Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 124
R. MUHAMMAD SAY Buku ADAB DIALOG DALAM ISLAM ini ialah terjemahan yang sah daripada buku ADAB AL-HIWAR FI AL-ISLAM terbitan Dar Nahdah Mesir, 80 al-Mantiqah al-Sina’iyyah al-Rabi’ah. INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat: 276206-D) Wisma ITNM, No. 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Malaysia Tel: 603-4149 7210 —_ Faks: 603-4143 2939 E-mel: publishing@itnm.com.my Laman Web: www.itnm.com.my Cetakan Pertama 2008 Cetakan Kedua 2009 © Karya Terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Bethad Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana ian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Wisma ITNM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia _Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Tantawi, Muhammad Sayyid Adab dialog dalam Islam / Muhammad Sayyid Tantawi; penterjemah Mohd Nor Mamat. ISBN 978-983-068-236-5 1. Dialogue--Religious aspects~Islam. I. Mohd Nor Mamat. II. Judul. 297.5 Dicetak oleh: Percetakan Naz Sdn. Bhd. (54907-K) No. 33, Persiaran Mewah Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur Bab Pertama Faktor Perselisihan Sesama Manusia 1. Perselisihan sesama manusia adalah isu lama, baik yang berkaitan dengan urusan agama atau dunia, Perselisihan itu tetap akan berlaku sehinggalah bumi ini dan para penghuninya diambil semula oleh Allah S.W.T. Hakikat ini telah dijelaskan oleh al-Quran dalam banyak ayat. Antaranya ialah firman Allah yang bermaksud: eee Ase ct NEO eS NG Sal IAA Ss, oh. ADE NIP Res Mat ASG Hs Oat Dan kalaulait Twhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rakmat oleh Twhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); ddan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia, (Hud: 118-119) Maksudnya: Jika Tuhan kamu mahu ~ wahai Rasul yang mulia, yang begitu ghairah untuk melihat kaumnya beriman ~ menjadikan manusia semuanya sebagai satu umat yang berpegang kepada satu agama yang benar nescaya Dia akan menjadikannya. Ini kerana kemahuan Allah S.W.T. tidak dapat dihalang oleh sesiapa pun. Akan tetapi, Allah S.W.T. tidak menghendaki begitu. Tujuannya supaya dapat dibezakan antara orang yang baik dengan orang yang jahat. Oleh itu, manusia akan terus berselisih selama mana dunia ini wujud, bergantung kepada jalan pemikiran, hala tuju, maksud dan cita- cita mereka, kecuali mereka yang mendapat rahmat Tuhan kamu (wahai Muhammad). Mereka itu akan mengikut jalan kebenaran dan tidak akan berselisih tentang mana-mana rukun agama suci ini, sebaliknya mereka mengetahui jalan kebaikan dan mengikutnya. ‘Adab Dialog dalam Isiam Sesungguhnya urusan menentukan manusia berselisih sesama mereka adalah termasuk dalam urusan kebijaksanaan Allah S.W.T, Walau bagaimanapun, rahmat Tuhan yang amat luas akan menyatukan mereka, selagi perselisihan itu terjadi dalam usaha untuk sampai kepada kebenaran. Dalam satu lagi ayat yang mirip dengan ayat yang lalu, Allah .W.T. berfirman yang bermaksud: , vet oy O at cKeebViacciatass.. «Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia himpunkan mereka atas hidayah pertunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi daripada orang yang jahil. (al-An‘am: 35) Maksudnya: Sekiranya Allah $.W.T. mahu menyatukan seluruh manusia atas agama yang satu, pasti Dia telah melakukannya. Akan tetapi Allah $.W.T. tidak menghendaki begitu. Tujuannya adalah untuk memberikan balasan buruk kepada orang yang melakukan keburukan dan memberikan balasan baik kepada orang yang melakukan kebaikan. Oleh itu, janganlah sekali-kali kamu termasuk di dalam golongan orang-orang yang tidak mengetahui tentang sunnah Allah S.W.T. terhadap makhluk-Nya. Bahkan, dalam al-Quran telah sedia dinyatakan bahawa perselisihan yang terjadi kerana ingin menegakkan kebenaran dan menyebarkan keadilan adalah satu keperluan untuk kebaikan manusia. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: eID pit PE AASENS -.. ae Atte ae 4-E7 oS ZINE, Salgcats _ EAI “.. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia), nescaya rosaklah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah-ruah kurniaan-Nya kepada sekalian alam. (al-Bagarah: 251) Maksudnya: Kalaulah Allah $.W:T. tidak menghapuskan orang yang batil dengan mendatangkan orang yang benar, nescaya akan binasalah bumi ini dan berleluasalah kerosakan. Sebabnya, orang yang batil apabila dibiarkan tanpa kawalan akan bermaharajalela melakukan kejahatan. Akan tetapi, Allah S.WT. yang memiliki segala kelebihan, telah merahmati manusia dengan membawa orang baik-baik bagi menentang orang yang jahat. Mereka ini diberikan kekuatan dan hujah yang boleh digunkan untuk menewaskan orang yang batil. Faktor Perselisinan Sesama Manusia Ayat suci al-Quran itu memerintahkan agar orang baik-baik yang terpilih pada setiap masa dan tempat berhadapan dengan orang jahat dan menentang mereka dengan segala cara. Matlamatnya adalah untuk menghapuskan kejahatan dan penderhakaan mereka. Antara ayat-ayat suci yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat ini ialah firman Allah yang bermaksud: oe pth ae ve Egg 7 aa5f Fats co ll ape Bp ie 117. i Sn es Stes Of £6fi He, .» Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhiah tempat-tempat pertapaan serta gereja- -gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembakyang (kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya; dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama- Nya (agama Islam); sesunggulinya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa. (al-Hajj: 40) Maksudnya: Sekiranya Allah $.W.T. tidak mengizinkan orang yang benar untuk menentang orang yang batil, pasti orang yang batil akan hidup di dunia sebagai pemusnah. Pasti juga sejak zaman Nabi Musa dan Isa lagi tempat- tempat ibadah dimusnahkan bersama-sama dengan para pengikut mereka, sementara pada zaman Rasulullah s.a.w. pula, masjid-masjid yang menjadi tempat ibadah orang Islam akan dimusnahkan. 2. Perselisihan sesama manusia, mengenai masalah agama atau dunia mempunyai pelbagai sebab dan berbagai-bagai punca. Antara sebab- sebab itu ada yang nyata dan ada juga yang tersembunyi. Antaranya; bertujuan untuk mengetahui kebenaran yang betul-betul benar dan tepat, seterusnya ingin mengutarakan bukti dan dalil bagi kebenaran itu. Perselisihan begini mengikut resam para pengkaji dikenali sebagai 3,bU1! atau Jatt. Antaranya juga ialah perselisihan yang didorong oleh niat buruk, cemburu dan ingin bermegah-megah. Ini dikenali sebagai +sLal!, 3,\6UI, iaitu takbur dan keras kepala. Antara sebab-sebab lain perselisihan di kalangan manusia ialah kefahaman yang tidak jelas tentang sesuatu perkara dari keseluruhan aspek. Contohnya, orang yang pertama memahaminya dari aspek tertentu, manakala orang yang kedua memahaminya dari aspek yang lain, dan orang yang ketiga pula 3 ‘Adab Dialog dalam isiam memahaminya dari aspek yang berbeza dari aspek-aspek yang difahami oleh orang yang pertama dan kedua tadi. Para bijaksana silam pernah berkata, “Sesungguhnya kebenaran tidak pernah dianggap betul oleh manusia dari keseluruhan aspeknya, dan tidak pernah dianggap salah oleh mereka dari keseluruhan aspeknya. Sebaliknya, sesetengah mereka menganggapnya betul pada aspek tertentu, dan sesetengah yang lain menganggapnya salah pada aspek tertentu.” Keadaan itu mereka umpamakan seperti sekumpulan orang buta yang bergerak ke arah seekor gajah yang besar. Setiap orang buta itu meletakkan tangannya pada bahagian tertentu daripada tubuh gajah itu, lalu menyifatkannya dengan gambaran yang dapat dirasainya. Orang buta yang meraba-raba kaki gajah mengatakan, “Haiwan ini bentuknya seperti pohon tamar yang tinggi dan bulat.” Orang yang meraba-raba belakang gajah pula menyifatkan, “Bentuk haiwan ini seperti busut atau tanah yang tinggi.” Begitulah, setiap daripada mereka menyifatkan gajah itu berdasarkan apa- apa yang dirasai oleh tangannya. Dari satu sudut, gambarannya memang benar tetapi dari sudut yang lain, dia tersilap kerana mengatakan orang lain salah. Mengulas perumpamaan ini, Ustaz al-Syeikh Muhammad Abu Zahrah berkata: “Lihatlah bagaimana kebenaran menyatukan kumpulan orang buta itu, dan lihatlah pendustaan dan kesilapan yang meresap ke dalam kumpulan itu sehingga ia memisahkan mereka.”" Walau bagaimanapun, perselisihan ini dianggap perselisihan yang paling ringan, kerana ia boleh berkurangan atau lenyap terus. Selepas semua hakikat yang sebenar dan masalah daripada keseluruhan aspeknya diketahui serta titik perselisihannya dikenal pasti. Oleh sebab itulah, ada orang mengatakan: “ Apabila titik perselisihan telah diketahui, segala perselisihan akan terhapus.” 