Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

KERJA KURSUS GEOGRAFI

TINGKATAN 3 (2011)

TAJUK:PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI


TAMAN SERI REMBAU,71300 REMBAU,
NEGERI SEMBILAN.

Nama : Noor Syafiqah Binti Redzwan


Kelas :3 Pluto
Nombor K/P : 960326-05-1111
Angka Giliran : NG002K005
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan
Undang Rembau,71309 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Nama Guru : Encik Lee Kim Seng

Tandatangan Pelajar: Tandatangan Guru:

(Noor Syafiqah) (Lee kim Seng)


KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

TAJUK

1.TAJUK KAJIAN:

2
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

Pencemaran alam sekitar di Taman Seri


Rembau,71300 Rembau,Negeri Sembilan
Darul Khusus.

3
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

SENARAI
KANDUNGAN

2.SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN


 Penghargaan

4
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

 Pendahuluan

 Objektif Kajian

 Kawasan Kajian

 Kaedah Kajian

 Dapatan Kajian

 Rumusan

 Lampiran

 Rujukan

5
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

PENGHARGAAN

3.PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Undang Rembau,

Datin Hajah Azimah Bt Haji Alis kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya En. Lee Kim Seng

yang telah banyak memberi tunjuk ajar, maklumat, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang

proses kajian ini dijalankan

6
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa serta adik beradik saya kerana memberi dorongan

dan sokongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang

telah ibu bapa saya habiskan demi memastikan kajian ini dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu rakan-rakan di tingkatan 3 Pluto. Mereka juga

banyak membantu dalam perkongsian maklumat dan menyoal selidik bersama-sama dengan

saya semasa penyelidikan ini.

Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Seri Rembau di fasa 1,

2 dan 3 serta penduduk lot banglo yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada

saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi

baik kalian semua.

7
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

PENDAHULUAN

4.PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupa syarat untuk pensijilan Penilaian

Menengah Rendah (PMR). Saya diberi dua pilihan tajuk kajian iaitu pencemeran alam sekitar

dan perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi). Saya telah memilih tajuk

pencemaran alam sekitar.

Saya telah dicadangkan oleh guru untuk membuat kajian ini dikediaman sendiri

memandangkan ia amat sesuai dijalankan berdasarkan tajuk yang telah saya pilih. Selain itu,

saya ingin mengetahui tentang pencemaran di kediaman saya serta sekitarnya dengan ini ia

dapat mewujudkan kesedaran kepada diri saya serta penduduk yang lain.

8
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini ialah bermula pada bulan

februari sehingga bulan jun kira-kira 4bulan. Saya dikehendaki menulis laporan yang lengkap

tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangakan manfaat dan kesedaran

khususnya kepada saya dan kepada masyarakat di kawasan kajian saya, dengan harapan agar

bumi dapat dipelihara dengan lebih baik.

9
OBJEKTIF KAJIAN

5.OBJEKTIF KAJIAN
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-

 Konsep pencemaran alam sekitar

 Jenis pencemaran alam sekitar

 Punca pencemaran alam sekitar

 Kesan pencemaran alam sekitar

 Cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

 Penerapan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian


KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

KAWASAN
KAJIAN

6.KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di sekitar Taman Seri Rembau, Negeri Sembilan. Taman

Seri Rembau di bahagikan kepada empat buah taman perumahan iaitu Taman Seri

Rembau Fasa 1, Fasa 2 , Fasa 3 dan Lot Banglo. Terdapat sebuah taman perumahan yang
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

bersebelahan dengan Taman Seri Rembau Fasa 3 iaitu Taman Rembau Utama yang

dimajukan oleh syarikat lain.

Sejarah awal kawasan kajian ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan

tanaman getah  yang telah di usahakan semenjak zaman penjajah lagi. Pada sekitar tahun

1970-an tanaman getah tersebut telah beralih kepada taman tembikai. Beberapa tahun

kemudian taman tembikai telah di lupuskan kerana kerajaan ingin membangunkan pejabat

kerajaan di kawasan tersebut. Selepas itu, kawasan perumahan semakin pesat dibina

berhampiran dengan Pejabat Daerah dan Majlis Daerah.

Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 1.4 kilometer dari Pekan Remabu dan kira-

kira-kira 26.2 kilometer dari Bandar Seremban. Biasanya tambang bas yang dikenakan

untuk pengangkutan bas ke Pekan Rembau dari Taman Seri Rembau ialah 80 sen yang

mengambil masa selama 3-5 minit. Oleh sebab Pekan Rembau berhampiran dengan

Taman Seri, kebanyak penduduk lebih suka berjalan kaki untuk ke sekolah atau kedai

kerana mengambil masa hanya 17-20 minit sahaja.


KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

PETA
KAWASAN
KAJIAN

PETA NEGERI SEMBILAN


KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

PETA DAERAH REMBAU


KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

PETA LAKARAN KAWASAN KAJIAN


KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

KAEDAH KAJIAN
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

7.KAEDAH KAJIAN
Bagi mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai kajian yang saya jalankan, saya

telah menggunakan beberapa kaedah kajian. Diantaranya ialah:-

1) Kaedah pemerhatian

 Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di sekitar Taman Seri Rembau untuk

mengenal pasti pencemaran yang sedang berlaku di Taman Seri Rembau dengan

cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang saya hendaki.

2) Kaedah soal selidik

 Saya juga telah membuat kertas soal selidik dan telah meberikan kertas soal selidik

tersebut kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk Taman Seri

Rembau dan juga orang awam yang pernah tinggal di Taman Seri Rembau

3) Kaedah rujukan

 Untuk melengkapkan lagi kajian ini saya, saya juga telah membuat rujukan di

laman web tertentu serta membuat beberapa rujukan di Perpustakaan Awam


KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

Rembau. Saya juga telah merujuk beberepa risalah aktiviti yang disediakan oleh

Koperasi Rukun Tetangga (KRT).

Dapatan kajian
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

8.DAPATAN KAJIAN
8.1Konsep pencemaran alam sekitar

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia
sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti
ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan
modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan
pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-
sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif
pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah
diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil


dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-
aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan
sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau
pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu
sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu
menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu
bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan
paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup
adalah berbeza.

Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit
ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar
lain diukur dengan unit-unit tertentu.

8.2Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar Di Kawasan Kajian

Setelah kajian dijalankan, saya mendapati terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar

yang sering berlaku di sekitar Taman Seri Rembau. Berikut ialah sekitar yang wujud di

kawasan kajian saya:

a. Udara

Pencemaran udara merupakan pencemaran yang terbesar berlaku di kawasa kajian saya ini

disebabkan oleh terdapat banyak perbinaan sedang dibangunkan. Pencemaran udara ini

berlaku kerana terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan

manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk

abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur

Oksida ,bau-bauan). Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari

asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b. Tanah

Pencemaran tanah merupakan pencemaran tiga terbesar di kawasan kajian saya ini
disebabkan oleh pembinaan sekolah, perumahan, jalan kereta api baru dan pembesaran jalan
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

raya. Pencemaran tanah ialah perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organik,kimia atau fizik.

8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian

Antara punca-punca pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya ialah:

1) Pembinaan

Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat

pemaju dan sekolah. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian

rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Projek perumahan

terbengkalai turut mempengaruhi. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan

kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.

2) Penempatan

Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi

petempatan perumahan, terdapat tong-tong samapah telah disediakan di halaman rumah

masing-masing. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar

seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan

dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan

membuangnya di tempat-tempat yang tersorok seperti di tepi jalan yang jarang dilalui.
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

3) Kenderaan

Kenderaan turut menjadi punca dikawasan kajiaan saya kerana jalan masuk ke Taman Seri

Rembau merupakan laluan utama ke Seremban dan Tampin Fakta juga menunjukkan bahawa

kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Gas beracun ini

juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin

panas.

4) Pembakaran terbuka

Ramai penduduk yang suka membakar sampah di merata-rata tempat dan secara terbuka

tanapa memikrkan perasaan orang lain dan akibatnya. Mereka suka membakar semak samun

yang berhampiran dengan tujuan supaya nyamuk berkurangan. Mereka juga suka membakar

daun-daun kering yang telah dikumpulkan tanpa memikirkan cara lain untuk melupuskan

daun-daun tersebut.
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian

I. Hujan Asid

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan

bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.

Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah

menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api

fossil seperti ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen

oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan

titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan

asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila

asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan

tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan

rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat.

II. Jerebu
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun

wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kenderaan dan juga asap pembakaran

adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan

jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan

menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya

akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu adalah satu

fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa

kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan

bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu

termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk

bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit

badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

III. Suhu Meningkat

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global

yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan

gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu

banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan

persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian

pemanasan global ini. Kesnanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem

terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

IV. Penyakit

Individu yang selalu terdedah pada pencemaran akan mudah menerima penyakit seperti asma,

batuk-batuk, selsema, sesak nafas dan sebagainya. Selain itu, individu yang duduk
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

berhampiran dengan kawasan seperti tempat pembiakan nyamuk akan mudah terkena

penyakit denggi.

