5 1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

MENENGAH
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TINGKATAN 1

Panduan PdP
REKABENTUK SISTEM
FERTIGASI
KANDUNGAN

TAJUK 5: APLIKASI TEKNOLOGI

Tajuk ini membincangkan mengenai pengaplikasian teknologi dalam reka bentuk yang merangkumi
pelbagai disiplin ilmu. Mempelajari dan mengaplikasikan teknologi dalam reka bentuk melalui proses
yang sistematik, menggunakan kemahiran teknikal dalam penghasilan produk mengikut prosedur
seterusnya membuat pengujian dan penilaian kefungsian produk yang dihasilkan. Pengetahuan dan
kemahiran dalam menghasilkan produk perlu mengambil kira amalan nilai murni, estetika,
tanggungjawab sosial, kelestarian global, teknologi hijau, autonomi dan integriti.

STANDARD KANDUNGAN 5.1: REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI

Tajuk ini membincangkan takrifan sistem fertigasi, mengenal pasti komponen utama fertigasi dalam
penyediaan reka bentuk, menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi, menganalisis
elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi, menilai lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi dan
membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi.
STANDARD KANDUNGAN

STANDARD KANDUNGAN 5.1: REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI

STANDARD PEMBELAJARAN:

Pada akhir pengajaran murid boleh:

5.1.1 Mentakrifkan sistem fertigasi

5.1.2 Mengenal pasti komponen utama fertigasi dalam penyediaan reka bentuk.

5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi.

5.1.4Menganalisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi.

5.1.5 Menilai lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi

5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi.
NOTA RUJUKAN

5.1.1 Mentakrifkan sistem fertigasi


Sistem fertigasi adalah satu kaedah penanaman melaluipemberian baja yang lengkap kepada
tanaman dalam bentuk larutan nutrienyang disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan
titis.

Maklumat tambahan untuk guru


Tujuan Sistem Fertigasi
Terdapat dua kaedah penanaman secara fertigasi yang digunakan iaitu penanaman fertigasi di bawah
struktur pelindung hujan (SPH) dan penanaman fertigasi terbuka

Mengelakkan
jangkitan penyakit
bawaan tanah yang
disebabkan oleh
kulat

TUJUAN SISTEM
FERTIGASI

Memudahkan
kawalan serangga
Pemberian baja
perosak dan
yang lebih
penyakit berkesan
Kelebihan Sistem fertigasi

kualiti hasil penggunaan


yang lebih baja lebih
Mengatasi baik dan cekap dan mengurangkan
masalah bermutu jimat penggunaan
rumpai racun

meningkatkan modal
hasil pusingan yang
pengeluaran rendah

mengatasi nutrienboleh
masalah dikawal
penyakit mengikut
bawaan tanah pertumbuhan
pokok

menjamin kos operasi


KELEBIHAN
kebersihan dan yang
SISTEM
menghindar rendah
penyakit FERTIGASI

5.1.2 Mengenal pasti komponen utama fertigasi dalam penyediaan reka bentuk.

Sistem fertigasi dapat dilaksanakan dengan bantuan alat-alat atau komponen utama seperti tangki
nutrien, alat pengatur masa, pam, penapis, paip ladang, paip utama, paip sekunder, set penitis, tong
larutan baja, bekalan elektrik dan sumber air untuk beroperasi. Selain itu, ia juga memerlukan
keperluan asas yang lain bagi menyokong pengendaliannya.
Komponen utama yang perlu ada dalam Sistem Fertigasi seperti :

Komponen Gambar Fungsi

Menampung larutan nutrien untuk


Tangki nutrien
dialirkan kepada tanaman

Sebagai suis automatik yang


Alat Pengatur Masa (Timer) mengawal bekalan elektrik ke pam air
merngikut waktu yang dirancangkan

Mengawal pengaliran nutrien dari


Pam(Water pump)
tangki ke paip sekunder.

