Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN

PROGRAM IHYA RAMADAN 1443H

SECARA DALAM TALIAN

‘MELAHIRKAN GENERASI PENGAKAP RABBANI & MAWADDAH’

03 APRIL 2022 HINGGA 02 MEI 2022

DENGAN KERJASAMA:

MAJLIS PENGAKAP NEGERI KEDAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


1. PENGENALAN
Program Ihya Ramadan 1443H Persekutuan Pengakap Malaysia merupakan program tahunan
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah. Dahulunya program ini dinamakan Program Rakan
Masjid Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah. Pada tahun lepas, program ini diadakan secara
dalam talian memandangkan pandemik Covid-19 belum berakhir. Program ini akan diteruskan bagi
menjadikannya tradisi kecemerlangan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah.

2. OBJEKTIF
• Memupuk semangat kerjasama dan silaturahim serta mengukuhkan kesatuan antara pengakap
seluruh negeri kedah.
• Mencungkil bakat dan melahirkan juara membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar dan belia yang
menganggotai Persekutuan Pengakap Malaysia setanding dengan qari dan qariah lain di Malaysia.
• Meningkatkan imej pergerakan Pengakap Malaysia dalam bidang penghayatan agama Islam yang
mahasuci.

3. TEMA

‘MELAHIRKAN GENERASI PENGAKAP RABBANI & MAWADDAH’

4. MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 03 April 2022 hingga 02 Mei 2022


TEMPAT : Secara Dalam Talian (Online)
YURAN : RM 5.00 (Individu) dibayar oleh peserta yang mewakili daerah ke peringkat
negeri
PENDAFTARAN : Pautan akan diberikan kepada Pesuruhjaya Daerah / Pengerusi Program Daerah
5. AHLI JAWATANKUASA
5.1. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM IHYA RAMADAN 1443H

PENASIHAT : Y.Bhg Dato’ Haji Ahmad Zaini Bin Haji Japar


Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah

PENGERUSI : Zulkiflee bin Shariff.,PJK


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah

NAIBPENGERUSI1 : Ismail bin Mat Saad.,BKM.,PJK


Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah-1

NAIBPENGERUSI2 :Tn. Haji Hassan bin Hassim.,BKM.,PJK


Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah-2

PENGARAH PROGRAM : Badrul Hisham bin Abdullah.,PJK


Pesuruhjaya Program Negeri Kedah

PEN.PENGARAH PROGRAM : Saiful Azlan bin Azimat.,PJK.


Pesuruhjaya Latihan Negeri Kedah

SETIAUSAHA KERJA : Muhamad Hafizuddin bin Muhamad


Setiausaha Program Negeri Kedah

PEN.SETIAUSAHA 1 : Ibrahim Bakkry bin Saad.,BKM.,PJK


PKPPNg Pentadbiran

PEN.SETIAUSAHA 2 : Mohd Zukhairi Bin Hashim


Setiausaha Kehormat MPNK

PEN.SETIAUSAHA 3 : Muhammad Shaharuddin bin Abu Bakar


Setiausaha Latihan Negeri Kedah

BENDAHARI : Hj. Isa Bin Hj Yusof, AMK, BKM,PCK


Bendahari MPNK

PEN.BENDAHARI 1 : Ainun Nura binti Md Isa


PEN.BENDAHARI 2 : Zarifah Isma Nadhirah Bt H Ismail
AHLI JAWATANKUASA:

: Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah


: Semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah
: Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah
: Pegawai Unit Kokurikulum JPN Kedah
: Semua Penyelia / Pegawai Khas Kokurikulum PPD
: Semua Pengerusi PPM Daerah
: Semua Setiausaha PPM Daerah

HAKIM DAN PENILAI :


: Haji Hassan Bin Hassim (Ketua Jemaah Hakim)
: Hakim MTQ Daerah Yan dan jemputan
: Pasukan Teknikal Program PPM Negeri Kedah

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM (PPM DAERAH YAN)

SEKRETARIAT

• Nasaruddin Bin Shuaib


• Mohd Rosydi Bin Zakaria
• Mohd Fadzil Fahami Bin Mohd Najib Fahami
• Mohd Azhar Bin Md Yusoff
• Mohd Hasni Bin Suhaimi

SETIAUSAHA KERJA PROGRAM

• Nurul Izzati Bt Mustafa


• Noridah Bt Ayob (Penolong)

BENDAHARI KERJA PROGRAM

• Sabariah Bt Saad
• Hafizah Bt Yaakob (Penolong)