V. Bau Busuk

Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik

dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan - bahan lain menyebabkan sampah ini akan

mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau yang kurang menyenangkan penduduk

setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan kawasan

perkampungan yang sering melepas ternakan mereka ke taman perumahan. Haiwan ternakan

mereka telah membuang najis dimerata-rata tempat yang boleh mengeluarkan bau busuk

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam

Sekitar Di Kawasan Kajian

i. Kempen Mencintai Alam Sekitar

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati

supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap

individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

ii. Kitar Semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman

perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh

dikitar semula kepada peniaga barang terpakai.Selain itu,mereka boleh kitar semula barang

seperti surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

diproses semula untuk menghasilkan kertas baru. Dengan ini, kita boleh mengelak daripada

menembang pokok untuk membuat kertas baru.

iii. Penguatkuasa Undang-Undang

Terdapat banyak akta dan undang-undang telah digubal untuk mengawal kesan kegiatan

ekonomi terhadap alam sekitar.Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta

Kawalan Pencemaran Air 1979, Akta Pembangunan Mineral, 1994, Akta Perikanan 1985,

Akta Perhutanan Negara 1984, dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Agensi kerajaan

seperti jabatan Alam Sekitar, bertanggungjawab menguatkuasakan akta dan undang-undang

ini. Jika pihak berkuasa yang berkaitan mendapati terdapat pihak yang melanggar akta dan

undng-undang tersebut, maka hukuman seperti denda, penjara, atau menggantung lesen

operasi harus dikenakan terhadap pihak yang berkenaan.Selain itu, pihak berkuasa juga harus

mewajibkan pihak yang terbabit menanggung kos pemuliharaan atau kos pembersihan

sepenuhnya.Hukuman yang lebih berat ini mungkin akan dapat mencegah aktiviti yang

memudaratkan alam sekitar dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan melalui penggubalan dan

penguatkuasaan undang-undang juga mewajibkan pengusaha-pengusaha kilang memasang

alat-alat pencegah dan rawatan pencemaran seperti alat penapisan asap, sistem pembetungan

air kumbahan, dan loji pelupusan bahan toksik bersepadu. Jabatan Perhutanan juga

mengetatkan kawalan dan pemantauan terhadap kegiatan pembalakan. Renjer-renjer hutan

kerap melakukan rondaan dan tinjauan untuk memastikan aktiviti pembalakan berjalan

mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan.Langkah mengehadkan pengeluaran lesen

pembalakan dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pihak yang melakukan

pembalakan haram juga penting dalam mengawal pembalakan secara berleluasa.

iv. Catalytic converter


KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic

converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar

bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar

bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98%

unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida

kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic

Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan

kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

BAHAN GRAFIK

A. JADUAL

JENIS PENCEMARAN PERATUS


UDARA 36%
AIR 34%
TANAH 28%
BUNYI 12%
BAU 32%

Jadual: Jenis-jenis pencemaran di sekitar Taman Seri Rembau


Sumber: Penduduk Taman Seri Rembau

B. CARTA PAI
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

BAU
23% UDARA
25%

BUNYI
8%

AIR
TANAH 24%
20%

Sumber: Penduduk Taman Seri Rembau

RUMUSAN
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

9.RUMUSAN
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar

dan berkesan patut diambil. Langkah-langkah yang wajar untuk melindungi alam sekitar ini

bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Malah ia adalah tanggungjawab semua

pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah

pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah

tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung

mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan

teknologi negara di masa akan datang. Selain itu, kita mesti la sama-sama berfikir supaya

Negara dapat di bangunkan dengan maju tanpa mencemarkan bumi.


KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

LAMPIRAN
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

RUJUKAN
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

RUJUKAN

INTERNET:

 http://bad-shamkajiantindakan.blogspot.com/2009/05/ulasan-buku-doing-action-
research-guide.html
 http://pondoksiti.blogspot.com/2011/02/kerja-kursus-geografi-2011-part-1.html
 http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/contoh-borang-soal-selidik-
kkg-2011.html?
utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A
 http://kudeed.tblog.com/post/1969953506

BUKU:
 BUKU TEKS TINGKATAN 1
 BUKU RUJUKAN GEOGRAFI (PMR A-ttack)

ORANG SUMBER:

 PENDUDUK TAMAN SERI REMBAU


 GURU KELAS 3 PLUTO
 RAKAN-RAKAN 3 PLUTO
KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

You might also like