Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PENYELIA TANAMAN (AF- 010 - 3)
PROGRAM CODE
AND NAME
L3
TAHAP / LEVEL

NO DAN TAJUK MODULE 08 : LAKUKAN DIAGNOSTIK


MODUL/ MODULE TANAMAN
NO AND TITLE

NO DAN
PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) 06.09 Lakukan Diagnostik Tanaman
NO AND
STATEMENT
Lakukan diagnostik tanaman menggunakan rekod ladang,
peta guna tanah, peta tanah, buku panduan diagnostik
OBJEKTIF MODUL / tanaman dan borang tinjauan diagnostik supaya kawasan
OBJECTIVE tanaman ditinjau, bahagian tanaman diperiksa, spesimen
MODULE dikumpul, masalah tanaman dikenalpasti dan kaedah
mengatasi masalah disyorkan.

NO KOD / CODE NO AF-010-3 M 08/P(1/3) Muka : 1 Drp : 8

TAJUK : PENGENALAN MAKLUMAT KAWASAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelatih
tentang maklumat kawasan ladang supaya pelatih dapat mengenalpasti tugas, masa dan
keperluan untuk melaksanakan kerja tersebut.
NO KOD / CODE NO AF-010-3/ M 08/P(1/3) Muka : 2 Dpd : 8

1.0 Pengenalan

Maklumat yang tepat dan terkini bagi sesuatu kawasan projek tanaman adalah diantara
faktor yang menetukan keberkesanan aktiviti diagnostik. Diantara maklumat yang perlu
diperolehi adalah seperti maklumat kawasan projek, tanaman, tanah dan rekod ladang.

2.0 Prosedur mendapatkan maklumat

2.1 Maklumat sulit dan terhad

Maklumat seumpama ini hanya boleh diakses oleh agensi kerajaan. Biasanya ia
digunakan dalam membuat dasar dan perancangan pembangunan dimasa hadapan.

2.2 Maklumat umum

Maklumat umum boleh akses secara bebas melalui internet, buku, pamplet, laporan
atau risalah.

3.0 Jenis maklumat

3.1 Peta guna tanah(land use)

Peta guna tanah adalah peta yang memberi maklumat jenis kegunaan tanah. Peta
guna tanah disediakan oleh beberapa agensi kerajaan dengan pelbagai tujuan. Ada
pelbagai jenis peta guna tanah yang diterbitkan. Peta zon adalah salah satu bentuk
peta guna tanah. Peta zon digunakan untuk menanda kawasan tertentu bagi
kegunaan tertentu supaya mereka yang hendak membangunkan kawasan tersebut
dapat mengenalpasti jenis kegunaan yang dibenarkan. Peta zon diujudkan
berdasarkan kepada keperluan perancangan pembangunan di masa hadapan. Peta
guna tanah pembangunan biasanya digunakan oleh agensi atau syarikat bagi
merancang pembangunan seperti bangunan, saliran, bekalan tenaga elektrik, bekalan
air, kemudahan jalan raya dan lain-lain kemudahan.

Gambar 1 : Peta guna tanah pembangunan Putrajaya


NO KOD / CODE NO AF-010-3/ M 08/P(1/3) Muka : 3 Dpd : 8

Peta guna tanah pertanian menunjukkan makumat tentang jenis-jenis tanaman dan
aktiviti pertanian yang dijalankan bagi sesuatu kawasan. Sebahagian peta zon yang
dibangunkan oleh Jabatan Pertanian ialah peta kesesuaian tanaman, peta zon agro-
ekologi dan peta zon agro-iklim.

Gambar 2 : Peta Guna Tanah Pertanian Pulau Pinang 1990/91.