3. Turut menjadi punca perselsihan sesama manusia ialah berdegil mempertahankan taklid buta tanpa dalil atau bukti. Dalam al-Quran yang anda baca, terdapat banyak ayat yang menempelak golongan sebegini yang, terdiri daripada orang yang lupa, jahil dan sesat apabila mereka tetap mempertahankan taklid yang mereka terima daripada orang lain, seperti bapa atau pemimpin mereka. Di antara ayat-ayat yang menceritakan tentang perkara tersebut ialah firman Allah yang bermaksud: 1 Dipetik daripada Tarikh al-Jadal, him. 8. 4 Faktor Persolisinan Sesama Manusia ESM LACS LCMIMC A SA Jargys 6 EXE EVES le oN a5 Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah,” mereka menjawab, “(tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya.” Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? (al-Bagarah: 170) Maksudnya: Apabila diseru kepada orang yang lebih mementingkan kesesatan berbanding hidayah atau kebenaran berbanding petunjuk, “Patuhilah apa- apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada rasul-Nya, iaitu al-Quran yang memimpin kepada kebenaran.” Mereka enggan menerima nasihat, sebaliknya dengan sombong dan degil berkata, “Kami akan ikut jalan yang dilalui oleh nenek moyang kami yang menyembah berhala dan patuh kepada ketua.” Di sini Allah S.W-T. menempelak sikap mereka itu melalui sepotong ayat yang bermaksud: G4EOk O SEE VEO Bi ESA... “.. Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah).” (al-Bagarah: 170) Maksudnya: Adakah golongan yang jahil ini akan mengikut jejak langkah nenek moyang mereka dengan turut terjebak dalam kekufuran, kefasikan dan penderhakaan? Adakah mereka akan begitu walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sedikit pun tentang agama yang benar dan tidak mendapat petunjuk ke arah jalan kebenaran, kemudian al-Quran membuat perumpamaan lain untuk lebih menampakkan kekejian perbuatan mereka melalui ayat yang bermaksud: (petasdes coy G iA ea Se, Qik Bos Adab Dialog dalam Islam Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya. (al-Bagarah: 171) Perkataan 5a dalam ayat tersebut berasal daripada perkataan jaa! yang bermaksud “menjerit”. Dikatakan: cI apabila si pengembala itu menjerit memanggil kambingnya. Maksudnya: Perumpamaan orang yang menyeru golongan kafir supaya mengikut jalan yang lurus, tetapi mereka enggan mengikutinya adalah seperti seorang pengembala kambing yang menjerit memanggil kambingnya supaya ia tidak melencong ke arah lain. Kambing itu boleh mendengar suaranya tetapi tidak boleh memahaminya. Mereka sebenarnya orang yang lupa, pekak untuk mendengar seruan kebenaran, bisu untuk menyahut seruan penyeru dan buta untuk mengenal jalan yang lurus. Mereka tidak dapat menilai apa-apa nasihat atau petunjuk yang disampaikan kepada mereka. ‘Terdapat satu lagi ayat lain yang mirip dengan ayat tersebut, iaitu firman Allah yang bermaksud: AG OLE sikh srwutisg Fos A SCH Laas cost DiGi a sees (Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata, “Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja.” Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taglid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi ‘amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata, “Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja.” (al-Zukhruf: 22-23) Kesimpulannya, taqlid kepada nenek moyang dan ketua atau lain-lain merupakan sebab utama mengapa terjadinya perselisihan di kalangan manusia, apatah lagi apabila ia datang daripada sikap degil, menentang kebenaran dan tunduk kepada nafsu syahwat. 6 Faktor Perselisinan Sesama Manusia 4, Sebab-sebab lain yang menjadi punca perselisihan ialah taksub dengan pendapat sendiri, dengki terhadap kelebihan yang diperoleh oleh orang lain, mementingkan kepentingan peribadi tanpa mengambil kira hati orang lain, menurut nafsu, individualistik dan jiwa yang selalu merangsang ke arah keburukan. : Sesiapa sahaja yang memerhatikan perselisihan yang terjadi ini, baik pada zaman dahulu mahupun sekarang, pasti akan mengatakan bahawa kebanyakan punca kejadiannya bermula daripada sebab-sebab yang buruk ini. Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan bahawa sesetengah kaum musyrikin memang mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. benar dalam risalah yang disampaikan daripada Tuhannya. Akan tetapi, disebabkan wujudnya sikap asabiyyah, dengki, sombong dan degil, maka mereka tidak mengikutinya, bahkan menentangnya secara zalim. Antara ayat-ayat yang menyifatkan perkara ini ialah firman Allah yang bermaksud: os AGA GORI At AE IGE @akes Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata). (al-An‘am: 33) Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, “Allah S.W.T. berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w. seraya menghiburkannya disebabkan kaumnya mendustakan dan mengingkarinya, “Kami cukup tahu tentang pendustaan kaummu terhadapmu. Mereka sebenarnya tidak menuduh kamu berdusta, akan tetapi mereka berdegil terhadap kebenaran.” Begitulah pengakuan Abu Jahal terhadap Nabi s. “Sesungguhnya kami tidak mendustakan kamu wahai Muhammad, sebaliknya apa yang kami dustakan adalah ajaranmu. “Dia juga berkata ketika ditanya tentang keperibadian Nabi s.a.w, “Demi Allah, aku mengetahui bahawa Muhammad adalah seorang nabi, akan tetapi, bilakah pernah kami mengikut Bani ‘Abd Manaf?” Menurut cerita lain, al-Akhnas bin Shuraiq pernah menemui Abu Jahal di rumahnya dan berkata, “Wahai Abu al-Hakam, apa pendapat kamu tentang Muhammad s.a.w.? Abu Jahal menjawab, “Sebenarnya antara kami dan 7 ‘Adab Dialog dalam Islam Bani Hashim saling berebut kemuliaan: Apabila mereka memberi makan, kami pun memberi makan, apabila mereka memberi sesuatu, kami pun memberikannya. Kami tidak ubah seperti kuda pertaruhan. Mereka berkata lagi, “Antara kami terdapat seorang nabi yang menerima wahyu yang turunnya dari langit. (Di sini kami tewas). Entah bila kami akan mendapat keistimewaan ini? Demi Allah kami tidak akan sekali-kali beriman dengannya dan tidak bakal mempercayainya. Kenapa tidak dibangkitkan nabi dari kalangan bani Mahzum? Yakni, dari keturunan Abu Jahal?” Dalam riwayat lain diberitakan bahawa sewaktu al-Akhnas bersendirian dengan Abu Jahal, beliau berkata: Wahai Abu al-Hakam, ceritakan kepadaku tentang Muhammad, adakah beliau seorang yang benar atau pendusta? Tidak ada sesiapa di sini dari kalangan Quraisy selain aku dan engkau yang mendengar perbualan kita. Abu Jahal berkata: “Celaka kamul!! Sesungguhnya Muhammad seorang yang benar dan tidak pernah berdusta, akan tetapi jika Bani Hasyim menguasai kepimpinan, pemberian air dan kenabian, apa lagi yang tinggal untuk golongan Quraisy