Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

1.

0 PENGENALAN DAN PELOPOR

Max Weber yang merupakan seorang ahli sosiologi dan ekonomi yang berpengaruh di
Jerman telah mengasaskan teori birokrasi yang paling berpengaruh dalam bidang organisasi
dan pentadbiran. Nama sebenar Max Weber ialah Maximillian Weber, beliau dilahirkan pada
21 April 1864 di Enfurt Turingia, Jerman. Weber berasal daripada keluarga kelas menengah
dan merupakan seorang ahli sosiologi serta penganalisis ekonomi Jerman yang terkenal.
Ayah beliau adalah seorang birokrat yang mempunyai kedudukan politik yang kuat dan
ibunya pula seorang yang taat kepada agama.

2.0 DEFINISI

Konsep birokrasi ini mula digunakan pada awal abad ke -18 di Eropah Barat.
Birokrasi asalnya dari perkataan ‘bureau’ yang merujuk kepada pejabat iaitu tempat kerja
bagi pegawai awam. Birokrasi digunakan sebelum Revolusi Peranchis iaitu pada tahun 1789
dan kemudiannya berkembang ke negara-negara lain. Birokrasi juga merujuk kepada sebuah
organisasi berstruktur, penuh dengan prosedur dan tatacara yang perlu diikuti sebelum
mencapai tujuan dan matlamat bagi sesebuah organisasi. Berkait rapat dengan kecekapan,
kebijaksanaan, kebajikan dan Teknik pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Birokrasi juga
dianggap sebagai satu laluan yang sukar sebelum mencapai tahap selesa di mana seseorang
perlu melalui prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi mencapai tujuan dan
matlamat.

Birokrasi juga Birokrasi juga ialah suatu pentadbiran yang menjalankan pelbagai
peringkat serta terikat dengan peraturan. Sebagai satu konsep dalam bidang sosiologi dan
sains politik yang merujuk kepada satu cara perlaksanaan pentadbiran dan penguatkuasaan
undang-undang sah yang telah dibuat dalam sesebuah organisasi. Satu unit sosial yang
sengaja dibentuk atau pengelopokan manusia dan dibentuk kembali untuk mencapai
matlamat-matlamat tertentu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Birokrasi bermaksud
system pemerintahan atau pentadbiran yang dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-
pegawai kerajaan (yang tidak dipilih oleh rakyat) atau cara pentadbiran yang melibatkan
berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan.

Menurut Rajeshwar Trikha (2009:1), perkataan birokrasi berasal daripada ‘biro’ yang
digunakan pada awal abad ke-18 di Eropah Barat yang bukan merujuk kepada meja tulis
tetapi sebaliknya adalah lebih kepada pejabat yang dalam Bahasa Perancis perkataan biro
ialah baize yang digunakan meliputi meja-meja. Istilah birokrasi mulai digunakan tidak lama
sebelum Revolusi Perancis pada tahun 1789. Akhiran perkataan birokrasi pula diambil dari
Bahasa Greek iaitu kratia atau kratos yang bermaksud kuasa atau pemerintahan. Oleh itu ,
birokrasi pada dasarnya bermaksud pemerintahan pejabat iaitu pemerintahan golongan
pegawai.

Menurut Etzioni 1964 organisasi didefinisikan sebagai satu unit sosial yang sengaja
dibentuk dan dibentuk kembali untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu. Birokrasi juga
didefinisikan sebagai satu kosep yang berada dalam bidang sosiologi dan sains politik
merujuk kepada sesuatu cara perlaksanaan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang
sah yang telah dibuat dalam sesebuah organisasi. Namun begitu ramai yang menganggap
birokrasi satu prosedur yang menyulitkan dan berbelit-belit dan ada juga yang memandang
dari sudut positif ianya satu prosedur atau usaha untuk mengatur dan mengendalikan perilaku
masyarakat supaya sesuatu proses atau susun atur pekerjaan dapat dijalakan dengan lebih
teratur.