Penapis (Filter) Menapis bendasing daripada


memasuki pengairan sistem fertigasi

Paip ladang Paip utama Biasanya paip PVC bergarispusat


(main lines)
32mm-40mm yang menyambung
tangki nutrient ke pam air
Biasanya paip PVC bergarispusat
Paip sekunder
(secondary line) 32mm-40mm dari pam air ke paip
tertier

Biasanya paip poli bergarispusat


Paip tertier 16mm-20mm yang akan menyalirkan
(lateral lines)
nutrien ke tiub mikro

Dipasang pada nipper dan


Tiub mikro
menyambung paip tertier ke penitis

Set penitis. Dipasang pada paip tertier dan


Nipper
menjadi penghubung ke tiub mikro

Dipasang di hujung tiub mikro untuk


Penitis menitiskan larutan nutrien ke medium
penanaman

Penyambung Tee Bahan penyambungan paip utama dan


paip
sekunder
Bahan penyambungan paip utama dan
Elbow
sekunder

Penutup sementara di hujung paip


End cap
tertier

Mengawal aliran nutrien dalam


Injap
penyambungan paip sistem fertigasi
5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi.

Reka Bentuk
Sistem
Fertigasi

Jejari Gegelang

Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Lakaran boleh dihasilkan dalam bentuk lakaran 2D atau 3D. Lakaran juga perlu menggambarkan
bentuk dan saiz sebenar reka bentuk yang akan dibina.

Contoh lakaran idea 2D dan 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari


Contoh lakaran idea 2D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang

Contoh lakaran idea 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang


5.1.4 Menganalisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi.

Analisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi

ELEMEN PENERANGAN

Dalam sistem fertigasi, garisan menunjukkan lakaran laluan paip


Garisan
saliran, injap kawalan, dan komponen yang digunakan.
Rupa Rupa menunjukkan gambaran lakaran dalam bentuk 2D.
Bentuk menunjukkan keseluruhan sistem f,ertigasi pada pandangan
Bentuk mata sebenar. Bentuk lebih mudah difahami berbanding dengan
lakaran 2D. Contohnya, tangki nutrien dan polibeg.
Lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang dapat menunjukkan kesan
Tekstur
rasa dan ekspresi terhadap sesuatu objek yang dilakar.
Saiz menunjukkan perbezaan, jarak atau perbandingan komponen
Saiz
yang digunakan. Contohnya, jarak antara bekas tanaman.
Warna menunjukkan kesan ton pada objek yang dilakar. Sebagai
Warna contoh, lakaran komponen reka bentuk sistem fertigasi yang
menggunakan teknik rendering.
Ruang ditunjukkan untuk memisahkan antara satu komponen dengan
Ruang komponen yang lain. Contohnya, kedudukan komponen dengan
persekitarannya secara ilusi.
Merupakan darjah kecerahan dan kegelapan relatif. Garisan, warna,
tekstur dan bentuk memerlukan perbandingan nilai supaya dapat dilihat
Nilai
dan digunakan untuk menjelaskan objek, bentuk dan ruang yang
diaplikasikan dalam menghasilkan reka bentuk sistem fertigasi.
Borang analisis elemen rekabentuk sistem fertigasi

Bil
Elemen Ya Tidak Keterangan
.

1 Garisan

2 Rupa

3 Bentuk

4 Tekstur

5 Saiz

6 Warna

7 Ruang

8 Nilai
5.1.5 Menilai lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi

Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:

1. Kecenderungan Inovasi, Kreativiti dan Keaslian Reka Bentuk


Kreativitiidea dalam menghasilkan rekabentuk atau kaedah baharu atau
fungsinya diperbaikiuntuk memberi manfaat dalam penggunaan.

2. Kandungan Unsur Simbolik, Emosi, Estetika dan Penampilan


Daya penarik produk yang boleh mempengaruhi pengguna atau membawa
mesej tertentu yang memberikan nilai tambah kepada produk dan pengguna.
Ciri-ciri mesra alam yang terdapat pada rekabentuk produk, sama ada
melibatkan pengguna atau persekitaran.

3. Kecenderungan Fungsi dan Praktikal


Kekuatan bagi memenuhi sasaran penggunaan, keperluan semasa dan
penyelesaian masalah.

4. Kekuatan Kualiti dan Kebolehpasaran


Idea rekabentuk dapat menerangkan kebolehan pembuatan, rupabentuk,
penggunaan bahan, teknologi dan kebolehpasaran.

