Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

https://www.aziekitchen.

com/2013/04/nasi-ayam-paling-
sedap.html
Nasi Ayam Paling Sedap
Oleh:  Azie Kitchen

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

Bahan perap:
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam
dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau
belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan


perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu
angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu
jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam
sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah,
sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar
mudah mengangkatnya setelah masak. 

Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak.


Potong ayam dan hidang.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau
dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi
kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau
potong 4 sahaja. 

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa


menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi
saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul
betul kering airnya.

Nasi Ayam:
2 sudu besar mentega - tak guna
Ketulan lemak ayam - panaskan dan ambil minyak ayam - saya
tambah
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu
manis
Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam),


tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah
ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun
pandan dan daun salam. 
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam
tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit
gula. 
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika
air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.
Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang


atau daun sup dan hidang.
Sambal Cili
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih.
Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup
rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil
sehingga likat.  

Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali
sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan


jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.

Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika


menghidang.
 

You might also like