Menurut Scott (2003) definisi awal birokrasi menurut Max Weber adalah berbeza
dengan pandangan mengenai birokrasi pada hari ini iaitu dari segi konsep birokrasi sebagai
satu jenis struktur pentadbiran yang dibangunkan dalam satu pertubuhan dimana adanya
autoriti. Dari sudut positif Weber menganggap dengan adanya organisasi birokrasi struktur
pentadbiran dapat ditadbir dengan lebih rasional dan cekap. Jenis birokrasi yang ideal
termasuklah tidak ada aotoriti atau perhubungan lain, tidak mempunyai persahabatan dan
permusuhan, tidak mempunyai komplot dan tidak mempunyai badan jawatankuasa. Sesuatu
birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud dimana individu memberi dan menerima arahan
sebagai satu peraturan dalam sistem rasional. Jenis birokrasi yang ideal menurut Weber
memerlukan alat pentadbiran yang sukar dan memiliki ciri-ciri ketepatan, kepantasan, tidak
ada kekaburan, mempunyai pertimbangan, mengetepikan kepentingan, tidak ada perselisihan,
langkah penjimatan, berkesinambungan dan kesepakatan. Menurut Sim et al., 1995, Weber
turut mengatakan bahawa organisasi tidak dapat dielakkan dari berubah kearah jenis ideal
yang dikatakan olehnya dalam pencarian proses kecekapan yang sangat berkesan.

Weber juga turut memperkenalakan tipologi autoriti yang terbahagi kepada tiga jenis
autoriti iaitu yang pertama autoriti tradisional, kedua autoriti “rasional sah” dan ketiga
autoriti karismatik. Autoriti tradisional adalah berlandaskan pewarisan daripada autoriti

2
terdahulu dan orang yang memegang autoriti tersebut mempunyai kuasa membuat legitimasi
atau kesahan dan pekerja bawahan pula menerima sahaja perintah atasan dengan beranggapan
bahawa apa yang diperintahkan oleh orang atasan merupakan cara menyelesaikan masalah.
Tipologi autoriti mempunyai pengaruh besar terhadap hubungannya dengan organisasi yang
meliputi kepercayaan tentang kebenaran yang ada pada pejabat tertinggi dalam melaksanakan
tugasan terhadap orang bawahan. Autoriti karismatik yang berbeza dari autoriti rasionalisme
kerana sifat kuasa pemerintah karismatik adalah dilantik secara tidak rasmi dan kuasa yang
diperolehi adalah dari hak dan perjuangan manakala autoriti rasionalisme dilantik secara
rasmi dan berdasarkan undang-undang.

Sumbangan utama Max weber terhadap pengurusan adalah teori struktur


kewibawaannya dan penerangannya mengenai organisasi berdasarkan sifat hubungan pihak
berkuasa di dalamnya. Pandangan Weber mengenai birokrasi (atau pengurusan birokrasi)
adalah sistem kekuasaan di mana pemimpin menjalankan kawalan terhadap orang lain -
sistem yang berdasarkan disiplin.

Hasil kerja yang dilakukan olehnya adalah sezaman dengan Frederick W. Taylor dan
Henri Fayol, namun beliau bekerja mengikut jalannya yang tersendiri.

Sistem pentadbiran birokrasi diasaskan kepada 5 prinsip :

1. Prinsip 1 – autoriti pengurus didapati daripada kedudukan pengurus dalam organisasi


tersebut.

2. Prinsip 2 – individu memegang jawatan bukan disebabkan oleh kedudukan sosial


tetapi disebabkan oleh prestasi.

3. Prinsip 3 - Kedudukan jawatan , autoriti, tugas dan tanggungjawab dan perkaitan


setiap perkara tersebut mestilah dijelaskan dengan terperinci.

4. Prinsip 4 – perlu ada hirarki kedudukan supaya setiap pekerja mengetahui siapa dan
kepada siapa mereka patut melaporkan.

5. Prinsip 5 - Pengurus perlu membentuk peraturan, norma dan statandard operating


procedurs’ (SOP) untuk mengawal tingkah laku pekerja.

3.0 KEPENTINGAN

3
Organisasi merupakan satu unit sosial yang dibentuk untuk mencapai matlamat
tertentu. Sekolah juga merupakan satu contoh organisasi. Di dalam organisasi, kita tidak
boleh lari daripada mengaplikasikan teori-teori organisasi yang ada dan salah satu teori yang
paling berpengaruh dalam bidang organisasi dan pentadbiran ialah Teori Birokrasi.

Dari segi konsep, Weber merujuk birokrasi sebagai satu jenis struktur pentadbiran
yang dibangunkan dalam satu pertubuhan dimana adanya autoriti “rasional-sah” (Scott,
2003). Weber menerangkan jenis birokrasi yang ideal dari sudut yang positif, beliau
menganggap organisasi birokrasi adalah organisasi yang lebih rasional dan lebih cekap. Jenis
birokrasi yang ideal termasuklah tidak ada jenis autoriti atau perhubungan yang lain, tidak
mempunyai persahabatan dan permusuhan, tidak mempunyai komplot, dan tidak mempunyai
badan jawatankuasa. Sesuatu birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud dimana individu
memberi dan menerima arahan sebagai satu peraturan dalam sistem rasional.