yang lain?” Berdasarkan riwayat di atas, yang dibawa oleh imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini, jelaslah kepada kita bahawa sesetengah orang Musyrikin, yang dikepalai Abu Jahal menentang Rasulullah s.a.w. bukan kerana buruk sangka terhadap peribadi Baginda, dan bukan juga kerana mendustakan Baginda, akan tetapi penentangan itu terdorong oleh sikap asabiyyah, dengki dan degil. Sejarah telah mengisahkan bahawa ketika berlangsungnya perang antara Musaylamah al-Kadhdhab dengan orang Islam pada zaman Abu Bakr al- Siddiq, beberapa orang pengikut Musaylamah berpaling kepadanya dan berkata: “Demi Allah sesungguhnya wajah kamu menggambarkan bahawa kamu pendusta, tetapi aku tidak peduli, kerana bagiku pendusta Rabi'ah lebih baik dari pembenar Mudar.” Maksudnya Musaylamah sekalipun dia berdusta, adalah lebih baik baginya dari Rasulullah s.a.w. kerana Musaylamah daripada kabilahnya dan Rasulullah bukan daripada kabilahnya, sebaliknya daripada kabilah Mudar dan bukan daripada kabilah Rabi‘ah. Begitu juga, terdapat dalam ayat-ayat Quran pengesahan bahawa ramai dari kalangan manusia yang menentang (Rasulullah) bukan kerana mereka tidak mengetahui kebenaran, tetapi kerana degil untuk menerima kebenaran dan taasub dengan kebatilan, dan kerana sikap hasad dengki yang bersarang dalam jiwa mereka, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ayat berikut: 2 Tafsir Ibn Kathir, juzuk 3, him. 245, cetakan Dar al-Sha’b. 8 Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Ode Boe 2 a sii esa pat TIO, AS gh preale ob 8 picks Sls 5S “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka ‘mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka ‘menyembunyikan kebenaran itu sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).” (al-Bagarah: 146) Maksudnya: orang yang kami bentangkan kepada mereka kitab samawi yang telah diturunkan kepada nabi mereka mengenali engkau dan mengetahui dengan sesungguhnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka, bahawa engkau adalah benar wahai Muhammad, sepertimana mereka mengenal anak mereka sendiri, akan tetapi ramai di kalangan mereka enggan menerima kebenaran yang engkau bawa, padahal mereka tahu dan sedar bahawa itulah kebenaran. Diriwayatkan daripada Umar Ibn al-Khattab r.a. bahawa beliau membaca ayat ini di depan Abdullah Ibn Salam, kemudian bertanya kepadanya: “Adakah kamu mengenal Muhammad s.a.w. sebagaimana kamu kenal anakmu sendiri?” Abdullah menjawab: “Ya, bahkan lebih lagi. Al-Amin membawa turun dari langit, kepada al-Amin di bumi persis sifatnya yang asal, sedangkan aku tidak tahu sifat anak isteriku.” Lalu, Umar r.a. mengucup kepala Abdullah. Berikut ialah ayat-ayat suci yang menjelaskan bahawa ramai manusia bertelingkah sesama mereka bukan kerana matlamat kebenaran, akan tetapi kerana sikap melampau, zalim dan suka bermusuhan. Firman Allah S.W-T. yang bermaksud: pace 775, TH aaa are medals rts Se ELS RESTA AHS piperensrs96) BEEN NGS GILES Mates eaststbhel KE “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allait mengutuskan para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan memberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab-kitab suci yang benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia tentang perkara yang mereka selisihkan. 9 Adab Dialog dalam Islam Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab-kitab suci itu iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki antara mereka sendiri (al-Bagarah: 213) Firman Allah yang bermaksud: AS hee sh ss SANG gy eC Se sem eree “Dan Kami berikan kepada mereka (Bani Israel) keterangan-keterangan yang nyata tentang urusan (agama); maka mereka tidak berselisih melainkan sesudah sampai kepada mereka pengetahuan (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka ...” (al-Jathiyah: 17) Allah berfirman lagi yang bermaksud: be ESHA SMEs BS Lee ENG “Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalak Islam. Tiada berselisih orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab itu kecuali sesudah datang pengetahuan yang sah tentang kebenarannya kepada mereka; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka ...” (Ali-‘Imran: 19) Jelas daripada ayat-ayat tersebut bahawa bertelingkahnya manusia sesama mereka, bukan disebabkan jahil dan tidak mengetahui kebenaran, sebaliknya kerana mereka tahu dan pengetahuan itu digunakan bagi tujuan kezaliman dan permusuhan. Ini kerana mengetahui kebenaran saja tidak cukup untuk membuatkan manusia beriman dan mempertahankannya, sebaliknya pengetahuan yang berguna ialah yang boleh menumbuhkan keberanian daripada hati yang ikhlas, yang sentiasa siap sedia untuk bertempur demi memperjuangkan kebenaran dan mengalahkan kebatilan. Tmu umpama hujan, yang tidak memberikan manfaat kecuali bagi tanah yang subur dan suci. Begitulah juga ilmu tidak memberi manfaat kecuali bagi jiwa yang suci, hati yang sedar dan naluri yang peka. 10 Faktor Perselisinan Sesama Manusia ‘Tepat sekalilah sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis sahih: “Ilmu ada dua, ilmu dalam hati, iaitu ilmu yang bermanfaat, dan ilmu pada lidah, iaitu hujah Allah ke atas anak Adam.” Sebenarnya, banyak pertelingkahan yang terjadi di kalangan manusia yang, berpunca dari ketidakfahaman tentang sesuatu perkara secara menyeluruh, atau disebabkan taklid buta, atau taasub melampau, dan juga kerana menurut nafsu dan berkepentingan, atau kerana hasad, sikap melampau dan bermushuh, atau kerana ingin menonjol dan bermegah, atau kerana ingin mengesahkan kewujudan melalui kata-kata dan kerana perselisihan faham dan pendapat, atau kerana ingin kekuasaan, atau kerana syak wasangka atau sebab-sebab lain yang ada sesetengahnya boleh diterima dan ada sesetengahnya tidak boleh diterima sama sekali. Kesimpulannya, perselisihan di kalangan manusia adalah salah satu dari sunnah Allah yang tidak boleh dielakkan, dan sebab perselisihan ini banyak dan pelbagai, yang telah pengarang jelaskan sebahagian daripadanya. 1 Bab Kedua Prinsip Dialog dalam Islam Dalam bab sebelum ini, telah dinyatakan bahawa perselisihan sesama manusia, baik yang berkenaan urusan dunia ataupun agama adalah isu lama dan ia akan terus berlaku hinggalah dunia dan penduduknya diambil semula oleh Allah S.W.T. Sebab dan punca perselisihan itu adalah banyak dan sebahagian daripada punca-punca itu telah disebutkan. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan nilai yang murni dan adab-adab yang tinggi, syariat Islam telah menyusun etika perbualan dan perdebatan bagi menangani perselisihan yang kerap terjadi dalam kehidupan sesama manusia. Etika ini akan menjadikan perselisihan itu berlegar dalam ruang lingkup yang sihat, dan perdebatan yang membawa kepada kebaikan. Ia akan membuatkan semuanya bermatlamatkan kebenaran, kebaikan dan membawa faedah kepada yang lain dalam had-had yang dihalalkan oleh Allah SWI. Antara etika dan adab yang dibawa oleh syariat Islam untuk mengawal perdebatan dan perbincangan yang berlaku sesama manusia adalah seperti di bawah: 1. Perbualan sesama manusia hendaklah berasaskan kebenaran dan jauh daripada pendustaan, cakap-cakap kosong serta syak wasangka. Dalam al-Quran, terlalu banyak ayat yang menunjukkan contoh dialog antara rasul-rasul dengan kaum mereka, antara orang yang menginginkan kebaikan dengan orang yang menginginkan kerosakan. Sekiranya diselidiki, akan ternyata bahawa dialog yang baik itu hanyalah bermaksudkan kebenaran yang cuba memusnahkan pendustaan hakikat dan yang cuba menghapuskan kebatilan. Perhatikanlah intipati dialog di antara Nabi Musa a.s. dengan Firaun. Nabi Musa a.s. telah diperintahkan supaya berjumpa