Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN UNTUK PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BULAN

SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

1.0 TAJUK

Kertas cadangan untuk program perkhemahan unit beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

2.0 TUJUAN

Tujuan kertas cadangan ini ialah untuk mendapatkan kelulusan daripada pengarah IPG
Kampus Bahasa Melayu bagi mengadakan perkhemahan unit beruniform BSMM
peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

3.0 LATAR BELAKANG

Program perkhemahan unit Beruniform BSMM ini merupakan satu aktiviti yang akan
diadakan pada setiap tahun anjuran Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu.
Program unit beruniform ini ialah satu wahana kearah pembinaan dan pembentukan
kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG

4.0 MATLAMAT

Program ini dilaksanakan bagi melahirkan guru pelatih yang berwawasan tinggi,
mempunyai imej kendiri yang positif, berakhlak terpuji dan berfikiran matang sehingga
mampu untuk menangani masalah dan cabaran hidup pada masa akan datang.
Program ini juga mampu mengembangkan potensi diri khususnya dari segi kepimpinan
dan kreativiti di samping mengukuhkan lagi disiplin diri, semangat kerjasama, kesediaan
berdikari dan memikul sesuatu tanggungjawab.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan ahli yang lebih mahir dan cekap dalam kegiatan ko-kurikulum khususnya
dalam unit beruniform dan persediaan sebagai bakal guru kelak.
5.2 Mengukuhkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas dalam unit beruniform seperti
ikatan dan simpulan, kawad kaki, aktiviti-aktiviti lasak dan pertolongan cemas.
5.3 Memantapkan disiplin dan sahsiah serta jati diri dalam diri ahli BSMM.
5.4 Mewujudkan keberanian, kemahiran dan keyakinan dalam menghadapi cabaran-
cabaran yang akan dilalui kelak .

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN

6.1 Hari: Isnin hingga Rabu.


6.2 Tarikh: 10 September hingga 12 September 2018.
6.3 Tempat: Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan.
6.4 Tema: Sedia Berkhidmat.

7.0 PENYERTAAN

60 orang ahli.BSMM

8.0 JAWATANKUASA

8.1 JAWATANKUASA INDUK


Penaung : Dr. Hjh. Maridah Binti Hj. Alias
Ketua Unit Beruniform : Pn. Punithavathi A/P Sinnapoo
Kem Komandan : Tn. Hj. Suhasni Bin Dollah
Jurulatih & Penilai : En. Thirugnana Sambanthan A/L Muthusamy
: Cik Asiah Binti Mohamad Hashim
Pembantu Operasi : En. Mohd Noor Ismail Bin Mohd Rais

8.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Ahmad Syahmi Ahmad Farid
Naib Pengerusi : Nurul Hafizah Binti Azhar
Setiausaha : Muhammad Ezam Bin Abdullah
Naib Setiausaha : Nur Syafiqah Binti Abdul Wahid
Bendahari : Muhammad Ikram Bin Mohamad
Naib Bendahari : Fatin Alia Binti Mohd Zani
Ahli Jawatankuasa : Aktiviti
1) Muhammad Azib Bin Hamzah
2) Siti Nur Fatimah binti Ilias
Peralatan
1) Farah Liyana BInti Rosli

2
2) Pui Wen Hang
Laporan & Dokumentasi
1) Ahmad Faris Bin Fadel
2) Muhamad Syahmi Bin Jusoh
Makanan
1) Khoo Yu Ting
2) Iskandar Firdaus Bin Ismail
Kebajikan & Keselamatan
1) Zakaria Bin Mat Isa
2) Tan Shin Mei
Kerohanian & Moral
1) Muhammad Izzat Bin Mazlan
2) Nagulan A/L Ganesan
Pengangkutan
1) Amir Syazwan bin Mahmud
2) Nur Anis Azlin Bt Hamzih

9.0 ATURCARA PROGRAM

Rujuk lampiran 1.

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

10.1 ANGGARAN PENDAPATAN

Bil. Perkara Butiran Jumlah

1. Yuran Pendaftaran 60 ahli x RM20 RM1200

2. Peruntukan Kokurikulum RM2300 RM2300

3. Sumbangan Pensyarah RM1000 RM1000

4. Sumbangan Koperasi RM600 RM300

Jumlah Pendapatan RM4900

10.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

3
Bil. Perkara Butiran Jumlah

1. Sewa Tapak Perkhemahan RM900 RM900

2. Pengangkutan 1 unit Van x RM300 = RM300 RM750


1 unit Bas x RM450 = RM450

3. Makan dan Minum Sarapan Pagi


3 hari = RM360
Minum Pagi
3 hari = RM240
Makan Tengahari
3 hari = RM720
Minum Petang
3 hari = RM180
Makan Malam
3 hari = RM540
Minum Malam
3 hari = RM180
Air Mineral
10 kotak x RM8 = RM80 RM2300

4. Sijil dan Hadiah Sijil Penyertaan


60 Ahli x RM1.50 = RM90
Hadiah Pertandingan
6 jenis x 2 hamper x RM50 =
RM690
RM600

5. Lain-lain tambahan - RM260

Jumlah Perbelanjaan RM4900

11.0 IMPLIKASI

4
Pelajar BSMM semester 3 dikehendaki untuk menggantikan beberapa kuliah bagi
melengkapkan jam kredit yang telah ditetapkan oleh IPGM. Hal ini kerana, waktu
pelaksanaan perkhemahan ini ialah semasa interaksi kuliah dijalankan.