4.0 TUJUAN

Tujuan utama teori birokrasi ialah untuk menjadikan sesebuah organisasi menjadi
lebih cekap dan segala urusan pekerjaan di dalam organisasi dapat berjalan dengan baik dan
lancar. Tujuan diwujudkan sistem hierarki dalam organisasi birokrasi pula adalah untuk
membina sistem rantaian arahan yang tersusun.

Sebenarnya birokrasi direka agar pekerjaan dapat dijalankan dengan baik (Hall,


1999). Menurut J. Hage (1980) pula, birokrasi dibentuk untuk mewujudkan kecekapan dan
kebolehpercayaan. Daripada kedua-dua sumber tersebut dapat dikatakan bahawa objektif
utama teori birokrasi ialah untuk menjadikan sesebuah organisasi menjadi lebih cekap dan
segala urusan pekerjaan di dalam organisasi dapat berjalan dengan baik dan lancar. Ciri-ciri
atau struktur birokrasi yang dianjurkan oleh Weber sebenarnya mencapai ke arah organisasi
yang lebih efisien dan sistematik. Kewujudan sistem kawalan iaitu peraturan yang ditetapkan
adalah bertujuan untuk mengawal seluruh struktur dan proses organisasi, pengawalan ini juga
memerlukan pengetahuan teknikal ke arah mencapai kecekapan yang maksimum (Mouzelis,
1967). Tujuan diwujudkan sistem hierarki dalam organisasi birokrasi adalah untuk mebina
sistem rantaian arahan yang tersusun. Dengan adanya hierarki ini, segala rancangan dapat
disatukan dan pemusatan pembuatan keputusan dapat dijalankan. Begitu juga dengan halnya
bagi pengkhususan fungsi, dengan adanya pengkhususan setiap jabatan dalam organisasi
dapat menjalankan fungsi mereka masing-masing. Kedua-dua langkah bertujuan mengelak

4
adanya bidang kuasa yang bertindih di antara satu sama lain. Dari segi layanan ke atas
pekerja-pekerja pula, teori birokrasi mengambil pendekatan tidak dipengaruhi perasaan dan
bersifat peribadi (impersonal), objektifnya ialah untuk mengurangkan pekerja menghabiskan
masanya dengan berborak sahaja serta mengurangkan pekerjaan yang dijalankan dengan
sewenang-wenangnya dan tidak konsisten. Pendekatan ini adalah untuk memastikan setiap
pekerja dilayan dan diperlakukan secara sama rata (Sims et al., 1995).

5.0 PERANAN

Terdapat tiga jenis autoriti yang dikenalpasti oleh Weber iaitu autoriti tradisional, autoriti
“rasional-sah” dan autoriti karismatik :-

a) Autoriti tradisional (Traditional authority) iaitu kepercayaan dalam tradisi yang telah
diamalkan sejak berzaman-zaman lamanya. Ini adalah berlandaskan perwarisan daripada
autoriti terdahulu, kemudian orang yang memegang autoriti tersebut mempunyai kuasa dan
memberi arahan manakala orang bawahan pula akan menerima sahaja perintah atasan dengan
alasan bahawa perkara yang diperintahkan oleh orang atasan itu merupakan cara untuk
menyelesaikan semua masalah.

b) Autoriti rasional-sah (Rational-legal authority) iaitu kepercayaan dalam “legaliti” sebagai


corak dalam peraturan normatif dan mengangkat kebenaran dalam autoriti seperti isu-isu
berkenaan arahan. Autoriti “rasional-sah” adalah berdasarkan sistem peraturan yang
menghormati arahan, oleh sebab itulah sistem ini disebutkan mempunyai kerasionalan.
Perintah atau arahan harus dipatuhi selagi mana mereka konsisten dengan peraturan tersebut.

c) Autoriti karismatik (charismatic authority) pula merujuk kepada kepatuhan kepada sifat-
sifat yang ada pada seseorang individu yang boleh dicontohi. Individu yang memegang
autoriti seperti ini akan menunjukkan ciri-ciri pemerintahan dalam corak normatif ataupun
peraturan. Autoriti ini juga melibatkan kualiti luar biasa yang ada pada pemimpin dimana
arahan tidak terikat kepada penghormatan dan kesetiaan.

