Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali
fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan
b) KEFAHAMAN
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami,
menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lain
c) APLIKASI
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta
asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain
d) ANALISIS
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat
perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya
e) PENILAIAN
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan,
mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya
f) PENCIPTAAN (MEREKA CIPTA)
Membina struktur atau bentuk daripada pelbagai elemen
Menggabungkan bahagian-bahagian dalam membentuk struktur atau idea yang baru Menggubal sesuatu yang kreatif, inovatif, atau kompleks