Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

021030-08-0842

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya kesihatan
dan petunjuk untuk menyiapkan tugasan ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua
pihak yang telah memberi bantuan dalam menyiapkan kerja kursus Ekonomi kertas 4 (900/4). Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Puan Wiza Rozahrin Binti Mohamed
Radzi dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Mohd Shori Bin Hussin kerana memberi
kelulusan kepada saya untuk melaksanakan projek ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing


Ekonomi saya, Puan Mazatul Suhaila Binti Abdul Malik atas kesudian beliau meluangkan masa
untuk memberi tunjuk ajar, bimbingan dan teguran dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya atas
kesudian memberi kebanyakan idea dan pandangan mereka terhadap tugasan ini serta galakan dan
inspirasi yang begitu semangat daripada ibu bapa yang tercinta, iaitu Encik Sivanjothi A/L Karuppiah
serta Puan Vani A/P Tevamani sepanjang proses penyiapan projek ini. Jasa anda semua amat
dihargai.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak. Kajian ini pasti tidak akan
menyempurnakan tanpa bantuan dan kerjasama yang dihulurkan daripada setiap individu yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan tugasan ini.

1
021030-08-0842

KAJIAN TERHADAP EKSPORT MAKANAN DIPROSES MALAYSIA DARI TAHUN 2009


HINGGA TAHUN 2018.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tentang eksport makanan diproses Malaysia dari tahun 2009
hingga tahun 2018. Kajian ini berobjektif untuk mengkaji kadar pertumbuhan eksport makanan
diproses Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Objektif kedua ialah untuk mengenalpasti arah
aliran eksport makanan diproses Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Kaedah kajian yang
telah digunakan dalam kajian ini adalah melalui pengumpulan data sumber sekunder dan kaedah
analisis data. Pengumpulan data sekunder digunakan utnuk mengetahui nilai eksport makanan
diproses Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Manakala kaedah analisis pula digunakan
untuk menganalisis kadar pertumbuhan eksport makanan diproses Malaysia pada tempoh yang sama.
Berdasarkan hasil kajian ini, didapati bahawa kadar pertumbuhan eksport makanan diproses yang
paling rendah adalah pada tahun 2018 iaitu sebanyak -1.52%. Manakala keadaan sebaliknya, kadar
pertumbuhan eksport makanan diproses paling tinggi adalah pada tahun 2014 iaitu sebanyak 16.11%.
Selain itu, arah aliran eksport makanan diproses Malaysia yang paling tinggi adalah pada tahun 2017
iaitu sebanyak RM19 713 juta manakala arah aliran eksport makanan diproses paling rendah adalah
pada tahun 2009 iaitu sebanyak RM10 605 juta masing-masing. Antara cadangan untuk
Meningkatkan eksport makanan diproses adalah mementingkan diagnostic yang tepat dan
komprehensif, dengan mengadakan kursus-kursus yang relevan bagi membimbing usahawan industri-
industri muda dalam pengurusan perniagaan makanan mereka, dan juga mewujudkan persekitaran
yang kondusif untuk merangsang kreativiti dan inovasi. Kerajaan haruslah mengambil Tindakan
tersebut supaya dapat menjalinkan hubungan dagangan yang baik dengan negara-negara lain.

2
021030-08-0842

ISI KANDUNGAN :

BUTIRAN HALAMAN

PENGHARGAAN 1

ABSTRAK 2

SENARAI KANDUNGAN 3

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 4-5

2.0 PENYATAAN MASALAH 6–7

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 8

4.0 KAEDAH KAJIAN 9


4.1 SUMBER SEKUNDER 9
4.1.1 KAEDAH KEPUSTAKAAN 9
4.1.2 KAEDAH SUMBER INTERNET 9 - 10
4.2 KAEDAH ANALISIS DATA 10

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 11

5.1 MENGENAL PASTI ARAH ALIRAN EKSPORT DAN


IMPORT BARANG MAKANAN MALAYSIA DARI 11 – 13
TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2014.

5.2 MENGKAJI KADAR PERTUMBUHAN BARANG


MAKANAN TERHADAP JUMLAH EKSPORT DAN 14 – 17
IMPORT MALAYSIA DARI TAHUN 2004 HINGGA
TAHUN 2014.

6.0 CADANGAN 18 – 20

7.0 RUMUSAN KAJIAN 21 – 22

SENARAI RUJUKAN 23

LAMPIRAN 24 – 26

3
021030-08-0842

1.0 LATAR BELAKANG

Kajian ini dijalankan dengan mengikuti Tema 2 iaitu ‘Eksport Malaysia dari tahun 2009
hingga tahun 2018’ dengan tajuk “Eksport makanan Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018”.
Objektif utama dalam kajian ini bertujuan untuk mengkaji kadar pertumbuhan barang makanan
terhadap jumlah eksport Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Manakala objektif kedua ialah,
mengenalpastikan arah aliran eksport makanan Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018.

Secara umumnya dalam dunia perdagangan, eksport  merujuk kepada proses barang


atau komoditi yang dijual atau diangkut dari sesebuah negara ke negara lain secara sah, terutamanya
untuk perdagangan, biasanya bagi kegunaan dalam perdagangan. Menurut Perbadanan Perusahaan
Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Pengeksport ditaktifkan Sebagai mengambil
atau menyebabkan barang dan komoditi dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut , atau udara
dengan menggunakan vessel, kenderaan atau pesawat untuk bertujuan perdagangan. Kegiatan eksport
mampu Meningkatkan tingkat keseimbangan pendapatan sesebuah negara. Hal ini Disebabkan
eksport adalah cara yang baik untuk mengembangkan perniagaan perusahaan kecil (PKS) yang dapat
menymbang kepada pendapatan negara di samping memperbaiki imbangan pembayaran menjadi
positif dan menambahkan rizab pertukaran asing dalam negara.