Pada pendapat saya, teori Weber ini adalah baik diamalkan di mana-mana organisasi
mahupun di sekolah. Teori ini membuatkan sistem organisasi di sekolah menjadi lebih
sistematik dan efisyen. Sistem hierarki yang dilaksanakan membantu pentadbir
membahagikan tugas-tugas orang bawahannya seperti Guru Penolong Kanan, guru-guru,
kerani dan sebagainya mengikut tugas masing-masing dan tidak berlaku

5
persilangan/pertindihan tugas. Selain itu juga, teori ini dapat mengukuhkan tanggungjawab
masing-masing terhadap bidang tugas sendiri. Walaubagaimanapun, teori ini cenderung
kepada amalan pengurusan berbentuk pemusatan kuasa iaitu autoriti atau kuasa dalam
sesebuah organisasi terletak didalam tangan satu golongan kecil.autoriti atau kuasa dalam
sesebuah organisasi terletak didalam tangan satu golongan kecil. Golongan ini biasanya
terdiri daripada Pengetua dan Penolong Kanan. Kebiasaannya, arahan mereka perlu didengar
dan dilaksanakan tanpa sebarang bantahan.

6.0 RAJAH

Prinsip-prinsip teori Max Webber.

Menurut Mulder. P ( 2017), Teori Max Webber mempunyai enam prinsip iaitu :

1. Pengkhususan tugas ( Task specialization )

2. Hierarki autoriti ( Hierarchical of authority )

3. Pemilihan formal (Formal selection )

4. Peraturan dan keperluan ( Rules and requirements )

5. Tidak peribadi ( impersonal )

6. Orientasi kerjaya ( career orientation )

6.1 Pengkhususan tugas.

Tugas dibahagikan kepada kategori berdasarkan kemahiran dan kepakaran pekerja.Ini


adalah untuk memaksimumkan kecekapan bagi organisasi. Setiap pekerja bertanggungjawab

6
mengetahui apa yang terbaik yang boleh diharapkan dengannya. Dengan membahagikan
kerja berdasarkan pengkhususan, secara tidak langsung organisasi akan mendapat
keuntungan. Setiap jabatan mempunyai kuasa tertentu. Jadi, terdapat persempadanan tugas
dan pengurus dapat mendekati pekerjanya dengan lebih mudah apabila mereka tidak
berpegang pada tugas mereka. Seorang pekerja tidak boleh melampaui tugas rakan sekerja
yang lain.

Contoh di sekolah.

Dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3/1996, telah disenaraikan 22 senarai tugas bagi Pegawai
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah bagi sekolah menengah dan rendah. Guru bimbingan dan
kaunseling mempunyai kepakaran dalam menangani masalah pelajar dan menguruskan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). (KPM 1996)

6.2 Hierarki autoriti.

Weber menganjurkan bahawa pengurusan harus disusun secara hirarki. Pengurus disusun
menjadi lapisan hierarki, di mana setiap lapisan pengurusan bertanggungjawab terhadap
kakitangannya dan prestasi keseluruhan. Lapisan bawah struktur organisasi birokrasi selalu
tertakluk kepada pengawasan dan kawalan lapisan yang lebih tinggi. Hirarki ini
mencerminkan garis komunikasi birokrasi dan tahap perwakilan dan jelas menjelaskan garis
komunikasi, perwakilan dan pembahagian tanggungjawab dibahagikan. Pekerja perlu
mengikuti arahan dari pihak atasan termasuk peraturan dan dasar-dasar sesebuah organisasi.

Contoh di sekolah.

Sebagai contoh disekolah ialah pengurusan pentadbiran disekolah. Pentadbiran disekolah


diketuai oleh pengetua / guru besar. Pengetua / guru besar akan dibantu oleh empat orang
penolong kanan. Semua penolong kanan akan menerima arahan dari pengetua / guru besar
masing-masing dalam memastikan sekolah terurus dengan baik.

6.3 Pemilihan formal

7
Semua pekerja dipilih berdasarkan kemahiran dan kecekapan teknikal, yang telah diperoleh
melalui latihan, pendidikan dan pengalaman. Salah satu prinsip asasnya ialah pekerja dibayar
untuk perkhidmatan mereka dan tahap gaji mereka bergantung pada kedudukan mereka.
Syarat kontrak mereka ditentukan oleh peraturan dan keperluan organisasi dan pekerja
tersebut tidak mempunyai kepentingan pemilikan dalam syarikat.

Contoh di sekolah.