12.0 SYOR

Pihak kami menaruhkan setinggi harapan agar cadangan pelaksanaan program ini
mendapat kelulusan daripada pihak atasan agar kami dapat melaksanakan perisian-
perisian dalam program ini bagi meningkatkan dan mengembangkan lagi potensi diri.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ………………………………

(MUHAMMAD EZAM BIN ABDULLAH) (CIK ASIAH BINTI MOHAMAD HASHIM)

Setiausaha Bulan Sabit Merah Malaysia, Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia,

IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu,

Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

……………………………… ………………………….

(PN. PUNITHAVATHI A/P SINNAPOO) (DR. HJH. MARIDAH BINTI HJ. ALIAS)

Ketua Unit Beruniform, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,

IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur.

13.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: ATURCARA PROGRAM

ISNIN, 10 SEPTEMBER 2018

MASA AKTIVITI

5
7:30 AM – 9:00 AM Bertolak pergi ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul

9:00 AM – 9:30 AM Taklimat ringkas daripada Kem Komandan

9:30 AM – 11:00 AM Memasang khemah mengikut kumpulan yang ditetapkan

11:00 AM – 11:30 AM Minum pagi

11:30 AM – 1:00 PM Membina gajet mengikut kumpulan yang ditetapkan

1:00 PM – 2:00 PM Makan tengahari, pengurusan diri, solat Zohor

2:00 PM – 4:00 PM Pertandingan membina Gajet kreatif

4:00 PM – 4:30 PM Rehat / Minum petang / Solat Asar

4:30 PM – 6:30 PM Latihan kawad kaki mengikut kumpulan

6:30 PM – 8:30 PM Makan malam, pengurusan diri, solat Maghrib, kuliah


Maghrib / sesi Moral , solat Isyak

8:30 PM – 10:30 PM Latihan asas pertolongan cemas

10:30 PM – 11:00 PM Minum malam, Bersiap untuk tidur

SELASA, 11 SEPTEMBER 2018

MASA AKTIVITI

5:30 AM – 6:45 AM Pengurusan diri, solat Subuh, kuliah Subuh / sesi Moral

6:45 AM – 7:30 AM Senamrobik, nyanyian lagu/ menaikkan bendera, lawatan


tapak

7:30 AM – 8:00 AM Sarapan pagi

8:00 AM – 10:00 AM Pertandingan kawad kaki

10:00 AM – 10:30 AM Minum Pagi

10:30 AM – 12:30 PM Pertandingan masakan rimba

12:30 PM – 2:00 PM Makan tengahari, pengurusan diri, solat Zohor

6
2:00 PM – 4:00 PM Pertandingan membuat ikatan dan simpulan

4:00 PM – 4:30 PM Rehat / Minum petang / Solat Asar

4:30 PM – 6:30 PM Pertandingan “Explorace”

6:30 PM – 8:30 PM Makan malam, pengurusan diri, solat Maghrib, kuliah


Maghrib / sesi Moral , solat Isyak

8:30 PM – 10:30 PM Malam kebudayaan

10:30 PM – 11:00 PM Minum malam, Bersiap untuk tidur

Rabu, 12 SEPTEMBER 2018

5:30 AM – 6:45 AM Pengurusan diri, solat Subuh, kuliah Subuh / sesi Moral

6:45 AM – 7:30 AM Senamrobik, nyanyian lagu/ menaikkan bendera, lawatan


tapak

7:30 AM – 8:00 AM Sarapan pagi

8:00 AM – 10:00 AM Refleksi dan Raptai majlis perasmian penutup

10:00 AM – 10:30 AM Minum pagi

10:30 AM – 12:30 PM Majlis Perasmian Penutup

12:30 PM – 2:00 PM Makan tengahari, pengurusan diri, solat Zohor

2:00 PM – 4:00 PM Bertolak pulang ke IPG Kampus Bahasa Melayu

7
14.0 RUJUKAN

Abdul Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah


Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah.

King Teik Seng. (2010). Pengurusan Kokurikulum Dan Hubungannya Dengan Tahap
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum. Dimuat turun pada 20 Mac 2018
daripada http://etd.uum.edu.my/4842/2/s89671_abstract.pdf.

Mohd. Sofian Omar Fauzee, AminuddinYusof & BorhanYusof. (2002). Kokurikulum: Peranan
Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Tam Yeow Kwai. (2010). Pengurusan Kokurikulum. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

You might also like