Firaun bersama-sama saudaranya Harun a.s. Misi mereka adalah untuk menyeru Firaun kepada ‘Adab Dialog dalam islam kebenaran. Untuk itu, Allah $.W.T. telah mengajar mereka cara yang bijaksana ketika berhadapan dengan Firaun. Perkara ini digambarkan dalam Surah Taha’ sebagaimana firman Allah $.W.T. yang bermaksud: “Pergilah kamu bersama saudaramu dengan membawa ayat-ayat-Ku; dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku.” Maksudnya: Wahai Musa! Pergilah ke tempat yang Aku perintahkan bersama-sama saudara kamu Harun. Kamu berdua telah Aku bekalkan dengan mukjizat yang boleh membuktikan kebenaran. Perbanyakkanlah bertasbih, taqdis dan mentaati-Ku serta jangan sekali-kali mengabaikannya. “Pergilah kamu berdua kepada Firaun. Sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut.” Maksudnya: Bercakaplah dengan Firaun dengan bahasa yang lembut dan mudah-mudahan dia ingat atau takut. Berkatalah kedua mereka: “Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami khuatir bahawa ia segera menyeksa kami atau akan bertambah melampaui batas.” Maksudnya: Musa dan Harun a.s. mengadu kepada Tuhan ~ sesungguhnya kami bimbang Firaun akan segera menghukum kami (sebelum kami sempat berbuat apa-apa), atau dia akan menjadi bertambah melampau. Allah S.W.T. melayani kebimbangan mereka itu, lantas berfirman untuk meneguhkan hati serta menghalang ketakutan mereka, yang maksudnya: BASSO hie, ARAICESAT} PES EAE TCI, Liste Li O55 2 oct htc weit “Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu, Aku mendengar dan melihat segala-galanya.” Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: “Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul daripada Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani Israel mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membazoa satu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu! Dan selamat sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk agama Allah.” “Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami ‘bahawoa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya.” (Taha: 46-48) ° Ayatayat daripada 42 hingga 54. 4 Prinsip Dialog dalam isiam Maksudnya: Kami telah menunjukkan kepada kamu mukjizat daripada Tuhan yang boleh membuktikan kebenaran Kami. Setelah Musa dan Harun as. tiba di hadapan Firaun, berlakulah satu dialog antara mereka. Perhatikanlah kata- kata Firaun dan jawapan Musa a.s. supaya kita mengetahui jawapan yang benar, yang didorong oleh logik yang baik, keberanian yang tinggi, hujah yang jelas dan bersih daripada pembohongan. Firaun bertanya: “Maka siapakah Tuhan kamu berdua, woahai Musa?” Maksudnya: Firaun memulakan dialog dengan bertanya, “Wahai Musa, siapa dia tuhan yang mengutuskan kamu ke sini?” Disebabkan kedegilannya, Firaun tidak mahu mengakui bahawa Tuhan Musa dan Harun adalah juga Tuhan dan Penciptanya.” Pertanyaan Firaun dijawab oleh Musa dengan jawapan yang membuatkan lidahnya kelu. Kata Musa kepadanya: “Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk.” Maksudnya: “Wahai Firaun, Tuhan kami ialah Tuhan kamu juga. Dialah Allah yang membentuk rupa makhluk-makhluk-Nya dengan rupa yang sesuai dengan mereka, serta keadaan badan yang sesuai dengan manfaat dan masalah mereka. Kemudian Dia jugalah yang memberitahu kepada mereka tugas dan fungsi mereka diciptakan. Dia juga membekalkan mereka dengan bakat dan kebolehan yang membolehkan mereka melaksanakan tugas mereka.” Jawapan ini sebenarnya sudah cukup untuk Firaun meyakini bahawa yang berhak disembah hanyalah Allah. Akan tetapi, Firaun terus berdegil dan takbur, lalu dia bertanya kepada Musa a.s.: “Maka bagaimanakah keadaan umat yang terdahulu?” Maksudnya: Selepas Musa a.s. menjawab dengan jawapan yang bijak itu, Firaun masih berdegil lalu bertanya, “Wahai Musa! Bagaimana pula halnya dengan orang yang terdahulu, seperti kaum Nuh, Ad dan Thamud yang telah mendustakan nabi-nabi mereka serta menyembah selain Allah yang kamu serukan aku supaya menyembah-Nya.” Soalan-soalan ini sebenarnya merupakan satu helah daripada Firaun. Ini kerana soalannya tadi dijawab oleh Musa dengan jawapan yang telah memerangkapnya, iaitu soalannya: “Maka siapakah Tuhan kamu berdua wahai Musa.” Yang mana Firaun cuba mengalihkan pokok persoalan kepada perkara- perkara yang tiada kaitannya dengan pengutusan Musa kepadanya, yang bermotifkan supaya dia menyembah Allah $.W.T. Walau bagaimanapun, helah ini dijawab oleh Musa dengan jawapan yang lebih terperinci, mantap dan sekali gus membatalkan helahnya itu. Musa berkata: Kins OAV lal Sasi cetebe ss wa. Pe Sah aM 15 ‘Adab Dialog dalam Islam WSF BGG FO HSS Ovi Nabi Musa menjawab, “Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa.” (Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan la telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlain-lain keadaannya, Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran.” (Taha: 52-54) Maksudnya: Musa berkata,“Wahai Firaun, berita tentang umat-umat terdahulu tersimpan pada Tuhanku di Lawh Mahfuz. Tuhanku sekali-kali tidak akan tersilap dalam pengetahuan-Nya, dan tidak akan lupa apa-apa. Dialah yang, menjadikan bumi ini terhampar supaya kamu mudah memanfaatkannya. Di bumi itu disediakan jalan-jalan supaya kamu dapat berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kuasa-Nya, Dia menurunkan hujan dari langit yang berfaedah untuk kamu. Disebabkan air hujan inilah tumbuhnya bermacam-macam tumbuhan di bumi ini.” Bumi ini diciptakan untuk kebaikan kamu. Begitu juga dengan apa-apa sahaja yang ada padanya. Makanlah buah-buahan bumi, dan peliharalah binatang ternakan di sana, bersyukurlah kamu kepada Allah dan tumy ibadat kepada-Nya sahaja. Sesungguhnya nikmat-nikmat yang kami sebutkan tadi adalah petanda dan pengajaran untuk mereka yang berfikiran sempurna dan mempunyai jiwa yang mulia. Perhatikanlah wahai pembaca yang budiman! Kata-kata Musa ini tidak sedikit pun mengandungi pendustaan. Semuanya benar dan ia mempunyai etika dan hujah yang bernas, yang membatalkan kepalsuan. Dalam surah al-Syu'ara, terdapat satu lagi contoh dialog antara Musa dengan Firaun. Dialog ini berlaku dalam gaya bahasa yang berbeza daripada dialog yang disebutkan sebelum ini, tetapi ia tetap menonjolkan kebenaran, keberanian dan kebijaksanaan Musa as. Dialog ini bermula dengan perintah Allah S.W.T. kepada Musa supaya baginda pergi menyeru Firaun agar menyembah Allah S.W.T. semata-mata dan meninggalkan perbuatan yang melampau dan zalim. Bagi menjalankan tugas ini, Allah S.W.T. memberikan khabar gembira bahawa Dia akan bersama- sama Nabi Musa, menolong dan menjaganya. 16 Prinsip Dialog dalam Islam Telitikanlah ayat-ayat berikut yang membawa mesej melalui gaya bahasa yang amat berkesan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: Ossie sOar _iiaitersbuiy, LM GHhioi5. GO HEISE Is CGN KO KE Sse EA Oars Oe TS OINs cpi@s3 Kah Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Twhanmu menyeru Nabi Musa, “Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim.” “Iaitu kaum Firaun; tidaklah mereka mahu mengawal diri daripada kemurkaan-Ku?” Nabi Musa merayu dengan berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku. Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintah- ‘Mu kepada Harun (supaya ia membantuku). “Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunulku.” Allah berfirman: “Jangan! Jangan fikir akan berlaku apa yang engkau berdua bimbangkan kerana membawoa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu) sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar. “Maka pergilal kamu kepada Firaun dan katakanlah: “Sesunggulnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.” “Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israel mengikut kai.” (al-Syu’ara’: 10-17) Setelah mendengar arahan berupa nasihat dan petunjuk, Nabi Musa segera menyanggupi perintah Allah itu. Apatah lagi apabila Allah S.W.T. memberikan berita gembira untuk menyokong dan menolongnya. Semasa Baginda di hadapan Firaun, terjadilah dialog berikut sebagaimana yang dirakamkan oleh al-Quran yang bermaksud: HESS Died PICKING O cySic chet pf Firaun menjawab, “Bukankah kami telah memeliharamu di kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? “Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu 17 ‘Adab Dialog dalam Islam perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau daripada orang-orang yang tidak mengenang budi?” (al-Syu ara’: 18-19) Maksudnya: Setelah berlaku pertemuan secara berdepan, Firaun mengungkit kehidupan silam Musa dengan berkata, “Wahai Musa, bukankah dulu kamu tinggal dan membesar di istana ini? Bukankah kami telah membela kamu ketika kamu kecil, ketika isteri Firaun berkata: “Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan dia akan memberikan faedah kepada kita ataupun kita mengambilnya sebagai anak.” Kamu hidup bersama-sama kami di bawah bumbung istana ini, bertahun-tahun lamanya. Kemudian kamu bunuh pengikutku. Zaman kanak- kanak kamu, kamu ingkar dengan nikmat yang aku berikan. Begitu juga semasa kamu masih bayi, adakah begini caranya kamu membalas budi baikku?” Dalam fikiran Firaun, dengan bertanyakan soalan-soalan begini, Nabi Musa tidak akan dapat menjawab apa-apa. Dugaannya silap, Allah S.W-T. telah memakbulkan doa rasul-Nya dan menghilangkan kekeluan lidahnya. Nabi Musa dapat menjawab kata-kata Firaun itu dengan jawapan yang benar dan bijaksana sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud: DIeas SI K255 B ale th gyisas ane (tscBow, oo qere Siew Ro wOas Lok Nabi Musa bersabda, “Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu daripada orang-orang yang belum mendapat petunjuk.” Lalu aku melarikan diri daripada kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama, dan menjadikan daku seorang Rasul- Nya.” Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Isra'il (al-Syu’araa’: 20-22) Maksudnya: Dalam jawapannya kepada Firaun, Nabi Musa bersabda, “Aku tidak fikir yang aku telah terdidik di rumah kamu. Sebenarnya didikan itu datangnya daripada punca-punca yang di luar kudratmu. Aku tidak menafikan, bahawa aku memang melakukan perbuatan seperti yang kamu katakan itu, iaitu membunuh seorang lelaki daripada kalangan pengikutmu. Akan tetapi perbuatan itu berlaku sebelum aku dilantik menjadi rasul, lebih- lebih lagi aku tidak menduga bahawa tumbukan itu boleh membunuhnya. Aku tidak bermaksud membunuhnya. Aku menumbuk sekadar untuk mengajarnya dan menghalangnya daripada berbuat zalim kepada orang lain.” 18 Prinsip Dialog dalam istam Selepas peristiwa itu, yang tidak aku sengajakan melainkan sekadar ingin mempertahankan orang yang dizalimi, aku menjadi takut kalau-kalau kamu berbuat jahatkepadaku. Lalu, aku melarikan diri kerana bimbangkan keselamatan diriku. Hasilnya, aku telah dikurniakan Allah S.W.T. ilmu yang berguna. Dia menjadikan aku seorang yang terpilih untuk membawa risalah-Nya.” Seterusnya, Musa a.s. memanjangkan lagi jawapannya dengan kata-kata yang lebih ke arah tempelakan dan sindiran. Baginda bersabda, “Adakah perbuatan kamu memperhambakan bangsaku, membunuh kaum lelaki dan membiarkan kaum wanita bangsaku hidup, adakah itu yang kamu katakan nikmat kepadaku? Tidak sama sekali, apa yang kamu lakukan terhadapku dan kaumku bukanlah satu nikmat, sebaliknya satu kesengsaraan. Aku adalah salah seorang daripada mereka. Kezaliman yang dilakukan terhadap mereka menyakitkan hatiku sepertimana yang dirasakan oleh setiap orang yang normal fikirannya.” Kata-kata yang penuh tempelakan ini membuatkan Firaun terkaku, lalu dia menukarkan topik dialog kepada perkara lain. Tindakan ini dijelaskan dalam ayat berikut yang bermaksud: O accesses Firaun berkata (dengan sombongnya): “Dan apa dia Tuhan sekalian alam (al-Syw‘araa’: 23) Maksudnya: Dengan sombong dan angkuh Firaun berkata kepada Musa, “Siapa dia Tuhan kamu yang kamu mahu aku memyembahnya?” Musa menjawab soalan ini dengan berani, jelas dan benar dalam firman Allah yang bermaksud: Bene AW ore on Oeste 556 Nabi Musa menjawab, “Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya.” (al-Syu‘araa’: 24) Maksudnya: Musa a.s. berkata, “Wahai Firaun! Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu juga. Dia yang menciptakan langit dan bumi, jirim serta udara yang ada antara keduanya. Kamu wajib beriman dengan hakikat itu tanpa ada sedikit pun keraguan atau syak.” 19 Adab Dialog dalam islam Mendengarkan itu, Firaun berpaling kepada pengikutnya. Tujuannya adalah supaya mereka turut berasa hairan dengan kata-kata Musa, selain cuba untuk mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan hujah yang mereka dengar daripada Musa. Katanya: “Apakah kamu tidak mendengarnya?” Maksudnya: Tidakah kamu mendengar kata-kata Musa yang pelik itu, yang tidak pernah kita dengar sebelum ini, yang tidak dapat kita terima dan membuatkan kita tidak dapat bersabar lagi. Akan tetapi, Musa a.s. tidak menunggu pengikut Firaun berkata apa-apa, sebaliknya baginda terus menegaskan keesaan dan kekuasaan Allah S.W.T. dengan bersabda yang bermaksud: Bab Kacsg iis Nabi Musa menegaskan lagi, “Dialah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.” (al-Syu’araa’: 26) Maksudnya: Musa berkata kepada Firaun dan pengikutnya: “Tuhan kami dan kamu adalah Tuhan langit dan bumi serta kejadian antara keduanya. Dialah Tuhan kamu, juga Tuhan nenek moyang kamu dulu-dulu. Justeru, bagaimana kamu boleh tidak menyembah-Nya? Sebaliknya, kamu sembah Firaun yang juga makhluk seperti kamu? Firaun tidak dapat mengawal diri mendengarkan kata-kata ini. Lalu, dia membalasnya dengan jawapan yang menunjukkan kekeringan idea dan kebodohannya. Sambil berpaling kepada orang di sekelilingnya dia berkata: Brera ten Bo Sthe gee oe OUI LAMA Sais Firaun berkata (kepada orangnya), “Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini sungguh gila?” (al-Syu’araa’: 27) Maksudnya: Firaun berkata kepada pembesar-pembesar kaumnya dengan niat ingin mengejek Musa a.s. “Sesungguhnya Musa yang bercakap dengan kamu ini adalah orang gila. Oleh itu, berhati-hatilah, jangan sampai kamu mempercayainya, kerana kata-katanya itu tidak pernah kita dengar sebelum ini!” Akan tetapi, Nabi Musa a.s. tidak gentar dengan kata-kata Firaun itu. Sebaliknya Baginda bersabda dengan berani dan tenang yang bermaksud: Oaks Poet Abs 51556 20 Prinsip Dialog dalam Isiam Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allalt dan kekuasaan-Nya dengan) berkata, “Dialah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang yang berakal tentulah memahami-Nya!” (al-Syu ‘ara’: 28) Maksudnya: Musa menegaskan kepada Firaun dan pengikutnya “Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Tuhan langit dan bumi serta makhluk yang ada antara keduanya. Dialah juga Tuhan nenek moyang kamu. Dia Tuhan bahagian timur bumi yang merupakan bahagian naiknya matahari dan bermulanya siang. Dialah juga Tuhan kamu di bahagian barat yang merupakan bahagian tenggelamnya matahari dan berakhirnya siang.” Nabi Musa sengaja memilih untuk menyebut tentang timur dan barat, kerana kedua-duanya adalah dalil yang paling jelas yang menunjukkan keesaan Allah S.W.T. serta kekuasaan-Nya juga kerana Firaun atau sesiapa sahaja tidak akan dapat mengubah atau memalingkannya daripada keadaan asalnya yang indah itu. Tidak ada cacat atau celanya. Begitulah Musa