Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KELAB PERSATUAN ENGLISH PROFESSIONAL IN COMMUNICATION (EPiC)

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA


UITM CAWANGAN MELAKA KAMPUS ALOR GAJAH

MINIT MESYUARAT 2

TARIKH: 25 Februari 2020

HARI: Selasa

MASA: 8.15 malam sehingga 10.30 malam

TEMPAT: Masjid Al-Hikmah, UiTM Alor Gajah, Melaka

KEHADIRAN

1. NUR ADILA AZIRA BINTI AZMI Presiden


2. DANISH ISKANDAR BIN BAIDRUL SHAHRI Naib Presiden
3. NADIA YASMIN BINTI ZULAMIN Setiausaha Agung
4. NUR EMYLIN BINTI ZAINUDDIN Penolong Setiausaha
5. HAFSAH BINTI ABDUL KADIR Bendahari
6. ISHFA ARISSA BINTI ISMADEE ASMARA Biro Disiplin Dan Perundangan
7. KHAIRUL AMRI BIN MOHAMMAD IBRAHIM Biro Disiplin Dan Perundanga
8. MUHAMMAD DANIAL ISKANDAR BIN MOHD ARIFF Biro Kebudayaan, Sukan Dan Rekreasi
9. SITI AISYAH MUSTAFIANI BINTI ADLY SAFARI Biro Kebudayaan, Sukan Dan Rekreasi
10. AFIQ AFFANDI BIN RUDY Biro Keusahawanan Dan Penajaan
11. ABDUL KABEER BIN ABDUL AZIZ Biro Keusahawanan Dan Penajaan
12. ADANI BINTI MOHAMAD ZAIDI Biro Akademik, Penyelidikan Dan Inovasi
13. AKMAL SYAIFUDIN BIN KAHARUDIN Biro Akademik, Penyelidikan Dan Inovasi
14. MUHAMMAD AS SIDDIQ BIN MAZLAN Biro Kebajikan, Kaunseling Dan
Kerohanian
15. HUSNA SHAFIRAH BINTI HELMIRIZAL Biro Kebajikan, Kaunseling Dan
Kerohanian
16. AHMAD ADAM MUKHLIS BIN SARIMAN Biro Publisiti, Multimedia dan ICT
17. NUR ATILLA ATASHA BINTI KAMAL ARIFFIN Biro Publisiti, Multimedia dan ICT
Semua siswi dan siswa telah hadir ke mesyuarat ini.
No. Perkara Tindakan

1. PENGENALAN

1. Ucapan alu-aluan daripada Presiden


1.1. Presiden persatuan, Nur Adila memulakan mesyuarat dan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
pada mesuaray tersebut.
1.2. Bacaan doa diteruskan oleh Timbalan Presiden, Danish
Iskandar.
2. PENGENALAN DAN PEMAHAMAN MENGENAI SETIAP
TUGAS AHLI JAWATANKUASA

2. Sesi pengenalan diri


2.1. Timbalan Presiden memulakan mesyuarat dengan
memperkenalkan diri sendiri dan meminta setiap ahli
jawatankuasa memperkenalkan diri.
2.2. Timbalan Presiden meminta setiap ahli jawatankuasa
menerangkan pemahaman mengenai jawatan setiap ahli
jawatankuasa.
3. MATLAMAT UNTUK PERSATUAN EPiC

3. Matlamat untuk EPiC


3.1. Timbalan Presiden menyatakan bahawa hasratnya adalah
untuk menjadikan persatuan EPiC satu persatuan yang
rasmi.
3.2. Presiden dan Timbalan Presiden berazam untuk
memudahkan ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi yang baru
untuk mengendalikan EPiC pada masa akan datang.
4. PERKEMBANGAN MENGENAI PROGRAM YANG AKAN
DIJALANKAN

4. Presiden dan Timbalan Presiden menyatakan bahawa EPiC


mempunyai 8 program yang akan dianjurkan pada semester ini.
4.1. Program yang akan dilakukan pada bulan Februari adalah;
‘Induction’ dan ‘Prologue to Society.’
4.2. Program yang dilakukan pada bulan Mac adalah; ‘Ekspo
Selangkah ke UiTM’ dan ‘Mental Health Day’
4.3. Program yang akan dijalankan pada bulan April adalah;
‘Majlis Anugerah Dekan, SUPRO, CSR Tangga Batu dan
CSR ‘English Fun Day 2.0’.
4.4. Presiden menyatakan bahawa persatuan EPiC akan
bekerjasama dengan persatuan ‘KOMED’ untuk
menganjurkan Majlis Anugerah Dekan
4.5. Presiden menyatakan ‘Ekspo Selangkah ke UiTM’ akan
dianjurkan di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
4.6. Presiden memberitahu bahawa program ‘Mental Health
Day’ akan dianjurkan pada 25 Mac 2020, Rabu. Ketua
Projek adalah Nur Adila Azira Binti Azmi. Program ini
mewajibkan semua pelajar LG120 untuk menghadirkan diri.
4.7. Presiden turut memberitahu bahawa Majlis Anugerah
Dekan akan dianjurkan seminggu selepas majlis
konvokesyen.
5. TUGASAN MENGENAI PROGRAM YANG AKAN
BERLANGSUNG