Seterusnya, terdapat banyak eksport yang diusahakan oleh Malaysia. Antara eksport utama
di Malaysia adalah produk elektrik dan elektronik iaitu sebanyak 36%, bahan kimia sebanyak 7.1%,
produk petroleum sebanyak 7.0%, gas asli cecair sebanyak 6%, dan minyak sawit 5.1%. Manakala
rakan kongsi eksport utama Malaysia ialah Singapura (14%), China (13%), Kesatuan Eropah (10%),
Jepun (9.5), Amerika Syarikat (9.4%) dan Thailand (6%). Selari dengan pertumbuhan jumlah
dagangan yang dieksport daripada 251 kumpulan barangan bagi eksport dan 198 kumpulan barangan
termasuk makanan diproses menunjukkan kenaikan dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2009
hingga tahun 2018.

Makanan diproses merupakan bahan-bahan mentah yang ditransformasikan kepada makanan


atau menukarkan makanan kepada pemakanan lain bagi manusia atau haiwan sama ada untuk rumah
atau industri makanan. Makanan diproses khususnya diperbuat daripada produk tanaman dituai atau
binatang yang disembelih dan bahan-bahan ini digunakan untuk menghasilkan produk makanan yang
luar biasa, boleh dipasarkan dan selalunya hayat simpanan adalah lama. Antara makanan diproses

4
021030-08-0842

yang dapat sambutan ramai dari negara asing ialah produk sarang burung walit, makanan buatan
durian, produk kelapa sawit, kopi, sos, koko, biskut dan sebagainya. Sebagai contoh, kelapa sawit
diproses untuk menghasilkan majerin dan minyak sawit untuk mengeksport ke negara lain. Buah-
buahan seperti longan dan jagung juga diproses untuk menghasilkan tin-tin makanan. Sehingga kini,
sebanyak 2,600 jumlah produk makanan diproses yang dihasilkan untuk pasaran eksport.

Eksport makanan yang diproses adalah tidak stabil dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun
2009 hingga tahun 2018. Pada tahun 2009, jumlah eksport makanan diproses adalah sebanyak RM10
605 juta. Pada tahun 2017, jumlah ekpsort makanan diproses telah berlaku peningkatan kepada RM19
713 juta iaitu peningkatan sebanyak RM19 414 juta iaitu perbezaan sebanyak RM299 juta. Antara
makanan diproses yang paling banyak diimport oleh negara asing dari Malaysia adalah makanan
yang dibuat daripada durian seperti aiskrim yang berperisa durian, mochi yang berisi durian, dan
sebagainya. Selain itu, nilai eksport makanan buatan daripada durian dari Malaysia ke luar negara
telah berkembang sebanyak RM74.8 juta iaitu 107% dalam tempoh lima tahun sejak tahun 2016.
Nilai eksport durian pada tahun 2016 telah merekodkan sebanyak RM69.9 juta, dan sebanyak RM59
juta pada tahun 2017. Seterusnya, terdapat sebanyak RM124.9 juta pada tahun 2018, manakala RM
127 juta dan RM144.7 juta pada tahun 2009 dan tahun 2010 masing-masing. Kebanyakan makanan
yang diproses telah mengeksport ke negara-negara luar seperti negara-negara Singapura, China,
Indonesia, Filipina, dan juga sebagainya.

Kesimpulannya, kebanyakkannya telah mengalami peningkatan dan penurunan dalam


tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Kebanyakkan eksport makanan diproses
akan dieksport kepada negara-negara Singapura dan China. Kegiatan eksport ini bukan sahaja dapat
mengembangkan ekonomi negara kita, tetapi juga dapat meningkatkan guna tenaga dalam negara
kita. Oleh sebab demikian, secara keseluruhannya kajian ini lebih tertumpu kepada eksport makanan
diproses dalam Malaysia. Tumpuan utama kajian ini adalah terhadap kadar pertumbuhan serta arah
aliran eksport makanan diproses di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018.

5
021030-08-0842

2.0 PENYATAAN MASALAH

Malaysia telah menjadi sebuah negara perdagangan setelah menerima pakai strategi galakan
eksport hampir sesetengah abad yang lepas. Strategi ini dilaksanakan dengan bantuan pelaburan asing
terus, di mana pelabur-pelabur asing digalakkan untuk membuat pengeluaran di Malaysia. Secara
umumnya, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji kadar pertumbuhan barang makanan terhadap
jumlah eksport Malaysia serta mengenal pasti arah aliran eksport barang makanan di Malaysia dari
tahun 2009 hingga tahun 2018.

Pertama sekali, masalah yang terutamanya adalah krisis kewangan yang berlaku pada
akhir tahun 2008 dan tahun 2009 yang telah membawa kegawatan ekonomi sedunia yang
membawa kemerosotan eksport Malaysia ke negara-negara antarabangsa. Eksport makanan diproses
telah mengalami kemerosotan yang besar. Krisis ini bermuls dengan kegagalan institusi kewangan
Amerika Syarikat pada tahun 2007 yang berpunca daripada kemerosotan kualiti aset subprime. Ini
telah membangkitkan kebimbangan secara meluas dalam pasaran kewangan antarabangsa. Krisis ini
telah bertambah buruk apabila banyak aset kewangan telah mengalami kerugian yang mengakibatkan
kesan negative kepada pendapatan. Memandangkan Malaysia Sebagai sebuah ekonomi yang amat
terbuka, maka kesan kemelesetan ekonomi global semestinya membawa kemerosotan yang drastic
dalam eksport makanan diproses di Malaysia.