DOKUMENTASI/MEDIA

• Mohd Firdaus b Ahmad


• Muhammad Farhan bin Abdul Razak
• Najihah Bt Jamaluddin
• Mohd Shafiq Bin Mahazir
SERANTA/TUGAS-TUGAS KHAS

• Noor Khairi Bin Sharif


• Al Yasser B Md Isa
• Mohd Shaiizam bin Saad

HADIAH/SIJIL

• Mazura binti Mohamad


• Shuhaily Bt Shaharbudin
• Sharizal Anuar Bin Abdul Rahim
• Ummi Kalsom Bt Mat Usop

6. ANGGARAN PENYERTAAN

BIL DAERAH PKK PM PR KELANA PEMIMPIN JUMLAH


1 KUALA MUDA 30
2 YAN 30
3 BALING 30
4 SIK 30
5 PADANG TERAP 30
6 PENDANG 30
7 KOTA SETAR 30
8 POKOK SENA 30
9 KULIM 30
10 BANDAR BAHARU 30
11 LANGKAWI 30
12 KUBANG PASU 30
13 PEGAWAI / HAKIM 50
JUMLAH 410
8. PERTANDINGAN DAN SYARAT

8.1 TILAWAH AL QURAN

8.1.1 PESERTA
Peserta terdiri daripada ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda atau Remaja yang berdaftar
dengan PPM sahaja di semua sekolah rendah dan menengah kerajaan atau swasta seluruh Kedah.
Setiap Daerah boleh menghantar hanya 4 orang peserta tilawah sahaja iaitu 2 peserta qari dan
qariah pengakap Kanak-Kanak dan 2 peserta qari dan qariah Pengakap Muda atau Remaja.

8.1.2 AYAT

Para peserta boleh memilih daripada mana-mana surah dan ayat di dalam Al-Quran dan pemilihan
ayat tersebut hendaklah di nyatakan kepada Urusetia Pertandingan melalui borang pendaftaran
secara dalam talian. Pautan akan diberikan.

8.1.3 RAKAMAN

Rakaman hendaklah dilakukan secara MELINTANG (Landscape). Peserta TIDAK DIBENARKAN


melakukan sebarang suntingan audio / video. Suntingan latar belakang layar hijau (green screen)
TIDAK DIBENARKAN.

8.1.4 TEMPOH BACAAN

Masa bacaan (rakaman video) dibenarkan ialah 6-10 MINIT sahaja. Bacaan yang lebih daripada
masa tersebut( 10 minit) tidak akan dikira markahnya. Keputusan hakim adalah muktamad. Video
yang siap dirakam perlu dimuatnaik ke Youtube ( unlisted ).

8.1.5 ASPEK PENGADILAN DAN PEMARKAHAN

HIASAN LATAR - 10 MARKAH

TAJWID - 30 MARKAH

LAGU - 20 MARKAH

SUARA - 20 MARKAH

FASOHAH - 20 MARKAH

❖ Jika berlaku persamaan markah peserta, aspek tajwid akan diambil kira. Jika berlaku juga
persamaan markah, aspek lagu akan diambil kira. Begitulah seterusnya. Keputusan hakim
adalah muktamad.
8.2 AZAN

8.2.1 PESERTA

Setiap daerah dibenarkan menghantar hanya 4 orang peserta lelaki sahaja. 2 orang peserta PKK
dan 2 orang PM/PR. Masa yang diberikan adalah 10 minit (rakaman video). Jenis lagu adalah bebas
dan terpulang kepada kreativiti masing-masing. Borang penyertaan dan video rakaman perlu
dimuatnaik ke Youtube ( unlisted ). Keputusan hakim adalah muktamad.

8.2.2 RAKAMAN

Rakaman hendaklah dilakukan secara MELINTANG (Landscape). Peserta TIDAK DIBENARKAN


melakukan sebarang suntingan audio / video. Suntingan latar belakang layar hijau (green screen)
TIDAK DIBENARKAN

8.2.3 ASPEK PENGADILAN DAN PEMARKAHAN

HIASAN LATAR - 10 MARKAH


SUARA - 30 MARKAH
LAGU - 30 MARKAH
LANCAR - 20 MARKAH
TERTIB - 10 MARKAH

❖ Jika berlaku persamaan markah peserta, aspek suara akan diambil kira. Jika berlaku juga
persamaan markah, aspek lagu akan diambil kira. Begitulah seterusnya. Keputusan hakim
adalah muktamad
8.3 KHAT

Pertandingan Khat hanya terbuka kepada PKK/PM, PR Pendidikan Khas sahaja ( lelaki dan
perempuan ). Semua peralatan menulis Khat hendaklah disediakan sendiri oleh peserta termasuk
kertas lukisan. Jenis tulisan Khat adalah bebas dan terpulang kepada kreativiti peserta.