a.s. berpindah daripada satu dalil ke dalil yang lain, daripada satu hujah atau pendekatan ke hujah atau pendekatan yang lain pula. Ini supaya Firaun dan pengikutnya tidak mempunyai peluang untuk berasa ragu-ragu bagi menerima dakwahnya. Akan tetapi, Firaun yang terpaksa menelan hujah Musa seperti menelan batu ~ segera menukar topik dialog daripada perkara yang berkaitan risalah Musa kepada ancaman dan amaran. Begitulah selalunya sikap manusia degil yang tidak mampu lagi membalas hujah dengan hujah. Firaun berkata kepada Nabi Musa: Oca TG ON BISLEY Firaun berkata, “Demi sesungguhnya! Jika engkau rmenyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau daripada orang yang dipenjarakan.” (al-Syw’araa’; 29) Maksudnya: Dalam keadaan marah dan berdendam Firaun mengancam Nabi Musa, “Wahai Musa! Kalau kamu menjadikan orang selain aku sebagai Tuhan untuk disembah, aku akan masukkan kamu ke dalam penjara seperti orang lain. Begitulah caranya aku menangani orang yang ingkar untuk menyembahku, serta degil untuk menurut perintahku.” Akan tetapi, Musa a.s. tidak gentar dengan ancaman ini, kerana baginda tahu baginda di pihak yang benar, lantas Musa a.s. berkata dengan penuh bijaksana kepada Firaun: 21 Adab Dialog dalam islam Op ciitni 5 Nabi Musa menjawab, “Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawea kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?” (al-Syu‘araa’: 30) Maksudnya: “Adakah jika aku menunjukkan kepada kamu mukjizat yang hebat dan menakjubkan, bagi membuktikan kebenaranku dan kedudukanku sebagai rasul, kamu masih mahu memenjarakan aku?” Tujuan kata-kata Musa ini adalah untuk menarik perhatian Firaun sekali lagi kepada perutusan dan kerasulannya serta dakwahnya kepada penyembahan Allah $.W.T, setelah Baginda dapati Firaun mengubah topik perbincangan kepada ancaman dan amaran. Oleh itu, didapati Firaun tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berkata: 2. oy 2b eae Osea Lec HIG “Kalau demikian, bawalah bukti yang nyata itu, jika benar kamu daripada orang yang benar.” (al-Syw‘araa’: 31) Maksudnya: “Datangkanlah bukti serta mukjizat kamu sekiranya kamu memang orang yang benar dan rasul yang diutuskan oleh Allah.” Di sini, Nabi Musa mengemukakan mukjizatnya yang dianugerahkan oleh Allah, diterangkan dalam firman Allah yang bermaksud: 2 Sparco es ci serene gt AB res UO cote Sewuieos KBOLwoawgic st “Maka Nabi Musa pun melemparkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkat itu (menjadi) seekor ular yang jelas nyata. Dan dia mengeluarkan tangannya (dari dalam bajunya), ‘maka tiba-tiba tangan itu menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang yang melihatnya.” (al-Syu'araa’: 32-33) Maksudnya: “Nabi Musa melemparkan tongkatnya ke bumi dan ia bertukar menjadi ular yang besar. Dan apabila ia keluarkan tangannya dari poketnya, ia bertukar menjadi putih; berlawanan dengan warna kulitnya. la bercahaya menyenangkan pandangan mata. Putihnya bukanlah tanda kecacatan ataupun penyakit.” Disini, rasa takut dan cemas mula menyerang urat saraf Firaun. Dia mula merasakan kedudukannya sebagai Tuhan tergugat dan mukjizat Nabi Musa 22 Prinsip Dialog dalam Islam akan menewaskannya, dan orang akan beriman dengannya. Firaun memandang di sekelilingnya seolah-olah mahu menarik perhatian mereka dan meminta pandangan mereka tentang kejadian yang baru dilihat. Dia membangkitkan perasaan mereka supaya menentang Nabi Musa a.s. Ini diceritakan oleh al-Quran. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: Par GEIL re SiGe ys ch56 6 cutie Cop es “Firaun berkata kepada pembesar-pembesar yang berada di sekelilingnya: Sesungguhnya Musa ini benar-benar seorang alli sihir yang pandai, ia hendak ‘mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apakah yang kamu syorkan?” (al-Syw’araa’: 34-35) Maksudnya: “Setelah merasakan dirinya tergugat dengan mukjizat Nabi Musa kepada para pembesarnya, Firaun mengatakan bahawa Nabi Musa a.s. merupakan seorang abli sihir yang akan mengusir kamu daripada tanahair kamu ... Lalu, apakah yang kamu cadangkan untuk kita mengalahkannya?” Mereka memberikan pandangan agar dikumpulkan segala ahli sihir dan dipertemukan dengan Nabi Musa dan Firaun menjanjikan hadiah yang lumayan sekiranya mereka mampu mengalahkan Nabi Musa. Akhimnya tibalah hari pertarungan yang sudah ditentukan itu, iaitu hari yang jatuhnya pada hari raya mereka, “Kemudian Musa melemparkan tongkatnya maka tiba-tiba ia menelan benda-benda palsu yang mereka ada-adakan itu,” iaitu ia menelan kesemuanya dalam masa yang singkat. Kesemua mereka menyaksikan sendiri kejadian yang berlaku, lalu ahli-ahli sihir itu berpendapat bahawa ia bukanlah suatu sihir, malah ia mengatasi kemampuan manusia kerana kelebihan dan keistimewaan sebegitu tidak mungkin dimiliki oleh manusia seperti mereka. Ini diceritakan oleh al-Quran dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dessnnrss Oasys EheOeenctoaae “Maka tersungkurlah ahli-ahli sihir sambil bersujud (kepada Allah). Mereka berkata: “Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, (iaitu) Tuhan Musa dan Harun.” (al-Syw’araa’: 46-48) Beginilah kesudahan dialog antara Nabi Musa dengan Firaun yang memberikan kemenangan kepada pihak yang benar, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman, kejelasan mengatasi kesamaran, dan keberanian mengatasi ketakutan. 23 ‘Adab Dialog dalam Islam Apa yang kita fokuskan di sini ialah jawapan Nabi Musa terhadap Firaun yang penuh dengan kebenaran, tidak bercampur sedikit pun dengan pembohongan; hasil daripada diri yang suci, jauh daripada hasad dengki, lahir daripada jiwa yang bersih, jauh daripada penipuan dan terbit daripada akal yang, waras. Dengan pertolongan dan bantuan Allah S.W.T. serta dengan kepintaran dan kebijaksanaannya, Baginda dapat mendedahkan kebatilan Firaun, keangkuhan dan dakwaan palsunya itu. Sesungguhnya, dialog yang membina, yang bertujuan untuk mencapai kebenaran, keadilan dan akhlak yang terpuji ialah dialog yang benar kandungan dan kata-katanya serta sopan dan lemah lembut tingkah lakunya. Sementara, para pembohong, orang yang jahil dan orang bodoh, orang yang mengikut hawa nafsu dan orang yang mempunyai kepentingan- kepentingan tertentu, serta orang yang jiwa mereka penuh dengan hasad dan sifat pengecut, mereka bercakap dengan orang lain dalam keadaan menipu, menyombong tanpa alasan yang sebenar dan segala bukti serta dalil mereka adalah semata-mata pembohongan dan tipu helah. Semoga Allah lindungi kita daripada sifat-sifat tersebut. 