Selain itu, kepesatan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan mengakibatkan
persaingan eksport Malaysia di pasaran antarabangsa wujud sebagai masalah yang kedua. Hal ini
demikian kerana, produk-produk China mematuhi piawaian dunia dan mendapat pengiktirafan dan
penerimaan dalam ramai kalangan pengguna dalam pasaran traditional Malaysia. Kepesatan ekonomi
China telah menyebabkan satu kajian baru-baru ini yang dikemukakan dimana kajian ini telah
menunjukkan bahawa tujuh daripada sepulu jenama yang paling diiktiraf di China berbanding dalam
lima tahun yang lalu dimana jenama daripada negara Jepun yang menguasai dalam senarai. Hal
tersebut telah memberi persaingan sengit yang kuat kepada produk negara lain dan salah satunya
adalah produk keluaran Malaysia. Sebagai contoh, pengguna di Singapura lebih menggemari akan
produk buatan China berbanding dengan negara Malaysia. Hal ini dikatakan sedemikian kerana,
kualiti produk China adalah tinggi walaupun harga produknya lebih rendah. Contohnya, produk mee
segera China seperti KangSiFu mendapat sambutan ramai berbanding produk mee segera dari
Malaysia seperti jenama Maggie.

6
021030-08-0842

Masalah yang ketiga adalah syarat permohonan sijil eksport penjualan bebas dan Sijil
non-GMF yang ketat. Sijil penjualan bebas menjadi keperluan asas bagi sesetengah negara
pengimport, termasuklah untuk tujuan pendaftaran produk oleh pihak berkuasa di negara pengimport
tersebut. Sijil ini dapat memastikan sesuatu produk keluarannya adalah bebas untuk dijual di
Malaysia dan juga mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 serta Akta Perdagangan Strategik 2010.
Pengeluaran sijil penjualan bebas dapat memastikan keperluan negara pengimportan dapat dipatuhi
dan juga memastikan keperluan negara pengimportan telah dipatuhi serta memastikan produk
makanan yang diproses adalah bebas untuk dijual di Malaysia dan juga di negara asing dengan
mematuhi kriteria pelabelan yang ditetapkan. Selain itu, Sijil ini merupakan keperluan bagi
sesetengah negara pengimport dan ianya perlu merujuk kepada kehendak sesebuah negara
pengimport tersebut. Pengeluaran sijil non-GMF dapat memastikan produk makanan supaya tidak
mengandungi kandungan genetic yang diubahsuai.

Di samping itu, kajian terhadap eksport makanan diproses ini adalah mustahak kerana ia
boleh digunaka oleh pihak berkuasa seperti MARDI, MATRADE, MIDF dan juga SME Corp supaya
dapat merangka dasar untuk meningkatan eksport makanan diproses negara. Pihak-pihak berkuasa ini
akan menggunakan data atau hasilan kajian untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan
dalam bidang pemprosesan makanan serta pengendalian bagi produk hortikultur dan penternakan
yang dapat dititikberatkan untuk Meningkatkan eksport makanan diproses di Malaysia.

Kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk melihatkan kadar pertumbuhan dan arah
aliran eksport makanan diproses Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018 serta sebab-sebab yang
berlakunya naik turun. Maka, kajian ini adalah penting supaya dapat memberi sebuah gambaran
kepada pihak kerajaan tentang ekonomi Malaysia, terutamanya tentang aktiviti eksport agar pihak
yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang wajar supaya dapat mengekalkan kestabilan
ekonomi negara dan juga menyelesaikan masalah yang sedang berlaku sama ada dalam Malaysia
ataupun di luar Malaysia.

7
021030-08-0842

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun :

1) Mengenalpasti arah aliran eksport makanan Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun
2018.

2) Mengkaji kadar pertumbuhan eksport makanan diproses Malaysia dari tahun 2009
hingga tahun 2018.

8
021030-08-0842

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini adalah untuk membincangkan kaedah kajian yang digunakan serta kaedah analisis data.
Kajian kerja kursus ini dijalankan dengan menggunakan kaedah sekunder. Kajian ini dilakukan
dengan berdasarkan objektif yang ditetapkan.

4.1 SUMBER SEKUNDER

Reka bentuk kajian ini menggunakan sumber sekunder dengan melalui kaedah kepustakaan serta
sumber internet untuk mendapatkan maklumat yang tepat, mudah serta relevan dengan berlandaskan
kepada objektif yang telah ditetapkan.

4.1.1 KAEDAH KEPUSTAKAAN

Kajian perpustakaan ini penting kerana pengkaji mendapatkan bahan ilmiah yang diperoleh daripada
bahan-bahan yang bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku teks Pelangi PRA-U Teks STPM
Ekonomi Penggal 3 dan akhbar di perpustakaan. Hal ini kerana buku ini telah memberikan maklumat
yang ingin dicari oleh pengkaji seperti kesan positif mahupun kesan negatif semasa menjalankan
kegiatan eksport di Malaysia. Kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat kerana dapat dilihat
gambaran yang jelas mengenai konsep, kaedah, pengolahan, dan penganalisisan data yang
bersesuaian untuk reka bentuk kajian ini.

4.1.2 KAEDAH SUMBER INTERNET

Data yang digunakan adalah daripada sumber internet. Pengkaji juga membuat rujukan melalui
internet, laporan-laporan daripada agensi kerajaan mahupun swasta serta surat khabar. Majoriti
pencarian maklumat adalah daripada sumber internet kerana ia memberikan maklumat yang lebih
lanjut terhadap kajian yang dikaji ini. Semua bahan yang terdapat daripada beberapa laman web yang
dilayari tersebut telah dipilih secara teliti untuk mendapatkan maklumat serta untuk mengumpulkan
data yang tepat.