Sebagai contoh, syarat skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ialah
memiliki kelayakan akademik Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diikhtiraf oleh
kerajaan dan kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM. (SPP 2012)

6.4 Peraturan dan keperluan.

Peraturan dan keperluan formal diperlukan untuk memastikan keseragaman, supaya pekerja
tahu dengan tepat apa yang diharapkan dari mereka. Dalam pengertian ini, peraturan dan
keperluan dapat dianggap dapat diramalkan. Semua proses pentadbiran ditentukan dalam
peraturan rasmi. Dengan menguatkuasakan peraturan yang ketat, organisasi dapat mencapai
keseragaman dengan lebih mudah dan semua usaha pekerja dapat diselaraskan dengan lebih
baik. Peraturan dan keperluan lebih kurang stabil dan selalu diformalkan dalam apa yang
disebut sebagai laporan rasmi. Sekiranya peraturan dan keperluan baru diperkenalkan, maka
pengurusan kanan atau pengarah bertanggungjawab untuk ini.

Contoh di sekolah.

Sebagai contoh ialah garis panduan pengurusan prasekolah Kemeterian Pendidikan Malaysia
( KPM 2019). Dalam surat ini telah digariskan pengurusan pentadbiran dan pengoperasian,
pengurusan kurikulum prasekolah kebangsaan, pengurusan sumber manusia, pengurusan
murid dan pengurusan pelibatan ibubap dan penjaga.

6.5 Tidak peribadi

8
Peraturan dan keperluan yang jelas mewujudkan hubungan yang jauh dan tidak peribadi
antara pekerja, dengan kelebihan tambahan untuk mencegah nepotisme atau penglibatan
orang luar atau politik. Hubungan tidak peribadi ini merupakan ciri utama birokrasi.
Hubungan interpersonal hanya dicirikan oleh sistem undang-undang awam dan peraturan dan
keperluan. Pandangan rasmi bebas dari sebarang penglibatan, emosi dan perasaan peribadi.
Keputusan dibuat berdasarkan faktor rasional, bukan faktor peribadi

Contoh di sekolah.

Semua kakitangan awam disekolah termasuk guru besar tidak terkecuali membuat
perisyhtiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun. (JPA 2002)

6.6 Orientasi kerjaya

Pekerja organisasi birokrasi dipilih berdasarkan kepakaran mereka. Ini membantu dalam
penyebaran orang yang tepat pada kedudukan yang betul dan dengan demikian
memanfaatkan modal insan secara optimum. Dalam birokrasi, adalah mungkin untuk
membina kerjaya berdasarkan pengalaman dan kepakaran. Hasilnya, ia menawarkan
pekerjaan seumur hidup. Pembahagian kerja yang betul dalam organisasi birokrasi juga
memungkinkan pekerja untuk mengkhususkan diri lebih jauh, sehingga mereka dapat
menjadi pakar dalam bidang mereka sendiri dan meningkatkan prestasi mereka dengan
ketara.

Contoh di sekolah.

Guru mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat bermula dari gred DG 41 sehinggalah
kepada yang tertinggi iaitu Gred Khas. Setiap gred mempunyai peranan dan tanggungjawab.
(KPM 2016).

9
7.0 SOAL SELIDIK

10
9.0 CONTOH ARTIKEL BERKAITAN MAX WEBER

ARTIKEL 1 :

Khairul Azman Mohd Suhaimy & Prof Madya Dr. Mansor Mohd Noor. 2014. Meneroka
kerangka analitikal teori sosiologi Max Weber dalam mengkaji pemikiran
pembangunan Tun Dr. Mahathir Mohamad.  Journal of Techno Social, 5(1). 

11
Artikel 2 :

Siti Radhiah Hamsar & Ab. Samad Kechot. 2017. Birokrasi dalam organisasi seni: kajian kes
terhadap unit muzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jurnal Melayu 16(2).

12
Artikel 3:

Markus Dorman, Stefan Hinz & Eveline Wittmann. 2017. Improving school administration

13
through information technology? How digitalisation changes the bureaucratic features
of public school administration. Educational Management Administration &
Leadership.