5. Ergonomik
Mengimbangi interaksi penggunaan di antara pengguna dan persekitaran
dengan produk secara fizikal atau psikologi (contoh: keselesaan, memudahkan
penggunaan atau ciri-ciri keselamatan)
5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi.

Mock-up reka bentuk sistem fertigasi dihasilkan berdasarkan idea terakhir dalam bentuk
skala.

Modelreka bentuk sistem fertigasi boleh dihasilkan sama ada berfungsi sepenuhnya
atau separa berfungsi.

Contoh Mock-up Reka


Bentuk Sistem Fertigasi

Contoh Model Reka


Bentuk Sistem Fertigasi
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi

Kelas : 1

Masa : 120 minit

Tajuk : 5.0 Aplikasi Teknologi

Standard Kandungan : 5.1 Reka Bentuk Sstem Fertigasi

Standard Pembelajaran : 5.1.1 Mentakrifkansistem fertigasi


5.1.2 Mengenal pasti komponen utama fertigasi dalam
penyediaan reka bentuk.

Aktiviti : 1. Video clip / I see I think I wonder


2. Post it notes
3. Gallery walk @ 3stray 1 stay
4. Exit card
Bahan Bantu Belajar : 1. Buku teks.
2. Laptop/LCD/Video,
3. Gambar sistem fertigasi
4. Kertas sebak / mahjung
5. Lembaran 1,2 dan 3
6. Mini whiteboard
EMK : Sains dan teknologi
Kreativiti dan Inovasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Nilai murni

Refleksi :

CONTOH RPH 1
Cadangan Aktiviti

Langkah Pengajaran EMK / Catatan

Set Induksi

1. Guru menayangkan tayangan video tentang sIstem fertigasi Sains dan


yang diamalkan masa kini https://www.youtube.com/watch? teknologi
v=Zr0N9fu18w8
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan video Kreativiti dan
yang ditayangkan. Inovasi

Langkah 1
Sains dan
3. Guru merumuskan jawapan murid dan mengaitkan tayangan teknologi
video dengan topik yang akan dipelajari hari ini. Kreativiti dan
4. Murid diberi penerangan oleh guru tentang definisi fertigasi. Inovasi
5. Murid berinteraksi dengan guru berkaitan isi pembelajaran
yang dipelajari. Murid menjawab lembaran kerja 1.
6. Guru membuat ulasan mengenai jawapan lembaran kerja 1.
(Lembaran 1)

Langkah 2
Sains dan
7. Murid membentuk 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberi teknologi
lembaran kerja 2. Kreativiti dan
8. Setiap kumpulan diminta berbincang mengikut tajuk yang Inovasi
diberi.

Langkah 3
Langkah Pengajaran EMK / Catatan

Sains dan
9. Setiap kumpulan perlu berbincang dan menulis maklumat di teknologi
dalam kertas sebak untuk dibentangkan berdasarkan tajuk Kreativiti dan
yang diberi. Inovasi
10. Murid menyiapkan tugasan lembaran 3. Teknologi
11. Guru membuat rumusan daripada hasil pembentangan setiap Maklumat dan
kumpulan. Komunikasi
(TMK)
Langkah 4

12. Murid menjawab lembaran kerja 4 yang diberikan oleh guru.

Penutup

13. Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran yang


telah dipelajari.
14. Murid diminta memberi pandangan tentang aktiviti PdPc pada
hari tersebut. (exit card)

Refleksi

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

CONTOH RPH 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi

Kelas : 1

Masa : 120 minit

Tajuk : 5.0 Aplikasi Teknologi

Standard Kandungan : 5.1 Reka Bentuk Elektronik

Standard Pembelajaran : 5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem


fertigasi

Aktiviti : 1. Murid mengisi jadual KWL


2. Aktiviti Bus Stop
Bahan Bantu Belajar : 1. Buku teks
2. Laptop / LCD
3. Kertas A4
4. Lembaran
EMK : Sains dan teknologi
Kreativiti dan Inovasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Nilai Murni
Keusahawanan
Kelestarian Alam Sekitar
Refleksi :