Borang penyertaan hendaklah dihantar secara dalam talian. Peserta juga perlu memuat naik hasil
kerja tulisan khat yang telah siap secara dalam talian. Pautan untuk muat naik akan diberikan
(cadangan : folder dalam google drive ) . Keputusan pengadil adalah muktamad.

Setiap daerah menghantar 2 peserta PKK PPKI ( L / P) dan 2 peserta PM/PR PPKI ( L/P)

Soalan :

‫رمضان المبارك‬

8.3.1. ASPEK PENGADILAN DAN PEMARKAHAN

KAEDAH - 50 MARKAH

HIASAN - 10 MARKAH

KREATIVITI - 25 MARKAH

EJAAN - 15 MARKAH
8.4 FOTOGRAFI TEMA “PENGAKAP DAN RAMADHAN”

8.4.1 PESERTA
Terbuka untuk semua ahli pengakap PKK, PM/PR dan Kelana yang berdaftar. Hanya 1
penyertaan bagi setiap ahli pengakap.Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori, PKK,
PM/PR dan Kelana .Foto diambil menggunakan kamera digital atau telefon pintar.

Borang penyertaan dan gambar perlu dimuat naik dalam talian. Pautan akan diberikan
(cadangan : folder dalam google drive ) . Keputusan hakim adalah muktamad.

Foto yang diambil mestilah ASLI dan TIADA SUNTINGAN TEKS ATAU OBJEK TAMBAHAN.

Setiap PPM Daerah hendaklah menghantar 5 (lima) penyertaan terbaik setiap kategori ke
peringkat negeri.

8.4.2 KRITERIA PEMARKAHAN DAN PENGADILAN

- UNIFORM - 10 MARKAH
- KREATIVITI - 35 MARKAH
- KEKEMASAN / KUALITI FOTO - 35 MARKAH
- MEMENUHI KEHENDAK TEMA - 20 MARKAH
8.5 MEMBINA REPLIKA MASJID

8.5.1 Penyertaan ada terbuka kepada PEMIMPIN / KELANA sahaja. Setiap daerah boleh menghantar
maksimum 3 peserta terbaik.

Para peserta dikehendaki mengambil foto masjid pilihan dan membina model 3D masjid
tersebut dengan dimensi maksimum 60cm x 60cm x 60cm

Peserta menghantar foto masjid pilihan dan foto model 3D ke pautan yang akan dimaklumkan.

Terhad 1 penyertaan sahaja bagi setiap peserta.

8.5.2 KRITERIA PEMARKAHAN DAN PENGADILAN.

- KESAMAAN (SIMILLARITY) ANTARA FOTO & MODEL - 30 MARKAH


- KEKEMASAN BINAAN - 20 MARKAH
- PENGGUNAAN BAHAN - 20 MARKAH
- HIASAN /KREATIVITI - 30 MARKAH
8.6 e-PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU KEROHANIAN

8.6.1 PESERTA
 Terbuka untuk semua ahli pengakap PKK (L/P), PM/PR (L/P) dan Pemimpin/Kelana
(Terbuka) yang berdaftar.

8.6.2 LAGU
 Peserta perlu menyanyikan satu lagu secara solo dan boleh menyanyikan lagu serta
lirik lagu yang sedia ada di pasaran atau ciptaan baharu.
 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara minus one.
 Lagu yang dinyanyikan TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif mana-
mana pihak.
 Setiap peserta hanya boleh menghantar satu video nyanyian solo lagu kerohanian.

8.6.3 PERSEMBAHAN
 Hanya pergerakan yang bersesuaian dengan lagu, lirik dan muzik yang disampaikan
dan tidak keterlaluan dibenarkan. Pergerakan yang tidak keterlaluan bermaksud tiada
unsur tarian dan unsur yang mengganggu sensitiviti agama Islam
 Setiap penyanyi solo dilarang mempersembahkan unsur puisi, sajak, pentomen dan
seumpamanya dalam persembahan.

8.6.4 MASA
 Setiap penyanyi solo diberi masa antara 3 hingga 5 minit sahaja untuk
mempersembahkan lagu.
 Masa dikira bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik (berdasarkan
ketetapan yang ditentukan oleh juri).
 Pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari yang telah
ditetapkan.