2. Iltizam pada sesuatu topik perbincangan. Antara adab yang dibawa oleh agama Islam untuk mengawal dan menyelesaikan perselisihan sesama manusia supaya hakikat itu terserlah dan orang yang berdialog itu mencapai hasil yang diredai ialah iltizam pada isu- isu tertentu. Yakni, tidak terkeluar daripada isu yang menjadi pokok persoalan atau punca perselisihan. Ini kerana ramai orang sengaja mencampuradukkan topik perbincangan apabila berbincang tentang sesuatu isu dengan orang lain. Hinggakan orang yang memerhatikan mereka tidak tahu apa yang mereka perdebatkan dengan orang lain. Akhirnya, hakikat sebenar menjadi semakin bercelaru di sebalik cabang-cabang persoalan yang hampir tidak diketahui punca asalnya. Dalam al-Quran, kita dapat perhatikan banyak contoh perselisihan yang terjadi antara rasul dengan kaum mereka. Para rasul itu tetap di atas titik persoalan, dengan menjawab berdasarkan kata-kata orang yang berselisih pendapat dengan mereka, tanpa sekali-kali keluar daripada topik perdebatan. Dengarkanlah ayat suci al-Quran ini, yang menceritakan apa-apa yang dikatakan oleh kaum Nabi Nuh as. dan jawapan yang diberikan oleh Baginda terhadap mereka. Firman Allah yang bermaksud: “Para pembesar kaumnya, yakni kaum Nuh a.s. berkata: ‘Sesungguhnya kami mendapati kamu berada dalam kesesatan yang nyata.’” Baginda menjawab dalam firman Allah yang bermaksud: 24 Prinsip Dialog dalam Islam LS Oadylessatas ACI fab sie NO Seles a 556 TL Ossie ACS “Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang rasul daripada Tuhan sekalian alam. “(Tugas)ku menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Twhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) daripada Allah akan apa-apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (al-A‘raaf: 60-62) SEED AUG BE 3 HAG... eat @ SSeS GY OLEAN ys Kaum Nabi Hud a.s. berkata kepada Baginda dalam firman Allah yang bermaksud: “Sesunggulnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan, dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah daripada orang yang berdusta. Nabi Hud menjawab: “Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kebodohan, tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Tuhan sekalian alam. “(Tugas)ku menyampaikan kepada kamu akan perintal-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah bagi kamu.” (al-A ‘raf: 66-68) Para penentang kebenaran pernah berdebat dengan Nabi kita s.a.w. dalam banyak perkara. Hal ini diceritakan dalam al-Quran dengan amanah. Bagaimana Rasulullah s.a.w. menjawab perdebatan dan keraguan mereka dengan jawapan yang menghapuskan segala keraguan berdasarkan kata-kata mereka sendiri, tanpa terpesong daripada titik persoalan asal antara baginda dengan mereka. Al-Quran menceritakan keraguan yang dibawa oleh para penentang kebenaran ini yang kemudiannya dijawab oleh Nabi s.a.w. dengan jawapan yang menghapuskan keraguan tersebut. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: 25 Adab Dialog dalam Islam Ey Jil bls SHEA S cays boat DAS Oop tc aeas es XAT seal SAWN ca eit pee dee KES S , Bsa95 Dan (orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata, “Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya.” Katakanlah (cahai Muhammad), “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruht mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa-apa yang kamu tidak mengetahuinya?” Katakanlah, “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepada-Nya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya).” (al-A’raaf: 28-29) Dan Allah berfirman lagi yang maksudnya: Heap Mess 4 SO NES ass CANE SMO age oe aa ii 450 = < akc ic tne S rae AMA Zifen lls Oiacaa os B51 OAD GS ATH Ec sah Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari sahaja.” Katakanlah (wahai Muhammad): “Sudahkah kamu mendapat janji daripada Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan memungkiri janji-Nya ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa-apa yang tidak kamu ketahui?” (Apa yang kamu katakant itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalammya, Dan orang yang beriman serta beramal salih, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.”” (al-Bagarah: 80-82) 26 Prinsip Dialog dalam Islam Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: ener cae oe a he calle eats ch de ac! a7 yf és Aer are aos rE Mat {335 Jaco a fee, Bal LaavrEny ai Dan orang yang kafir berkata, “Hari Kiamat itu tidak akan datang kepada kami.” Katakanlah (wahai Muhammad): “Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari Kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu.” Tiada tersembunyi daripada pengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.” (al-Saba’: 3) Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Osean esse... «dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: “Janganlah kamu keluar beramai- ramai (untuk berperang) pada musim panas ini.” Katakanlah (wahai Muhammad): “Api neraka jahanam lebih panas membakar,” kalaulah mereka itu orang-orang yang memaham (at-Taubalt: 81) Allah berfirman yang bermaksud: whe, of os CERO PAN Sie AEN. 552 S oH Feaeey co) S55 A Set eShLs - aos «Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata, “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?” Katakanlah (wahai Muhammad) “Mata benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu 27 Adab Dialog dalam Islam pula tidak akan dianiaya sedikit pun.” Di mana jua kamu berada, maut akan ‘mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng- benteng yang tinggi lagi kukuh ...” (an-Nisaa’: 77-78) Perhatikanlah wahai pembaca yang budiman, ayat-ayat yang disebutkan ini. Adakah dalam menjawab keraguan golongan yang sesat itu, Rasulullah s.a.w. telah keluar daripada topik perdebatan? Tentu sekali tidak! Sebaliknya, jawapan-jawapan yang diberikan adalah begitu tegas dan mantap, yang sekaligus meranapkan dakwaan-dakwaan golongan yang terkeliru itu, tanpa bercampur baur dengan persoalan lain atau keluar daripada titik persoalan. Semoga cara yang bijaksana ini menjadi ikutan orang, yang apabila berselisih faham dalam suatu perkara dengan pihak lain, iaitu iltizam pada titik asal perselisihan itu, tanpa mengira perkara itu berkaitan dengan dunia atau agama. 3. Mengemukakan dalil yang jelas dan logik yang bijak, yang segera dapat mematikan hujah orang yang takbur atau degil supaya mereka terus kelu tanpa kata. Lihatlah bagaimana al-Quran menceritakan kisah perdebatan antara Nabi Ibrahim a.s. dengan raja yang zalim, yang memerintah pada zamannya. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: A SEAMS Sepa A351 fos Kester SLAs AMIEL AR stG SHITE ME fy, Mintel NG 2B B aia Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata, “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan.” Ia menjawoab, “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.” Nabi Ibrahim berkata lagi, “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” (al-Bagaral: 258) Prinsip Dialog dalam stam Maksudnya: “Tidakkah kamu lihat wahai orang yang berakal? Kisah si kafir yang angkuh itu, yang berdebat dengan Nabi Ibrahim a.s. berkenaan dengan keesaan Allah dan kesyumulan kudrat-Nya, kerana Allah S.W.T. telah memberikan si kafir ini kekuasaan, tetapi ia tidak digunakan pada jalan kebaikan, sebaliknya ia digunakan pada jalan kebatilan, kekufuran dan keburukan.” Semasa menyeru raja tersebut supaya menumpukan ibadat kepada Allah S.W.T. semata, Nabi Ibrahim a.s. berhujah. “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah S.W.T. yang menciptakan kehidupan dan mengadakannya, kemudian mematikan roh dan menamatkan kehidupannya. Keupayaan untuk melakukan itu semua tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan Dia.” Perhatikanlah pula jawapan raja yang sombong itu, iaitu Namrud Ibn Kan’an. Dia berkata dengan sombongnya. “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.” Maksudnya: “Aku boleh mengampunkan sesiapa sahaja daripada hukuman bunuh, dan aku boleh membunuh sesiapa sahaja yang, aku mahu.” Dengan jawapan yang bodoh itu, Ibrahim a.s. boleh sahaja mematikan hujahnya dengan berkata, “Apa yang kamu katakan itu bukanlah dalam hal menghidupkan dan mematikan, sebaliknya ia menunjukkan kezaliman dan sikap melampau, Akan tetapi, Nabi Ibrahim tidak berkata begitu. Baginda lebih suka membiarkan kata-kata kufur itu, lantas Baginda mendatangkan hujah lain yang membuatkan raja itu kelu dan tidak mampu lagi menyombongkan diri. Sabda baginda kepada Namrud: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Apakah hasilnya hujah yang mantap ini, yang dihamburkan oleh Nabi Ibrahim a.s. kepada raja yang sombong itu? Hasilnya, adalah sepertimana yang dicarikan dalam al-Quran “Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu).” Maksudnya Raja Namrud tewas, kaget dan tidak