Gambar 3 : Peta zon kesesuaian tanaman


NO KOD / CODE NO AF-010-3/ M 08/P(1/3) Muka : 4 Dpd : 8

Gambar 4 : Peta zon agro-ekologi

Gambar 5 : Peta zon agro-iklim


NO KOD / CODE NO AF-010-3/ M 08/P(1/3) Muka : 5 Dpd : 8

3.2 Peta tanah(soil map)

Kedapatan jenis tanah pada kawasan projek tanaman dapat ditunjukkan melalui pelan.
Dengan adanya pelan ini, memudahkan kerja merancang dan menentukan
bidangusaha tanaman. Pada amnya, terdapat berbagai jenis tanah yang telah
dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian di Malaysia. Maklumat siri tanah amat berguna
kepada agensi dan pengusaha projek pertanian untuk memastikan kesesuaian jenis
tanaman dan bidangusaha. Gambar 6 adalah contoh pelan jenis tanah secara umum
manakala gambar 7 adalah contoh pelan kedapatan siri tanah di satu kawasan projek
pertanian.

Gambar 6 : Contoh pelan kedapatan jenis tanah di kawasan projek pertanian

Gambar 7 : Contoh pelan menunjukkan siri tanah di satu kawasan projek pertanian
NO KOD / CODE NO AF-010-3/ M 08/P(1/3) Muka : 6 Dpd : 8

3.3 Peta topografi

Peta topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah
kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi
mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya
menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan
bujur.

Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini
dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan
sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbedaan dengan peta
rupa bumi.

Gambar 8 : Contoh peta topografi

3.4 Rekod ladang

Buku rekod ladang digunakan untuk merekod semua maklumat aktiviti projek yang
dijalankan dari masa ke semasa. Maklumat yang boleh diperolehi daripada buku rekod
ladang adalah maklumat tanaman, kewangan, penggunaan input, tenaga kerja, jentera
dan sebagainya. Maklumat ini boleh dianalisis bagi mengukur tahap prestasi projek, kos
projek, jenis dan kuantiti input, penggunaan jentera dan tenaga kerja.
NO KOD / CODE NO AF-010-3/ M 08/P(1/3) Muka : 7 Dpd : 8

Gambar 9 : Contoh buku rekod ladang

Sila jawab semua soalan berikut untuk menguji kefahaman anda tentang kertas
penerangan ini.

1. Terangkan maksud maklumat sulit dan maklumat umum.

2. Apakah maksud peta guna tanah ?

3. Apakah tujuan peta zon pembangunan ?

__________________________________________________________________

4. Apakah kegunaan peta zon pertanian ?

__________________________________________________________________
NO KOD / CODE NO AF-010-3/ M 08/P(1/3) Muka : 8 Dpd : 8

RUJUKAN :

1. Khoo Khay Chong, Peter A.C. Ooi, Ho Cheng Tuck,(1991) Crop Pests And Their
Management In Malaysia, Tropical Press Sdn Bhd. ISBN 967-73-0069-5
2. Peter A.C. Ooi (1988), Insects in Malaysia Agriculture, Tropical Press Sdn Bhd. ISBN 967-
73-0024-5
3. Jan H. Oudejans (1991) Agro-Pesticides : Properties And Functions In Intergrated Crop
Protection, ESCAP United Nation Bangkok. ISBN 974-88754-8-2
4. Redaksi Agromedia Group, (2006), Penanaman Buah-buahan (Durian, Mangga, Jambu
Batu) Terbitan Synergy Media Books. ISBN 983197472-7
5. Soelaksono Sastrodihardjo (1985), Penghantar Entomologi Gunaan, Dewan Bahasa dan
Pustaka. KK 590 – 3084 – 4101
6. MS Jangi, AG Ibrahim, SS liau, GS Lim, GT Lim, MS Mohamad, PAC Ooi (1991), Biological
Control In Malaysia- Insects and other pest. MARDI Press ISBN 967-936-104-7
7. BM Shepard, AT Barrion & JA Litsinger (1989), Kawan Penanam Padi- Serangga, Labah-
labah dan Patogen Berfaedah. IRRI Philippines. ISBN 971-104-162-6

You might also like