Bahan Bantu Mengajar MORAL

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu

kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di bilik darjah. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai,
dihidu, digunakan dan sebagainya.Bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada buku
teks, papan tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera dan apa
sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantuan mengajar ini sangat membantu
guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL

Buku-buku teks moral telah menjadi amalan biasa dan tradisi bagi sesetengah guru. Buku
tekstelahmenjadi panduankepada kebanyakan guru moraldi sekolah itu kerana kandungannya
semua mengikut KSSR. Buku teks Pendidikan Moral dalam konteks ini merupakan salah
satu media cetak yang terpenting. Buku teks mempunyai peta konsep sebagai garis kasar isi
pelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam perancangan pelajaran Pendidikan Moral.

PAPAN PUTIH

membahagikan papan putih kepada 3 bahagian. Bahagian kiri papan putih digunakan oleh
guru untuk menuliskan fokus pembelajaran dan sering juga dikenal sebagai tujuan
pembelajaran. Ini dapat memudahkan guru untuk menetapkan matlamat pengajaran pada
hari tersebut. Bahagian tengah pula dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan
pembelajaran dan juga digunakan sebagai tempat untuk kerja murid dalam menyelesaikan
soalan latihan. Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses
pembelajaran berlangsung. Akhir sekali bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk
menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus
ditulis secara sistematik. Dengan ini, pengetahuan pelajar dapat dikukuhkan dengan apa
yang dipelajari pada hari tersebut.

KERTAS EDARAN, MODUL DAN KERTAS MAHJONG

Dalam kelas Pendidikan Moral, guru Pendidikan Moral sekolah tersebut banyak
menggunakan kertas mahjong dalam menjalankan kumpulan yang berpusatkan pelajar.
Dalam aktiviti tersebut, guru telah menggalakkan pelajar untuk menghasilkan peta pemikiran i-
think berdasarkan tugasan yang diberikan. Teknik mengajar menggunakan peta pemikiran
i-think merupakan salah satu usaha dalampengukuhan pedagogi guru. Teknik ini dapat
mewujudkan suasana pengajaran yang menyeronokkan murid, mudah, berinformasi selain
masa dan bahan turut dijimatkan.

KOMPUTER RIBA

Pengajaran menggunakan komputer riba ini menyediakan pembelajaran berdasarkan


kebolehan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar berpeluang untuk
mengulangi sesuatu konsep atau isi pelajaran pada bila-bila masa atau sebanyak mana
sekalipun tanpa perlu merasa bimbang komputer akan menimbulkan rasa jemu dalam
kalangan penggunanya.

LCD PROJEKTOR

Kebanyakkan Guru pendidikan Moral sekolah telah menggunakanLCD ini untuk membuat
tayangan youtube dan video klip oleh guru sebagai set induksi untukmenarik perhatian murid.
Menurut guru-guru, penggunaan LCH juga dapatmemudahkan murid melihat paparan
gambar, petikan dan latihan penilaian dengan lebih jelas. Media yang baik adalah media
yang dapat memperjelaskan, menggambarkan, mengawal dan menarik tumpuan pemikiran
dan emosi murid untuk memahami dan mengekalkan kefahaman dalam tempoh jangka
panjang. Sebagai contoh,dalam mata pelajaran berkaitan dengan topik baik hati dengan jiran
tahun 4, guru boleh menayangkan video yang berkaitan dengan topik ini. Dengan berbuat
demikian, murid dapat mengalami sendiri proses pembelajaran iaitu mereka dapat merasa,
mengamati, melihat, menghidu dan sebagainya menggunakan pancaindera sendiri.

You might also like