dapat menyambung hujah. Lidahnya kelu tidak dapat berkata-kata lagi. Dia telah dikejutkan oleh soalan yang tidak mampu dijawab. Namun, sudah menjadi ketentuan Allah $.W.T. terhadap makhluk-Nya, bahawa Dia tidak akan membimbing orang yang zalim kepada kebenaran dan petunjuk. Ini kerana mereka sendiri lebih sukakan kezaliman dan lebih mengutamakan jalan syaitan berbanding jalan kebenaran. Bagi mereka yang bijak, apabila bukti telah jelas dan dalil telah terang, mereka akan segera berpuas hati dan kebenaran akan segera diakui. Lain halnya dengan orang bodoh, jahil dan sombong, mereka akan terus mempertahankan kebatilan dan menentang kebenaran walaupun telah mengetahuinya. Keadaan ini adalah kerana dorongan niat jahat mereka, akal yang lemah dan pandangan yang tertutup. Cubalah bandingkan antara sikap keji Namrud ketika berhadapan dengan Nabi Ibrahim a.s. dengan sikap abli sihir ketika berhadapan dengan Musa a.s. 29 Adab Dialog dalam Isiam Pada permulaannya, ahli-ahli sihir itu menerima cabaran daripada Musa a.s. Mereka berkata kepada Baginda sepertimana yang diceritakan oleh al- Quran dalam firman Allah yang bermaksud: ACHAT ICO ALT SSCA ge TCs ASI Quttis sbi TO epee aries 3 eos KANON Bc TA Osew wos iA Sips eae ‘Mereka berkata, “Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih daitulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?” Nabi Musa menjawab, “bahkan kamulal campak dahulu.” Tiba-tiba tali-tali' mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya, Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi ‘mengatasi mereka dengan kemenangan. “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesunggulinya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu-daya alti sihir; sedang ahi sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.” (Taha: 65-69) Nabi Musa a.s. telah mencampakkan tongkatnya, (lalu ia bertukar menjadi ular besar yang menelan ular abli-abli sihir Firaun. Ahli-ahli sihir itu berasa yakin bahawa apa-apa yang ditunjukkan oleh Musa a.s. itu adalah mukjizat dan bukannya sihir. Mereka yakin Musa a.s. adalah seorang rasul dan hujahnya lebih tinggi dan kuat. Setelah mereka menyakini kebenaran itu, mereka berkata dengan berani dan jujur. “Kami beriman dengan Tuhan Harun dan Musa”. te a a ob teh 6M sy Bo SAULT IIE CES Cahn Eee Casi wi Oaieah psi Seterusnya mereka membalas kata-kata Firaun yang mengancam mereka untuk memotong kaki dan tangan mereka dengan berkata: "Kami tidak sekali- kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami daripada mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa-apa sahaja 30 Prinsip Dialog dalam Isiam yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalak dapat ‘menghukum dalam kelidupan dunia ini sahaja, Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkan-Nya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa- dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Allah $.W.T. jualah yang lebih bbaik dan lebih kekal balasan pahala-Nya.” (Taha: 72-73) Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh ahli-ahli sihir Firaun berkenaan kejujuran dan keberanian, serta kesediaan untuk tunduk kepada kebenaran selepas mendapat bukti yang jelas bahawa Musa a.s. berada dijalan kebenaran. 4. Memastikan matlamat setiap pihak yang berselisih adalah untuk menzahirkan kebenaran dalam perkara yang diperselisihkan, sekalipun kebenaran itu ada pada pihak yang membangkang. Inilah sikap yang dapat kita lihat dengan jelas dalam perselisihan pendapat di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w.; atau dalam perbincangan mereka yang berkaitan dengan banyak isu. Sebagai contoh, dialog yang terjadi antara Abu Bakar dengan Umar berkenaan masalah pengumpulan al-Quran selepas kewafatan Nabi s.a.w. Pada mulanya Abu Bakar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, tetapi setelah Umar menyatakan pendapatnya dan berjaya menyakinkannya, Abu Bakar terus bersetuju menerimanya. Abu Bakar dan Umar juga pernah berselisih pendapat tentang tindakan untuk memerangi golongan murtad yang enggan mengeluarkan zakat. Mereka berdialog tentang perkara tersebut. Abu Bakar berjaya menyakinkan Umar tentang kewajipan memerangi golongan murtad itu, lalu Umar menyatakan sokongan terhadap pendapat Abu Bakar. Dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din juzuk 1, halaman 44, Imam Ghazali telah menggariskan panduan dan adab yang perlu dijaga oleh dua pihak yang bertelingkah atau berdialog dalam masalah tertentu, antaranya, Keenam: Kedua-dua pihak hendaklah memaksikan perdebatan ke arah menonjolkan kebenaran sebagai panduan bagi yang tersilap, tanpa mengambil kira sama ada yang tersilap itu pihaknya atau pihak lawan. Pihak lawan seharusnya dilihat sebagai rakan bukan musuh, yang perlu. Imam Shafi’i pula berkata, “Aku tidak pernah berdebat dengan seseorang dalam keadaan aku suka kiranya dia tersilap. Aku tidak pernah bercakap dengan seseorang dalam keadaan aku peduli sama ada kebenaran akan zahir daripada pihak diriku atau dirinya. Setiap kali aku mendatangkan hujah dan kebenaran kepada seseorang, lalu ia diterima maka aku beranggapan dia cintakan kebenaran itu. Sebaliknya sesiapa yang degil untuk menerima kebenaran daripadaku maka dia kupandang rendah dan aku menolaknya. ‘Aku berharap ramai orang akan memanfaatkan ilmuku tanpa mengaitkan aku sedikit pun dengan ilmu itu.” 31 ‘Adab Dialog dalam Isiam Kemudian Imam Ghazali mengulas, “Beginilah sikap sederhana seseorang yang mencari kebenaran. Kalaulah orang yang seumpama ini disebut sekarang kepada seseorang yang rendah ilmunya, pasti dia tidak akan menerimanya. Sebagai buktinya perhatikanlah orang yang berdebat pada zaman anda. Lihatlah cara orang yang berdebat itu memalukan lawannya apabila kebenaran zahir pada pihak lawannya itu. Dia akan mengaibkannya dan cuba mengeluarkan ijtihad dengan sepenuh dayanya, dia akan mencela sesiapa yang membantahnya sepanjang hidupnya, kemudian tergamak pula menyamakan dirinya dengan ulama kerana membantu mencari kebenaran.” Itulah ulasan yang dibuat oleh Imam Ghazali (wafat pada tahun 505H) berkenaan dengan orang yang berdebat atau berdialog tentang masalah- masalah tertentu semasa zaman beliau. Cuba bayangkan ulasannya kalau beliau dapat hidup hingga ke zaman kita. Pada zaman kita ini ramai yang tidak memahami sedikit pun adab berdialog. Apa yang dikejar cumalah kebanggaan, prestij dan monopoli terhadap orang lain dengan apa-apa sahaja cara walaupun cara itu amat jijik. Soal mencari kebenaran diletakkan pada tempat terakhir untuk difikirkan. 5. Rendah diri, tidak sombong dan iltizam dengan cara yang sopan. Cuba anda alihkan pandangan kepada Nabi Sulaiman a.s. yang telah dikurniakan Allah S.W.T. kerajaan yang tiada tolok bandingnya selepas itu. Pada satu hari, Baginda kehilangan salah seekor tenteranya, iaitu burung Hud- hud. Apabila dicari-cari tidak juga berjumpa, Nabi Sulaiman mengancam Hud- hud itu. Burung itu kemudiannya datang mengadap Nabi Sulaiman dan dengan berani memberitahu perkara yang telah dilihatnya. Nabi Sulaiman a.s. menerima hujah Hud-hud itu dengan rendah hati. Seterusnya Nabi Sulaiman menugaskan Hud-hud supaya membawa perutusan kepada ratu yang hebat itu. Baginda memiliki segala-galanya termasuk sebuah singgahsana yang besar. Surat itu sampai kepada ratu itu dan terjadilah peristiwa-peristiwa berikutnya yang berakhir dengan kata-kata ratu itu: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.” Rentetan peristiwa-peristiwa ini diceritakan dalam al-Quran sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: Sct ke Oy pie pred GEN 55555 Osady-Ltt SF AAI SUEY Bee 5 eeeabdgeels Bp AES 32

You might also like