9
021030-08-0842

Laman web yang digunakan adalah seperti yang berikut :-

1) Perdagangan Luar Negeri – Department of Statistics Malaysia


https://www.dosm.gov.my/vl/uploads/files/3_Time%20Series/Malaysia_Time_Series_
2015/03Perdagangan_luar_negeri.pdf

2) Acara Perdagangan Luar Negara - MATRADE


http://www.matrade.gov.my/pengeksport-malaysia/perkhidmatan-untuk-pengeksport/
promosi-eksport/acara-perdagangan-luar-negara?lang=ms

3) Cikgu Ismail – Perdagangan Antarabangsa


http://ismailmdnor.blogspot.com/2011/11/perdagangan-antarabangsa.html

4.2 KAEDAH ANALISIS DATA

Kaedah deskriptif dalam bentuk nilai peratusan seperti kadar pertumbuhan eksport, jadual dan graf
garis telah digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Data yang diperoleh dihitung dan
ditukarkan kepada analisis bentuk peratusan bagi mencapai analisis yang tepat. Hasil ini dikehendaki
akan dipersembahkan dalam bentuk graf garis.

Rumus berikut telah digunakan : -

Kadar Pertumbuhan Nilai Eksport t = Nilai Eksport t − Nilai Eksport (t − 1) × 100


Nilai Eksport (t − 1)

Nilai Eksport ( t ) = Nilai Eksport Tahun Semasa


Nilai Eksport (t-1) = Nilai Eksport Tahun Sebelum

10
021030-08-0842

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian ini adalah berbentuk rumus, jadual dan graf untuk mengenal pasti objektif yang telah
ditetapkan. Kajian yang dijalankan ialah mengenal pasti arah aliran eksport barang makanan diproses
Malaysia dan mengkaji kadar pertumbuhan barang makanan diproses terhadap jumlah eksport
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018.

5.1 MENGENAL PASTI ARAH ALIRAN EKSPORT MAKANAN DIPROSES


MALAYSIA DARI TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2018.
Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah aliran eksport makanan diproses
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Selepas mengumpul data yang diperlukan dalam kajian,
didapati bahawa arah aliran nilai eksport makanan diproses Malaysia meningkat secara berterusan.
Berikut merupakan data-data yang dikumpulkan dengan persembahan dalam Bentuk jadual dan graf.

MAKANAN DIPROSES
TAHUN
NILAI EKSPORT PERBEZAAN
(RM JUTA)
2008 12 037 -
2009 10 605 -1432
2010 10 927 322
2011 12 212 1 285
2012 12 461 249
2013 13 454 993
2014 15 622 2 168
2015 17 111 1 489
2016 18 958 1 847
2017 19 713 755
2018 19 414 -299
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2020)

Jadual 1 : Mengenal Pasti Arah Aliran Eksport Makanan Diproses Malaysia Dari Tahun
2009 Hingga Tahun 2018.

11
021030-08-0842

ARAH ALIRAN EKSPORT MAKANAN DIPROSES MALAYSIA


DARI TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2018.

25000

19713 19414
20000 17111 18958

15622
15000 13454
12037 12212 12461
10927
NILAI (RM'000 JUTA)

10605
10000

5000

0
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

TAHUN
EKSPORT MAKANAN DIPROSES (RM JUTA)

Rajah 2 : Arah Aliran Eksport Makanan Diproses Malaysia Dari Tahun 2009 Hingga Tahun
2018

Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan kepada arah aliran eksport makanan diproses Malaysia
pada tahun 2009 hingga tahun 2018, manakala Rajah 2, merupakan graf garis yang menunjukkan arah
aliran eksport makanan diproses Malaysia pada tahun 2009 hingga tahun 2018.

Dalam tempoh 9 tahun iaitu daripada tahun 2009 hingga tahun 2018, nilai eksport
makanan diproses telah mencapai eksport paling banyak pada tahun 2017 iaitu sebanyak RM19
713 juta manakala tahun yang mencapai eksport paling rendah ialah tahun 2009 iaitu sebanyak
RM10 605 juta. Nilai eksport makanan diproses meningkat sebanyak RM9 108 juta bersamaan dengan
85.88% iaitu daripada RM10 605 juta pada tahun 2009 kepada RM19 713 juta pada tahun 2017.
Peningkatan ini disebabkan oleh harga produk makanan diproses. Penawaran makanan diproses
ditentukan oleh anugerah faktor secara semula jadi dan kemampuan teknologi untuk
menghasilkannya. Kuantiti penawaran berkadar terus dengan harga. Penawaran durian dan kelapa
sawit yang banyak di Malaysia telah memacukan industri makanan diproses dan seterusnya
menurunkan harga makanan diproses Hal ini menggalakkan Hong Kong dan China yang tidak

12
021030-08-0842

mempunyai iklim dan tanah yang sesuai untuk penanaman durian dan kelapa sawit untuk
mengimport makanan diproses daripada durian dan kelapa sawit seperti majerin dari Malaysia.

Seterusnya, nilai eksport makanan diproses pada tahun 2018 ialah RM19 414 juta. Nilai
eksport makanan diproses menurun sebanyak RM299 juta bersamaan dengan 1.52% iaitu
daripada RM19 713 juta pada tahun 2017 kepada RM19 414 juta pada tahun 2018. Hal ini
disebabkan oleh kemerosotan kadar pertukaran asing. Kemerosotan kadar pertukaran asing di
negara pengimport seperti China menyebabkan harga eksport makanan diproses Malaysia
menjadi lebih mahal dan akan mengurangkan eksport makanan diproses di Malaysia.

