Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KELAB PERSATUAN ENGLISH PROFESSIONAL IN COMMUNICATION

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA


UITM CAWANGAN MELAKA KAMPUS ALOR GAJAH
MINIT MESYUARAT 3

TARIKH: 7 April 2020


HARI: Selasa
MASA: 8:00 malam sehingga 10:00 malam
TEMPAT: Atas talian (Discord)

KEHADIRAN

Bil. NAMA JAWATAN


1. Nur Adila Azira Binti Azmi Presiden
2. Danish Iskandar Bin Baidrul Shahri Naib Presiden
3. Nadia Yasmin Binti Zulamin Setiausaha Agung
4. Nur Emylin Binti Zainuddin Penolong Setiausaha
5. Hafsah Binti Abdul Kadir Bendahari
6. Ishfa Arissa Binti Ismadee Asmara Biro Disiplin Dan Perundangan
7. Khairul Amri Bin Mohammad Ibrahim Biro Disiplin Dan Perundanga
8. Muhammad Danial Iskandar Bin Mohd Ariff Biro Kebudayaan, Sukan Dan
Rekreasi
9. Siti Aisyah Mustafiani Binti Adly Safari Biro Kebudayaan, Sukan Dan
Rekreasi
10. Afiq Affandi Bin Rudy Biro Keusahawanan Dan Penajaan
11. Abdul Kabeer Bin Abdul Aziz Biro Keusahawanan Dan Penajaan
12. Adani Binti Mohamad Zaidi Biro Akademik, Penyelidikan Dan
Inovasi
13. Akmal Syaifudin Bin Kaharudin Biro Akademik, Penyelidikan Dan
Inovasi
14. Muhammad As Siddiq Bin Mazlan Biro Kebajikan, Kaunseling Dan
Kerohanian
15. Husna Shafirah Binti Helmirizal Biro Kebajikan, Kaunseling Dan
Kerohanian
16. Ahmad Adam Mukhlis Bin Sariman Biro Multimedia, Publisiti Dan Ict
17. Nur Atilla Atasha Binti Kamal Ariffin Biro Multimedia, Publisiti Dan Ict
Semua siswi dan siswa telah hadir ke mesyuarat ini.
No. Perkara Tindakan
1. PENGENALAN

1.1. Ucapan alu-aluan daripada Presiden


1.1.1. Presiden persatuan, Nur Adila memulakan mesyuarat dan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
pada mesyuarat tersebut.
1.1.2. Bacaan doa diteruskan oleh Naib Presiden, Danish
Iskandar.

2. PERKEMBANGAN DARIPADA SETIAP BIRO

2.1. Biro Disiplin dan Perundangan Pelajar


2.1.1. Biro Disiplin dan Perundangan Pelajar telah berjumpa
dengan kedua-dua penasihat persatuan dan mendapati
bahawa segelintir pelajar masih tidak mematuhi arahan
sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan.
2.1.2. Biro Disiplin dan Perundangan Pelajar telah dinasihatkan
oleh penasihat persatuan untuk bekerjasama dengan ahli
majlis yang lain untuk mengingatkan pelajar mengenai
etika pemakaian.

2.2. Biro Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi


2.1.1. Biro Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi memberitahu
bahawa maklumat lanjut mengenai program SUPRO akan
diberitahu kemudian.
2.1.2. Biro Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi memberitahu
bahawa baki baju jersi RM20 yang masih belum dikutip
boleh dikutip sejurus kembali ke kampus dan setelah
mengagihkan baju jersi.
2.1.3. Pengiraan semula mengenai duit baju jersi akan dilakukan
dengan teliti dan baki (jika ada) akan diberikan semula
kepada pelajar.
2.3. Biro Keusahawanan dan Penajaan
2.1.1. Biro Keusahawanan dan Penajaan menyatakan bahawa baki
yang telah diperoleh dari program Prologue to Society
sebanyak RM270.30.
2.1.2. Biro Keusahawanan dan Penajaan memberikan cadangan
barang yang boleh dijual pada masa hadapan;
a. Barang dagangan EPiC seperti stiker, button badge
dan lanyard – akan direka oleh Anaqi.
b. Tudung; berurusan dengan pembekal daripada
Terengganu
c. Air jagung dan kordial; akan diuruskan setibanya di
kampus.

2.4. Biro Akademik, Penyelidikan dan Inovasi


2.1.1. Biro Akademik, Penyelidikan dan Inovasi mencadangkan
untuk mewujudkan laman sesawang yang akan dijadikan
pangkalan data.
2.1.2. Laman sesawang tersebut juga akan mengandungin
cadangan buku dan lain lain. Idea ini diinspirasi oleh pelajar
daripada kursus Masscomm.
2.1.3. Biro Akademik, Penyelidikan dan Inovasi juga bercadang
untuk menjalankan penyelidikan ke atas setiap subjek
dalam setiap semester dan menghasilkan buku.

2.5. Biro Kebajikan, Kaunseling dan Kerohanian


2.1.1. Biro Kebajikan, Kaunseling dan Kerohanian menyatakan
bahawa program Mental Health Day masih lagi berada
dalam temph penangguhan.
2.1.2. Presiden mencadangkan program kesedaran kesihatan
mental melalui akaun sosial media EPiC iaitu Instagram
2.1.3. Biro Kebajikan, Kaunseling dan Kerohanian mencadangkan
pertandingan kecergasan untuk meggalakkan produktiviti;
‘#haveyouchallenge’.
2.1.4. Kesemua ahli jawatankuasa persatuan diminta untuk
membantu mempromosikan pertandingan tersebut kelak.

2.6. Biro Multimedia, ICT dan Publisiti


2.1.1. Presiden meminta Biro Multimedia, ICT dan Publisiti
untuk mengumpulkan perkembangan mengenai pelajar-
pelajar LG120 yang masih berada si kampus sewakyu
temph PKP dan membuat video mengenai perkembangan
semasa para pelajar tersebut.

3. PENUTUP

a. Mesyuarat ini berakhir pada jam 10.00 malam dengan bacaan doa
yang dilakukan oleh Naib Presiden, Danish Iskandar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 malam.

Dilaporkan Oleh, Disemak Oleh,

(NADIA YASMIN BINTI ZULAMIN) (NUR ADILA AZIRA BINTI AZMI)

Setiausaha Agung Presiden Persatuan EPiC

(NUR EMYLIN BINTI ZAINUDDIN)

Penolong Setiausaha

You might also like