10.0 RUMUSAN TEORI MAX WEBER

14
Organisasi didefinisikan sebagai satu unit sosial yang sengaja dibentuk (atau
pengelompokan manusia) dan dibentuk kembali untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu
(Etzioni, 1964). Apabila bercakap mengenai organisasi, kita tidak boleh lari daripada
membicarakan mengenai teori-teori organisasi yang ada. Salah satu teori yang paling
berpengaruh dalam bidang organisasi dan pentadbiran ialah Teori Birokrasi. Teori ini
diasaskan oleh Max Weber, seorang ahli sosiologi dan ekonomi berpengaruh Jerman.
Birokrasi boleh didefinisikan sebagai satu konsep dalam bidang sosiologi dan sains politik
yang merujuk kepada satu cara  perlaksanaan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-
undang sah yang telah dibuat dalam sesebuah organisasi di mana fungsinya memberikan
khidmat dan mengekalkan organisasi. Tanggapan sebahagian orang menganggap birokrasi
adalah merupakan satu prosedur yang berbelit-belit, menyulitkan dan menjengkelkan.
Manakala dari sudut positif , birokrasi sebagai satu usaha untuk mengatur dan
mengendalikan perilaku masyarakat supaya sesuatu proses dapat dijalankan secara teratur.
Dari segi konsep, Weber merujuk birokrasi sebagai satu jenis struktur pentadbiran
yang dibangunkan dalam satu pertubuhan di mana adanya autoriti “rasional-sah” (Scott,
2003). Weber menerangkan jenis birokrasi yang ideal dari sudut yang positif, beliau
menganggap organisasi birokrasi adalah organisasi yang lebih rasional dan lebih cekap. Jenis
birokrasi yang ideal termasuklah tidak ada jenis autoriti atau perhubungan yang lain, tidak
mempunyai persahabatan dan permusuhan, tidak mempunyai komplot, dan tidak mempunyai
badan jawatankuasa. Sesuatu birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud di mana individu
memberi dan menerima arahan sebagai satu peraturan dalam sistem rasional. Weber juga
berhujah bahawa jenis birokrasi yang ideal memerlukan alat pentadbiran yang sukar, sifat-
sifat alat pentadbiran ini termasuklah ketepatan, kepantasan, tidak ada kekaburan,
mempunyai pertimbangan, mengetepikan kepentingan, tidak ada perselisihan, langkah
penjimatan, berkesinambungan dan kesepakatan. Beliau juga mengatakan bahawa organisasi
tidak dapat dielakkan dari berubah ke arah jenis ideal yang dikatakan olehnya dalam
pencarian proses kecekapan yang sangat berkesan (Sims et al., 1995).
Teori birokrasi ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, walaupun teori ini sering
dikaitkan dengan pelbagai streotaip negatif, namun teori birokrasi ini juga banyak
memberikan sumbangan kepada teori dalam pengurusan sumber manusia. Menurut Kettner
(2002), terdapat tiga pertimbangan yang diambil kira dalam Teori Birokrasi iaitu pertama
ialah kebertanggungjawapan (accountability), Kebertanggungjawaban adalah merupakan satu
identiti dalam birokrasi. Salah satu faktor yang menyebabkan sesebuah organisasi memilih
struktur birokrasi ini ialah untuk mengenalpasti dengan lebih tepat tanggungjawab dalam

15
proses pembuatan keputusan. Kedua ialah hierarki dan definisi tanggungjawab  adalah
merupakan ciri penting birokrasi dalam membantu  pengurusan tempat kerja yang tersusun.
Lakaran prinsipal terhadap semua tugas haruslah jelas dan harus disusun dalam bentuk
hierarki. Dengan adanya hierarki dan spesifikasi tugas ini, ianya dapat memberi kekuatan
terhadap organisasi birokrasi kerana ia dapat memantapkan lingkungan kuasa yang ada pada
jabatan, program, unit kecil dan bagi setiap pekerja itu sendiri. Salah satu lagi kelebihannya
di sini ialah setiap pekerja amat jelas serta tahu kerja dan tugas harian yang patut dilakukan
oleh mereka, tanpa perlu bergantung kepada arahan untuk melakukan sesuatu tugas daripada
pihak lain., manakala yang ketiga pula ialah penyediaan untuk kerja , Weber menyokong idea
yang dikemukakan oleh Frederick W. Taylor bahawa untuk memastikan kecekapan
organisasi, penyediaan untuk kerja mestilah berdasarkan kelayakan untuk penempatan
pekerjaan di dalam organisasi. Dalam hal ini, sudah menjadi kebiasaan dalam bidang
perkhidmatan sosial seseorang pekerja akan diberikan posisi dalam organisasi berdasarkan
pendidikan profesional yang diterima oleh mereka, disamping pengalaman yang pernah
mereka lalui dalam jangka masa tempoh tertentu. Hal inilah yang mejadi kekuatan kepada
Teori Birokrasi ini kerana organisasi birokrasi mengamalkan kaedah pemilihan pekerja yang
benar-benar layak untuk bekerja di organisasinya dan tujuan utamanya ialah untuk mencapai
kecekapan dalam melaksanakan tugas. Semua instrumen tersebut adalah kekuatan kepada
teori ini dan inilah yang membezakannnya dengan teori organisasi yang lain.
Beberapa kelemahan yang sering dikaitkan dengan Teori Birokrasi ialah “red tape” .
Istilah ini merujuk kepada satu peraturan birokrasi yang sangat berlebihan sehingga
menyebabkan kelewatan kepada sesuatu urusan ataupun proses. Menurut struktur birokrasi
Weber yang diberikan oleh Etzioni dalam bukunya, sistem pencatatan perlu dilakukan untuk
merekod segala tindakan, keputusan dan peraturan dalam pentadbiran. Peraturan inilah yang
sebenarnya menyebabkan “red tape” kerana ia menyebabkan proses perjalanan urusan
dokumentasi menjadi lambat. Peraturan seperti ini dilihat mendatangkan tujuan yang tidak
berguna dan sering diberi sindiran dengan istilah “red tape’’ (Sims et al., 1995).   
Kelemahan kedua Teori Birokrasi ialah organisasi yang mengamalkan sistem
yang cenderung kepada amalan pengurusan berbentuk pemusatan kuasa atau oligarki, iaitu
autoriti atau kuasa dalam sesebuah organisasi terletak di dalam tangan satu golongan kecil.
Pendapat ini disuarakan oleh Robert Michels (1966), dalam memberikan kritikan terhadap
Teori Birokrasi yang diutarakan oleh Weber, menurut beliau sesiapa saja yang membicarakan
mengenai birokrasi, bermaksud membicarakan juga mengenai oligarki. Hal ini
disebabkan pemusatan kuasa di tangan sebahagian kecil individu akan menyebabkan mereka