Kesimpulannya, secara keseluruhan arah aliran eksport makanan diproses Malaysia


menunjukkan peningkatan secara berterusan dari tahun 2009 hingga tahun 2017 dan penurunan
pada tahun 2018. Penurunan eksport makanan diproses yang paling ketara berlaku pada tahun
2018, iaitu RM19 414 juta daripada RM19 713 juta pada tahun 2017 manakala peningkatan
paling ketara yang berlaku pada tahun 2017 iaitu RM19 713 juta daripada RM18 958 juta pada
tahun 2016. Walaubagaimanapun, arah aliran eksport meningkat secara berterusan dengan
kelembapannya tetapi juga didapati peningkatan sepanjang tempoh kecuali pada tahun 2009 serta
tahun 2018. Saya berharap agar semua pihak berkenaan berganding bahu dalam mengambil
inisiatif bagi memastikan arah aliran eksport makanan diproses semakin meningkat sehingga
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

13
021030-08-0842

5.2 MENGKAJI KADAR PERTUMBUHAN EKSPORT MAKANAN DIPROSES


MALAYSIA DARI TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2018.
Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengkaji kadar pertumbuhan eksport makanan diproses
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Selepas mengumpul data yang diperlukan dalam
objektif kajian ini, didapati bahawa kadar pertumbuhan eksport makanan diproses Malaysia adalah
tidak konsisten. Berikut merupakan data-data yang dikumpulkan dengan persembahan dalam bentuk
jadual dan graf.

TAHUN EKSPORT MAKANAN KADAR PERTUMBUHAN


DIPROSES EKSPORT ( % )
( RM JUTA)
2008 12037 __
2009 10605 -11.90
2010 10927 3.04
2011 12212 11.76

2012 12461 2.04

2013 13454 7.97

2014 15622 16.11

2015 17111 9.53

2016 18958 10.79

2017 19713 3.98

2018 19414 -1.52

( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2020 )

Jadual 2 : Mengkaji Kadar Pertumbuhan Eksport Makanan Diproses Malaysia Dari Tahun
2009 Hingga Tahun 2018.

14
021030-08-0842

KADAR PERTUMBUHAN EKSPORT MAKANAN DIPROSES


MALAYSIA DARI TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2018.
20
16.11
15
11.76
10.8
9.53
AKANAN

10 7.97
ALAYSIA(%)
BUHANEKSPORTM

5 3.98
3.03 2.04
DIPROSESM

0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018
-1.52
KADARPERTUM

-5

-10 -11.9

-15

TAHUN
KADAR PERTUMBUHAN EKSPORT (%)

Rajah 1 : Kadar Pertumbuhan Eksport Makanan Diproses Malaysia Dari Tahun 2009 Hingga
Tahun 2018.

Berdasarkan Jadual 1 yang menunjukkan kadar pertumbuhan eksport makanan diproses


Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018, manakala Rajah 1 merupakan graf garis yang
menunjukkan kadar pertumbuhan eksport makanan diproses Malaysia dalam tempoh 9 tahun. Kadar
pertumbuhan bagi eksport makanan diproses adalah tidak konsisten dari tahun 2009 hingga tahun
2018.

Kadar pertumbuhan eksport makanan diproses pada tahun 2010 adalah bernilai sebanyak
RM10 927 juta iaitu 3.04%. Kadar pertumbuhan eksport makanan diproses pada tahun 2011
ialah 11.76%, iaitu telah meningkat sebanyak 8.72% daripada 3.04% pada tahun 2010. Nilai
eksport pada tahun 2011 adalah sebanyak RM 12 212 juta. Eksport makanan diproses
menunjukkan peningkatan sebanyak RM1 607 juta iaitu adalah daripada RM10 605 juta pada
tahun 2009 kepada RM12 212 juta pada tahun 2011. Hal ini disebabkan oleh, perkembangan
teknologi dalam pengeluaran makanan diproses. Contohnya, mesin pengasing biji durian dapat

15
021030-08-0842

menjimatkan masa pekerja untuk mengeluarkan biji durian dan mempercepatkan pengeluaran
aiskrim durian. Selain itu, sinaran radioaktif juga diperkenalkan dan digunakan utnuk
mendedahkan makanan kepada sinaran X-ray atau sinaran gamma bagi membunuh bakteria dan
sporanya. Sinaran radioaktif ini sering dugunakan dalam pengeluaran makanan tin. Penggunaan
teknologi yang canggih dan baharu akan meningkatkan daya pengeluaran dan eksport seterusnya
mengurangkan kos pengeluaran. Penggunaan teknologi yang bercanggih dan berterkini serta
baharu dapat meningkatkan daya pengeluaran dan eksport seterusnya dapat mengurangkan kos
pengeluaran.

Kadar pertumbuhan eksport makanan diproses pada tahun 2013 ialah 7.97%, iaitu
meningkat sebanyak 5.93% daripada 2.03% pada tahun 2012. Nilai eksport makanan diproses
pada tahun 2013 ialah RM13 454 juta. Di samping itu, kadar pertumbuhan eksport makanan
diproses pada tahun 2014 adalah sebanyak 16.11%, iaitu meningkat sebanyak 8.14% daripada
7.97% pada tahun 2013. Nilai eksport makanan diproses pada tahun 2014 adalah sebanyak RM15
622 juta. Pada tahun 2014, nilai eksport makanan diproses telah meningkat sebanyak Rm3 161
juta daripada RM12 461 juta pada tahun 2012 kepada RM15 622 juta pada tahun 2014.
Peningkatan kadar pertumbuhan ini disebabkan harga produk makanan diproses. Penawaran
makanan diproses ditentukan oleh anugerah faktor secara semula jadi dan kemampuan teknologi
untuk menghasilkannya. Kuantiti penawaran berkadar terus dengan harga. Penawaran durian dan
kelapa sawit yang banyak di Malaysia telah memacukan industri makanan diproses dan
seterusnya menurunkan harga makanan diproses. Hal ini menggalakkan Hong Kong dan China
yang tidak mempunyai iklim dan tanah yang sesuai untuk penanaman durian dan kelapa sawit
untuk mengimport makanan diproses daripada durian dan kelapa sawit seperti majerin dari
Malaysia.

