatan elektronik yang mengalami
masaalah akibat daripada kesannya, sistem perlindungan yang berkesan dari LEMP adalah perlu.

Sehingga kini ada beberapa kawasan dan juga peralatan yang kerap mengalami kerosakan akibat daripada
serangan kilat diantaranya termasuklah Sistem Kawalan dan Keselamatan Gamma Green House, Pagar
Keselamatan berhampiran Bangunan 32/33, Sistem Pengawasan Bervideo (video surveillance systems)
dan sistem penggera kebakaran.

Untuk mengatasi masaalah ini, kajian lebih terperinci perlu dilakukan bersama dengan mereka yang
terlibat supaya masaalah sedemikian dapat diatasi atau diminimumkan serendah yang mungkin agar kos
penyenggaraan dapat dikurangkan.

Rujukan:

1. Lightning Protection Guide 2nd updated edition – DEHN + S HNE


Ö
2. How To Protect Your House and Its Contents From Lightning – IEEE Guide for Surge Protection
of Equipment Connected to AC Power and CommunicationCircuits.

é
3. Protection against lightning and overvoltages – soul protection surtensions

4. Lightning Protection System Design – Harger Lightning & Grounding © 2008


5. Berita Harian – 10 Oktober 2010

6. http://kilatmalaysia.blogspot.com/

You might also like