CONTOH RPH 2
Cadangan Aktiviti

Langkah Pengajaran EMK / Catatan

Set Induksi

1. Murid diberikan jadual KWL (Lampiran 1) oleh guru


2. Murid dikehendaki mengisi jadual KWL
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari
ini.

Langkah 1

4. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan Sains dan


diberi tajuk yang berbeza iaitu: teknologi
a. Reka Bentuk Sistem
b. Pengurusan Sistem Pengairan Dalam Reka Bentuk Sistem Kreativiti dan
Fertigasi Inovasi
c. Susun Atur Sistem Pengairan :
i. Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – PamElektrik Teknologi
Automatik Maklumat dan
ii. Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Ladang Komunikasi
iii. Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Set Pemasa (TMK)
(Timer)
d. Langkah-langkah Pemasangan Sistem Fertigasi
i. Pemasangan Bahagian Tangki Larutan Baja, Pam dan
Set pemasa (Timer)
ii. Pemasangan Sistem Perpaipan
5. Murid diberi masa 15 minit untuk berbincang dan
mendapatkan maklumat.
6. Murid membuat pembentangan hasil kerja dan masa yang
diperuntukkan selama 5 minit untuk membuat pembentangan.
7. Guru membuat ulasan.

Langkah 2
Sains dan
Langkah Pengajaran EMK / Catatan

teknologi
8. Guru memberikan beberapa contoh lakaran reka bentuk sistem
fertigasi yang sedia ada digunakan di Malaysia sebagai
Kreativiti dan
panduan.
Inovasi
9. Berdasarkan kepada reka bentuk sistem fertigasi yang
ditunjukkan oleh guru, murid dikehendaki melakar satu lakaran
Teknologi
reka bentuk baharu sistem fertigasi mengikut kesesuaian dan
Maklumat dan
kreativiti masing-masing.
Komunikasi
10. Murid diberi kertas A4 atau kertas lukisan secara individu untuk
(TMK)
digunakan membuat lakaran.
11. Lakaran perlu menggunakan elemen-elemen reka bentuk yang
telah murid pelajari dan dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
atau tiga dimensi.
12. Lakaran yang telah siap perlu ada :
a. Label komponen-komponen utama yang digunakan.
b. Nyatakan sama ada menggunakan bahan-bahan terbuang
atau tidak.
c. Guru memilih secara rawak hasil lakaran yang dibuat oleh
murid untuk pembentangan.
13. Guru membuat rumusan secara keseluruhan.

Penilaian
14. Murid diberikan edaran oleh guru.
Rujuk penilaian 1.
Penutup
15. Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran yang
telah dipelajari.
16. Murid melengkapkan Jadual KWL.
Refleksi
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
CONTOH RPH 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi

Kelas : 1

Masa : 120 minit

Tajuk : 5.0 Aplikasi Teknologi

Standard Kandungan : 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Standard Pembelajaran : 5.1.4 Menganalisis elemen reka bentuk dalam sistem


fertigasi
5.1.5 Menilai lakaran reka bentuk baharu sistem
fertigasi

Aktiviti : 1. Gallery walk


2. Peer assessment
3. Stick it notes
Bahan Bantu Belajar : 1. LCD/Projektor/Viewer
2. Komputer/Chrome book
3. Lakaran reka bentuk
4. Kertas sebak
5. Pen marker
6. Blue tack
EMK : Sains dan teknologi
Kreativiti dan Inovasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Nilai Murni
Keusahawanan
Kelestarian Alam Sekitar

Refleksi :
CONTOH RPH 3
Cadangan Aktiviti

Langkah Pengajaran EMK / Catatan

Set Induksi
1. Guru menunjukkan satu contoh lakaran reka bentuk sistem Sains dan
fertigasi. teknologi
2. Murid diminta menyatakan elemen-elemen reka bentuk yang
Kreativiti dan
digunakan dan membuat penilaian secara menyeluruh terhadap
Inovasi
reka bentuk sistem fertigasi yang ditunjukkan.
Teknologi
3. Murid memberi jawapan secara lisan. Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
Langkah 1
1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari Kreativiti dan
ini. Inovasi
Kelestarian Alam
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
Sekitar
kumpulan diberi lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang
berbeza.
3. Murid dikehendaki membuat analisis elemen-elemen reka
bentuk yang digunakan dalam sistem fertigasi.
4. Murid diberi masa 25 minit untuk berbincang dan
mendapatkan maklumat.
5. Murid membuat pembentangan hasil kerja dan masa yang
diperuntukkan selama 15 minit untuk membuat
pembentangan.
6. Guru membuat ulasan.
RujukPenilaian 2
Langkah 2
1. Guru mengedarkan jadual atau senarai semak Penilaian Kreativiti dan
Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi Inovasi
2. Berdasarkan lakaran reka bentuk yang dihasilkan, murid
dikehendaki menilai lakaran reka bentuk baharu yang telah
dibuat menggunakan senarai semak.
3. Guru dan murid berbincang hasil analisis yang diperolehi
Langkah Pengajaran EMK / Catatan