Kadar pertumbuhan eksport makanan diproses pada tahun 2015 ialah 9.53%, iaitu telah
menurun sebanyak 6.61% daripada 16.11%. Nilai eksport makanan diproses pada tahun 2015 adalah
sebanyak RM17 111 juta. Nilai eksport makanan diproses telah menurun sebanyak RM1 489 juta
daripada RM15 622 juta pada tahun 2014 kepada RM17 111 juta pada tahun 2015. Kadar
pertumbuhan eksport makanan diproses pada tahun 2016 adalah sebanyak 10.79%, iaitu telah
meningkat sebanyak 1.85% daripada 9.53% pada tahun sebelumnya. Nilai eksport makanan diproses
pada tahun 2016 adalah sebanyak RM18 958 juta. Pada tahun 2016, eksport makanan diproses telah

16
021030-08-0842

menunjukkan peningkatan sekali lagi iaitu sebanyak RM1 847 juta daripada RM17 111 juta pada
tahun 2015 kepada RM18 958 juta.

Kadar pertumbuahan eksport makanan diproses pada tahun 2017 iaitu sebanyak 3.98% yang
telah menurun sebanyak 6.81% daripada 10.79% pada tahun sebelumnya tersebut. Nilai eksport
makanan diproses pada tahun 2017 adalah sebanyak RM19 713 juta. Di samping itu, kadar
pertumbuhan eksport makanan diproses pada tahun 2018 adalah sebanyak -1.52%, iaitu penurunan
sebanyak 5.5% daripada 3.98% pada tahun sebelumnya. Nilai eksport makanan diproses pada tahun
2018 adalah sebanyak RM19 414 juta. Kadar pertumbuhan eksport makanan diproses yang
menunjukkan penurunan yang amat ketara iaitu sebanyak 12.31% iaitu daripada 10.79% pada tahun
2016 kepada -1.52% pada tahun 2018. Hal sedemikian kerana, kemerosotan kadar pertukaran asing di
negara pengimport iaitu seperti negara China yang menyebabkan harga eksport makanan diproses
Malaysia menjadi lebih mahal dan mengurangkan eksport makanan diproses di negara Malaysia.
Contohnya, kadar pertukaran pada Disember 2017 adalah RMB1.0 = RM0.6374 manakala kadar
pertukaran asing China pada Jun 2018 adalah RMB1.0 = RM0.6237. Kadar pertukaran asing China
telah jatuh sebanyak RM0.137 dan 0.02%. Oleh itu, penduduk China perlu menggunakan lebih
banyak RenMinBi untuk mendapatkan RM1 bagi mengimport barang buatan Malaysia.

Kesimpulannya, secara keseluruhan kadar pertumbuhan eksport makanan diproses di


Malaysia menunjukkan penurunan dan peningkatan yang tidak stabil dari tahun 2009 hingga
tahun 2018. Hal ini perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak kerajaan kerana kadar
pertumbuhan eksport makanan diproses yang akan mempengaruhi pendapatan negara dan
perkembangan ekonomi negara. Kadar pertumbuhan eksport makanan diproses yang negatif dan
paling rendah berlaku pada tahun 2018, iaitu -1.52% manakala kadar pertumbuhan eksport
makanan diproses yang paling tinggi adalah pada tahun 2014, iaitu 16.11%. Peningkatan kadar
pertumbuhan eksport makanan diproses yang paling drastik adalah pada tahun 2011, iaitu
meningkat sebanyak 8.72% manakala penurunan kadar pertumbuhan eksport makanan diproses
yang paling drastik adalah pada tahun 2012, iaitu menurun sebanyak 9.72%. Akhirnya,
diharapkan pihak kerajaan haruslah mengadakan dan mengekalkan hubungan diplomatik yang
baik dengan negara lain bagi memastikan perdagangan antarabangsa dilakukan dengan stabil dan
menjamin keuntungan bersama. Semua warga negara haruslah bersatu padu dalam usaha
memajukan ekonomi negara yang kita mencapai ini berkekalan hingga akhirnya.

17
021030-08-0842

6.0 CADANGAN

Bahagian ini membincangkan tentang beberapa cadangan bagi meningkatkan eksport makanan
diproses Malaysia ke antarabangsa serta cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
Malaysia melalui perdagangan antarabangsa.

Cadangan pertama ialah memberikan galakan bagi projek pengeluaran bahan


makanan. Sektor pertanian dan makanan memainkan peranan penting bagi menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan negara dan perolehan eksport negara.
Oleh itu, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani haruslah
memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memperkuatkan sektor pertanian dan makanan. Negara
memerlukan penyertaan sektor swasta yang lebih aktif terutama dalam pertanian berskala besar
dan berteknologi tinggi dengan pengurusan agronomi terbaik. Sebagai contoh, kerajaan telah
menawarkan insentif galakan cukai untuk pelaburan dalam pengeluaran dan aktiviti yang
disenaraikan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada sektor swasta bagi menggalakkan
penyertaan sektor swasta dalam industri agro-makanan. Hal ini dapat menjanjikan ekosistem
yang lebih mesra perniagaan, telus, menyokong inovasi dan dapat menarik minat dan peluang
khususnya kepada petani.

