Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Amp Kesihatan Kali 1 2021 PDF Free

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

KALI – 1/2021
Sekolah Kebangsaa Pauh Jaya
Taman Pauh Jaya,
13500 Permatang Pauh.

Tarikh : 20.03.2021
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Kediaman masing-masing (Aplikasi Google Meet)

Kehadiran:
1. En. Muhammad bin Maktar
2. Pn. Mazatul Azwa binti Ahmad Merzuki
3. Pn. Siti Rohana binti Mat Jusoh
4. Pn. Norra binti Abdullah
5. Pn. Naeimah binti Awang Kechik
6. Pn. Asyumi binti Hasan
7. Pn. Aidawati binti Ahmad
8. En. Mohd Shahrul bin Ishak
9. En. Mohd Faudzi bin Saidin
10. En. Mohd Jihadi bin Ahmad Marzoki
11. Pn. Siti Suriseni binti Supian Suri
12. Pn. Siti Zaharah binti Saad
13. Pn. Hoo Pooi yee
14. Pn. Suwahida binti Saad
15. En. Shamsul Zaidi bin Zainal Abidin
16. Pn. Che Natrah binti Md Said
17. Pn. Marwati binti Baharudin
18. En. Mohd Zubir bin Din
19. Pn. Hjh. Halimaton binti Zahrah binti Din
20. Pn. Farah Hazura binti Hamdan
21. Pn. Janagi a/p Komravaloo
22. Pn. Aghelya a/p Chitambram
23. Pn. Nadzirah binti Othman
24. Pn. Maizatul Baizura binti Mohamed
25. Pn. Fazliza binti Omar
26. Pn. Noor Haiza binti Ibrahim
27. En. Sivashangar a/l Murugan
28. En. Mohd Ghozali bin Mohd Ali
29. Cik. Nur Thahirah binti Jasmin
30. En. Mohammad Syazwi bin Roslan
31. Pn. Nabilah binti Jusoh
32. Pn. Nur Zuraini binti Mohd Zahari

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN


KESIHATAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani
Kali -1 bagi sesi 2021
1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang
dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan e-Rekod Mengajar ditulis dengan
berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini dan
mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas.

2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru di dalam group
Telegram.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan.
Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2021. RPT Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Soft Copy kemudian masing-masing
mencetak untuk rujukan dan kegunaan sendiri.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan e-Rekod Mengajar Harian sekurang-kurangnya


perlu ada tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, dan impak seperti yang telah dikongsikan
oleh En. Mohammad Syazwi bin Roslan di dalam group SK Pauh Jaya Official.

2.5 Setiap Guru perlu menyediakan dan mencatat rekod perkembangan setiap murid
menggunakan tapak Pelaporan PBD PJPK KSSR yang akan diedarkan nanti selewat-lewatnya
pada bulan April.

AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berbentuk pengetahuan am akan diadakan
pada bulan Pendidikan Jasmani.

3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Wajib ada aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi PdPC. Buku tersebut
hendaklah digabungkan bersama Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian. Begitu
juga dengan aktivitu Kokurikulum dan Pendididkan Jasmani. Ditangguhkan PdPC di luar kelas
dan dibuat di dalam kelas masing-masing.

3.4 Memaklumkan bahawa penyediaan lembaran kerja 30 helaian bagi setiap aliran mesti
disiapkan sebelum 26 haribulan March 2021 seperti arahan Tuan Guru Besar. Jawatankuasa
Penggubal Latihan telah diagih mengikut kelas dan aliran masing-masing.

AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan
untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut melalui
nota minta yang telah diedarkan oleh Tuan Guru Besar pada minggu lepas.
4.2 Pn. Norra binti Abdullah mencadangkan segala aktiviti seperti pembelian hadiah
Pertandingan kuiz menggunakan sumber kewangan PCG.

4.3 En. Mohd Jihadi bin Marzuki mencadangkan supaya membeli lebih banyak Bola Sepak,
Bola Baling dan Bola Takraw memandangkan kita kekurangan bola di stor PJ.

4.4 Pn. Siti Zaharah binti Saad mencadangkan supaya menambah bilangan Pundi Kacang,
Gelung Rotan dan juga Papan Anjal Gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi
keperluan pengajaran dalam KSSR. Beliau juga mencadangkan supaya membeli juga peralatan
lain yang bersesuaian untuk murid tahap 1.

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan sukan dan
memastikan peralatan tersebut diletakkan di dalam bekas khas yang akan disediakan nanti.
Selain itu juga segala rekod keluar masuk peminjaman alatan sukan dicatatkan dalam Buku
Catatan Peminjaman Alatan Sukan supaya alatan sukan kita lebih terpelihara. Buku catatan
tersebut akan diwujudkan kembali selepas cuti pertengahan tahun.

5.2 Pastikan buku latihan atau buku kerja Pendidikan Kesihatan (sekiranya ada) ditanda dan
digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan aduan daripada pihak waris.

5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera
untuk proses membuat tempahan barang sebelum Rabu, 24 hari bulan March 2021.

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’ dan Tasbih Kaffarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.05 malam dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( Pn. Siti Rohana binti Mat Jusoh ) ( En. Muhammad bin Maktar )
Setiausaha Panitia PJPK Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan
SK Pauh Jaya SK Pauh Jaya
Permatang Pauh, Pulau Pinang Permatang Pauh, Pulau Pinang

You might also like