Rujuk Penilaian 3 dan Lampiran 2


Penilaian
Kreativiti dan
Inovasi

Langkah 4

Penutup
Murid bersama guru membuat rumusan.
Refleksi
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
CONTOH RPH 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi

Kelas : 1

Masa : 120 minit

Tajuk : 5.0 Aplikasi Teknologi

Standard Kandungan : 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Standard Pembelajaran : 5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka


bentuk baharu sistem fertigasi

Aktiviti : 1. Perbincangan secara kumpulan / berpasangan


2. Pembentangan

Bahan Bantu Belajar : 1. Buku Teks, Laptop/LCD


2. Kertas sebak,
3.Contoh mock-up sistem fertigasi
4. Lembaran kerja

EMK : Sains dan teknologi


Kreativiti dan Inovasi
Nilai Murni

Refleksi :

;
CONTOH RPH 4
Cadangan Aktiviti

Langkah Pengajaran EMK / Catatan

Set Induksi
1. Gurumenunjukkansatucontohlakaranrekabentuksistem
fertigasi.
2. Murid dimintamenunjukkan lakaran reka bentuk sistem
fertigasiyang telahmereka buat.
3. Gurumengimbas kembali tajukProjek Brief

Langkah 1
1.Gurumembahagikanmuridkepadabeberapa kumpulan Kreativiti dan
kecilsecaraindividuatau secara berpasangan. Inovasi
Kelestarian Alam
2. Murid akanmembina sebuah mock-up atau model struktur Sekitar
rekabentuksistemfertigasi baharu berpandukan lakaranyang
dihasilkandalam aktiviti sebelumini.
4. Setiapkumpulan perlu memastikanmock-upataumodel
yangdibina mengandungikomponen-komponenutama dan
mempunyai ciri-ciri setiap elemen dalam sistem fertigasi.

Langkah 2
1. Setiap kumpulandiminta untuk melabelkan komponen pada Kreativiti dan
model fertigasiyang dibina. Inovasi
2. Pembentangan hasilkerja olehkumpulan.
3. Penilaianhasilkerjaolehrakanmurid.Borangpenilaian
akandisediakan oleh guru. Setiap kumpulan akan
mengisi borang penilaian hasilkerja bagi kumpulanlain.
Rujuk Lampiran 4

Penutup
Langkah Pengajaran EMK / Catatan

Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran yang


telah dipelajari.
Penilaian
Murid diberikan edaran. Rujuk penilaian 4 dan 5.
Refleksi
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
LAMPIRAN
LATIHAN
LEMBARAN KERJA 1

Apakah yang anda faham tentang sistem fertigasi?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------
LEMBARAN KERJA 2

Secara berkumpulan, bincangkan tentang tajuk yang telah diberikan (sumber, medium

dan alur keluar). Anda diberikan masa selama 20 minit untuk menyiapkan tugasan.

Hasil kerja boleh diterjemahkan dalam bentuk peta I-Think atau peta minda.

Salah seorang daripada ahli kumpulan akan tinggal di dalam kumpulan untuk

menerangkan tajuk yang diberi manakala ahli kumpulan yang lain akan bergerak ke

meja kumpulan yang lain. (3 stray 1 stay)


LEMBARAN KERJA 3

Kertas mahjung / Kertas sebak


LEMBARAN KERJA 4

Senaraikan komponen utama sistem fertigasi.

Medium

KOMPONEN
UTAMA
SISTEM
FERTIGASI

Sumber Alur
keluar
PENILAIAN1

1. Rajah menunjukkan beberapa komponen utama yang diperlukan dalam sistem


fertigasi.

