Jawapan Ringkasan Contoh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHAGIAN C : RINGKASAN

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan
tentang manfaat makan coklat. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
petikan asal.

Coklat bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Suatu
ketika dahulu coklat hanya boleh dinikmati oleh golongan kaya-raya. Namun, kini coklat
boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Menurut kajian sains, pengambilan coklat mampu melegakan otot. Namun jika
dimakan secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga
asid perut mudah masuk ke dalam bahagian saluran makanan. Hal ini boleh mengakibatkan
kecederaan dalaman terhadap manusia. Pengambilan coklat juga dapat menimbulkan
perasaan relaks. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan kimia yang terkandung dalam
coklat mampu memberikan rangsangan psikologi yang membuatkan diri seolah-olah
sentiasa bertenaga. Namun begitu, bahan kimia yang terkandung dalam coklat boleh
menjadi racun kepada haiwan peliharaan seperti kucing, kuda dan anjing.

Kebaikan makan coklat yang seterusnya ialah, coklat dapat menggembirakan


perasaan pemakannya. Aroma coklat dikatakan mampu merehatkan minda si pemakan
coklat tersebut. Kebaikan coklat yang seterusnya ialah coklat mampu melanjutkan usia
seseorang yang mengambilnya. Hasil penyelidikan mendapati bahawa sekiranya seseorang
mengunyah coklat sebanyak tiga kali sebulan, mereka dikatakan dapat hidup setahun lebih
lama daripada mereka yang tidak makan coklat langsung.

Coklat juga turut dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan strok. Selain itu,
penghidap asma digalakkan agar makan coklat untuk melegakan saluran pernafasan dalam
paru-paru. Di samping itu, bahan kimia dalam coklat juga sesuai untuk melegakan batuk.
Walau bagaimanapun, kita mestilah berwaspada kerana pengambilan coklat yang terlalu
banyak boleh menyebabkan obesiti.
Isi Ringkasan (1)

1. Coklat mampu melegakan otot.


2. Coklat dapat menimbulkan perasaan relaks
3. Coklat dapat menggembirakan perasaan pemakannya
4. Coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang mengambilnya
5. Coklat dapat mengurangkan risiko serangan strok
6. Penghidap asma digalakkan makan coklat untuk melegakan saluran pernafasan dalam
paru-paru
7. Coklat melegakan batuk

Contoh Jawapan Ringkasan (1)

Antara manfaat makan coklat ialah makanan seperti coklat ini mampu untuk
melegakan otot kepada seseorang yang memakannya. Selain itu, coklat juga berupaya untuk
menimbulkan perasaan relaks terhadap diri seseorang. Seterusnya, coklat juga mampu
menggembirakan emosi pemakannya. Di samping itu, coklat juga dipercayai mampu
melanjutkan usia seseorang yang mengambilnya setiap hari. Makanan ini juga dipercayai
dapat mengurangkan risiko serangan strok terhadap seseorang. Akhir sekali, penghidap
asma amat digalakkan untuk makan coklat kerana coklat dapat melegakan saluran
pernafasan dalam paru-paru mereka.

(80 patah perkataan)

You might also like