16
menggunakan kedudukan mereka di dalam bahagian atau pejabat yang mereka ketuai untuk
meningkatkan keuntungan dan kepentingan diri mereka sendiri. Beliau juga mendakwa
bahawa organisasi bukannya instrumen yang rasional bagi mencapai matlamat pentadbiran
seperti yang disarankan oleh Weber (Sims et al., 1995). 
Kelemahan Teori Birokrasi yang ketiga ialah timbulnya ketidakcekapan. Walaupun pada
dasarnya matlamat utama Teori Birokrasi adalah untuk mencapai kecekapan dalam
organisasi, namun terdapat juga kesan-kesan negatif yang timbul secara tidak langsung dalam
prinsip birokrasi ini. Pendapat ini ditimbulkan oleh Robert Merton (1957) yang memberi
kritikan terhadap Teori Birokrasi Weber. Merton memperkenalkan konsep “trained
incompetence” atau “ketidakcekapan terlatih”, konsep ini merujuk kepada pekerja yang
hanya berfokus kepada apa yang mereka minat sahaja dalam menjalankan pekerjaan mereka,
pekerja juga kerap hilang keupayaan untuk mendengar serta memahami masalah dan
keperluan pengguna atau orang yang menggunakan perkhidmatan organisasi tersebut.
Kelemahan Teori Birokrasi yang keempat ialah birokrasi dilihat sebagai bentuk organisasi
yang “mengembung”, istilah mengembung ini diberikan oleh Parkinson (1957) terhadap
birokrasi. Menurut Parkinson individu-individu yang mempunyai autoriti dalam birokrasi
cenderung mengembangkan jumlah pekerja yang dirasakan tidak sesuai dengan keadaan
keperluan sebenar organisasi (Scott, 2003). Kelemahan teori birokrasi yang seterusnya ialah
teori ini kurang mengambil kira faktor manusia. Masalah ini timbul kerana organisasi
birokrasi terlalu menekankan prinsip orientasi melakukan tugasan tanpa dipengaruhi oleh
perasaan. Dalam prinsip ini orang atasan harus menghindarkan pertimbangan peribadi dalam
hubungannya dengan orang bawahan ataupun orang awam yang dilayaninya. Walaupun pada
dasarnya prinsip ini bertujuan untuk memberikan perlakuan yang adil terhadap semua orang,
namun jika terlalu ditekankan atau tidak disesuaikan mengikut keadaan akan menyebabkan
penurunan produktiviti sehingga menyebabkan timbulnya ketidakcekapan.