Di samping itu, cadangan kedua ialah menurunkan cukai eksport ataupun


meningkatkan subsidi eksport. Menurut Bernama 9 April 2015, “kerajaan yakin langkah
mengenakan cukai berkadar sifar ke atas produk tempatan yang dieksport keluar dari Malaysia
mengikut pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), mampu meningkatkan daya saing
negara dalam kegiatan eksport”. Penurunan cukai eksport akan memberi faedah kepada industri
makanan diproses yang berasaskan eksport. Hal ini akan menyebabkan permintaan yang semakin
meningkat dari negara pengimport seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan sebagainya.
Subsidi eksport ditakrifkan sebagai wang yang dibayar oleh kerajaan kepada pengeksport untuk
mengurangkan kos pengeluaran mereka dan bertujuan menstabilkan atau menurunkan harga
produk eksport berbanding harga pasaran. Sebagai contoh, kerajaan telah menawarkan insentif
galakan cukai serta subsidi untuk pelaburan dalam pengeluaran dan aktiviti yang disenaraikan
di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada sektor terlibat bagi menggalakkan pengeluaran
berkualiti dalam kuantiti besar dalam industri agro- makanan. Hal ini bukan sahaja
18
021030-08-0842

meningkatkan daya saing pengeluar ekaport malah dapat meningkatkan imbangan pembayaran
negara.

Cadangan ketiganya adalah mempromosikan produk Malaysia ke negara luar melalui


MATRADE bagi mengukuhkan jenama keluaran produk Malaysia. MATRADE sebuah
agensi perdagangan luar kerajaan Malaysia. Misi MATRADE iaitu mempromosikan perusahaan
Malaysia ke pasaran dunia telah membolehkan banyak syarikat tempatan berada di barisan
hadapan di pasaran global. MATRADE membantu menjadikan frasa 'Made In Malaysia' sinonim
dengan keunggulan, kehandalan dan boleh dipercayai. MATRADE menganjurkan dan
menguruskan penyertaan Malaysia dalam pameran perdagangan antarabangsa di luar negara.
Pameran perdagangan berfungsi sebagai titik permulaan yang baik untuk syarikat yang ingin
mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada bakal pembeli asing. Promosi
barangan keluaran Malaysia secara besar-besaran amat diperlukan untuk memasarkan dan
mempromosikannya ke seluruh dunia supaya masayarakat sedunia lebih mengenali barangan
buatan negara kita. Contohnya, MATRADE bersama pihak kerajaan Malaysia telah
menandatangani sesuatu perjanjian dengan China bagi meningkatkan eksport serta
mempromosikan produk buatan Malaysia. Makanan diproses seperti minyak kelapa sawit juga
banyak diimport oleh China. China telah menyatakan komitmen untuk membeli 1.7 juta tan
minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia sehingga tahun 2023. Bagi meningkatkan
perdagangan minyak sawit antara Malaysia dengan China, kedua-dua pihak bersetuju untuk
mempromosikan produk minyak sawit yang mematuhi Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO)
dan label Makanan Hijau. Promosi ini bukan sahaja dapat meningkatkan eksport negara kita
malah dapat mempromosikan keistimewaan keluaran Malaysia.

Selain itu, cadangan kerajaan yang berdiagnostik yang tepat dan komprehensif adalah
penting untuk membolehkan kerajaan merumuskan cadangan-cadangan proaktif yang perlu
diambil untuk menstabilkan pasaran kewangan dan mengurangkan impak ketidaktentuan
ekonomi global. Sebagai sebuah ekonomi yang terbuka, Malaysia tidak boleh elak daripada
ketidaktentuan ekonomi global. Sejak negara pulih dari krisis kewangan Asia 1997/1998, banyak
syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah berjaya mengembangkan perniagaan
dan mempertingkatkan pelaburan mereka ke luar negara, di mana jumlahnya kini adalah lebih
besar daripada pelaburan langsung asing di dalam negara. Kebanyakan daripada syarikat tersebut
telah memperoleh keuntungan daripada pelaburan yang dibuat dan inilah masa untuk mereka
19
021030-08-0842

membawanya pulang ke dalam negara.

Kesimpulannya, kerajaan haruslah sentiasa bersedia dengan inisiatif yang sesuai dan
releven untuk memastikan peningkatan eksport negara di samping mengekalkan atau
mempercepat pertumbuhan ekonomi negara supaya pembangunan negara dapat dimajukan dan
seterusnya mencapai selaras dengan pencapaian negara-negara maju.

20
021030-08-0842

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Kesimpulannya, daripada pelaksanaan kajian, pengkaji telah mencapai kedua-dua objektif yang
ditetapakan iaitu, mengkaji kadar pertumbuhan barang makanan terhadap jumlah eksport Malaysia
serta mengenal pasti arah aliran eksport makanan diproses Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun
2018.

Berdasarkan hasil kajian objektif pertama, secara keseluruhan kadar pertumbuhan eksport
barang makanan Malaysia mengalami kadar yang positif dan negatif masing-masing dari tahun 2009
hingga tahun 2018. Kadar pertumbuhan barang makanan terhadap jumlah eksport Malaysia
menunjukkan pertumbuhan yang negatif iaitu pada tahun 2009 yang menunjukkan pertumbuhan
negatif terhadap eksport barangan makanan Malaysia. Misalnya, kadar pertumbuhan eksport pada
tahun 2014 adalah tertinggi iaitu 16.11%, manakala kadar pertumbuhan eksport yang terendah ialah
pada tahun 2009 iaitu -11.90%. Hal ini kerana kadar pertumbuhan import adalah lebih tinggi daripada
kadar pertumbuhan eksport. Selain itu, nilai eksport juga teruk daripada nilai import barang makanan.
Ini disebabkan oleh kebergantungan makanan import untuk barang keperluan lain seperti sayur-
sayuran yang tidak dikeluarkan oleh domestik negara.

