Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tingkatan 4 Bab 5: Pasaran

1. Permintaan Pasaran
a) Jadual di bawah menunjukkan permintaan sejenis barang dalam pasaran
yang terdiri daripada dua orang pengguna.
Harga Kuantiti Diminta Oleh Amin Kuantiti Diminta Oleh Bardul
(RM) (kg) (kg)
5 3 6
10 2 4
15 1 2

b) Kuantiti permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kuantiti diminta


oleh Amin dan Bardul.

Harga (RM) Permintaan Pasaran (kg)


5 3+6=9
10 2+4=6
15 1+2=3

c) Keluk permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kesemua


keluk permintaan individu secara mendatar dalam pasaran.
- Pada tingkat harga RM5, kuantiti diminta oleh Amin ialah 3kg dan kuantiti
diminta oleh Bardul ialah 6kg, maka permintaan pasaran ialah 9kg
(ditunjukkan oleh titik a).
- Pada tingkat harga RM10, kuantiti diminta oleh Amin ialah 2kg dan kuantiti
diminta oleh Bardul ialah 4kg, maka permintaan pasaran ialah 6kg
(ditunjukkan oleh titik b).
- Pada tingkat harga RM15, kuantiti diminta oleh Amin ialah 1kg dan kuantiti
diminta oleh Bardul ialah 2kg, maka permintaan pasaran ialah 3kg
(ditunjukkan oleh titik c).
- Apabila titik a, b dan c disambungkan, maka terbentuklah keluk
permintaan pasaran (D P D P ). Keluk ini mencerun ke bawah dari
kiri ke kanan menunjukkan harga barang dan kuantiti diminta
adalah berhubung secara negatif.

1 www.SPMSureSkor.com
2. Penawaran Pasaran
a) Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran bagi firma A dan firma B.

b) Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran

c) Keluk penawaran ialah satu keluk yang menunjukkan jumlah kuantiti


suatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma
dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dalam satu
jangka masa tertentu.
- Pada tingkat harga RM20, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 2 unit dan
firma B ialah 4 unit, maka penawaran pasaran ialah 6 unit (ditunjukkan
oleh titik A).
- Pada tingkat harga RM30, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 4 unit dan
firma B ialah 6 unit, maka penawaran pasaran ialah 10 unit (ditunjukkan
oleh titik B).
- Pada tingkat harga RM40, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 6 unit dan
firma B ialah 8 unit, maka penawaran pasaran ialah 14 unit (ditunjukkan
oleh titik C).

2 www.SPMSureSkor.com
- Pada tingkat harga RM50, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 10 unit
dan firma B ialah 10 unit, maka penawaran pasaran ialah 20 unit
(ditunjukkan oleh titik D).
- Apabila titik A, B, C dan D disambungkan, maka terbentuklah keluk
penawaran pasaran (S P S P ). Keluk ini mencerun ke atas dari kiri
ke kanan menunjukkan harga barang dan kuantiti ditawar adalah
berhubung secara positif.

3. Keseimbangan Pasaran
a) Keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti diminta dengan kuantiti
ditawar adalah sama pada suatu tingkat harga tertentu.
b) Titik persilangan keluk permintaan pasaran dengan keluk penawaran pasaran
(D P D P = S P S P ).
c) Rajah keseimbangan pasaran bagi seluar sukan:

- Berdasarkan rajah di atas, pada tingkat harga RM50, kuantiti diminta oleh
para pengguna hanya 3 helai dan kuantiti yang ditawarkan oleh pengeluar
ialah 15 helai. Berlaku lebihan penawaran sebanyak 12 helai. Keadaan ini
menyebabkan harga menurun. Kesannya, kuantiti permintaan akan
bertambah manakala kuantiti penawaran seluar sukan akan jatuh.
- Pada tingkat harga RM10, didapati kuantiti yang diminta oleh pengguna
adalah sebanyak 15 helai tetapi kuantiti yang ditawarkan oleh pengeluar
hanya 3 helai. Berlaku lebihan permintaan sebanyak 12 helai di pasaran.
Keadaan ini menyebabkan harga meningkat. Apabila harga meningkat,
permintaan akan jatuh manakala penawaran akan meningkat.
- Pada tingkat harga RM30, harga tidak berkecenderungan untuk berubah
kerana keseimbangan telah dicapai. Pada tingkat harga ini, kuantiti diminta
adalah sama dengan kuantiti ditawarkan, iaitu sebanyak 9 helai.

4. Pasaran Faktor
a) Ialah suatu keadaan apabila pembeli dan penjual faktor bertemu secara
langsung atau tidak langsung untuk berurus niaga faktor-faktor pengeluaran
iaitu buruh, tanah dan modal (faktor keusahawanan tidak
diurusniagakan dalam pasaran faktor).

5. Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Dua Sektor


a) Terdapat dua unit ekonomi yang penting:

3 www.SPMSureSkor.com
i. Sektor firma – pembeli faktor-faktor pengeluaran dan pembekal
barang dan perkhidmatan.
ii. Sektor isi rumah – pengguna barang dan perkhidmatan dan
pembekal faktor-faktor pengeluaran.
b) Perbezaan antara aliran fizikal dengan aliran wang:

Aliran Fizikal Aliran Wang


i. Isi rumah akan membekalkan i. Firma membayar sewa / faedah
faktor pengeluaran (modal, tanah, / upah / untung kepada isi rumah
buruh, usahawan) kepada firma melalui pasaran faktor.
melalui pasaran faktor. ii. Isi rumah menggunakan
ii. Firma menggunakan faktor pendapatan / ganjaran daripada
pengeluaran untuk menghasilkan faktor pengeluaran untuk membeli
barangan dan perkhidmatan kepada barang-barang dan perkhidmatan
isi rumah melalui pasaran barang. melalui pasaran barang.
iii. Contoh: iii. Contoh:
 Syarikat XYZ menjual kasut  Syarikat XYZ membayar upah
kepada Ali. RM800 kepada Ali.
 Ali berkerja dengan Syarikat  Ali membelanja RM20 untuk
XYZ. membeli kasut Syarikat XYZ.

c) Perbezaan antara pasaran barangan dan pasaran faktor:

Pasaran Barangan Pasran Faktor


- Firma menawarkan barang - Firma meminta faktor pengeluaran
dan perkhidmatan. seperti modal, buruh dan tanah.
- Isi rumah meminta barang - Isi rumah menawarkan faktor
dan perkhidmatan. pengeluaran seperti modal, buruh dan
- Harga pasaran dapat tanah.
ditentukan. - Pendapatan faktor dapat ditentukan.

Contoh: Syarikat Heng Heng mengeluarkan radio. Puan Ooi berkerja dengan
Syarikat Heng Heng dengan gaji bulanan RM1500. Pada bulan Ogos, Puan Ooi
telah membelanjakan RM500 untuk membeli sebuah radio dari Syarikat Heng
Heng.

Aliran Pusingan Pendapatan Ekonomi Dua Sektor

4 www.SPMSureSkor.com

You might also like