5. Biro diberikan tugasan untuk program yang akan


berlansung
5.1. Biro Publisiti ditugaskan untuk mereka bentuk banner bagi
program Induction.
5.2. Biro Kebajikan dan Kerohanian masih menunggu maklumat
terkini daripada Madam Sumayyah mengenai program
‘Mental Health Day’.
6. PEMBERIAN DAN PENJELASAN MENGENAI TUGAS
SETIAP BIRO

6. Timbalan Presiden menjelaskan menghuraikan mengenai tugas-


tugas setiap biro.
6.1. Biro Disiplin
6.1.1. Biro Disiplin dinasihatkan untuk memikirkan tentang
tindakan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan
saman ke atas pelajar
6.1.2. Biro Disiplin disarankan untuk menghubungi Cik Siti
dan para pensyarah yang lain untuk mengingatkan
pelajar tentang saman.
6.1.3. Presiden mengingatkan mengenai sahsiah rupa diri
pelajar dan larangan memakai seluar. Isu pemakaian
seluar masih dalam perbincangan dengan Ketua
Fakulti.

6.2. Biro Sukan dan Kebudayaan


6.2.1. Timbalan Presiden menyarankan Biro Sukan untuk
menghubungi atlet-atlet yang berminat untuk menyertai
SUPRO.
6.2.2. Timbalan Presiden mencadangkan untuk Biro Sukan
membuat program berunsur kesukanan untuk pelajar
LG120 samaada program rasmi atau bukan rasmi.
7. KEMPEN YANG AKAN DIJALANKAN

7. Kempen yang akan dijalankan untuk pelajar LG120


7.1. Kempen Profesionalisma
7.1.1. Presiden menjelaskan tentang etika berkomunikasi
dengan pensyarah terutamanya melalui aplikasi
Whatsapp.
7.1.2. Presiden mencadangkan mencadangkan untuk Biro
Publisiti dan Biro Akademik untuk bekerjasama untuk
menyebarkan kesedaran mengenai etika pemakaian dan
etika berkomunikasi.

7.2. Kempen kesedaran mental


7.2.1. Presiden mengingatkan setiap ahli jawatankuasa
untuk peka dengan tahap kesihatan mental pelajar
LG120.
7.2.2. Presiden menjelaskan bahawa EPiC akan membuat
kempen berfokuskan dengan tahap kesihatan mental.
Presiden juga menyatakan bahawa Unit Kesihatan dan
unit Hal Ehwal Pelajar juga berhasrat untuk melakukan
kempen yang serupa.
8. CADANGAN UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN EPiC

8. Timbalan Presiden mencadangkan beberapa perkara kepada


Biro Keusahawanan dan Penajaan.

8.1. Timbalan Presiden meminta kedua-dua Biro Keusahwanan


dan Penajaan dan Bendahari untuk menghantar nama ke
unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk mendaftar lesen untuk Presiden menyatakan idea
proofreading service masih
menjual. belum disahkan.
8.2. Timbalan Presiden meminta Biro Keusahawanan untuk
membuat rancangan perniagaan.
8.3. Presiden mencadangkan idea yang dicadangkan oleh Puan
Sumarni iaitu proofreading service.

RANCANGAN UNTUK EPiC

9. Presiden dan Timbalan Presiden memberi cadangan yang boleh


dan akan dilakukan untuk persatuan EPiC

9.1. Timbalan Presiden menyatakan group sembang akan


ditukar daripada platform Whatsapp ke platform Telegram.
9.2. Pertandingan untuk mereka baju korporat yang baru akan
dilakukan dan pelajar yang ingin menyertai pertandingan
boleh menghantar reka bentuk mereka secara online.
9.3. Carta organisasi untuk ahli jawatankuasa persatuan yang
baru akan disiapkan dalam minggu ini.
9.4. Memperkenalkan program sekritariat untuk membantu ahli
jawatankuasa persatuan EPiC.
9.5. Timbalan Pengerusi akan mengusulkan sistem pengundian
untuk bakal Presiden dan Timbalan Presiden persatuan
EPiC yang baru kepada penasihat persatuan.
9.6. Biro kebajikan mencadangkan untuk mengambil pelajar-
pelajar yang mendapat zakat untuk menolong dalam
program-program yang akan dilakukan memandangkan
mereka akan mendapat insentif.
PENUTUP

Tarikh dan perjumpaan akan datang


a. Perjumpaan ini berakhir pada jam 10.30 malam dengan
bacaan doa yang dilakukan oleh Timbalan Presiden
b. Tarikh dan waktu perjumpaan seterusnya akan diberitahu
kelak.

Mesyuarat ditanguhkan pada jam 10.30 malam.

Dilaporkan Oleh, Disemak Oleh,


(NADIA YASMIN BINTI ZULAMIN) (NUR ADILA AZIRA BINTI AZMI)

Setiausaha Agung Presiden Persatuan EPiC

(NUR EMYLIN BINTI ZAINUDDIN)

Penolong Setiausaha

You might also like