Pengenalan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Pengenalan

Pengkaji dipelawa untuk menghasilkan catan yang bertemakan Kebudayaan Tradisional


Malaysia. Catan merupakan Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basah
dan disapukan pada sesuatu pemukaan. Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat
poster,cat minyak dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas atau
kanvas.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Kebudayaan ialah keseluruhan
cara hidup yang merangkumi cara bertindak balas , berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan yang berupa keindahan dan kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun
peradaban , kemajuan dan akal budi.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Tradisional ialah berkaitan
dengan sifat dan mengikut sesuatu yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun .
Berdasarkan Wikipedia pula, tradisonal berasal daripada kata traditio atau traditionis yang
berasal dari Bahasa Latin dan disusun dengan akhiran -al yang menunjukkan hubungan atau
kekitaan.

Malaysia pula sebuah negara Raja perlembagaan persektuan di Asia Tenggara yang terdiri
daripada 13 buah negeri, dan 3 wilayah persekutuan yang menduduki bumi berkeluasan 330 803
kilometer persegi. Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum
seperti kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India.

Terdapat 3 pilihan tema iaitu permainan , tarian dan persembahan tradisional. Pengkaji telah
memilih tarian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, tarian ialah gerakan
badan serta kaki dan tangan bersama mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara
bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.

1
Tarian Tradisional di Malaysia

Tarian Bharathanatayam

Tarian Zaipin

Tarian Singa

2
2.0 Penentuan Konsep, Subjek dan Kandungan

2.1 Konsep

Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan rasional. Contoh gaya klasik yang
terkenal ialah Bharathanatayam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Katakali, Kuchipudi dan
Manipuri. Bharathanatayam ialah seni bercerita dari sifat asalnya merupakan ekspresi
menghambakan diri kepadatuhan Hindu. Interprestasi umum untuk nama Bharathanatayam ialah
Ba(ekspresi), Ra(muzik), Tha(irama), Natyam(tarian). Tarian ii berasal dari Tamil Nadu dan
salah satu tarian kebangsaan India. Terdapat enam peringkat iaitu Ganapathi Vandana, Alarippu,
Jatiswaram, Shabdam, Varnam, dan Padam.

2.2 Subjek

Tarian Barathanatyam boleh dipersembahkan oleh perempuan dan lelaki. Di sini pengkaji
memilh figura perempuan yang sedang menunjukkan pergerakan. Figura tersebut memakai sari
yang sesuai iaitu kainnya dijahit khas di lipit yang jatuh di bahagian depan dari pinggang apabila
melakukan pergerakan kaki. Figura tersebut juga memakai perhiasan kepala yang diperbuat
daripada bunga. Penari baratanatyam juga memakai barang kemasan di kepala, telingaa, hidung,
leher, tangan, pinggang dan juga kaki. Gelang kaki yang dipakai diperbuat daripada tali kulit dan
logam-logam kecil. Tangan dengan kaki juga dihiaskan dengan inai yang cantik untuk menarik
perhatian semasa menari. Pakaian bagi lelali pula berbeza daripada perempuan iaitu kain dhoti
yang lipat-lipat yang diperbuat daripada benang sutera.

Penari Baratanatyam

3
2.3 Kandungan

2.3.1 Makna tersurat

Dalam karya ini figura perempuan merupakan subjek utama. Hal ini kerana kebanyakkan
perempuan terlibat dalam tarian baratanatyam. Figura tersebut menunjukkan pergerakan tangan
dan kaki semasa menari. Contohnya, figura tersebut membentuk tangan seperti bunga yang
membawa maksud penari tersebut menceritakan tentang alam sekitar. Selain itu, penari tersebut
menunjukka ekspresi muka yang gembira. Di belakang pula terdapat bendera Malaysia yang
menujukkan ia adalah Kebudayaan Tradisional Malaysia .

Bendera Malaysia

2.3.2 Makna Tersirat

Dengan karya ini , pengkaji ingin memperkenalkan salah satu tarian tradisional kaum India di
Malaysia iaitu Baratanatyam. Pengkaji ingin menyebarkan kebudayaan tradisional kaum India. Ia
adalah penting supaya tradisi ini tidak pupus dan diwariasi oleh generasi yang akan datang .

Pengkaji mendapat idea karya ini daripada pelukis cina yang terkenal iaitu Ye Qianyu.
Kategori beliau potret tarian. Pada tahun 1940-an Ye Qianyu meninggalakan komik untuk
lukisan. Kerja yang pertama adalah melawat ke lukisan tarian India. Beliau juga mahaguru
tradisional lukisancina dan berkhidmat sebagai ketua Jabatan Lukisan Cina akademi seni halus
4
pusat China. Terdapat beberapa karya popular beliau iaitu Musim panas fesyen dari Shanghai
Manhua dan sebagainya.

Ye Qianyu dan isteri

5
Contoh karya beliau ( tarian Bharatanatyam)

6
7

You might also like