A B C

Nyatakan nama dan fungsi bagi setiap komponen utama tersebut.

Nama Komponen Fungsi


A

2. Susun langkah-langkah pemasangan sistem mengikut susunan yang betul dengan


menulis I, III dan IV pada petak yang disediakan.

II
Pemasangan Bahagian Tangki Larutan Baja, Pam dan Timer

Sediakan semua komponen utama yang diperlukan.

Buat pemasangan perpaipan.

Uji sistem pengairan sama ada berfungsi atau tidak.


LAMPIRAN 1

Lampiran Jadual KWL

Nama :
Tingkatan :
Tajuk :

JADUAL KWL

Pengetahuan (K) Apa yang perlu dipelajari (W) Pembelajaran (L)

*Bahagian pembelajaran (L) diisi selepas sesi PdP berakhir selepas guru membuat
rumusan
PENILAIAN 2
Berdasarkan gambar produk dibawah, huraikan setiap elemen reka bentuk sistem
fertigasi berikut:

Elemen
Bentuk Saiz
Produk
PENILAIAN 3
Berdasarkan gambar produk dibawah, buat penilaian reka bentuk sistem fertigasi sedia
ada digunakan seperti dalam jadual di bawah.

Produk Reka bentuk 1 Reka bentuk 2

Penilaian

Kecenderungan Inovasi,
Kreativiti dan Keaslian
Reka Bentuk

Kandungan Unsur
Simbolik, Emosi, Estetika
dan Penampilan

Kecenderungan Fungsi
danPraktikal

Kekuatan Kualiti dan


Kebolehpasaran

Ergonomik

LAMPIRAN2
Lampiran Jadual KWL

Nama :
Tingkatan :
Tajuk :

JADUAL KWL

Pengetahuan (K) Apa yang perlu dipelajari (W) Pembelajaran (L)

*Bahagian pembelajaran (L) diisi selepas sesi PdP berakhir selepas guru membuat
rumusan

LAMPIRAN 3
SENARAI SEMAK
PENILAIAN REKA BENTUK BAHARU SISTEM FERTIGASI

Arahan : Tandakan ( √ ) pada kriteria-kriteria yang memenuhi spesifikasi penilaian yang


dibuat.

Kriteria Baik Memuaskan Lemah Sangat


lemah
1 Kecenderungan
Inovasi, Kreativiti dan
Keaslian Reka Bentuk

2 Kandungan Unsur
Simbolik, Emosi,
Estetika dan
Penampilan

3 Kecenderungan Fungsi
danPraktikal

4 Kekuatan Kualiti dan


Kebolehpasaran

5 Ergonomik

LAMPIRAN 4
BIL PERKARA PENCAPAIAN
1 2 3 4
1
Semua komponen utama sistem
fertigasi wujud pada mock-up
2
Elemenyang diperlukanpada
mock-up kelihatanjelas
3
Mengikutlakaranyang dibuat
4
Kekemasanhasil
5
Kesesuaianfungsiberkaitan
fertigasi
6 Kreativitidaninovasi

Jadualmenunjukkankriteria pencapaianyang bolehdicapai olehmurid:

TAHAP KETERANGAN
1 Kurang dari 6 komponen fertigasi
Sekurang-kurangnya 3 elemen rekabentuk
Mengikut lakaran
Terdapat cantuman komponen yang tidak kemas
2 Mempunyaisekurang-kurangnya 6komponenfertigasiutama
Menunjukkanlebihdari3 elemenrekebentuk
Mengikutlakaran
Cantuman komponenkemas
3 Mempunyai 8 komponen fertigasi
Mempunyai 6 elemen reka bentuk Mengikut lakaran
Cantuman komponen yang kemas
Kreativiti
4 Mempunyai 8 komponen fertigasi
Mempunyai 6 elemen rekabentuk Mengikut lakaran
Kreatif dan berinovasi
Cantuman komponen yang kemas

PENILAIAN 4
Berdasarkan hasil lakaran yang telah dibuat, murid perlu membuat
penambahbaikan bagi lakaran masing-masing mengikut kesesuaian.

PENILAIAN 5
Anda dikehendaki menggunakan barang terpakai untuk membina satu sistem fertigasi
mudah.

You might also like