8.6.5 PEMARKAHAN
 Suara - 50 Markah
 Persembahan - 30 Markah
 Kreativiti - 20 markah
 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan dirujuk mengikut
keutamaan berikut: SUARA-PERSEMBAHAN-KREATIVITI.

8.6.6 RAKAMAN
 Rakaman hendaklah dilakukan secara MELINTANG (Landscape). Peserta TIDAK
DIBENARKAN melakukan sebarang suntingan audio / video. Suntingan latar belakang
layar hijau (green screen) TIDAK DIBENARKAN
 Video yang siap dirakam perlu dimuatnaik ke Youtube ( unlisted)
8.7 AKTIVITI SAMPINGAN SECARA ONLINE

8.7.1 KUIZ ONLINE

Peserta akan menjawab kuiz online melalui google form yang akan diberikan. Hanya
peserta yang lulus akan diberikan sijil penyertaan secara digital.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua Ahli Pengakap Berdaftar
NEGERI KEDAH SAHAJA.

Pautan soalan google form akan diberikan kemudian.

8.7.2 MEREKA KAD UCAPAN

Peserta akan dikehendaki menyiapkan sebuah Kad Ucapan Hari Raya dan
memuatnaik gambar kad tersebut di pautan yang akan diberikan. Hanya peserta yang
menghantar kad tersebut akan diberikan sijil penyertaan secara digital.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua Ahli Pengakap Berdaftar
NEGERI KEDAH SAHAJA.

Pautan untuk menghantar kad akan diberikan kemudian.


8.8 HAKIM

Ketua Jemaah Hakim


Haji Hassan Bin Hassim

URUSETIA
Mohd Fadzil Fahami Mohd Najib Fahami - SK Haji Kassim Jasin

TILAWAH PKK - PM/PR (L & P)


1. Mohd Fikri Yaakob (K) - SK Sungai Limau
2. Mahdzir Hanafi - SK Sungai Dedap
3. Abdul Karim Othman - SK Teroi
4. Mohd Fairuz Ismail - SK Ulu Sedaka
5. Ariffin Bin Salleh - SBPi Kbg Pasu
6. Mahazir Mohd Bin Jaafar - Baling
7. Khairul Nizar Bin Abu Khari - Sik
8. Mohd Asri bin Mohammed - Padang Terap

AZAN PKK - PM/PR (L)


1. Mohd Zulfadhli Abdul Mutalib (K) - SK Langkasuka
2. Mohd Nasri Bakar - SK Seri Jerai
3. Mohamad Faiez B Harun - Smk Agama Kedah
4. Ahmad Yusuf Bin Mohammad - Bandar Baharu

e-PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PKK - PM/PR - PEMIMPIN/KELANA


1. Mohd Azhar Yusof (K) - SK Gurun (P)
2. Mohd Rosli Talib - SMA Fauzi
3. Muhammad Aridi Jaafar - SK Haji Hussin Dol
4. Azrina Abdullah - SK Sungai Dedap
5. Meskor Bin Tulka - PPD KMY
6. Khairul Anam Bin Amran - Pokok Sena
7. Muhammad Fu'ad Bin Jahaya - Langkawi
8.

KHAT PPKI
1. Abdul Hadi Othman (K) - SK Haji Hussin Dol
2. Mohd Khairi Ishak - SK Seri Jerai
3. Mohamad Fadhli Bin Abd Bakar - Pendang
4. Mohd Khairul Anwar Bin Md Yusob - Kulim
***PERHATIAN****

1. Setiap peserta hanya boleh mendaftar 1 acara sahaja.


2. Setiap penyertaan perlu dihantar kepada Pengerusi Program Daerah/PesuruhjayaDaerah
untuk dimuat naik secara dalam talian. Pautan akan diberikan.
3. Semua borang penyertaan/penyertaan (video rakaman, hasil karya khat, hasil fotografi ) mesti
dimuat naik sebelum / pada 22.04.2022.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
5. Saringan akan dibuat oleh PPM Daerah masing-masing. Pemenang di daerah akan menjadi
finalis mewakili daerah ke peringkat negeri.

9. PENUTUP
Insyaallah diharapkan Program Ihya Ramadhan 1443H dapat mengisi Program Rakan Masjid yang
pernah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri Kedah sebelum ini dan akan berterusan selama-
lamanya. Semoga apa yang dihasratkan di dalam program ini akan berjaya dan memberi manfaat
kepada semua ahli pengakap, kaum belia dan masyarakat Islam amnya.

You might also like