Berdasarkan objektif kedua pula, arah aliran barang makanan terhadap jumlah eksport Malaysia
menunjukkan aliran yang positif secara berterusan iaitu pada tahun 2009 hingga tahun 2018 serta
pada tahun 2010 hingga tahun 2014 kecuali tahun 2009 yang menunjukkan pertumbuhan negatif
terhadap eksport. Sebagai contohnya , arah aliran eksport pada tahun 2014 adalah tertinggi iaitu
bernilai RM15 622 juta manakala arah aliran eksport yang terendah ialah pada tahun 2008 iaitu
bernilai RM10 605 juta. Contohnya, arah aliran eksport pada tahun 2014 adalah tertinggi iaitu
bernilai RM 25646.7 juta manakala arah aliran eksport yang terendah ialah pada tahun 2004 iaitu
bernilai RM 10026.4 juta. Arah aliran import pada tahun 2014 adalah tertinggi iaitu bernilai RM
42642.6 juta manakala arah aliran import yang terendah ialah pada tahun 2004 iaitu bernilai RM
16482.1 juta. Walaubagaimanapun, arah aliran import adalah lebih tinggi daripada arah aliran eksport
walaupun eksport meningkat secara berterusan dengan kelembapan.

21
021030-08-0842

Di samping itu, pengkaji telah menghadapi pelbagai masalah. Salah satu masalah yang
pengkaji hadapi ialah pencetusan kepada persaingan industri muda yang baru dibangunkan yang
berorientasikan eksport. Maka, pihak kerajaan harus mengadakan kursus-kursus yang relevan bagi
membimbing usahawan industri - industri muda dalam pengurusan perniagaan makanan mereka
untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini kerana industri ini belum mendapat kepercayaan daripada
masyarakat dan keupayaannya dalam pengeluaran yang agak terbatas serta tidak mencapai kecekapan
yang optimum. Begitu juga dari segi kemahiran buruh dan pengetahuan yang masih belum cukup jika
dibandingkan dengan industri - industri stabil di pasaran. Maka, ini akan mewujudkan persaingan
yang tinggi. Oleh itu, jenis kursus atau latihan yang hendak diberikan perlulah sesuai dengan jenis
perniagaan serta pengetahuan tambahan tentang perniagaan untuk memajukan perniagaannya seperti
penggunaan teknologi yang cekap serta buruh yang berkemahiran.

Secara kesimpulannya, perdagangan antarabangsa merupakan satu kegiatan yang amat


penting kepada seluruh rakyat Malaysia serta rakyat negara lain. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah
mengurangkan kebergantungan yang terlampau terhadap pembelian barang import supaya dapat
bersama memain peranan dengan pihak kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara. Kejayaan
pelaksanaan strategi yang digariskan akan memastikan Malaysia berada sebaris dengan negara yang
maju yang lain.

22
021030-08-0842

SENARAI RUJUKAN

1) Sabariah Ali, 2014. Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2 Edisi Kemas Kini.
Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2) Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Kwok dan Safriza Abd. Hamid, 2018. Teks STPM
PRA-U EKONOMI (EKONOMI MALAYSIA). Selangor : Pelangi Sdn. Bhd.

3) Che Ros Zainol dan Mohamad Shukri Seman, 2015. Teks STPM PRA-U EKONOMI
(MAKROEKONOMI) Penggal 2, Selangor : Pelangi Sdn. Bhd.

4) Kamus Dwibahasa, 2000. Selangor : Pelanduk Publications Sdn. Bhd.

5) Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia 1967-2014, Perangkaan Utama Perdagangan Luar


Negeri, Eksport dan Import mengikut Seksyen Barangan. Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan
Malaysia.

6) Saifulizam Mohamad. “ Mantapkan Sekuriti Makanan ” dlm. Utusan Malaysia,


24 Jun 2016.

7) NurulFatiha Muah. “ Produk ‘ready to eat ’ kuasai pasaran” dlm. Sinar Harian,
18 September 2018.

8) Cikgu Ismail (2011). Perdagangan Antarabangsa. Dicapai pada Jun, 15, 2018, dari
http://ismailmdnor.blogspot.com/2011/11/perdagangan-antarabangsa.html

9) Wikipedia. Ensiklopedia bebas. Dicapai pada Jun, 20, 2018, dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/eksport

10) Wikipedia. Ensiklopedia bebas. Dicapai pada Jun, 20, 2018, dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/import

23
021030-08-0842

LAMPIRAN

24
021030-08-0842

LAMPIRAN 1
CARA PENGIRAAN UNTUK OBJEKTIF 1 :
Rumus berikut telah digunakan :-

Kadar Pertumbuhan Eksport :


= Nilai Eksport Tahun Semasa – Nilai Eksport Tahun Sebelum x 100
Nilai Eksport Tahun Sebelum

TAHUN EKSPORT KADAR


MAKANAN PERTUMBUHAN
( RM JUTA) EKSPORT ( % )
2008 12037 __
2009 10605 -11.90
2010 10927 3.04
2011 12212 11.76
2012 12461 2.04
2013 13454 7.97
2014 15622 16.11
2015 17111 9.53
2016 18958 10.79
2017 19713 3.98
2018 19414 -1.52

25
021030-08-0842

LAMPIRAN 2

TAHUN KADAR PERTUMBUHAN


EKSPORT ( % )
2008 ___

2009 = 10605 – 12037 x 100 = - 11.90


12037
2010 = 10927 – 10605 x 100 = 3.04
10605
2011 = 12212 – 10927 x 100 = 11.76
10927
2012 = 12461 – 12212 x 100 = 2.04
12212
2013 = 13454 – 12461 x 100 = 7.97
12461
2014 = 15622 – 17111 x 100 = 16.11
17111
2015 = 17111 – 15622 x 100 = 9.53
15622
2016 = 18958 – 17111 x 100 = 10.79
17111
2017 = 19713 – 18958 x 100 = 3.98
18958
2018 = 19414 – 19713 x 100 = -1.52
19713

26
021030-08-0842

27

You might also like