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa Teori Birokrasi yang diperkenalkan


oleh Max Weber ini telah memberi kesan yang besar dalam bidang organisasi dan
pentadbiran. Seperti juga teori-teori organisasi yang lain, objektif utamanya adalah untuk
mencapai kecekapan atau efisien dalam kerja. Daripada huraian di atas juga dapat dinilai
bahawa teori ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri apabila
diaplikasikan ke dalam sesebuah organisasi. Teori Birokrasi yang dihuraikan oleh Weber
banyak berhubungkait dengan pengurusan saintifik di mana teori ini menekankan kepada
rasionaliti, kebolehan untuk diramal, tidak dipengaruhi oleh perasaan, kecekapan teknikal dan

17
autoritarianisme (Robbins & Coulter, 2009). Walaupun Teori Birokrasi ini lebih sinonim
dikaitkan dengan kelemahan-kelemahan tertentu, namun dalam bidang pengurusan khidmat
manusia, masih terdapat pelajaran dan pengetahuan yang kita dapat pelajari daripada Teori
Birokrasi dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada teori pengurusan khidmat
manusia. Menurut Kettner (2002), ramai pekerja kerja sosial profesional dan pengamal
perkhidmatan manusia yang lain, termasuk ramai pengurus dapat melaksanakan tugas
bahagian mereka dengan baik dan profesional apabila bekerja di dalam sebuah organisasi
birokrasi. Pada hari ini kita dapat melihat bahawa birokrasi banyak dipraktikkan di dalam
agensi kerajaan, hospital, instituisi pertahanan, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO),
syarikat korporat, kelab-kelab sosial, institusi akademik dan sebagainya lagi. Hal ini
membuktikan bahawa Teori Birokrasi bukanlah sekadar ideologi semata-mata namun
sebenarnya dapat diaplikasikan ke dalam mana-mana jenis organisasi yang ada.      

RUJUKAN

Abd. Ghani Ahmad. 2009. Pengurusan Persembahan: Pengalaman Peribadi di Belakang Tabir

18
Penerbitan Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Jurnal Melayu. 4: 91-109. Ahmad Atory
Hussain. 1991. Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Etzioni, A. 1964. Modern Organization. United States: Prentice-Hall, Inc.


Hall, R. H.1999. Organizations: Structures, Processes, and Outcomes. (7th ed). United
States:
Prentice-Hall, Inc.

Kamus Dewan (Edisi Keempat). 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diambil
pada Ogos 25, 2020, daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=birokrasi.

Kettner, P. M. 2002. Achieving Excellence in the Management of Human Service


Organizations. United States: Pearson Education, Inc.

Khairul Azman Mohd Suhaimy & Prof Madya Dr. Mansor Mohd Noor. 2014. Meneroka
kerangka analitikal teori sosiologi Max Weber dalam mengkaji pemikiran
pembangunan Tun Dr. Mahathir Mohamad.  Journal of Techno Social, 5(1). 

Markus Dorman, Stefan Hinz & Eveline Wittmann. 2017. Improving school administration
through information technology? How digitalisation changes the bureaucratic features
of public school administration. Educational Management Administration &
Leadership.

Max Weber. Encyclopaedia Britannica.com 2009. Encyclopaedia Britannica Online.


[ 20 April 2009 ]. 

Mouzelis, N. P. 1967. Organization and Bureaucracy. Great Britain: Routledge 11 New


Fetter
lane.

Muhammad Supraja.2012.Alfred Schutz: Rekonstruksi (Pembinaan Semula ) Teori Tindakan


Max Weber.Jurnal Pemikiran Sosiologi ,Volume 1(2) Nov:81-90.

Noralizah binti Mohamad Nor @ Mohamed, Noor Alam Syah bin Irwan Syah, Zaharahanum
binti Kamarudin, Zarinah binti Zainal dan Zuraidah binti Aham . Sorotan
Implimentasi Teori Birokrasi Max Weber di Malaysia (2).pdf

Pendekatan Pemikiran Pengurusan.


https://mail.google.com/mail/u/0/?tab=rm&ogbl#inbox?projector=1 [ 21 Ogos 2020 ]

Robbins, S. P. & Coulter, M. 2009. Management. (10th ed). New Jersey: Pearson Education,


Inc.

Scott, W. R. 2003. Organizations: Rational, Natural, and Open Systems. (5th ed). New
Jersey:
Pearson Education, Inc.

Sims, D., Fineman, S. & Gabriel, Y. 1995. Organizing & Organizations: An


Introduction.  London: Sage Publications, Ltd.

19
Siti Radhiah Hamsar & Ab. Samad Kechot. 2017. Birokrasi dalam organisasi seni: kajian kes
terhadap unit muzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jurnal Melayu 16(2).

Teori Birokrasi Max Weber : Pengenalan- Struktur – Objektif –Kekuatan dan Kelemahan.
https://nikalila.wordpress.com [ 24 Mac 2012 ]

Trikha, Rajeshwar.2009. Bureaucracy and public administration, Jaipur: Global India.


Diambil
pada Ogos 25, 2020, daripada http://site.ebary.com.my/Search.aspx?k=birokrasi

20

You might also like